Luna Maya terkenal dengan penggayaan yang digayakan olehnya. Akaun IG fesyen dedah harga topi yang digunakan oleh Luna Maya.

artis Dunia Hiburan Info Uncategorized
Foto Luna Maya menggayakan topi rekaan pereka terkemuka tarik perhatian.

Pelakon Luna Maya antara selebriti Indonesia yang gemar menggayakan barangan mewah bermula dari tas tangan, pakaian sehinggakan aksesori. Foto Luna menggayakan topi berwarna hitam rekaan pereka fesyen terkemuka yang dimuat naik di akaun Instagram @fashion.lunamay turut menarik perhatian warganet.

Malah warganet di laman sosial mula membuat kajian dan difahamkan harga topi tersebut mencecah hampir RM5,000. Rata-rata warganet meluahkan rasa kagum melihat foto tersebut dan menyukai gaya fesyen Luna Maya itu.

Sebelum ini, bekas kekasih Ariel NOAH itu menjadi perhatian apabila memakai cincin berlian yang dikatakan bernilai ratusan ribu ringgit. Pada 18 September lalu, Luna mengakui dia pernah berdepan saat-saat mencemaskan apabila kehabisan wang dan hanya memiliki RM25 dalam akaun bank miliknya.

Isu Gosip Luna Maya Dan Ariel Yang Pernah Heboh Suatu Ketika Dahulu. Luna Maya Baru Berani Untuk Jelaskan Perasaan Dia Ketika Itu Dan Ini Perkembangan Dia Sekarang

Sebelum meneruskan pembacaan, jangan lupa LIKE dan FOLLOW page kami,Kucingasm Media.

Nama pelakon Luna Maya dan vokalis kumpulan Peterpan, Ariel pernah menghebojkan industri hiburan sekaligus menjadi tajuk utama di Indonesia dan Malaysia pada tahun 2010 kerana gosip video mereka. Kejadian yang memalukan itu telah membuat kerjaya kedua dua selebriti ini kelihatan samar. Ariel yang kini membina karier bersama band baharunya, NOAH malah sempat dimasukkan ke dalam tirai besi akibat video tersebut bersama Luna Maya yang pada masa itu merupakan kekasihnya.

10 tahun telah berlalu, akhirnya Luna Maya yang sebelum ini akan mengelak untuk bercakap mengenai kejadian itu akhirnya terbuka untuk mengungkapkan perasaannya mengenai kejadian tersebut.Pelakon filem Jakarta Undercover itu mengaku terlalu malu untuk membuka kembali cerita lama yang hampir hancurkan kehidupannya.

“Saya ingat lagi enam bulan pertama, satu tahun pertama sangat berat untuk saya.”Bukan setahun, tapi tiga bulan pertama ya. Berat dan sangat sulit untuk saya,” kata Luna Maya saat berborak dalam YouTube milik Eko Patrio.Kata Luna, hal itu juga adalah salah satu memori buruk yang pernah terjadi di kehidupannya sehingga terfikir untuk menamatkan hidupnya.

“Waktu itu rasanya macam nak tamatkan hidup,” kata Luna lagi.Dia memanjangkan perbualan dengan mengatakan keinginan untuk tamatkan hidup bukan kerana berasa putus asa terhadap kesalahan yang telah dilakukan. Namun kerana tak tahan dikritik masyarakat.”Sebenarnya saya bukan rasa nak pergi dulu sebab putus asa, tapi kerana tak tahan dikritik.

“Sebab saya fikir kalau semua orang sudah tidak suka dan hanya tahu mengkritik saya, mengapa perlu saya hidup lagi? Lebih baik saya tiada supaya semua orang tenang,” akuinya.Namun kini dia sudah berani menghadapi kehidupannya dan mengambil pelajaran daripada apa yang telah berlaku.Instagram: @lunamaya

Terkedu Luna Maya Tekad Mahu Berhenti Menjadi Artis Gara Gara Sesuatu Ini. Disebabkan Itu Luna Maya Terlalu Tertekan Sehingga Meluahkan Sesuatu Ini. Ini Yang Didedahkannya.

Pelakon Indonesia, Luna Maya mengaku dirinya sempat terkejut dan tertekan dengan komen komen negatif dari warganet sehingga berfikir mahu mengundurkan diri dari bidang seni. Luna yang juga seorang model itu mengatakan keputusan itu mahu diambil sewaktu dirinya baru berkecimpung dengan dunia media sosial, terutamanya saat zaman Twitter sedang popular. “Saya sempat terkejut dan tertekan sewaktu awal ikut terjebak dalam dunia media sosial.

“Waktu itu saya agak aktif di Twitter, tapi kemudian saya mula dikritik atau kena gangguan siber. Jadi saya tak mengerti kenapa dikritik,” katanya saat menjadi tetamu di acara Ari Lasso N Friends seperti yang diambil dari portal Liputan6.com pada Jumaat. Oleh kerana tak tahan diganggu apa lagi mengetahui dirinya mempunyai h4ters, Luna mengatakan dia ingin keluar dari dunia seni. “Saya fikir kenapa hidup saya tak disenangi dan mulai ada h4ters. Kenapa ini terjadi? Berhenti (berlakon) sajalah,” akuinya. Setelah itu dia pun sempat memikirkan alternatif jika tak lagi menjadi artis.  Kata Luna Maya, dia mahu menekuni bisnes dan sempat menjual beg selama satu tahun pada 2010 hingga 2011 kerana tidak mempunyai pekerjaan pada waktu itu. “Saya pernah tidak mempunyai pekerjaan dari tahun 2010 sampai 2011 jadi saya jual beg, “Tahu tak apa hasilnya? Saya mampu beli kereta jenis Lexus!” kata Luna Maya.- Gempak

Luna Maya sedia bercinta kembali dengan Ariel?

Jakarta: Penyanyi, pelakon dan pengacara, Luna Maya mengakui tidak mustahil sekiranya akan kembali bersama bekas kekasihnya yang juga penyanyi popular, Ariel Noah. Luna memberi jawapan itu ketika hadir sebagai tetamu undangan dalam program Rumpi yang diacarakan oleh Feni Rose. “Tak ada yang mustahil di dunia ini kecuali menggigit telinga sendiri. Susah kan?” katanya menjawab pertanyaan Feni. Feni yang mesra disapa sebagai Kak Rose juga bertanya sama ada kedua-keduanya masih saling mengucapkan ucapan selamat hari jadi setiap kali tanggal itu hadir.

“Masih saling menghantar ucapan. Cumanya, tak ada hadiah. Lagi satu, dia pun selalu lewat memberi ucapan. “Bukan hari jadi saja, tapi hari kebesaran lain juga masih saling menghantar ucapan,” kata Luna. Hubungan cinta antara Luna dan Ariel bukan lagi satu rahsia dan walaupun kedua-duanya sudah berpisah pada 2010, hubungan mereka tetap masih baik.

Tinggalkan banglo mewah selepas berkahwin? Luna Maya sanggup… tapi ada syarat untuk bakal suami

SELEPAS mendirikan rumah tangga kelak, pelakon Luna Maya berkata dia sedia tinggalkan kediaman mewahnya yang terletak di Jakarta Selatan, Indonesia. Meskipun begitu, Luna memberitahu ada beberapa syarat yang harus dipenuhi oleh bakal suami jika mahu dia berpindah ke rumah baharu. “Kalau dia (suami) boleh bagi rumah yang lebih bagus daripada rumah saya itu, ya saya keluarlah.

“Tapi kalau rumah saya lebih bagus daripada rumahnya, tak apalah… dia sahaja pindah sini!,” katanya ketika ditemubual pengacara Boy William. Sementara itu, juri Maharaja Lawak Mega 2017 ini berkata dia lebih selesa berada di kediaman sendiri kerana banyak ruangan yang dibina mampu memberi ketenangan. “Tempat kegemaran saya di bilik dan ruangan antara dapur yang jadi tempat kerja. Di situlah saya habiskan masa. “Saya juga suka main permainan Nintendo Switch… permainan lain susah! Saya tak suka permainan yang banyak berfikir,” ujarnya.Sumber: Mstar

Luna Maya nafi cerewet soal jodoh, reda hidup membujang hingga tua

SELEBRITI terkenal Indonesia, Luna Maya menafikan dakwaan kononnya dia terlalu cerewet dalam soal memilih pasangan. Kata Luna, dia sebaliknya seorang yang akan mengikut kata hati malah terbuka untuk menerima kehadiran mana-mana lelaki yang dirasakan sesuai buat dirinya. “Saya bukanlah seorang yang terlalu memilih. “Saya akan ikut kata hati kalau rasa sesuai, saya terima saja.

“Tapi tak salah juga kalau nak pilih yang betul-betul baik supaya ianya kekal,” ujarnya. Luna berkata demikian sewaktu menghadiri sebuah program temubual bersama pengacara Anang Hermansyah dan Ashanty baru-baru ini. Luna Maya reda jika ditakdirkan untuk hidup membujang seumur hidupnya. Dalam pada itu, Luna turut mengakui berasa selesa dan reda dengan perancangan Allah sekiranya dia ditakdirkan untuk hidup membujang seumur hidupnya.

Kata Maya, dia bersyukur dikurniakan segalanya malah sentiasa berdoa untuk dipertemukan dengan seseorang namun terpaksa menerima hakikat jika tiada jodoh buatnya. “Kadang-kadang tanpa kita sedar adalah lebih baik untuk kita hidup sendirian… mungkin saya juga seperti itu. “Jika saya memang ditakdirkan untuk hidup solo, saya terima dengan ikhlas. “Walaupun setiap hari kita berdoa untuk diberikan jodoh tapi kalau rezekinya sampai situ saja, ya sudahlah. Bersyukur saja,” katanya. – Liputan6.comSumber: Mstar

Luna Maya sentiasa bersyukur diberikan kesihatan yang baik, Dewi Sandra nasihat jangan sombong dengan Allah

PELAKON Luna Maya memberitahu setiap hari dia akan berdoakan dan meluahkan rasa syukur kepada Allah kerana masih diberikan kesihatan dan kehidupan yang baik. Menerusi laporan Liputan6, Luna berkongsi perkara itu menerusi video perbincangannya dengan pelakon Dewi Sandra yang dimuat naik di saluran YouTube baru-baru ini.

“Setiap hari saya berdoa dan mengucapkan terima kasih kepada Allah untuk hari ini. Saya berterima kasih kerana ada tubuh badan yang sihat hari ini,” katanya. Menurut Dewi Sandra, seseorang itu mempunyai sikap yang sombong sekiranya inginkan sesuatu namun enggan berdoa kepada Allah. “Kalau kita tidak berdoa, kita sombong. Kan Allah tahu keinginan kita, tapi kenapa kita tak nak minta padaNya,” ujarnya.Sumber: Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *