Doktor teruja apabila nampak suami jaga SJR. Tular video pasangan frontliners ini apabila suami buat perkara ini di dalam video.

berita Covid 19 Dunia Uncategorized

Dr Nik Farzana sempat merakam momen ‘rare’ ketika bertembung dengan suaminya yang sedang bertugas di sekatan jalan raya. Sejak kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kebanyakan negeri di semenanjung, pasukan polis giat melakukan sekatan jalan raya (SJR) serta rondaan bagi memastikan rakyat mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Bagi sesetengah orang, pasti wujud perasaan gentar apabila terpaksa melalui SJR kerana bimbang akan ditahan atau disoal oleh anggota polis yang tegas. Namun video tular baru-baru ini yang memperlihatkan seorang anggota polis membuat simbol ‘love’ dengan kedua-dua belah tangannya kepada seorang pemandu wanita, begitu mencuri tumpuan warganet.

Rata-rata warganet terhibur dengan video berkenaan dan menyifatkan aksi anggota polis itu sebagai sesuatu yang ‘cute’.

Mungkin ramai yang tidak tahu, anggota polis berkenaan sebenarnya adalah suami kepada pemandu wanita yang membuat rakaman tersebut dari dalam kereta yang dipandunya.

“Abang polis bagi ‘heart’ la kat kita hahaha. Macam ini la bila wife doktor, husband polis. Bertembung tepi jalan macam ini sajalah. Take care my husband. Jangan marah na, kita main phone sekejap je ni nak rakam. Jarang-jarang boleh rakam momen ni,” demikian kapsyen pada perkongsian asal yang dimuat naik di Facebook wanita berkenaan.

Dr Nik Farzana memuat naik video ‘sweet’ suaminya di Facebook.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, Dr Nik Farzana Abdullah berkata ketika itu dia sedang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Klinik Kesihatan Seberang Jaya ke rumah yang terletak di Kulim, Kedah.

“Suami, Mohd Haniff tak tahu saya nak lalu dan saya pun tak tahu yang suami saya kerja roadblock hari itu. Sebab dia kerja berubah-berubah, sekejap ronda moto, sekejap MPV, sekejap jaga balai. Jadi tak jangka jumpa dia. Sepanjang PKP dan PKPB ni dia banyak kali buat roadblock tapi tak pernah bertembung. Ini baru pertama kali jumpa macam ini. Dan tak sangka dia tiba-tiba buat reaksi macam tu (simbol hati). Dia cam kereta. Saya tak main telefon bimbit masa memandu tapi bila tengok dia dari jauh, itu yang saya rakam,” jelas Dr Nik Farzana.

Ibu kepada dua cahaya mata ini juga berkata, dia langsung tidak berniat untuk menularkan video berkenaan sebaliknya hanya memuat naik sebagai kenangan sendiri.

“Saya post hanya untuk simpanan sebab bagi saya ‘rare moment’ sangat dengan tiba-tiba suami buat reaksi macam itu pula. Mungkin kawan-kawan yang kongsi. Ada terbaca komen-komen yang kurang OK, cakap (polis) tak saman pulak main telefon. Saya harap salah faham itu dapat dirungkaikan. Kereta saya tak bergerak waktu rakam tu. Selepas melepasi roadblock, saya terus simpan telefon. Saya hanya muat naik ketika sampai rumah,” ujar doktor berusia 29 tahun ini.

Ada terbaca komen-komen yang kurang OK, cakap (polis) tak saman pulak main telefon. Saya harap salah faham itu dapat dirungkaikan.

Mempunyai pasangan yang juga merupakan seorang petugas barisan hadapan, doktor ini turut mengakui mereka berdepan dengan cabaran terutama dari segi meluangkan masa bersama keluarga.

“Cabarannya dari segi penjagaan anak-anak. Kami dua-dua sibuk, tambahan pula tinggal jauh dari kedua ibu bapa kami. Jadi agak sukar nak tinggalkan anak-anak lama dengan pengasuh.

“Kadang-kadang saya balik kerja, suami dah pergi kerja. Bertembung macam itu sajalah,” katanya yang pernah berkhidmat selama empat tahun di Hospital Kulim, sebelum ini.

Dalam pada itu, doktor ini yang turut bertugas di lapangan untuk melakukan ujian calitan (swab) menasihati rakyat Malaysia supaya mematuhi SOP dan kekal berada di rumah sekiranya tiada urusan penting. “Kekal di rumah dan beri kerjasama sepenuhnya terhadap frontliner,” ujarnya lagi.

Video frontliners bersorak gembira selepas PM umum PKPP dibanjiri penghargaan rakyat Malaysia – “Kita belum menang, tapi kita boleh dan pasti menang”

Tular video sekumpulan petugas barisan hadapan (frontliners) yang bersorak gembira selepas perdana menteri mengumumkan PKPP, baru-baru ini.

HAMPIR enam bulan sejak kes pertama Covid-19 dikesan di negara ini, Malaysia kini semakin menunjukkan perkembangan positif apabila kes yang dicatatkan menunjukkan penurunan saban hari.

Selepas melalui fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu, kini negara sedang melalui tempoh pemulihan atau Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun hingga 31 Ogos 2020.

Perkara ini takkan dicapai tanpa kerjasama semua pihak, namun pengorbanan petugas di barisan hadapan (frontliners) yang bertungkus lumus siang dan malam sewajarnya diberi ‘standing ovation’.

Berbulan lamanya terperuk di hospital dan di pusat persampelan dengan sut peralatan perlindungan diri (PPE), kini mereka boleh mengukir senyum dan menarik nafas lega apabila pengorbanan mereka berbaloi.

Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan sekumpulan petugas kesihatan yang lengkap berpakaian PPE bertepuk tangan dan bersorak kegembiraan sebaik sahaja Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan negara kini diletakkan di bawah PKPP, Ahad lalu.

Menerusi video yang berdurasi 11 saat itu, kelihatan juga pegawai polis turut meraikan detik-detik kegembiraan tersebut bersama kumpulan petugas kesihatan berkenaan sambil melaungkan ucapan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Rela dan lain-lain.

Video tersebut yang berlegar di kebanyakan platform media sosial dibanjiri dengan ucapan penghargaan dan terima kasih daripada rakyat Malaysia di atas pengorbanan ‘wira’ negara itu.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, pemilik asal video tersebut, Siti Aishah Mohd Ali Khan berkata, ia sebenarnya dirakam ketika dia sedang bertugas di lapangan, Mei lalu.

“Ia sebenarnya dirakam bulan lalu dan untuk disimpan sebagai kenang-kenangan saja. Saya fikir nanti nak kongsi bila tiba masa yang sesuai. Jadi bila baru-baru ini perdana menteri umum PKPP, ia satu berita gembira buat semua. Yang mana antara kami ni ada yang dah lama tak jenguk ibu bapa dan juga anak-anak. Bila muat naik tak lama selepas itu, tak sangka ia menjadi viral. Paling terharu, di setiap platform media sosial, rata-rata rakyat Malaysia ucap terima kasih kepada frontliners,” katanya.

Siti Aishah yang sudah bergelar jururawat sejak tujuh tahun lalu menambah, pengalaman bertugas di lapangan dan terlibat dengan kes Covid-19 adalah sesuatu yang paling tidak dilupakan.

Apatah lagi khidmat mereka berterusan sehingga bulan Ramadan di mana cabaran yang dihadapi bukanlah calang-calang.

“Pakai PPE dalam masa sejam sahaja sudah berpeluh-peluh. Saya masih ingat, ada seorang rakan setugas ‘tumbang’ dan dibawa ke hospital gara-gara dehydrated.

“Namun kami semua saling bekerjasama, menyokong dan beri kata semangat antara satu sama lain. Bila ada yang kurang sihat, pasti ada yang tawarkan diri,” ujar jururawat berusia 29 tahun ini.

Suami pesan, buat sehabis baik, tak apa korbankan sedikit masa. Begitu juga dengan rakan-rakan sepasukan yang sangat supportive.

Siti Aishah mengakui perasaan bimbang dan khuatir tetap wujud dalam dirinya apatah lagi tugas di lapangan terdedah secara langsung dengan risiko jangkitan wabak Covid-19.

“Bagaimanapun, suami dan ibu bapa tak putus-putus beri kata-kata semangat dan doa. Suami pesan, buat sehabis baik, tak apa korbankan sedikit masa. Begitu juga dengan rakan-rakan sepasukan yang sangat supportive. Dalam masa yang sama, di lapangan akan ada staf kawalan infeksi. Mereka ini yang akan memastikan dan inspect para petugas dari hujung rambut hingga hujung kaki. Memang keselamatan adalah perkara utama yang diberi penekanan,” ceritanya.

Suami Siti Aishah salah seorang individu yang sering menyokong dan memberikan kata-kata semangat buat dirinya. Sungguhpun negara kini sedang dalam fasa pemulihan, Siti Aishah menyarankan agar rakyat kekal berdisiplin dalam menjalani norma baharu kehidupan memandangkan vaksin bagi wabak berbahaya berkenaan masih belum ditemui.

“Apa yang dicapai sehingga kini pun adalah hasil daripada sikap rakyat kita yang berdisiplin dan ikut peraturan. Terima kasih sangat-sangat kerana membantu dan beri kerjasama kepada kami. Namun dalam keadaan sekarang ini, nasihat saya, terus patuhi SOP dan sentiasa amalkan norma baharu. Tolong para frontliners sikit saja lagi untuk kita putuskan rantaian Covid-19. Kita belum menang, tapi kita boleh dan pasti menang,” ujarnya menutup bicara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *