Baru sahaja sambut ulang tahun ke 34. Seorang warganet tampil berani tegur Yuna untuk ubah sesuatu ini agar mampu menjadi inspirasi kepada semua lapisan masyarakat dan ini jawapan dari Yuna sendiri

artis

Menyambut ulang tahun ke-34 pada 14 November lalu, Yuna tampil berkongsi tentang perspektif dirinya terhadap Islam dan dunia sepanjang 15 tahun berada dalam bidang seni.Namun begitu, wujud seorang pengikutnya di laman Instagram tampil menzahirkan ucapan Selamat Hari Lahir kepada Yuna dengan penuh sopan dan menyeru penyanyi itu untuk menukar gaya penampilannya ke arah yang lebih baik sebagai seorang muslimah yang mampu menjadi inspirasi kepada semua lapisan masyarakat.

Tidak hanya berdiam diri, Yuna dilihat membalas ucapan itu di Insta Story miliknya dengan memohon maaf kepada individu terbabit dan yakin bahawa andai beliau meningkat dewasa kelak pasti individu terbabit tidak akan menilai seseorang berdasarkan penampilannya semata-mata.

Namun begitu, dalam posting yang berlainan pula, Yuna dilihat tidak segan memaklumkan kepada umum bahawa perjalanan kariernya sebagai seorang penyanyi Islam penuh dengan perkara yang menyenangkan.Katanya, beliau yang pernah tertekan di awal kariernya sebagai seorang Islam yang konservatif demi memberi penilaian yang baik pada mata umum tampil melepaskan segala yang terbuku di dadanya dalam entri berkenaan.Advertisement

“Ini yang saya perhatikan dan belajar. Hubungan saya dengan Allah terlalu istimewa dan peribadi. Ia bukan untuk saya tunjukkan di media sosial. Mengapa anda tidak pernah melihat saya memuat naik foto memakai telekung, solat atau membaca Al Quran adalah ia bukan untuk tontonan umum. Saya tidak perlu membuktikan diri sebagai seorang Muslim yang baik. Tunjuk dan lakukan adalah dua hal yang berbeza.”

Kata Yuna, kuat macam manapun seseorang itu berusaha untuk menyenangkan hati orang lain, ia pasti tidak akan pernah cukup kerana bukan semua orang mengenali siapa sebenarnya kita.“Jangan hantar diri anda ke lembah deprsi untuk hal seperti ini. Masyarakat kita tidak pernah sepenuhnya mengguna pakai pepatah ‘Don’t judge a book by its cover. Kita sebenarnya selalu mahu dilihat sebagai Muslim yang sempurna.”

Berjaya Harumkan Nama Negara. Masya Masyitah Kejutkan Orang Ramai Apabila Menjadi Juara Pertandingan Peringkat Antarabangsa Dan Kalahkan Lebih 3000 Peserta Asia

Mengagumkan. Penyanyi Masya Masyitah mengharumkan nama Malaysia apabila menjadi juara pertandingan mencungkil bakat peringkat antarabangsa, Yippi Star Quest 2020 malam tadi.Masya atau nama sebenarnya, Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff, 20, menundukkan penyanyi dari Filipina bernama Phem sekali gus melayakkan dirinya menang hadiah wang lumayan kira-kira AS$40,000 (RM160,000) termasuk wang tunai AS$25,000 (RM104,000).

“Alhamdulillah, saya memang tidak sangka. Sudah tentu, final malam tadi sangat sengit. Phem pun ada kekuatan dan peminat tersendiri namun rezeki ternyata lebih memihak kepada saya,” katanya kepada Kosmo! Online sebentar tadi.Katanya, pertandingan tersebut sudah berlanjutan selama empat bulan dan dia tidak menyangka mampu menjadi juara menewskan lebih 3,000 peserta yang bertanding.

Biarpun Masya merupakan peserta berbangsa Melayu, kefasihannya berbahasa Mandarin dengan sebutan yang jelas berjaya meraih perhatian dan menjadi pilihan utama dalam platform media sosial Yippi.Terdahulu, pada malam separuh akhir, pelantun lagu Hapvs itu menyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Mandarin, Melayu, Inggeris dan Indonesia berdasarkan pilihan penonton.

Bukan itu sahaja, perwatakannya menarik dan menyenangkan yang ditonjolkan membuatkan penonton daripada pelbagai kaum serata rantau Asia Tenggara sepakat mengundinya sehingga ke peringkat akhir kerana percaya pada bakatnya dan akhirnya, menjadi juara di antara 3,000 peserta lain.Pada peringkat akhir, Masya menyanyikan 16 buah lagu termasuk lagu berjudul Living On A Prayer (nyanyian asal Bon Jovi) dan beberapa lagu lain berbahasa Mandarin dan Tagalog. – K! ONLINE

Dalam Diam Petah Berbahasa Mandarin. Masya Masyitah Kejutkan Orang Ramai Bila Menjadi Wakil Malaysia Dalam Sebuah Program Mencari Bakat

Selepas beberapa bulan brtarng atas talian,program mencari bakat, Yippi Star Quest bakal melabuhkan tirai pada Ahad ini. Membawa nama Malaysia, penyanyi berbakat besar yang menawan industri muzik Cina di Malaysia, Masya Masyitah berjaya mengalahkan peserta lain dan mara ke pentas akhir menntang penyanyi,Phem dari Filipina.

Pertandingan itu bakal berlangsung secara atas talian di portal aplikasi Yippi, Ahad ini, mulai jam 8.30 malam.Masya yang mahir bertutur dalam berbahasa Mandarin, berjaya meraih perhatian dan menjadi pilihan utama di platform sosial Yippi.

Pada malam separuh akhir, Masya menambat hati penonton dengan menyanyikan rangkaian lagu Mandarin, Melayu, Inggeris dan Indonesia seperti yang dimahukan peminat.Masya juga mampu berinteraksi dengan baik dengan penonton atas talian, malah mempamerkan kepetahan bertutur dalam bahasa Mandarin ketika pertandingan berlangsung.

Bukan itu sahaja, perwatakan Masya yang menarik membuatkan penonton dari seluruh rantau Asia Tenggara memilihnya sebagai finalis. Sejak mula dilancarkan, kira-kira 3,000 peserta mencuba nasib di Malaysia.Masya yang sedang giat berlatih, bakal menunjukkan kekuatan dirinya sebagai penghibur.

“Banyak yang saya pelajari dan pelbagai pengalaman ditempuhi termasuk bagaimana hendak membuat penonton terus berminat dengan persembahan saya.”Saya sangat teruja untuk memberikan yang terbaik. Saya harap peminat dapat menonton secara online dan terus memberi sokongan padu,” katanya.

Macam Menunjuk Kejayaan Yang Dikecapi. Masya Masyitah Bongkarkan Rahsia Paling Besar Dia Sampai Boleh Beli Rumah Harga RM300k Cash

Baru-baru ini, penyanyi remaja, Masya Masyitah ada memuat naik sepotong video berkongsi keadaan sekeliling kediaman barunya dilaman Youtube.Perkongsian tersebut nyata menarik perhatian ramai yang kagum melihat pencapaian anak muda berusia 20 tahun itu.

Namun, tidak kurang juga ada segelintir pihak yang melabelkan tindakan bintang cantik itu seolah-olah riak dan menunjuk-nunjuk.Peka dengan perkara tersebut, penyanyi lagu Hapvs itu menjelaskan niatnya berkongsi video berkenaan hanyalah untuk memberi inspirasi kepada remaja di luar dalam mencapai cita-cita dan impian meski dalam usia muda.

“Sebenarnya, nak kata saya selalu menunjuk pun tidak. Baru sekali saya buat video ‘house tour’ tapi ada mulut-mulut orang yang kata saya riak.“Jujurnya niat saya berkongsi video berkenaan hanyalah untuk memberi inspirasi bahawa bukan orang dewasa sahaja mampu membeli rumah, kita yang remaja pun boleh asalkan kita berusaha untuk dapatkan apa yang kita mahu.

“Masa saya beli ketika umur saya baru 19 tahun dan nilai rumah tersebut lebih kurang RM300,000,” katanya kepada MH.Masya berkata demikan ketika ditemui pada majlis sidang media tayangan perdana kandungan Astro sempena Hari Kemerdekaan ke-63 yang berlansung di TPC, Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam pada itu, Masya turut menyifatkan segala yang dikecapinya ketika ini adalah berkat usaha dan penat lelahnya menyimpan sejak kecil.“Saya mula kumpul duit sejak pertama kali saya menyanyi ketika umur saya 9 tahun.“Saya menyertai banyak pertandingan dan dari situ saya mula menyimpan sikit demi sedikit.

“Mana yang patut simpan saya akan simpan, untuk saya belanjakan pun ada juga. Mana yang lebih kita simpan.“Saya beli rumah tersebut secara tunaj. Bagi saya, kalau apapun saya tak suka berhutang sebab saya rasa macam rugi nak bayar interest dan juga ‘bunga’,” jelasnya jujur yang turut berusaha membahagiakan keluarga tersayang.

Terdahulu, Masya merupakan salah seorang daripada lapan penyanyi di bawah naungan Rocketfuel yang mendengangkan lagu Sehati Malaysia yang juga merupakan lagu tema bagi kempen kali ini.Malah, slogan ‘Malaysia, Kita Selamat Besama’ turut diangkat sebagai tema untuk kempen Hari Kemerdekaan anjuran Astro.-mediahiburan

Masya Luah Minat Hun Haqeem. Mengejutkan Bila Masya Nekad Lamar Hun Haqeem Dengan Cara Sebegini

KUALA LUMPUR: Meminati lakonan pelakon kacak, Hun Haqeem, penyanyi tinggi lampai, Masya Masyitah nekad melamarnya.Bagaimanapun, Masya bukannya melamar menjadi kekasih hatinya di alam realiti, sebaliknya bekerjasama dalam video muzik single terbaharu berjudul Hapvs.Single keempat bergenre balada itu ciptaan Amybong dan Zimi Sofazr yang akan dilancarkan hari ini.

“Memang saya memilih Hun untuk menjayakan video muzik ini. Tambahan pula, dia salah seorang pelakon lelaki yang saya minati.”Saya mula menyedari bakat lakonan Hun ketika menonton drama Cari Aku Di Syurga. Walaupun Hun hanya berlakon watak pembantu, tetapi dia memiliki aura tersendiri. Sejak itu, saya menyimpan angan mahu menyuntingnya menjadi kekasih dalam video muzik single ini.”Tanpa diduga, Hun meledak pula dengan watak Jaafar atau Jekfer dalam drama Kampung People. Jadi, saya cadangkan nama Hun kepada syarikat pengurusan, Rocketfuel Entertainment untuk mel4marnya sebagai kekasih. Jangan salah anggap, Hun hanya kekasih dalam video muzik ini,” katanya kepada BH Online.

Bekas juara program Ceria Popstar pada 2014 itu berkata, dia bersyukur lamarannya diterima Hun, malah hantaran pun sudah diberikan.”Alhamdulillah, Hun setuju bekerjasama dengan saya. Penggambaran sudah dilakukan pada 26 Jun lalu selama sehari di sekitar Kajang,” katanya.Masya atau nama sebenarnya, Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff berkata, sepatutnya single Hapvs ini dipromosikan lebih awal, namun disebabkan pandemik COVID-19, 19, penggambaran video muzik dan tarikh pelancaran tertunda.

Bercerita mengenai single Hapvs, Masya berkata, ia mengisahkan percintaan yang cukup indah.”Bagaimanapun, kepercayaan dihancvvrkan apabila lelaki yang dicintainya menduakannya di depan mata.”Akhirnya, wanita itu mengambil keputusan memvtuskan perhubungan, sekali gus menghapvskan segala kenangan berdua,” kata Masya yang kini berniaga kek.Sebelum ini, Masya yang fasih bertutur dan menyanyi dalam bahasa Mandarin pernah muncul dengan single Teman Bintang, Mawar Terbiar dan Halimunan.Menerusi single Hapvs, ia menjadi pertarvhan ketiga Masya memilih genre balada. Lagu dan video muzik akan dilancarkan serentak, jam 9 malam ini.-bh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *