Chubb E dinobatkan artis baharu lelaki popular. Nama Chubb E menjadi perbualan warganet kerana ini.

artis Dunia Hiburan Uncategorized

Dinobat Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 pada Jumaat lalu, nama Chubb-E menjadi bualan ramai apabila ramai yang mengatakan mereka tidak mengenali penyanyi dan rapper tersebut.

Tidak mudah melatah dengan kritikan, Chubb-E berkata kemenangannya itu adalah rezeki daripada Allah dan tidak wajar dipertikaikan. Katanya lagi, dia mahu semua pihak menghormati format pertandingan itu berdasarkan undian peminat.

“Alhamdulillah, syukur. Sikit pun tak rasa saya akan menang. Apa saya tahu, usaha saya untuk meminta peminat mengundi sudah dibuat dengan terbaik. Mereka terutama kelab peminat Chubbs Masterpiece tidak henti mengundi. Malah, dari awal tak jangka akan menang sebab calon lain adalah artis hebat dan lebih popular daripada saya. Tapi, ini bukan dirancang. Saya tak minta untuk menang. Saya menang pun adalah rezeki daripada Allah. Tak boleh nak buat apa dan tolak. Sebenarnya warganet pun tak boleh nak cakap begitu. Disebabkan mereka tak kenal saya, saya tak patut menang. Saya berbalik kepada rezeki. Ini semua kerja Tuhan. Kepada yang kecam, macam mana sekali pun tak boleh putar balik masa. Ini rezeki saya,” katanya.

Sudah lapan tahun berada dalam industri hiburan tanah air, Chubb-E berkata dia mempunyai kelompok peminat tersendiri. Ujarnya, jika seseorang itu popular namun peminat tidak mengundi bermakna tidak layak menang.

“Rezeki saya, walaupun orang cakap saya tak layak dan kurang popular, mungkin saya popular di saluran lain. Tapi rezeki dah berpihak pada saya. Allah dah tulis. Kadang orang nak pertikaikan perkara ini seperti mempertikaikan rezeki Allah. Bagi saya ia tak patut. Tapi saya faham, saya tak popular dan cukup syarat nak menang. Tapi, pada akhirnya ini adalah kuasa undian. Daripada undi tentukan segalanya.

Walaupun popular dan peminat tahu popular, jadi tak perlu nak undi. Dan anggap akan menang. Cuma, dalam industri ini saya sudah lali. Buat benda betul tetap dianggap salah, buat salah lagilah nampak salah. Sama juga macam dalam perkara ini. Saya menang pun salah. Apa pun, saya bersyukur ini adalah rezeki saya,” katanya.

Menang artis baru popular. Warganet persoal siapa Chubb E.

Mencipta kejutan apabila dinobat Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 malam tadi, Chubb-E menewaskan calon favourite seperti Zynakal dan Yonnyboii dalam kategori berkenaan.

Namun, kemenangan Chubb-E atau nama sebenar, Muhammad Shahrul Ashlyn Awang Ashrul Affandy ternyata menimbulkan persoalan warganet yang tertanya-tanya siapa sebenarnya Chubb-E kerana ramai tidak mengenali penyanyi itu.

Kata warganet lagi, mereka tidak pernah melihat Chubb-E di kaca televisyen dan tidak dikenali ramai tetapi boleh dinobat sebagai Artis Baharu Lelaki Popular. Namun ada segelintir warganet mengatakan mereka mengenali penyanyi itu sejak dari program realiti kanak-kanak Ceria PopStar dan MegaStar.

Hampir lapan tahun berkecimpung dalam dunia seni. Chubb-E pernah tampil dengan single Aku Tak Kisah pada 2018 disusuki Kita, tahun lalu dan terbaru, Padan Muka. Chubb-E mula mendapat perhatian apabila menyertai program realiti Dansa Dan Sing, tahun lalu.

Akui terkejut dengan kemenangan tersebut, Chubb-E mengucapkan terima kasih buat peminatnya dan tidak sangka kemenangan berpihak padanya. Ujarnya, kemenangan tersebut adalah hadiah untuk ibu bapanya.

“Saya tak jangka dan tergamam berganding dengan artis berpengalaman. Terima kasih kepada peminat. Ada usaha berkempen dengan peminat. Tetapi, saya tak sangka ia menyebelahi saya. Hadiah untuk mak ayah sebab hari lahir mereka jatuh bulan ini,” katanya.

“Apa AC Mizal cakap tu betul, saya memang kurus” – Chubb-E syukur dapat perhatian selepas 7 tahun

Chubb E tidak ambil hati dengan gurauan AC Mizal. Peserta program Dansa Dan Sing Chubb-E tidak ambil hati apabila juri jemputan program itu iaitu Datuk AC Mizal menjadikan fizikalnya yang kurus sebagai bahan gurauan. Pemilik nama Shahrul Ashlyn Awang, 22, berkata, dia menerima semua komen juri sepanjang program tersebut secara positif.

“Saya menganggap apa yang diperkatan Datuk AC Mizal hanya satu gurauan dan saya bersyukur dengan ciptaan Allah. Saya memang kurus jadi kenapa nak ambil hati dengan apa yang diperkatakan dan saya ambil dari sudut positif. Saya manusia yang susah nak terasa kerana apa yang dia cakap itu memang benar,” ujarnya.

Pada Sabtu lalu, komen AC Mizal yang menyamakan fizikal tubuh badan Chubb-E sebagai tiang elektrik menerima kec4man warganet. Bagaimanapun, Chubb-E mendapat pujian selepas membuat persembahan tarian tradisional negeri Sabah pada minggu ketiga Dansa Dan Sing.

Dalam pada itu, Chubb-E meluahkan rasa syukur apabila masyarakat Malaysia kini dapat melihat bakatnya selepas tujuh tahun menceburi industri muzik.

Saya manusia yang susah nak terasa kerana apa yang dia cakap itu memang benar.

“Alhamdulillah, saya gembira apabila semua penat lelah saya pandang oleh peminat muzik di Malaysia,” ujarnya. Bercakap mengenai program Dansa Dan Sing, Chubb-E mengakui berdepan tekanan setiap minggu bertanding.

“Untuk melakukan persembahan di pertandingan yang besar ini bukan suatu benda yang sangat senang kerana ia melibatkan komitmen yang sangat besar. Tekanan dan debaran semasa pertandingan juga adalah cabaran untuk saya memberikan persembahan terbaik” katanya.

“Sukar Buang Persepsi Sebagai Bintang Kanak-Kanak”- Chubb-E

Bercerita kisah nama Chubb-E, bintang muda ini menjelaskan awalnya dia bingung kerana tidak tahu nama komersial yang apakah yang harus digunakan. Lalu, dia mengambil keputusan menggunakan nama timangan sendiri sewaktu bayi sebagai nama pentas.

“Sewaktu kecil saya memang tembam dan daripada kecil orang memanggil saya chubby. Dan saya malas memikirkan nama pentas untuk digunakan, jadi saya mengambil keputusan menggunakan nama Chubb-E,” tulisnya.

Menduduki tangga kedua pada minggu kedua Dansa Dan Sing dengan jumlah markah 94.03 peratus, jelas jejaka dari Sabah ini, dia memerlukan pentas lebih besar bagi mengembangkan kerjaya dalam bidang seni.

“Namun akur, bukan mudah mahu membuang gelaran bintang kanak-kanak. Memang tertekan kerana sukar untuk buang persepsi sebagai bintang kanak-kanak. Namun sampai bila? Apabila berada dalam program kanak-kanak, saya kurang belajar perkara baru. Malah idea saya juga tidak berkembang. Niat saya sertai Dansa Dan Sing untuk lebih menyelami bagaimana suasana dalam pertandingan yang lebih besar,” jelasnya yang menceburi bidang seni sejak usia 14 tahun. Biarpun bergelar selebriti, namun dia akui tidak gemar untuk mengemaskini akaun media sosial dan lebih mengutamakan soal kerjaya.

“Saya ini memang pelik sedikit. Saya tidak suka menggunakan media sosial dan tidak suka bermain game. Saya sangat komited dengan muzik. Saya jarang lakukan apa yang remaja lain buat,” katanya sewaktu sidang media Dansa Dan Sing.”

Dansa Dan Sing dihoskan oleh Sherry Al Hadad dan Hady Mirza sementara juri tetapnya terdiri daripada Linda Jasmine dan Datuk Rizalman Ibrahim.Program berkenaan bersiaran secara langsung setiap Ahad jam 9.00 malam di Astro Ria dan Ria HD. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *