Zed Zaidi perlu membuat sesuatu untuk sara keluarganya. Zed Zaidi membuat sesuatu ini yang diterima baik oleh warganet.

artis Dunia Hiburan Uncategorized

Musim pandemik ketika ini memaksa kita semua untuk lebih kreatif dalam menjana pendapatan. Hal ini berikutan kekangan Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) yang terpaksa dikenakan semula di sesetengah kawasan di Malaysia disebabkan kenaikan kes positif Covid-19.

Para artis dan juga penggiat seni yang lain turut merasai kesan akibat pandemik ini apabila banyak urusan di depan layar terpaksa ditangguhkan kerana perlu mematuhi standard operating procedure (SOP).

Jual tahu bergedil

Hal ini turut memaksa Presiden Seniman, Rozaidi Jamil atau dikenali Zed Zaidi menjual tauhu bergedil bagi menambah pendapatan sedia ada.

Perlu tampung perbelanjaan

Menerusi laporan daripada Harian Metro, Zed Zaidi ketika dihubungi memaklumkan dia terpaksa memulakan perniagaan kecil-kecilan demi kelangsungan hidup.

“Dengan dua anak kembar yang makin membesar perlukan pelbagai kos termasuk susu dan belanja isi rumah, saya tak boleh duduk saja dan memang kena cari jalan untuk cari rezeki. Dalam masa sama, hujung tahun banyak akaun kerajaan sudah tutup dan projek kurang. Orang pun tak buat perniagaan besar masa Covid-19. Ini saja yang mampu buat setakat ini.” Katanya.

Idea tercetus pada Mac

Tambahnya, idea tersebut tercetus bermula pada Mac awal tahun ini semasa Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) berlangsung. Ketika itu dia melihat isteri memasak menu tersebut dan rasanya sangat sedap serta boleh dikomersialkan.

“Idea ini tercetus sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu. Apabila isteri masak, saya nampak makanan ini boleh dijual supaya boleh dapat pendapatan dalam keadaan yang amat sukar sekarang.”

Sasar kembangkan perniagaan

Menggunakan resepi sos kicap warisan keluarga, tauhu bergedil jualannya mendapat maklum balas yang baik dan permintaan yang agak tinggi sehingga kadang-kala dia sendiri turun padang menghantar pesanan kepada pelanggan. Di akhir kenyataan Zed Zaidi kepada sumber, dia menyasarkan agar perniagaan ini akan terus berkembang di masa akan datang dan mempunyai perancangan sendiri apabila PKPB ini ditamatkan kelak.

“Tamat saja Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) nanti, saya sasarkan nak pergi jauh lagi. Kemungkinan saya nak buka cawangan, kedai atau kilang.  Mana tahu rezeki saya ada menerusi perniagaan ini. Alhamdulillah, permintaan pembeli memang tinggi menerusi media sosial saya antaranya di Facebook Rozaidi Jamil.” Ujarnya.

Sumber: Harian Metro (Ridzuan Abdul Rahman)

Zed Zaidi ucap tahniah Ahmad Idham kembali jadi CEO Finas – “Belajar dari kesilapan dan jangan meroyan!”

Zed Zaidi berharap Ahmad Idham belajar daripada kesilapan lalu. Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menyambut baik pelantikan semula Ahmad Idham Ahmad Nadzri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) pada Jumaat lalu.

Menerusi laman Instagram, Zed atau nama sebenar Rozaidi Jamil mengucapkan tahniah kepada Ahmad Idham dan berharap pengarah itu belajar daripada kesilapan lalu. “Tahniah my bro Ahmad Idham dilantik semula sebagai CEO Finas. Satu sahaja yang saya nak pesan belajar daripada kesilapan lepas. “Kena faham mana kawan, mana lawan dan yang paling penting jangan meroyan!

“Belanja makan durian tak apa sebab dah musim,” tulis Zed di laman tersebut pada Sabtu. Sebelum itu, dalam satu kenyataan Finas mengumumkan pelantikan semula Ahmad Idham sebagai CEO agensi itu untuk tempoh dua tahun berkuatkuasa 5 Jun hingga 6 Jun 2022.

Pada 9 Disember tahun lalu, permohonan Ahmad Idham untuk menamatkan perkhidmatannya setahun lebih awal iaitu pada 10 Mac lalu atas sebab peribadi diluluskan agensi berkenaan. Justeru itu, Zed meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Finas meluluskan permohonan tersebut tanpa merujuk kepada bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Gobind Singh Deo terlebih dulu. Zed mendakwa ada pihak berkepentingan cuba campur tangan dalam bidang tugas Ahmad Idham sebagai CEO.

Zed Zaidi syak ada warganet terlepas masuk Telegram artis – “Admin terpaksa off komen, tapis segala perbualan dalam group tersebut”

Zed Zaidi ulas mengenai penyebaran paparan skrin perbualan artis di aplikasi Telegram. Isu ‘perang’ media sosial membabitkan pelakon Zarina Anjoulie dan beberapa artis senior dikatakan bermula apabila tersebarnya paparan skrin perbualan menerusi aplikasi Telegram pada Selasa.

Menafikan paparan itu disebarkan oleh ahli dalam group berkenaan, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi berkata ia berkemungkinan dilakukan oleh warganet yang terlepas masuk dalam kumpulan tersebut.

Menurut Zed, pengendali akaun tersebut memaklumkan mereka menerima kemasukan yang ramai daripada warganet dalam group berkenaan sehinggakan sukar untuk mengenal pasti individu yang menyebarkan perbualan tersebut.

“Sebenarnya akaun Telegram itu diwujudkan untuk membantu anak seni yang memerlukan apa-apa bantuan, kita juga nak berkongsi maklumat dan perancangan untuk mereka.

“Tapi tak tahu macam mana, semalam (Selasa) admin akaun beritahu ada warganet yang menyertai group itu dalam jumlah yang ramai. “Sampai tak boleh nak bezakan sama ada mereka penggiat seni atau bukan. Mungkin daripada situ mereka sempat screenshot perbualan yang ada,” katanya kepada mStar.

Sebelum itu, tular beberapa keping foto paparan skrin perbualan antara artis senior yang menyentuh mengenai video yang dirakamkan oleh pelakon sensasi Zarina Anjoulie.

Sementara itu, Zed memaklumkan pengendali akaun sudah menyiasat dan menyingkirkan beberapa orang yang tidak dikehendaki dalam group tersebut.

Buat masa ini mereka kawal dulu komen dan apa-apa bentuk perkongsian.

Admin ada beritahu mereka dah singkirkan orang yang tak ada kaitan dalam group tersebut dan ini semua pun diluar kawalan sebab kita pun tak kenal terutamanya penggiat seni di belakang tabir. Jadi admin terpaksa off komen dan tapis segala bentuk perbualan dalam group tersebut… buat masa ini mereka kawal dulu komen dan apa-apa bentuk perkongsian,” ujarnya.

Pada Selasa, Seniman membuat laporan polis terhadap seorang selebriti yang merakam video berbentuk negatif kepada industri seni Malaysia. Gara-gara perbualan ‘panas’ dalam paparan skrin tersebut, Zarina meluahkan rasa kurang senangnya itu menerusi rakaman video di Instagram miliknya.

Kongsi berita palsu koronavirus, Zed Zaidi antara empat individu didakwa di mahkamah

Zed Zaidi bersama penguamnya, Zamri Idrus hadir untuk memberi keterangan berhubung tindakannya berkongsi berita palsu mengenai koronavirus 2019 di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia pada 31 Januari lalu. Foto: BERNAMA.

GARA-GARA berkongsi berita palsu berkenaan koronavirus 2019 (2019-nCoV) di laman sosial, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada Jumaat. Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah ketika dihubungi mStar turut mengesahkan Zed Zaidi atau Rozaidi Jamil hadir ke mahkamah untuk sebutan kes tersebut.

“Ya memang betul. Kehadiran Zed Zaidi di mahkamah hari ini hanya untuk pengurusan kes sahaja,” katanya kepada mStar.

Sekitar Januari lalu, Zed Zaidi berkongsi berita palsu berkenaan koronavirus 2019. Menerusi laporan Bernama, Zed Zaidi, 40, antara empat individu yang didakwa kerana membuat kenyataan berhubung Covid-19 di media sosial yang boleh menyebabkan kegentaran pada orang awam.

Pada 31 Januari lalu, Zed Zaidi hadir memberi keterangan lebih dua jam di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung perkongsian berita tersebut di Cyberjaya.

Sebelum ini, pelakon itu dikatakan oleh warganet selepas berkongsi berita palsu yang mengatakan semua negara mengharamkan pelancong dari China kecuali Malaysia di Facebook dan Twitter miliknya. Segelintir warganet memberitahu artikel yang menggunakan tajuk utama itu boleh disunting sesiapa sahaja melalui laman breakyourownnews.com untuk menghasilkan imej seakan-akan berita. 

“Kau pergi kerja atau saja cuti-cuti?” – Zed Zaidi dakwa Hans Isaac salah guna kuasa Pengerusi Finas

PERSATUAN Seniman Malaysia (Seniman) keliru dengan arah tuju sebenar Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang kini berdepan konflik apabila Ketua Pegawai Eksekutifnya iaitu Ahmad Idham mengambil keputusan untuk memendekkan perkhidmatannya bersama agensi itu setahun lebih awal.

Presidennya, Zed Zaidi, 39, mendakwa Pengerusi Finas iaitu Datuk Hans Isaac sering campur tangan selain bersikap seperti mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan sesuatu keputusan.

“Pengerusi Finas kini bersikap seakan dia menyandang jawatan CEO dalam organisasi tersebut, pekerja-pekerja mereka juga dah keliru sama ada nak dengar arahan CEO atau pengerusi. Apabila mereka sendiri carca-marba, kami yang berada di peringkat persatuan terkena tempiasnya. Lagi beberapa hari nak masuk tahun 2020 tapi arah tuju mereka pun masih samar-samar. Saya keliru sama ada menteri melantik individu yang betul atau sebaliknya untuk menerajui Finas,” kata Zed Zaidi kepada mStar.

Zed ditemui semasa majlis penyerahan bantuan kerusi roda kepada beberapa pelakon veteran pada Selasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *