Jaga privasi kehidupan peribadi sejak 16 tahun yang lalu. Faradhiya ulas lebih lanjut tentang kehidupannya dan pesanan yang ayah dia beri semasa dia masuk bidang hiburan

artis

Pelakon dan penyanyi Farahdhiya mengakui dirinya seorang yang amat menjaga privasi kehidupannya.Menurut Farahdhiya atau nama sebenarnya, Farahdhiya Mohd. Amin, 36, apa yang dipaparkan dalam media sosial hanyalah sebahagian kecil sahaja yang dikongsikan kepada umum.

“Saya seorang yang menjaga privasi. Saya menjaga privasi kehidupan peribadi saya sejak 16 tahun yang lalu, ini antara pesanan ayah saya dari mula masuk bidang hiburan.”Media sosial hanyalah 30 peratus daripada kehidupan yang saya pilih untuk kongsikan termasuklah kerja, masakan, aktiviti senaman, kucing dan sikit mengenai keluarga,” katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Menurut pelantun lagu Bertakhta Di Hati itu, dia berbuat demikian kerana menyedari bahawa tidak semua orang suka dengan setiap tindakan yang kita lakukan.”Kena ingat, bukan semua suka tengok kita bahagia, tengok kita berjaya. Orang zaman sekarang pelik-pelik.”Mengadulah kepada-Nya, kerana Dia sebaik-baik pendengar. Yang penting di media sosial ini cubalah kongsi benda yang baik-baik, yang positif yang dapat beri inspirasi kepada sesiapa sahaja yang membaca,” pesannya.Bahkan, katanya lagi, dia juga mengambil pendekatan untuk menghalang mana-mana pihak yang cuba membawa negativiti di platform media sosialnya.

“Sejujurnya saya sendiri tak suka, rimas dengan negativiti, orang yang tak henti mengeluh atau berbalah di media sosial, yang mulut negatif pun ramai, sampai kadang-kadang terpaksa unfollow.”Termasuk komen-komen yang tak manis memang saya akan sekat je. Maaf saya tidak suka vibes yang tak elok,” kata bekas bintang Gegar Vaganza 2015 itu.Dalam perkembangan lain, Farahdhiya bakal muncul dalam filem berjudul Mulut Masin arahan pengarah terkenal, Razaisyam Rashid.Filem terbitan Astro Shaw itu akan menemui penonton bermula 19 November ini di saluran Astro First.

Bukan Macam Nak Pilih Karipap. Faradhiya Mohon Sesuatu Daripada Warganet Melainkan Persoalan Rumah Tangga. Ini Permintaan Fardhiya Paling Jarang Dibuat Dek Orang

Farahdhiya mohon semua orang menghormati privasi orang lain.SERING diajukan dengan soalan ‘bila nak kahwin?’, penyanyi Farahdhiya memohon individu yang bertanya itu memperkenalkannya dengan lelaki yang baik.Farahdhiya atau nama sebenarnya Farahdhiya Mohd Amin, 36, turut berharap semua pihak belajar untuk menghormati privasi orang lain dan tidak bertanya soalan yang menyinggung perasaan.

“Daripada orang sibuk tanya saya bila nak kahwin, baik kenalkan saya dengan lelaki yang baik, boleh? Kahwin ini bukan macam nak pilih karipap ya? Dan tolong belajar untuk hormati privasi orang lain.Kahwin ini bukan macam nak pilih karipap ya? Dan tolong belajar hormati privasi orang lain.”Jangan tanya kenapa mereka tak kahwin lagi, bila nak dapat bayi, bila akan berpisah, kenapa berhenti kerja, kenapa suka tonton filem seorang, kenapa menangis bila dengar kisah sedih seseorang dan kenapa tidak selalu keluar.

“Kecuali mereka mengambil keputusan untuk kongsikan dengan awak, ia bukan masalah awak,” kata Faradhiya.Farahdhiya berkongsi perkara itu menerusi laman Instagram miliknya dan rata-rata warganet setuju dengan kenyataan tersebut. Ruang komen di perkongsian tersebut juga dipenuhi dengan pendapat warganet yang mengatakan segelintir pihak memang gemar mengambil tahu hal peribadi orang lain.Farahdhiya memuat naik kenyataan itu di Instagram.“Kan kahwin salah, tak kahwin salah. Berpisah salah… anak ramai salah, tak da anak salah. Berpisah anak berapa orang? Lelaki tak bagi duit ke? Ni antara soalan-soalan bawang.

“Betul, ada juga yang suka tanya tentang keluarga. Masalah keluarga itu privasi. Yang saya lakukan, berdoa pada Allah dan InsyaAllah dengan izinNya, kita dapat melihat perkara itu berbalik kepada mereka.”Betul tu sis… bosan la orang asyik tanya bila nk kawin. Bila suruh carikan tak nak pula,” komen beberapa warganet di perkongsian tersebut.-mstar

Farahdhiya reda pemergian bapa

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Farahdhiya, reda dengan pemergian bapanya, Mohd Amin Zubir, 68, yang sudah tiada jam 11.55 pagi di sebuah pusat perubatan, di sini.Ayahnya menghidapi masalah Sekatan Pulmonari Krnik (COPD), iaitu sakit paru-paru yang mempengaruhi pernafasannya kerana tabiat merkok, sejak lima tahun lalu.

Bercakap kepada BH Online, penyanyi lagu Bertakhta Di Hati itu berkata, keadaan bapanya baik-baik sahaja sebelum menghembuskan nafas terakhir.“Cuma, selepas sarapan, dia mengalami sesak nafas. Saya terus menghubungi ambulans untuk membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Namun, sebaik sahaja tiba di hospital, bapa sudah tiada lagi.

“Sepanjang ayah menghidap sakit berkenaan, dia sering keluar masuk hospital.“Saya reda dengan pemergiannya kerana selama ini, saya jarang berenggang dengannya. Dialah nyawa saya. Setiap pagi, memang dialah orang pertama yang saya cari di bilik tidurnya. Sayalah juga yang akan bertanya jika dia hendak makan atau apa sahaja kemahuannya,” kata Farahdhiya.Terdahulu, beberapa teman artis termasuk penyanyi dan penyampai Kool FM, Haiza Hanafi, serta pelakon, Datin Rabecca Nur Al Islam, turut berkongsi berita sedih itu di Instagram masing-masing.-bh

“Saya terbuka hati selepas lihat cabaran di laman sosial” – Farahdhiya ayu berhijab pada Ramadan

Farahdhiya menyahut cabaran berhijab ketika Ramadan.SELEPAS Zizi Kirana, penampilan terbaharu penyanyi Farahdhiya memakai tudung menarik perhatian warganet di laman Instagram.Farah atau nama sebenarnya Farahdiya Mohamed Amin, 34, berkata, hatinya terbuka untuk berhijab ketika Ramadan selepas terbaca mengenai kempen di laman sosial.

“Sudah tentu saya pakai tudung atas kerelaan sendiri. Tetapi saya minta orang ramai untuk tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi kerana saya masih belum bertudung.”Saya berhijab bukan sebab ada mimpi atau apa… sebaliknya terbuka hati selepas melihat cabaran di laman sosial. Tak berani cakap akan mengenakan hijab sepanjang Ramadan.”Saya berharap warganet tak marah jika ternampak saya tidak berhijab nanti,” katanya ketika dihubungi mStar.

Farah bersama beberapa rakan selebriti meraikan sambutan hari jadi ke-34.Farah bersama beberapa rakan selebriti meraikan sambutan hari jadi ke-34.Penyanyi lagu Bertakhta Di Hati itu berkongsi beberapa keping foto yang dimuat naik di laman Instagram pada Jumaat.Menerusi gambar berkenaan, Farah dilihat ayu mengenakan tudung sewaktu meraikan sambutan hari jadinya di sebuah restoran mewah di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Selain itu, Farah turut menggunakan tanda pagar #RamadanHijabChallenge sebagai menyahut cabaran bersempena bulan mulia.Dalam pada itu, rata-rata warganet gembira dan memuji penampilan terbaharu Farah, tidak kurang juga mendoakan agar penyanyi itu untuk terus istikomah.Terdahulu, penyanyi Zizi Kirana menyahut cabaran #RamadanHijabChallenge selepas berkongsi foto dia mengenakan tudung selain mengamalkan bacaan Yasin setiap malam Jumaat.Farah begitu anggun mengenakan tudung dengan kebaya biru.-mstar

Kerana sekotak petai, ramai nak buat Farahdhiya jadi calon menantu

Menerusi kemas kini Farahdhiya di laman Instagram miliknya, dia memuat naik sekeping foto dirinya sedang mengopek sekotak petai.PENYANYI dan pelakon jelita, Farahdhiya sememangnya menggemari masakan Melayu, terutamanya yang mengandungi petai.Menerusi kemas kini Farahdhiya di laman Instagram miliknya, dia memuat naik sekeping foto dirinya sedang mengopek sekotak petai.“Ada bakat jadi calon menantu mak awak tak? Party petai namanya ni! Thanks for the petai! You know who you are. #kopekpetaisendiri,” tulis Farahdhiya sambil berseloroh.

Di ruangan komen, rata-rata warganet turut sama bergurau dengan Farahdhiya dan mahu menjadikan pelantun lagu Bertakhta Di Hati itu sebagai calon menantu.“@elly.allan61: Okay aunty masuk meminang.”“@verrybaddaniel: Calon menantu dah lulus dah, petai tu banyak-banyak nak makan ke niaga ni.”@saleha_atan: Kopek petai pun lawa.”@kukamalbahrin: @farahdhiya_fd ibu saya dah tengok gambar ni dia kata lulus jadi menantu.””@kak_nour: Beruntung nau nau sesiapa dapat @farahdhiya_fd buat menantu. Pakej cantek + rajin + pandai masak.”Dalam pada itu, pengikut laman Instagram Farahdhiya juga memuji bakat dan kebolehan penyanyi ini memasak di dapur.-awani

Sampai masa, saya kahwin juga’

Sepanjang membabitkan diri dalam bidang seni, jarang benar pelakon dan penyanyi Farahdhiya, 32, dikaitkan dengan gosip cinta.Paling hangat diperkatakan sebelum ini apabila ada yang mendkwa Farah atau Farahdhiya Mohd Amin, bercinta dengan suami orang tetapi dinafikan penyanyi yang popular dengan lagu Bertakhta Di Hati itu.

Siapa sebenarnya lelaki yang bertakhta di hati Farah? Bertemunya baru-baru ini, Farah yang kini makin dikenali semula sebagai penyanyi selepas menyertai Gegar Vaganza musim kedua mengatakan dirinya tidak menjalin hubungan cinta dengan mana-mana lelaki.Naib juara GV2 itu akui dia sendiri tidak pernah terfikir untuk bercinta.

Malah mencari pun tidak katanya.“Memang saya malas untuk fikir mengenai perkara itu. Rasanya lebih baik saya menumpukan perhatian terhadap kerjaya seni,” katanya.Adakah ia kerana Farah kecewa dengan hubungan cinta sebelum ini sehingga membuat keputusan tidak mahu memikirkan soal cinta dan berumah tangga? Tapi Farah menegaskan ia tiada kena mengena dengan soal kecewa atau putus cinta.

“Bukan sebab kecewa atau takut hati terluka menyebabkan saya tidak mahu bercinta, sebaliknya saya lebih senang dengan situasi sekarang.“Mungkin juga kerana sekarang ini saya terlalu sibuk dengan kerjaya seni menyebabkan saya tidak punya masa untuk memikirkan soal cinta atau teman hidup,” katanya.

Katanya, sejak menyertai GV2 jadual kerjayanya memang terlalu sibuk hampir setiap hari.“Bayangkan dari Isnin hingga Jumaat saya di lokasi penggambaran drama dan hujung minggu pula biasanya saya ada tempahan untuk mengadakan persembahan.“Bagaimana kalau saya bercinta? Mana saya nak curi masa untuk bersama kekasih hati. Bagi saya, masa yang ada sangat terhad hinggakan untuk meluangkan masa bersama keluarga pun jarang,” katanya.

Hendak diikutkan bagi wanita apabila usia mencecah 30, soal teman hidup dan kahwin ada ketikanya akan memberi tekanan. Lebih-lebih lagi apabila kebanyakan rakan sebaya sudah bernikah dan dikelilingi anak. Tapi Farah akui tidak pernah berasa tertekan atau terdesak untuk mempunyai kekasih atau berkahwin dalam waktu terdekat.

“Mengapa saya harus berasa tertekan. Bukankah jodoh sudah ditentukan? Saya tidak perlu pening kepala untuk fikir sebab saya percaya jodoh saya sudah ditetapkan. Kalau sampai masanya, saya akan berkahwin juga.“Daripada pening kepala nak fikir siapa jodoh saya, lebih baik saya fikir bagaimana untuk kukuhkan kerjaya seni.

Siapa tahu dalam sibuk bekerja tiba-tiba jodoh saya datang dan terus bernikah. Saya rasa itu lebih baik,” katanya.Mengenai perancangan kerjaya selepas muncul naib juara GV2, kata Farahdhiya selain sibuk di lokasi drama bersiri Bodyguard, dia juga sibuk menyiapkan single terbaru ciptaan Tam Spider dan lirik Keon.

“Saya percaya dengan hasil karya Tam. Malah lagu popular saya, Bertakhta Di Hati juga turut dicipta oleh Tam. Pendek kata, saya dan Tam memang ada keserasian kerana dia tahu kemampuan saya,” katanya.Pernah menghasilkan dua album, Bertakhta Di Hati pada 2004 dan Yang Ku Puja (2006), Farah lebih dikenali sebagai pelakon sejak menceburi dunia lakonan melalui drama pertama, Mencari Arah Kiblat pada 2007.Drama bersiri Spa Q menaikkan namanya sebagai pelakon hingga ramai mengenalinya sebagai pelakon berbanding penyanyi.-mymetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *