Tular pembantu Betty Ahmad melarikan diri menaiki kapal. Kini pembantunya muncul semula selepas gagal melalui jalan tikus.

artis Dunia Kehidupan Keluarga

Pelakon Betty Rahmad akhirnya berjaya bertemu semula dengan pembantu rumahnya yang didakwa melarikan diri pada bulan lepas. Menurut Betty, hasrat orang gajinya, Anim yang mahu pulang ke Indonesia melalui jalan ‘belakang’ tidak berjaya.

“Misi pulang ke kampung menaiki kapal tongkang nampaknya gagal. Penat aku menangis risau bayangkan dia dalam kapal sayur balik kampung sebelum ni haih. Kadang-kadang manusia buat keputusan tak fikir panjang. Tak apalah tutup mata, maafkan dan fikirkan jasa dan kebaikan,” katanya menerusi satu entri di Instagram. Dalam entri tersebut, Betty turut memuat naik gambar dirinya sekeluarga bersama Anim yang disifatkan bagaikan jejak kasih. Menurut Betty lagi, dia juga membenarkan pembantu rumahnya itu pulang ke Indonesia dengan cara yang betul.

“Dipendekkan cerita, esok (hari ini) baru dapat balik naik kapal terbang InshaAllah secara sah dan dengan surat kebenaran daripada majikan.  Doakan semua urusan dia dipermudahkan dan dapat jumpa dengan keluarganya dengan selamat InshaAllah Amin.” Di ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji tindakan Betty yang disifatkan sebagai majikan yang cukup baik hati.

Sebelum ini, Betty meluahkan rasa sedih apabila pembantunya itu didakwa melarikan diri selepas melarangnya untuk pulang ke kampungnya ekoran pandemik Covid-19.

Dia Naik Kapal Haram” – Betty Rahmad Luah Rasa Kecewa Pembantu Rumah Lari Balik Kampung

Pelakon dan adik kepada aktres Erma Fatima dan Datin Umie Aida, Betty Rahmad meluahkan rasa kecewa apabila menyedari pembantu rumahnya lari di kala mereka sekeluarga baru bangun dari tidur. 

Menerusi laman sosial Instagram, Betty memuat naik dua keping foto bersama anaknya Ardy Wira tanpa bantuan pembantu rumah yang dikenali sebagai Anim. 

Officially maidless. Sedihnya bangun tidur harini pembantu kami dah tiada. Tak sangka. Alasan dia pergi sebab nak balik kampung bulan ni dan kami tak bagi.  Bukan sengaja tak bagi, dengan Covid yang tengah teruk sekarang ni macam manalah nak balik dan masuk sini balik,” tulis Betty di ruangan kapsyen. 

Tambah memilukan apabila pembantu rumahnya mahu pulang mengikut ‘jalan belakang’ iaitu menaiki kapal haram.  Malah, dia dan suami meminta Anim untuk pulang ke kampung Januari tahun depan dengan menaiki kapal terbang memandangkan permit pekerjaannya juga baru diperbaharui.

“Takpelah, pasti ada sesuatu Allah nak tunjuk dan ganti untuk kami. Anim, saya tahu kamu baca ni, terima kasih atas segala pertolongan selama ini dan tinggalkan kami dengan cara ini. Semoga kamu berbahagia dengan keputusan kamu,” tulis Betty lagi.  Di ruangan komen, Betty menerima banyak sokongan dan kata-kata semangat yang diberikan oleh rakan selebriti dan pengikutnya. 

“Ya Allah sabar k @bettyrahmad. Maid memang macam ni. Susah nak percaya walaupun you layan baik, belum tentu dia balas ikhlas baik,” pujuk pelakon Linda Rafar.  “Alahai, kesian Wira. Tabahlah ya mummy. Semoga cepat bertemu penyelesaiannya,” tulis pelakon Nadiya Nisaa. 

“Allah, apa kita boleh buat. Mungkin bukan salah maid dia pun, maybe keluarga maid tu rayu suruh balik ke apa. Bukan salah sesiapa pun,” komen seorang wargamaya.

“Awak nampak tenang. Allah beri banyak kesabaran pada awak. It’s okay dear, stay strong. Apa yang boleh dibuat kat rumah tu pelan-pelan, sikit-sikit tak payah nak pening-pening kepala,” kata seorang wargamaya. “Inilah masalah ibu yang bekerja dan tiada pembantu keesokan harinya. Semoga Wira dan mummy  baik-baik sahaja,” ujar seorang wargamaya lagi. 

Sekadar info, Betty mendirikan rumah tangga dengan Ardy Damis, 32, pada Februari 2018. Hasil perkongsian hidup, pasangan bahagia itu dikurniakan cahaya mata, Ardy Wira pada 19 Januari 2019

“Hang takdak alasan nak nikah lain” – Pesanan Erma Fatima untuk adik ipar

Perkongsian rakaman video pelakon Erma Fatima sedang meraikan majlis istimewa pengumuman jantina bayi dalam kandungan adiknya iaitu Betty Rahmad mencuri tumpuan warganet. Selain daripada terhibur dengan gelagat lucu Erma dan tetamu yang hadir, pengikut laman Instagram turut tertarik dengan kapsyen yang ditulis pada video tersebut.

Dalam hantaran tersebut, pelakon drama Mak Cun ini seakan-akan memberi satu peringatan kepada adik iparnya yang juga merupakan suami kepada Betty iaitu Ardy Damis. “Nikmatnya kurnian Allah kepada perempuan yang mampu mengandung, sembilan bulan itu yang paling indah.

Pengikut tertarik dengan kapsyen ditulis Erma.

“Alhamdulillah adik aku mampu melahirkan zuriat buat suaminya. Ardy Damis hang takdak alasan nak menikah satu lagi naaa. Aku nak girl tapi tak apa lah, syukur!,” tulisnya di laman Instagram.

Video yang dimuat naik pada Ahad itu menerima lebih 100,000 tontonan dan lebih 100 komen. Dalam pada itu, ada pengikut laman sosial tersebut turut menulis komen dan pandangan mengenai kapsyen yang ditulis Erma itu.

Betty dan suami, Ardy Damis.

“Tak boleh beranak tu alasan basi jantan kahwin lagi kakak oii, yang dah berderet tu ramai saja kawin, dasar gatal miang keladi,” kata Sazreena 7662. “Kenapa aku sedih baca kapsyen ni, apa-apa pun tahniah, tak kisah lah baby boy or girl, janji sihat… Amin,” tulis Nor Salina pula.

Adik bongsu kepada Erma dan Datin Seri Umie Aida ini sedang hamil enam bulan dan mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki. Betty dan Ardy bernikah di Damansara Perdana, Selangor pada 4 Februari lalu.

Untuk rekod, sepanjang perkahwinan Erma dengan Bade Azmi, mereka tidak dikurniakan zuriat dan ia dikatakan antara penyebab Bade berkahwin lain. Bagaimanapun Erma dan Bade akhirnya berpisah.

“Allah Ambil Suamiku, Allah Ganti Kegembiraan Buat Adik Ku” – Erma Fatima

Erma Fatima bersyukur adiknya Betty Rahmad akhirnya terima lamaran kekasih.

PETALING JAYA: Pengarah dan penerbit Erma Fatima meluahkan rasa gembira apabila mendapat berita adiknya iaitu Betty Rahmad bakal mendirikan rumah tangga. Erma menerusi satu foto yang dimuat naik di Instagram pada Isnin mengucapkan syukur kerana ia merupakan berita yang lama dinantikannya.

“Alhamdulillah… sekian lama ku nantikan. Hanya Allah tahu betapa gembiranya berita ini aku terima.

Foto yang dimuat naik Erma Fatima pada Isnin.

“Allah ambil suamiku… Allah gantikan dengan kegembiraan buat adik ku… @bettyrahmad Terima kasih Allah,” tulisnya. Erma dan Bade Azmi bercerai dengan talak satu satu pada 17 Ogos lalu selepas 26 tahun mendirikan rumah tangga.

Betty yang juga seorang pelakon pada pagi Isnin memuat naik foto dia sudah menerima lamaran kekasihnya yang dikenali sebagai Ardy Damis ketika makan malam di sebuah restoran di Bali, Indonesia. Sementara itu, aktres Datin Umie Aida turut meluahkan rasa syukur apabila adiknya itu membuat keputusan untuk berkahwin.

“Alhamdulilah… walaupun sudah habis belajar dan dah kerja pun, tapi ayat yes memang susah dia nak sebut. Dalam erti kata tak pernah sebut atau tak tahu sebut atau tak ingin sebut. “Tapi malam ni cikgu Damis berjaya ajar betty sebut yes! Yeaaayyyy !!! Aku bakal dapat adik ipar @ardydamis  tahniah adikku,” ujarnya. Dalam pada itu beberapa rakan artis yang baik dengan Betty turut mengucapkan tahniah dan mendoakan urusan untuk berumah tangga dipermudahkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *