Pelik TV Singer pun ada warganet pertikai. Uncle Kentang tampil beri keterangan susulan ada pihak yang tidak puas hati melihat ibu tunggal beserta enam anak kecil ini

Viral

“UNCLE, boleh padam tak post yang saya minta bantuan tu? Sebab ada yang kata saya pen1pu sebab saya beli TV hutang kedai.”Demikian bait ayat yang dihantar oleh seorang ibu menerusi satu mesej kepada aktivis kebajikan, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang.

Mesej itu didedahkan oleh Uncle Kentang dalam satu perkongsian di Facebook.Menurut Uncle Kentang, dia mendedahkan perkara itu kerana berasa terpanggil untuk menjelaskan situasi yang dialami wanita tersebut, selain meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir warganet yang melemparkan tudhan terhadap seseorang tanpa usul periksa.

“Jangan cari dosa… televisyen hutang Singer RM105 sebulan jadi kritikan orang ramai dan kritik perempuan malang berserta enam anak kecilnya sekali.“Ada orang mengata dia men1pu. Dia minta makanan, tak minta duit pun. Saya tak perlu cerita apa yang terjadi kepada keluarganya. Kamu tak bantu… kamu cembvru, ir1 hati kerana dia dibantu orang ramai.

“Itu rezeki dia dengan Tuhan. Sesungguhnya dia tak minta wang pun tapi Tuhan telah hantarkan ‘bala tntera’ begitu ramai sekali kerana dia yakin pada Tuhan. Doa dia dimakbulkan oleh Tuhan. Jadi apa hal kita nak cakap dia pen1pu,” tulisnya.Uncle Kentang merupakan antara individu yang sering tampil lebih awal bagi membantu urusan penghantaran jnzh umat Islam.

Tambah Uncle Kentang, menerusi mesej yang diterimanya baru-baru ini, ibu tunggal enam anak itu juga menjelaskan mengenai dirinya yang didakwa men1pu kerana membeli televisyen secara ansuran.“Bab televisyen, tahukah anda hati seorang emak? Televisyen lamanya telah rosak lama. Anak-anak kecil di rumah asyik termenung bosan kerana PKP dan tidak ke sekolah.

“Mak berusaha mencari televisyen dah lama… dah mohon dekat Singer lama betul. Kebetulan selepas suaminya meninggalkan rumah, permohonan itu diluluskan. Bukan bayar tunai pun! Bayar bulan RM105 sebulan.“Sekadar hiburan untuk anak-anak kecil. Adakah kita mempertikaikan kasih sayang mak kepada anak-anak kecilnya? Adakah itu perkara yang salah? Mak sayang anak pun salah? Setakat TV Singer pun kau orang nak pertikaikan?

Uncle Kentang bergiat secara aktif menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.“Sedih… mana letaknya nilai agama murni kita semua? Janganlah kita pertikaikan mereka kalau kita tidak tahu perkara sebenarnya,” luah aktivis ini.Uncle Kentang dalam masa yang sama turut kecewa kerana dia juga dikatakan tidak menyelidik latar belakang seseorang sebelum menghulurkan bantuan.

Secara sarkastik, dia memohon maaf kerana terlalu ‘bdoh’ sehingga memberikan bantuan kepada individu tang tidak patut menerima bantuan.Antara komen warganet yang turut sependapat dengan Uncle Kentang.“Saya Uncle Kentang yang sungguh bdoh. Saya tolong orang yang tak sepatutnya dibantu, saya mohon maaf. Hanya Tuhan sahaja yang tahu. Kerana aku tahu aku pasti mti. Biar aku bawa ‘kebod0han’ masuk ke kbur.

“Pada akak yang menerima bantuan, semua itu adalah kehendak Tuhan padamu. Kerana Tuhan telah buka hati banyak orang datang membantu. Mereka yang mengeji dan mengherd1k di media sosial, anggaplah itu tiupan angin yang akan berlalu tanpa merdunya,” tulisnya lagi.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Pernah Takut Untuk Keluar Beli Barangan. Uncle Kentang Kongsi Kisah Dia Dalam Membantu Masyarakat Setempat Dan Ini Pandangan Uncle Kentang Sendiri Tentang Norma Baharu

Soal kelangsungan hidup kumpulan masyarakat tidak bernasib baik yang amat memerlukan bantuan tatkala rutin seluruh rakyat tergendala susulan pelaksanaan Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) sejak Mac lepas, sering menganggu akal fikiran Kuan Chee Heng.Ia benar-benar menyentuh hati dan menganggu fikiran Kuan, atau dikenali ramai dengan panggilan “Uncle Kentang”, sehingga beliau pernah mengalami kemurungan, dan takut untuk keluar membeli barang keperluan.

“Saya terbaring, tidak dapat bangun sehingga lima hari,” kata pesara polis berumur 57 tahun yang merupakan seorang dermawan yang cukup terkenal di media sosial Malaysia itu, dalam satu temu ramah dengan Bernama baru-baru ini.Bagaimanapun Uncle Kentang bukanlah dermawan biasa yang menyampaikan sumbangan besar menerusi kutipan derma kebajikan, sebaliknya beliau biasanya bertindak ‘turun padang’ menyinsing lengan untuk berurusan terus dengan mereka yang kesempitan hidup.

Apabila sebuah keluarga tidak mampu menyediakan pengangkutan untuk majlis persemadian, beliau melabur dalam perkhidmatan menyediakan van jnzh, walaupun beliau bukan seorang Muslim, dan beliau juga pernah melabur dalam membangunkan perkhidmatan ambulans kepada golongan miskin.Satu lagi sumbangan kebajikannya adalah pengenalan ‘Pasar 10 Sen’ yang dibangunkan beliau bagi membantu golongan yang tidak berkemampuan untuk membeli barang tertentu dengan bayaran hanya 10 sen.

Apabila pandemik koronavirus (Covid-19) tercetus dan PKP bermula, Chee Heng yang menghidap sakit kencing manis menjadi bertambah bersemangat mencari jalan bagaimana beliau dapat terus membantu mereka yang memerlukan pertolongan, tanpa menjejaskan kesihatan beliau sendiri dan penerima sumbangan.Sebagai langkah berjaga-jaga, beliau akan memastikan semua bentuk bantuan termasuk bungkusan-bungkusan makanan disanitasi terlebih dahulu sebelum diagihkan.

Uncle Kentang berpandangan penting bagi rakyat Malaysia untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu bagi mengelak bahaya virus berbahaya itu.”Bagaimanapun masih ada yang dilihat tidak memakai pelitup muka di tempat awam, sekali gus membawa risiko besar kepada orang lain. Saya juga lihat mereka yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di restoran dan gerai,” katanya.”Jika anda tidak sayangkan diri sendiri, bermakna anda juga tidak sayangkan keluarga anda,” tambahnya. – Bernama

Lain Daripada Yang Lain. Team Uncle Kentang Sanggup Sediakan Khidmat Ambilkan Air Untuk Mereka Yang Sakit. Lagi Mengejutkan Ia Diberi Secara Percuma

Kuan Chee Heng atau lebih dikenali dengan nama Uncle Kentang sudah tidak asing lagi sebagai aktivitis masyarakat yang sering menghulurkan pertolongan tanpa mengira bangsa dan agama.Terbaru, beliau menawarkan pula pertolongan kepada rakyat Selangor yang kini sedang terjejas akibat masalah bekalan air.

Menurut beliau, pasukannya akan turun membantu mengambil air bagi mereka yang tidak berupaya kerana sakit atau uzuuur dengan menghubungi talian 018 2683999. Sesiapa yang tak larat ambil air yang uzuur dan sakit boleh call kami tolong ambil air untuk kamu. 018 2683999. ADA YANG DAH UZUUR DAN TAK.LARAT. BALDI MESTI ADA. KAMI TAK SEDIAKAN BALDI. KAMI SEDIAKAN KUDRAT AJA. Sumber: Kuan Chee Heng

Masalah Bekalan Air. Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor Umumkan Bekalan Air Berlarutan Sehingga Ke Satu Tempoh Ini Dan Harap Penduduk Yang Terjejas Ambil Perhatian

KUALA LUMPUR – Penduduk di sekitar Lembah Klang terpaksa berdepan masalah ketiadaan air sekurang-kurangnya empat hari lagi. Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor), Suhaimi Kamaralzaman berkata, ianya susulan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 serta Rantau Panjang masih tercemar.

“Setakat pukul 2.30 petang hari ini pencemaran masih lagi dikesan di muka sauk loji tersebut dan berada pada tahap 1 ton. “Kami memandang serius isu ini kerana telah menyebabkan LRA tersebut diberhentikan operasi sehingga 30 jam,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Jelas Suhaimi, kesemua loji rawatan air tersebut hanya akan mula beroperasi jika bacaan 0 ton. “Air Selangor tidak dapat mengagihkan air sebanyak 2,767 juta liter air kepada 1,292 kawasan pengguna di Kuala Lumpur, Petaling, Klang / Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat yang terjejas.

“Justeru itu, khidmat bekalan air akan terus diagihkan kepada kawasan-kawasan yang terjejas,” ujarnya. Mengulas lanjut, Suhaimi berkata, pengguna disarankan mendapatkan bekalan air melalui pili-pili awam dan Pusat Khidmat Setempat (PKS) yang beroperasi selama 24 jam sehingga bekalan pulih sepenuhnya. – K! ONLINE

Air Selangor nafi mesej tular LRA beroperasi malam ini

KUALA LUMPUR- Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) menafikan mesej tular yang menyatakan Loji Rawatan Air telah beroperasi semula malam ini. Ketua Komunikasi Korporat syarikat itu, Elina Baseri berkata, LRA Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang masih belum beroperasi semula.

“Ujian persampelan yang dijalankan di muka sauk sehingga jam 8.30 malam ini masih mengesan pencemaran pada tahap 1 TON. LRA hanya boleh beroperasi apabila tahap pencemaran berada pada tahap 0 TON. “Air Selangor menasihatkan para pengguna untuk mendapatkan maklumat rasmi melalui hebahan rasmi atau saluran-saluran interaksi Air Selangor dan tidak menyebarkan berita tidak sahih berhubung gngguan ini,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, tular satu mesej di aplikasi Whatsapp yang menyatakan Pencemaran berbau di Sungai Gong telah diselesaikan dan LRA dijangka akan beroperasi semula sepenuhnya pada pukul 8 malam. Tambah Elina, Air Selangor akan mengemaskini maklumat gngguan bekalan air tidak berjadual dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman web di www.airselangor.com. Para pengguna juga digalakkan untuk memuat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau Apps Store untuk mendapatkan maklumat terkini bekalan air. -K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *