Dikatakan telah merosakkan jenama dan reputasi syarikat hiasan dalaman. Awal Ashaari disaman RM3 juta dan ini penjelasan Awal tentang apa yang berlaku

artis

Baru baru ini, sebuah syarikat hiasan dalaman dan perabot telah menyaman pengacara dan pelakon, Awal Ashaari dan dua defendan lain kerana didkwa memftnah syarikat tersebut.Menerusi laporan Malaysia Gazette, syarikat tersebut menuntut ganti rugi sebanyak RM3 juta setelah menerima ugtn undang-undang tanpa henti daripada artis tersebut.

Menurut syarikat hiasan dalaman dan perabot Naz Carpentry, mereka telah memfailkan saman terhadap Awal Ashaari bersama dua defendan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari Jumaat minggu lalu melalui firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubara, Advocates and Solicitors. Awal Ashaari dan dua defendan tersebut disaman sebanyak RM3 juta.

Awal Ashaari, seorang pengguna Instagram dengan hampir lima juta pengikut di laman media sosial tersebut dilaporkan memuat naik pelbagai Instagram Stories di antara November 2019 dan November 2020. Beliau dikatakan telah merosakkan imej, jenama, dan reputasi syarikat hiasan dalaman yang terkenal itu.

Syarikat hiasan dalaman itu turut mendkwa bahawa hantaran, catatan dan komen oleh Awal memberi gambaran negatif mengenai organisasi tersebut, selain menjejaskan kedudukan syarikat tersebut dalam industri, serta menyebabkan mereka kehilangan pendapatan.Surat tuntutan telah dihantar kepada Awal Ashaari 13 Oktober 2020 dan 19 Oktober 2020 tetapi tidak mendapat sebarang balasan. Oleh itu, anak guam kami telah memutuskan untuk menyaman kerana pihak defendan tidak berminat untuk menyelesaikan masalah ini. 

Oleh kerana surat tuntutan telah dikirim kepada Awal Ashaari, cara yang betul adalah untuk Awal Ashaari melantik seorang peguam untuk membalas notis tersebut tetapi sehingga ke hari ini, kami belum menerima balasan dari pihak beliau.Menurut peguam, Nurul Hafidzah Hassan, anak guamnya itu bagaimanapun tidak akan bertindak balas terhadap ancmn yang dibuat oleh Awal dan yang telah diterbitkan oleh pelbagai pihak ketiga.

‘Cabar datang jumpa aku’ – Awal.This is my last warning to make you call me, OR speak to my lawyer about this. Aku tak kan teragak agak untuk siarkan wajah korang berdua kat IG ni, if still tak dapat kerjasama dari korang. Kau tak jawab pertanyaan media 3 minggu lepas sebab konon nya takde persediaan secara proffesional dan takut buat kenyataan salah.

Habis tu, Kau tak jawab pertanyaan Aku, YOUR PAID CLIENT selama berbulan bulan ni? Kau nak bersedia secara proffesional jugak ke? Come on. Buat business biar beradap. BERETIKA. Aku bukan mintak Kau SPONSOR. Aku agree bayar FULL price, apa yang Kau charge Aku, satu sen pun Aku tak mintak discount sebab aku nak tolong bisnes orang melayu.

Tu pun Aku baik hati lagi tak mintak semua, Aku kasi company Kau absorb 20% untuk cover losses Kau. Tak bersyukur jugak lagi? Alih alih, orang melayu jugak yang buat naya kat orang melayu. So stop turn the table around and kengkonon Aku yang naya dan ftnah Kau.  Kalau KAU tak CANCEL meeting kat office lawyer haritu, Kalau Kau JAWAB call Aku or lawyer aku. Benda ni takkan jadi. So stop this drama because I have all the evidence to bring you down.

Terdahulu, Awal didkwa mencabar syarikat kontraktor tersebut yang mendkwa dia memburuk-burukkan nama syarikat itu di Instagram Story untuk datang bersemuka dengannya. Malah, Awal dipercayai mempunyai segala bukti membabitkan sebut harga, maklumat pembayaran, kiriman e-mel dan perbualan WhatsApp dengan kontraktor syarikat tersebut berhubung kerja-kerja mereka yang tidak memuaskan hatinya.

Tindakan Scha Menutup Akaun IG Raih Perhatian Ramai. Scha Alyahya Dedah Cerita Sebenar Yang Berlaku Terhadap Akaunnya Sehinggakan Menjadi Bualan Warganet.

Heboh tindakan Scha menutup akaun IG miliknya sehingga mengundang tanda tanya warganet. Tindakan mengejut pengacara dan pelakon Scha Alyahya memadam akaun IGnya pada Khamis menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengikut laman sosial itu.

Namun begitu,Sharifah Nor Azlan Syed Mahadzir Alyahya,37 tampil jelaskan perkara itu berlaku secara tidak sengaja disebabkan kesilapan teknikal. Kata Scha,kesilapan itu berlaku ketika dia ingin membuat pautan akaun perniagaan FB kepada akaun laman IG miliknya.

Akaun @schaalyahya yang memiliki lebih 5 juta pengikut itu tidak boleh diakses sejak malam Khamis dan netizen mula membuat pelbagai andaian. Ada yang beranggapan ia dig0dam, malah tidak kurang juga menyifatkan isteri kepada pengacara terkenal, Awal Ashaari itu mahu ‘berehat’ dari media sosial memandangkan sedang hamil.

Scha turut memuat naik status terakhir mengatakan ‘I’ve had enough’ sebelum bertindak menutup akaun Instagram miliknya.Scha kini sedang hamil anak kedua.Malah, warganet juga mula tinggalkan pertanyaan di ruang komen suaminya yang juga pengacara program Melodi.

Menerusi laporan mStar pada 7 September lalu, Awal mendedahkan kelakuan isterinya tidak seperti kebiasaan ketika sedang hamil.Scha mendirikan rumah tangga dengan Awal pada 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Lara Alana yang kini berusia enam tahun.

Bila Berbadan Dua Memang Banyak Ragam. Awal Ashaari Dedahkan Hasrat Sha Alyahya Yang Dia Terpaksa Halang Sampaikan Awal Lali Dengan Sikap Scha

KUALA LUMPUR: Wanita sedang berbadan dua memang banyak ragam. Selain mengalami alahan, ada kalanya emosi kurang stabil hingga mempengaruhi mood. Begitulah keadaan dialami pelakon dan pengacara, Scha Al-Yahya yang kini sedang hamil empat bulan.Berkongsi keadaan isterinya, pengacara dan pelakon, Awal Ashaari mendedahkan Scha mempunyai perangai pelik apabila rimas dengan media sosial hingga pernah terdetik untuk menyah aktifkan.

“Jika dahulu selepas usia kandungan tiga bulan ketika mengandungkan Lara Alana, Scha sudah okay dan boleh keluar berjalan-jalan. Tetapi, kali ini, dia mengalami munth dan lenguh badan. Memang berbeza keadaannya.”Scha sangat rimas dengan telefon termasuk media sosial, sepanjang tempoh tiga bulan kehamilan. Malah, turut mempersoalkan mengapa perlu mengemas kini akaun media sosial setiap hari.

“Sebelum ini, Scha pernah melahirkan hasrat untuk ‘det0ks’ daripada media sosial. Pernah sampai satu tahap, Scha mahu memadam akaunnya, tetapi saya menghalangnya dan meminta membantu menguruskan media sosialnya itu,” katanya kepada BH Online.Bukan sahaja hilang minat dengan media sosial, malah pelakon drama bersiri Awan Dania itu tidak gemar bunyi bising.”Macam saya sendiri, apabila balik rumah akan tutup telefon bimbit kerana tidak mahu nada dering atau bunyi notifikasi mengganggu Scha kerana sangat sensitif. Cahaya skrin telefon pun tak boleh lihat.”Jika kami sekeluarga menonton televisyen, Scha akan tutup suara. Pada awalnya, saya terkejut dan kekok apabila menonton program tanpa suara. Lama-kelamaan saya sudah lali dan layan sahaja kehendaknya,” cerita pengacara Melodi ini.

Terdahulu, pemilik nama lengkap, Ahmad Awaluddin Ashaari ini mengumumkan bakal menimang cahaya mata kedua menerusi akaun Instagram dengan memuat naik foto yang memaparkan anaknya, Lara memegang alat pengesan kehamilan.Ditanya apakah reaksi Lara apabila mendapat tahu bakal mendapat adik, Awal berkata, anaknya sedang dalam fasa untuk menyesuaikan diri.”Lara kini sedang dalam proses nak sesuaikan diri. Dia seperti takut untuk berkongsi. Apabila teringat, dia akan tanya macam-macam. Antaranya, bila adik lahir, apakah saya dan Scha akan belikan mainan untuknya.”Adakah adiknya akan ada bilik sendiri dan sebagainya. Lebih melucukan apabila Lara tidak membenarkan kami meletakkan pangkal nama adiknya dengan huruf ‘L’. Dia rasa seperti tergugat dan bimbang seolah-olah kasih sayang terhadapnya akan berkurangan apabila ada adik.

“Bagaimanapun, doktor menasihatkan kami supaya sentiasa buat Lara rasa selamat dan disayangi. Apa yang kami buat adalah terus memanjakan dan menyayanginya,” ujar lelaki bersuia 39 tahun ini.Awal berkata, dia terpaksa mereka cerita mengenai bayi dalam kandungan bagi membuatkan Lara merasakan dirinya masih mendapat perhatian dan adiknya juga baik dan sayangkannya.”Kalau belikan Lara barang, kami akan cakap padanya yang hadiah itu adalah pemberian adiknya supaya timbul perasaan sayang terhadap adik,” kata Awal mengenai usahanya untuk memujuk anaknya itu.-bh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *