Aina Abdul menggayakan baju berwarna biru hitam sempena ABPBH. Warganet menyamakan bajunya dengan Aiskrim McDonald’s.

artis Dunia Hiburan Uncategorized

Penyanyi Aina Abdul memang tidak asing lagi sering saja tampil dengan fesyen unik sepanjang kemunculannya dalam mana-mana acara mahupun muzik video lagunya sendiri. Dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang ke-33 yang baru sahaja melabuhkan tirainya baru-baru ini, Aina dilihat telah tampil dengan satu set persalinan biru hitam beropol khas sempena majlis tersebut.

Namun lain pula bagi pengguna media sosial yang mula membuat perbandingan busana yang dipakai Aina pada malam itu dengan hidangan ais krim yang dijual oleh McDonald’s, iaitu Sea Salt McFlurry. Tidak melatah, Aina mengambil perbandingan warganet itu sebagai gurauan dan turut berkongsi foto tersebut di entri terbarunya di Instagram miliknya baru-baru ini. Meninjau ruangan komen, peminat Aina turut meninggalkan respon terhibur dengan cara penyanyi itu melayan pengikutnya di Instagram

Aina Abdul terpaksa berbohong dalam kostum Bunga Raya, sukar simpan rahsia selama 2 bulan – “Tiada niat tipu tapi dah sign kontrak”

JUARA The Masked Singer Malaysia musim pertama, Aina Abdul meluahkan rasa syukur di atas kemenangannya dalam program tersebut yang bersiaran pada malam Jumaat. Setelah hampir dua bulan menyimpan rahsia, Aina berkata pengorbanannya itu membuahkan hasil apabila dia berjaya menewaskan lima peserta lain dalam program itu.

“Assalamualaikum semua… Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi atas kemenangan dan kejayaan yang tidak disangka-sangka ini. Ya Allah, susah Aina nak tahan rahsia ini hampir dua bulan. Aina juga nak ucapkan jutaan terima kasih buat semua team produksi dan mereka yang berada di belakang Aina sepanjang program ini berjalan… semoga Allah SWT merahmati anda semua!” katanya menerusi laman Instagram. Aina minta maaf terpaksa menipu sepanjang menyertai program ini.

Pada malam itu, Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 27, mendapat markah tertinggi daripada pihak juri selepas menyanyikan dua buah lagu iaitu Malam Ini Kita Punya nyanyian asal Bunkface dan Listen (Celine Dion).

Sementara itu, penyanyi lagu Semalam ini turut memohon maaf kepada orang ramai kerana terpaksa berbohong dan merahsiakan penglibatannya dalam program berkenaan. Menurut Aina, ini kerana dia terikat dengan perjanjian dan kontrak dalam pertandingan tersebut.

Aina tiada niat nak tipu tapi Aina dah sign kontrak dan Aina kena patuhi… minta maaf ya!

“Aina minta maaf sangat-sangat dekat semua orang, keluarga, rakan-rakan dan semua pengikut disayangi. Aina tiada niat nak tipu tapi Aina dah sign kontrak dan Aina kena patuhi… minta maaf ya,” ujarnya. Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut berkata mereka sudah menjangka individu dalam kostum Bunga Raya itu ialah Aina Abdul.

“Tahniah Aina. Agak dah!” kata Mira Filzah. “Dah tahu dah… saja buat-buat tak tahu,” tulis Indah Ruhaila. “Hahaha… good job. Hebat sorok diri,” komen pengacara program, Datuk AC Mizal.

Untuk edisi kali ini, bekas peserta Ceria Pop Megastar musim ketiga, Vanessa Ben Reynauld yang menyarungkan kostum Rajah Brooke menduduki tempat kedua dan ahli kumpulan K-Clique, Tuju yang memakai kostum Orang Utan diumumkan memenangi tempat ketiga.

Penyanyi Datin Alyah yang memakai kostum Wau menduduki tempat keempat dan bekas juara Akademi Fantasia musim pertama, Vincent Chong di tempat kelima. Persembahan peserta diadili oleh lapan orang juri iaitu Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Nabila Huda, Ramona Zam Zam, dan Angah Raja Lawak.

Misteri suara merdu terbongkar! Aina Abdul, Tuju K-Clique di sebalik kostum Bunga Raya dan Orang Utan!

Aina Abdul dan Tuju K-Clique suara di sebalik kostum Bunga Raya dan Orang Utan. Misteri suara merdu terbongkar selepas penyanyi Aina Abdul yang memakai kostum Bunga Raya diumumkan sebagai juara The Masked Singer Malaysia musim pertama yang disiarkan pada malam Jumaat.

Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 27, mendapat markah tertinggi daripada pihak juri selepas menyanyikan dua buah lagu iaitu Malam Ini Kita Punya nyanyian asal Bunkface dan Listen (Celine Dion).

Sementara itu, bekas peserta Ceria Pop Megastar musim ketiga, Vanessa Ben Reynauld yang menyarungkan kostum Rajah Brooke menduduki tempat kedua. Manakala, ahli kumpulan K-Clique, Tuju yang memakai kostum Orang Utan diumumkan memenangi tempat ketiga.

Bekas peserta Ceria Pop Megastar musim ketiga, Vanessa Ben Reynauld yang menyarungkan kostum Rajah Brooke Penyanyi Datin Alyah yang memakai kostum Wau menduduki tempat keempat dan bekas juara Akademi Fantasia musim pertama, Vincent Chong di tempat kelima.

Persembahan peserta pada malam itu diadili oleh lapan orang juri tiaitu Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Nabila Huda, Ramona Zam Zam, dan Angah Raja Lawak. Malam final turut menyaksikan kemunculan penyanyi juga komposer Mark Adam hadir mengisi kerusi Zizan Razak sebagai juri.

Alyah di sebalik costume Wau.

Rancangan yang bersiaran selama sembilan minggu itu dihoskan oleh pengacara terkenal Datuk AC Mizal. Tujuh selebriti tersingkir pada minggu sebelum ini terdiri daripada Hairul Azreen (Ayam Jantan), Yana Samsuddin (ABC), Chiwan Cilok (Rhino), Datuk Mirnawan Nawawi (Nasi Lemak), Zain Hamid (Musang King), Ebby Saiful (Rimau) dan Datin Paduka Eina Azman (Rafflesia).

The Masked Singer Malaysia merupakan program realiti popular dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.

Selepas tampil dengan fesyen unik, Aina Abdul mahu cuba genre drama dalam MV akan datang

Aina Abdul mahu jadi anak seni yang berkonsep. Tampil dengan pelbagai fesyen pelik, penyanyi Aina Abdul mengakui gemar bereskperimentasi menerusi lagu-lagu baharunya.

Tidak hanya fesyen, Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 27, berkata dia juga akan sentiasa memberikan kelainan dalam lagu dan muzik yang dihasilkan.

“Saya akan tengok dulu kalau sesuatu fesyen tu sesuai ke tak dengan saya. Saya pun tak berapa nak tinggi jadi saya nak fesyen tu nampak elok la. Tapi disebabkan saya dah keluarkan dua karya iaitu Sumpah dan Maybe/Kelip2 dengan fesyen begitu, tak semestinya saya akan bereksperimen dengan fesyen lagi lepas ni,” katanya kepada mStar.

Saya akan tengok dulu kalau sesuatu fesyen tu sesuai ke tak dengan saya.

Kata Aina, dia mahu dikenali sebagai seorang artis yang mempunyai konsep tersendiri terutama dalam persembahan yang diberikan. Bagaimanapun, menurut Aina, dia juga berhasrat mahu tampilkan kelainan dalam muzik video akan datang dalam bentuk lakonan drama pula.

“Apa yang saya cuba tampilkan adalah saya teringin nak menjadi seorang anak seni yang mempunyai konsep. Mungkin video muzik yang seterusnya saya akan berlakon drama, atau perubahan karya baru akan dilihat dari segi muzik,” ujarnya.

Video muzik terbaharu Aina iaitu Maybe/Kelip2 mendapat pelbagai reaksi warganet apabila menampilkan konsep fesyen unik dan mempunyai makna tersirat.

Sebelum ini, nama Aina Abdul turut menjadi perbualan warganet apabila membawa konsep menamatkan nyawanya dalam persembahannya untuk single Sumpah pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) pada 9 Februari lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *