Baju Wany Hasrita diperkatakan oleh warganet. Tidak sangka rupanya bajunya menggunakan sebanyak 100 meter kain.

artis Dunia Hiburan Uncategorized

Bahang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2020 (ABPBH) pada Jumaat lepas masih kekal terasa. Semua penerima anugerah juga telah diketahui dengan Haqiem Rusli menggondol gelaran Bintang Paling Popular tahun ini. Pelbagai warna-warni perjalanan anugerah berprestij tersebut menjadi perbualan warganet kerana buat pertama kalinya ABPBH dilangsungkan dalam suasana sepi tanpa kehadiran penonton dan peminat setiap artis kesayangan mereka. Selain daripada suasana yang berbeza disebabkan mematuhi standard operating procedure (SOP), fesyen-fesyen para artis yang hadir juga mencuri perhatian warganet.

Macam cotton candy!

Paling menjadi perbualan di media sosial ialah busana yang digayakan oleh Wany Hasrita yang seakan cotton candy menurut warganet.

Guna 100 meter kain buat skirt je!

Menurut Penyanyi Paling Popular ABPBH2020 ini, busana yang direka oleh Wan & Mary itu  menggunakan 100 meter kain hanya pada skirtnya sahaja! Perkara ini membuatkan para peminat di Instagram meninggalkan komen yang pelbagai atas ‘karya’ yang mencuri perhatian ramai khususnya di media sosial.

Sentiasa nampak cantik

Ada yang memuji penampilan Bintang Paling Popular 2018 ini terlihat sangat cantik dengan busana merah jambu dan ungu muda tersebut. Namun begitu ada juga yang menyamakan pakaian yang digayakan seperti uniform Puteri Islam sewaktu zaman persekolahan.

Pakai tudung bawal biasa je pegi ABPBH

“Jarang pergi anugerah orang pakai baju Puteri Islam”

Suka tengok Wany, pakai sopan tak menjolok mata

“Macam aiskrim unicorn!”

Dalam ABPBH2020, Wany Hasrita telah kembali menggenggam Anugerah Penyanyi Paling Popular yang pernah dimenangi pada 2018. Dia juga turut menjadi penyampai anugerah pada ABPBH tahun ini dengan SOP yang begitu ketat.

Wany Hasrita beli rumah dua tingkat – “Tak besar, tak kecil tapi cukup untuk saya dan ibu”

IMPIAN penyanyi Wany Hasrita ingin memiliki kediaman sendiri akhirnya tercapai apabila dia menerima kunci rumah pertamanya itu, baru-baru ini.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Wany atau nama sebenar Nurshazwany Hasrita Hasbullah berkata dia memasang impian untuk memiliki kediaman itu sejak tahun lalu.

“Alhamdulillah atas segalanya. Betullah kata-kata itu satu doa. Setiap hari sebut nak beli rumah, pergi haji dan umrah… doa dipermudahkan untuk beli rumah.

“Ini azam saya tahun 2019, satu tahun delay tapi Allah tahu bila waktu yang terbaik untuk dia beri pada hamba-Nya.

“Ibu ini rumah kita… terima kasih pada semua yang mendoakan,” katanya.

Penyanyi lagu Canggung ini turut berkongsi video dia bersama ibunya mengunjungi kediaman dua tingkat yang dipercayai terletak di Semenyih, Selangor itu. Dalam video yang dimuat naik di laman YouTube itu, Wany berkongsi kepada peminat ruangan dalaman rumah berkenaan. Malah, dia turut memberitahu akan melakukan beberapa pengubahsuaian sebelum berpindah masuk.

“Ini adalah tanggungjawab ya! Rumah ini tak besar tak kecil tapi sedang cukup untuk kami berdua dan anak-anak kucing. Alhamdulillah… saya juga merancang untuk mengubahsuai beberapa bahagian di rumah ini,” ujarnya. Menerusi laporan mStar pada Disember 2018, Wany berkata dua impiannya yang masih belum tercapai ialah membawa ibu menunaikan umrah dan memiliki rumah sendiri

Wany Hasrita menggigil buat ‘swab test’ selepas main badminton dengan kontak rapat pesakit Covid-19 – “Hati tak tenang, apa yang berlaku buat saya buka mata!”

Wany gementar lakukan ujian saringan Covid-19 buat pertama kali. Gara-gara bermain badminton bersama rakan yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19, penyanyi Wany Hasrita terpaksa melakukan ujian saringan wabak tersebut sebagai langkah berjaga-jaga.

Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 28, berkata dia juga mengambil keputusan untuk membatalkan semua kerja biarpun keputuan ujian saringan rakannya belum diketahui. Kata Wany, biarpun berasa terlalu takut sehingga menggigil namun bersyukur ibunya iaitu Norita Jaafar yang juga melakukan ujian saringan itu memberi sokongan.

Wany berkongsi pengalaman itu menerusi laman Instastory miliknya. “Hari Selasa lalu, saya ada buat swab test Covid-19 sebab saya ada bermain badminton dengan kawan yang mempunyai contact rapat pesakit Covid. Ahad malam lalu dapat tahu. Sepatutnya saya kena tunggu keputusan ujian saringan kawan saya itu memadangkan dia kira lapisan kedua tapi saya ambil langkah berjaga-jaga dengan batalkan semua kerja pada Isnin. Sebabkan saya tak sabar orangnya… saya lakukan swab test itu pada Selasa. Saya pergi dengan ibu dan masa nak isi borang itu tangan menggigil sebab pertama kali nak lakukan.

Empat hari yang sangat mencabar dan saya akan ingat sampai bila-bila.

“Ibu saya dah kira kali kedua sebab dia pernah buat masa kena tahan wad akibat denggi sebelum ini. Walaupun ibu kata tak ada apa, tapi tetap tangan menggigil,” kata Wany.

Penyanyi lagu Canggung itu berkongsi pengalaman pertama kali melakukan ‘swab test’ menerusi video yang dimuat naik di Instastory miliknya. Dalam pada itu, Wany memberitahu dia melakukan persiapan mengemas bag untuk sebarang kemungkinan yang berlaku.

Wany lakukan ujian saringan Covid-19 bersama ibunya. Selang sehari, Wany dan ibunya menerima panggilan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)yang mengatakan keputusan ujian saringan mereka negatif.

“Balik rumah, saya dah get ready bag dan apa yang patut. Tunggu pihak KKM call… berdebar lain macam. Alhamdulillah… dapat keputusan saya dan ibu negatif dan begitu juga dengan kawan saya. Empat hari yang sangat mencabar dan saya akan ingat sampai bila-bila. Betapa saya ambil kesempatan keatas semua rahmat dan nikmat Allah berikan. Hati tak tenang… apa yang berlaku buat saya buka mata dan bersyukur dengan kesihatan serta semua sekali. Jika keputusan sebaliknya, kena berlapang dada sebab Allah sayang,” ujarnya.

“Saya tak jual barang percuma!” – Wany Hasrita masih jaga keberkatan, baju bertanda ‘sample’ bukan dapat ‘free’

Wany jelaskan baju bertanda ‘sample’ bukan baju percuma. Gara-gara menjual baju-baju terpakai, penyanyi Wany Hasrita menerima kata buruk oleh warganet yang mengatakan dirinya menjual semula pakaian percuma yang diterima atas kapasiti seorang selebriti. Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 28, menjelaskan, koleksi baju yang dijual itu adalah barangan peribadi yang dibeli sendiri.

Malah, beberapa baju bertanda ‘sample’ atau contoh yang terdapat dalam akaun @prelovestillinlove miliknya itu juga merupakan baju model yang dibeli di sesebuah butik.

Jangan risau, saya masih lagi mementingkan etika dan keberkatan.

“Salam, semua barang pre-loved di @prelovedstillinlove semua barang yang saya beli. Tak pernah dan tak akan pernah jual barang yang saya dapat percuma. “Sample (contoh) yang dimaksudkan adalah baju sample yang dipakai sewaktu sesi fotografi produk (baju model) yang ada satu saiz sahaja dan dijual di butik tersebut. Dan satu-satunya saiz yang sesuai dengan saya tanpa perlu ubah suai. Lepas itu sekarang dah tak muat dan saya nak let go la,” kata Wany.


Wany berkongsi perkara itu di Instastory miliknya. Penyanyi lagu Terlalu Muja itu tampil menjelaskan perkara tersebut di InstaStory miliknya selepas menerima mesej daripada individu yang kurang senang dengan perkara itu.

“Dapat barang percuma lepas itu jual kat orang, hebat-hebat permainan. Jelas kat situ *** sample,” tulis individu tersebut. Dalam pada itu, Wany memberitahu individu tersebut tidak perlu berasa bimbang kerana dia masih menjaga dan mementingkan etika serta keberkatan dalam setiap apa yang dilakukannya. “Jangan risau, saya masih lagi mementingkan etika dan keberkatan,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *