Perasan menjadi artis 10 saat. Pemuda yang bukannya sesiapa terbantut nak melakukan sebarang aktiviti apabila tercalon dalam ABPBH.

artis ISU SEMASA Kehidupan

Wajah Wafiy tiba-tiba muncul dalam montaj Top 20 Artis Baharu Lelaki Popular ABPBH33, malam Jumaat lalu. Terkejut pada masa sama rasa kelakar.

Begitulah reaksi seorang pemuda yang tiba-tiba menjadi popular tanpa sengaja apabila dirinya ‘tercalon’ dalam Top 20 Artis Baharu Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 (ABPBH33), malam Jumaat lalu. Menurut Muhammad Shahrul Wafiy Rosli, dia dimaklumkan mengenai perkara itu oleh sahabatnya yang sedang menonton siaran langsung acara tersebut.

“Masa tu saya baru nak masuk toilet. Tiba-tiba saya dapat mesej daripada kawan saya beritahu saya tercalon dalam kategori Artis Baharu Lelaki Popular ABPBH.



Wafiy pernah berlakon watak tambahan dalam sebuah drama televisyen tahun lalu. “Saya ingat dia tipu. Biasalah kawan-kawan mesti nak gurau-gurau. Jadi saya ingat dia nak prank tapi dia tetap cuba yakinkan saya benda tu betul,” katanya kepada mStar. Bagi mendapatkan kepastian mengenai perkara itu, pemuda berusia 22 tahun itu lantas menonton siaran langsung acara tersebut di YouTube.

“Jadi saya pun tengok sendiri live tu dekat YouTube. Eh memang betul apa yang kawan saya beritahu. Saya terkejut. Yalah tiba-tiba jadi artis tanpa sengaja. Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba tersenarai. Lagipun saya bukan siapa-siapa. Jadi saya pun screenshot montaj tu dan tanpa berfikir panjang, saya pun post dekat Twitter,” katanya.

Namun Muhammad Shahrul Wafiy atau lebih mesra disapa Wafiy tidak menduga perkongsiannya mengenai perkara itu menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

Tweet Wafiy mengenai kesilapan teknikal itu mendapat perhatian netizen.

“Saya post sebab rasa benda tu macam kelakar dan satu gurauan. Saya ingat main-main tapi betul-betul terjadi. Saya pun tak expect tweet tu akan blow up. Selalunya tweet saya dapat dua, tiga likes saja tapi kali ni tak henti-henti dapat notification,” katanya.

Susulan insiden itu, beberapa warganet turut mencadangkan kepada Wafiey untuk mengambil tindakan undang-undang di atas kesilapan tersebut.

Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba tersenarai. Lagipun saya bukan siapa-siapa. Jadi saya pun screenshot montaj tu dan tanpa berfikir panjang, saya pun post dekat Twitter.

“Ramai yang suruh saman tapi bagi saya benda ni satu kesilapan teknikal dan tak perlu dipanjangkan. Jadi tak perlu pun saman. Saya pun bersyukur sebab kesilapan kecil ni beri rezeki pada saya. Mana tidak, secara tak langsung nama saya tiba-tiba menjadi bualan warganet.

“Malah secara tak langsung membuka mata industri hiburan untuk berikan saya peluang cuba berlakon. Siapa sangka rezeki tercalon tanpa sengaja jadi kenyataan?” katanya. Wafiy juga aktif sebagai model iklan. Selepas insiden itu, Wafiy berkata dia turut mendapat perhatian orang sekeliling. Lepas viral tu adalah beberapa orang tegur saya dekat luar. Saya pun terkejut macam mana mereka boleh kenal saya. Lagipun gambar tu disiar live tak sampai 10 saat. Tapi saya memang pernah jadi pelakon tambahan bagi drama Hantu Seram Asrama yang ditayangkan di Astro Prima tahun lalu. Pada masa sama saya pun pernah jadi talent untuk iklan,” katanya.

Perkongsian Wafiy di Twitternya menerima lebih 4,000 ulang kicau dan 12,800 tanda suka dari warganet. Menerusi laporan mStar, gambar wajah Wafiy sebenarnya tertukar dengan pelakon baharu Farhan Asri yang sebenarnya tercalon bagi kategori tersebut.

Penganjur silap letak gambar, calon Top 20 Artis Baharu Lelaki Popular Farhan Asri tak kecil hati – “Hanya masalah teknikal, saya okey saja”

Farhan Asri tak kecil hati wajahnya tertukar individu lain semasa pengumuman calon. Kesilapan teknikal dikatakan menjadi punca wajah pelakon baharu Farhan Asri tidak dipaparkan di skrin ketika memperkenalkan calon-calon Top 20 Artis Baharu Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 (ABPBH 33), pada malam Jumaat.

Menyedari kesilapan itu selepas dimaklumkan peminat, Farhan bagaimanapun berkata dia tidak berkecil hati apabila mengetahui wajahnya tertukar dengan individu lain pada acara yang bersiaran secara langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur itu.

“Saya tidak kecewa atau ambil hati pun. Saya anggap mungkin ada masalah teknikal yang berlaku sehingga wajah saya tertukar dengan individu lain di skrin. Saya akui banyak menerima mesej peribadi daripada peminat yang bertanyakan mengenai perkara ini. Namun tiada apa yang mampu saya katakan. Saya okey saja! Saya hanya ingin berterima kasih kepada peminat yang sudah undi ketika proses undian berlangsung. Tercalon Top 20 untuk kategori Artis Baharu Lelaki Popular pun dianggap hadiah bermakna untuk saya sepanjang tiga tahun bergiat aktif dalam dunia lakonan,” katanya kepada mStar.

Sebelum itu, menerusi Twitter seorang pemilik akaun dikenali Wafiy Rosli memuat naik status terkejut apabila wajahnya tersenarai sebagai Artis Baharu Lelaki Popular meskipun dia bukanlah seorang pelakon.

“Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba aku tersenarai Artis Baharu Lelaki. Aku tak tahu apa-apa pun. Aku dah jadi artis,” tulisnya.

Saya percaya belum tiba rezeki saya untuk menang sebarang anugerah namun saya bersyukur ABPBH 33 melihat bakat seni saya!

Perkongsiannya itu menerima lebih 3,000 retweet dan hampir 11,000 tanda suka dari warganet. Meskipun tiada gambar wajahnya pada skrin itu, Farhan berkata dia tetap berbangga kerana tercalon buat pertama kali dalam ABPBH33.

Meskipun tewas, Farhan tetap bersyukur tercalon Top 20 kategori tersebut.

“Tuhan sebaik-baik perancang… saya percaya Allah susun hidup setiap manusia dengan aturan yang cukup sempurna dan terbaik. Saya percaya belum tiba rezeki saya untuk menang sebarang anugerah namun saya bersyukur ABPBH 33 melihat bakat seni seperti saya yang masih baru ini. Bukan sebuah trofi yang saya kejar ketika ini, tapi saya mahu fokus dengan karier lakonan supaya saya dapat berkongsi bakat yang dimiliki ini. Semoga kehadiran saya ini akan terus diterima baik,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Farhan bakal membintangi sebuah drama bersiri berjudul Menantu Tok Sintok dan kini sibuk menjalani penggambaran drama Baby Tak Gila. ABPBH33 menyaksikan kemenangan penyanyi Haqiem Rusli sebagai Bintang Paling Popular.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *