Terima mesej orang nak santau. Nourul Depp tanpa ragu dedah mesej yang dia terima dan ini respon padu dari Nourul sendiri susulan mesej tersebut juga diterima oleh artis lain

artis

Selepas pelakon Syafie Naswip, terbaharu, penyanyi Nourul Depp pula berdepan situasi sama apabila menerima mesej berbaur ugtn di Instagram miliknya.Menurut Nourul atau nama sebenarnya, Noorulhuda Abdul Wahab, 43, individu yang tidak dikenalinya itu mendkwa mahu melakukan sihir terhadapnya.”Apa dosa saya pada dia dan kenapa dia bercakap macam ini. Kita doakan dia semoga diberi petunjuk.”Awat sampai berusmpah guna nama Allah?

Nak santau tapi bersmpah atas nama Allah?! Astaghfirullah, saya tahu benda ini wujud, tapi InsyaAllah, Allah maha pelindung dan maha besar.”Saya tak an1aya orang. Saya tak buat apa-apa setahu saya,” katanya menerusi satu entri di Instagram.Dalam entri tersebut, Nourul turut berkongsi paparan mesej yang diterimanya daripada individu tersebut.

Bagaimanapun, di ruangan komen, rata-rata pengikutnya memintanya untuk tidak mengendahkan mesej tersebut.Hal ini kerana, ramai golongan artis juga turut menerima mesej yang sama.”Rasanya ada artis lain kena macam ni. Tak tahulah sama atau lain. Gila.Dia ini ada masalah, ramai artis dia buat macam ini,” komen sebahagian pengikutnya.Nourul kemudian menyifatkan individu tersebut mungkin hanya mahukan perhatian.

“Baru dapat tahu. Rasa lega sikit sebab ingatkan dia marah kita. Terus cari kat siapa aku buat jahat ni.”Nak perhatian ni. Allah sedihnya. Dia perlukan pertolongan. Rasa nak bantu. Kesian,” responsnya kepada pengikut. Sebelum ini, pelakon Syafie Naswip berdepan situasi sama.

Ada Yang Sanggup Habiskan Duit Semata Nak Santau Syafie Naswip. Syafie Dedahkan Mesej Tersebut Di IG Dan Dia Terus Buka Mulut Susulan Kejadian Ini

Tiada angin tiada ribut, pelakon Syafie Naswip mendedahkan dia menerima mesej berbaur negatif menerusi Instagram miliknya. Tidak tahu apa salahnya, Syafie berkata dia langsung tidak mengenali individu berkenaan. Memuat naik paparan skrin mesej itu menerusi Instagram, individu itu memberi amaran sanggup berhabis duit untuk menghantar santau kepada Syafie dan akan berusaha melakukan apa sahaja cara untuk menyantau pelakon tersebut.

Difahamkan tidak lama kemudian pengguna Instagram palsu tersebut sekali lagi menghantar Direct Message meberikan kata-kata negatif serta mengkritik ibu Syafie.“Kau nih dok pos kat IG pula. Muka kau dengan mak macam s1al lah,” tulis akaun palsu tersebut.Menurut Syafie, pengguna Instagram palsu tersebut telah menggunakan gambar-gambar dan video-video daripada Instafamous yang menggunakan nama tokwann_.

“Instafamous tersebut ada menghubungi adik saya dan memberitahu bahawa gambar-gambarnya digunakan oleh akaun palsu tersebut. Dia bersumpah bahawa bukan dia yang menghantar mesej tersebut kepada saya.“Pada masa yang sama dia juga telah membuat laporan polis mengenai hal tersebut setelah melihatnya di Instagram saya,” katanya.

Dalam pada itu, Syafie telah pun membuat laporan polis di Balai Polis Nilai dan menyerahkan segalanya kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan.  Kata Syafie lagi, dia juga berharap individu tidak bertanggungjawab itu berjaya ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan.

Akaun Palsu Yang Sama Digunakan Untuk Menghantar Mesej Kepada Syafie Naswip. Noorkhiriah Dedahkan Mesej Yang Dihantar Oleh Individu Ini Dan Tindakan Susulan Yang Diambil

Selepas Syafie Naswip, pelakon Noorkhiriah pula mendedahkan menerima mesej berbaur negatif menerusi kiriman mesej langsung (DM) di Instagramnya. Kata Noorkhiriah, dia tidak mengenali pengguna terbabit namun telah merakamkan foto yang dimuatnaik di ruangan Instagram Stories pemiliknya untuk tindakan lanjut.

“Apa salah akak? Akak tak kenal kau dik. Tapi akak boleh tertengok IG Story kau tadi.”Sempatlah akak snap gambar kau dik. Dengan artis famous tu. Tapi tak payahlah akak post kat sini. Akak simpan yer,” tulis Noorkhiriah yang turut memetik akaun Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Menerusi paparan skrin yang dimuatnaik di Instagramnya, pengguna terbabit menyatakan sanggup untuk mengupah bomoh dan mahu menghantar santau kepada Noorkhiriah.”Kau ingat ni, kau tunggu bila-bila masa. Aku boleh upah bomh untuk santau kau. Ni bukan benda main-main aku serius,” tulis pengguna itu.

​Bagaimanapun, posting terbabit telah dipadamkan oleh Noorkhiriah pada pagi Khamis.Difahamkan, akaun terbabit merupakan akaun palsu yang sama digunakan untuk menghantar mesej kepada pelakon Syafie Naswip awal minggu ini.Dalam kiriman mesej kepada Syafie, pelakon itu mendedahkan dia diugut pengguna terbabit untuk membomhkan atau menghantar santau kepadanya.

Ada Sahaja Tidak Kena Dengan Perkongsian Yang Dibuat. Noor Khiriah Luahkan Perasaan Dia Berhubungkait Dengan Komen Yang Diterima Untuk Setiap Kali Perkongsian

PELAKON Noorkhiriah Ahmad Shapie, 44, mengambil tindakan tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkongsian dimuat naiknya di media sosial untuk liputan berita menyeluruh. Noorkhiriah berkata, cukuplah dengan perkongsian luahan-luahan berkenaan dimuat naik di Instagram untuk tatapan pengikutnya.

“Saya fikir cukup kongsi luahan di Instagram saja. Tak perlulah diulas lebih lanjut untuk menjadi bahan berita di media pula. “Macam perkhidmatan van jnzh yang diwakaf itu, saya rasa tidak ada apa-apa lagi yang nak dikongsikan. Tiada cerita menarik pun,” katanya.

Norkhiriah berkata, keputusan enggan bercerita mengenai perkara baik dilakukan sudah difikir dengan teliti dan semasak-masaknya.”Buat masa sekarang, inilah keputusan saya (tak bercerita lanjut). Lebih baik untuk tidak terlalu bercerita.

“Saya mohon maaf, jika tidak dapat memberi kerjasama. Apapun, saya sentiasa bersikap terbuka menjalin kerjasama lain dengan media,” katanya. Sebelum ini, Noorkhiriah dikata sering berhadapan kritikan daripada segelintir warganet yang menulis komen negatif pada setiap hantaran dimuat naiknya di Instagram.

Malah, ada segelintir warganet yang sanggup meninggalkan komen berbaur mak1 hamvn dan kata-kata kesat pada hantaran dibuat Noorkhiriah.Bagi ibu tiga anak ini, luahannya di Instagram itu sudah berpada-pada.Ujarnya, tidak ada apa yang perlu dibicara atau komen dengan panjang lebar lagi di media.

Nak Sangat Pakai Tudung Tapi Takut Tak Dapat Job. NoorKhiriah Imbas Kenangan Ketika Hendak Bertudung. Rupanya Sampai Macam Ni Sekali Dia Pernah Terfikir.

Pelakon Noorkhiriah mendedahkan dia pernah memberitahu seseorang yang dia bimbang untuk mula-mula berhijab kerana takut hilang pekerjaan dan kerjayanya sebagai pelakon. Menurut Noorkhiriah ketika 10 tahun lalu, dia seperti tidak yakin dengan rezeki Allah.

Pelakon Nur itu mendedahkan mesej pesanan ringkas mengenai kembimbangannya itu di akaun Instagram miliknya. “Nak berair ari mata rasanya, Nor (nama panggilannya) nak sangat dah bertudung sebenarnya cuma takut tak ada rezeki lepas ni. Nor tak yakin,” tulisnya 10 tahun lalu.

Norkhiriah menerusi entri tersebut turut memberi tahu akhirnya dia etap dengan keputusan untuk bertudung tanpa berfikir panjang. “MasyaAllah dia simpan lagi mesej ni. Sembilan atau10 tahun punya mesej. Punyalah takut mula-mula nak berhijab ,ni namanya tak yakin dengan rezeki Allah..

“Akhirnya saya gamble je dik. Allah tutup 1 jalan, 10 jalan Allah buka.. Alhamdulilah hidup sampai sekarang walaupun dalam poket ada RM10..Salam Maal Hijrah…,” katanya. Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata terinsipirasi dengan kisahnya berhijrah.
Noorkhiriah merupakan pelakon yang banyak membintangi drama TV sejak tahun 1999.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *