Terima kritikan warganet dan teguran daripada pengendali akaun Facebook Public Health Malaysia. Shaheizy Sam mohon maaf dengan penampilannya semalam dan cerita hal sebenar yang berlaku

artis

Baru baru ini pelakon Shaheizy Sam tampil membuat permohonan maaf selepas menerima kritikan warganet dan teguran daripada pengendali akaun Facebook Public Health Malaysia (PHM) kerana menggntung sesuatu ini di leher ketika menyampaikan anugerah bagi kategori Artis Baharu Popular di Anugerah Bintang Popular ke-33 (ABPBH33), malam Jumaat.

Dalam hal ini, Shaheizy mengakui kecuaian diri apabila terlalu fokus untuk memberikan yang terbaik sehingga terlupa mennggalkan alat elektronik itu sebelum naik ke pentas.”Hari ini saya sedar ramai bising di sosial media apa yang jadi di ABPBH semalam. Saya nak minta ampun dan maaf terutamanya ABPBH, TV3 di atas kecuaian saya.

“Kelalaian saya, tak ada orang lain yang salah memang diri saya salah, terus terang saya cakap dalam keadaan sangat nervous di belakang pentas yang lengang tanpa orang.”Saya hanya nak fokus untuk buat terbaik dalam program ini dan sampai saya terlupa apa ada pada diri saya dan apa saya bawa atas pentas,” katanya menerusi Instagram pada Sabtu.

Pada malam Jumaat, pengendali akaun PHM mempersoalkan tanggungjawab pihak produksi tidak menyaring penampilan selebriti tersebut sebelum bersiaran secara langsung.Laman Facebook komuniti kesihatan itu turut menyifatkan tindakan pelakon filem Polis Evo itu telah mempromosikan penggunaan barang tersebut dalam kalangan masyarakat.

Saya dah gntung banyak di leher lebih setahun, memang kegunaan saya sebab dua tiga jam dah habis bateri!

Malah, tindakan tidak sengaja Shaheizy itu mengundang rasa kurang senang warganet sehingga ada mendkwa dia sengaja menggntung alat itu kerana ingin mempromosikan produk tersebut.”Tiada niat nak promosikan… ini semua atas cuai dan lalai, apa yang tergntung ini keperluan saya. Saya dah gntung banyak di leher lebih setahun, memang kegunaan saya sebab dua tiga jam dah habis bateri.

“Jadi saya memang perlu banyak… tak ada niat nak promosi, kelalaian saya mengundang tak elok pada orang lain, saya minta maaf! InsyaAllah takkan berulang lagi,” ujarnya.Sementara itu, penganjur ABPBH33 kesal dengan penampilan Shaheizy Sam dan memaklumkan sudah memberi penerangan kepada semua selebriti jemputan mengenai tatasusila serta etika pemakaian dalam acara anjuran mereka.ABPBH33 menyaksikan kemenangan penyanyi Haqiem Rusli sebagai Bintang Paling Popular yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Syatilla Melvin Risau Dengan Perubahan Suaminya Sejak PKP Ini. Ramai Terkejut Dengan Penampilan Baru Shaheizy Sam Dan Tak Sangka Ini Puncanya.

Baru-baru ini pelakon dan usahawan kosmetik, Syatilla Melvin ada memuat naik gambar terbaru bersama suami, Shaheizy Sam selepas aktor itu tamat menjalani kuarantin selama 14 hari. Menarik perhatian apabila pada akhir kapsyen, Syatilla berseloroh dengan meletakkan tanda pagar #bukanafdlinshauki ditujukan buat suaminya yang kelihatan berisi.

Perkara itu ternyata mengundang usikan peminat mereka yang rata-rata terkejut dengan penampilan terbaru pelakon filem Polis Evo itu. Naik 20kg! Bercakap kepada Kosmo! Online, Sam atau nama penuhnya Shaheizy Sam Abdul Samad mengakui mengalami penambahan berat badan mendadak iaitu sebanyak 20 kilogram (kg) sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Hal tersebut disebabkan gara-gara tabiat pemakanan yang tidak dikawal iaitu banyak mengambil makanan ringan terutamanya keropok dan biskut secara berlebihan. “Saya mengakui memang sejak PKP saya makan dengan banyak sehingga lama-kelamaan tabiat ini tidak boleh dihentikan,” katanya. Isteri suruh turunkan berat badan.

Tambahnya lagi, perkara itu juga disebabkan oleh isterinya rajin memasak dan menyuruhnya makan dengan banyak untuk menaikkan berat badan. “Tetapi selepas melihat perubahan mendadak bentuk tubuh saya, sekarang dia (Syatilla) pula yang risau dan meminta untuk saya kembali menurunkan berat badan,” katanya.

Mencecah 85 kilogram (kg) ketika ini, aktor berkenaan memaklumkan kebanyakan bajunya sudah tidak muat untuk dipakai. Bagaimanapun, pemenang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) 2010, 2012 dan 2014 itu sedar akan perubahan fizikalnya dan akan mengawal pemakanan serta menjaga kesihatan.

Syatilla muat naik foto Shaheizy Sam baru habis kuarantin. Sekali warganet ada perasan sesuatu. Mengejutkan lepas habis kuarantin sampai macam ni sekali jadi dekat Sam.

Pelakon dan usahawan kosmetik Syatilla Melvin berkongsi rasa gembira apabila suaminya aktor Shaheizy Sam selesai menjalani proses kuarantin selama 14 hari di sebuah hotel. Menerusi laman sosial Instagram, Syatilla atau lebih mesra disapa sebagai Tilla memuat naik sekeping foto terkini bersama suaminya untuk tatapan umum. 

“Yeay my suami is back. Harini mai tengok progress studio kami. Studio nak siap dah weh yeay,” tulis Tilla sebagai kapsyen. Terdahulu, Tilla pernah berkongsi sebuah video yang menunjukkan aksi melambai-lambai tangan pada Sam yang menginap di sebuah hotel berdekatan dengan pejabatnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya terkejut melihat penampilan dan perubahan fizikal Sam yang menyerupai pengarah Datuk Afdlin Shauki. “Ingatkan abang Afdlin Shauki tadi, terkejut,” komen seorang wargamaya

“Baru nak marah, pasal apa Tilla pelvk Afdlin Shauki. Tengok lagi sekali, Sam rupanya,” kata seorang wargamaya. “Nasib baik pelvk tangan masih sampai,” usik seorang wargamaya. “Kembang dengan jayanya,” ujar seorang wargamaya.

“Cerita apa Sam bawa kali ni. Dia ubah badan sampai mata naik sepet. Good effort,” komen seorang wargamaya lagi. Hujung September lalu, Sam menjalani proses kuarantin selepas pulang dari Sabah bagi memberikan sokongan kepada abang iparnya, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin bersempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber : GEMPAK

Bersuamikan bintang popular. Syatilla Melvin dedahkan rumah tangganya bersama Shaheizy Sam dan isu menduakan pasangan yang menjadi bualan orang ramai

KUALA LUMPUR: Lambakan kes keruntuuhan rumah tangga akibat suami menduakan si isteri menjadi ketakutaan bagi golongan wanita. Tidak terkecuali, pelakon, Syatilla Melvin, 29, mendirikan bahtera rumah tangga bersama aktor popular, Shaheizy Sam, 38, yang memiliki ribuan peminat setia.

Hakikatnya, tiada siapa mampu meneka suratan takdir dan perjalanan hidup biarpun dilihat bahagia. Soal jodoh menjadi ketentuan Allah SWT. Bagaimanapun, Syatilla percaya selagi mampu memberikan yang terbaik, tiada sebab untuk suaminya mencari wanita lain. Bagi Syatilla, penjagaan dalaman adalah paling utama, selain menitik berat penjagaan fizikal. Lebih lagi, apabila melihat kebanyakan kes menduakan berikutan skndal lebih cantik, jauh daripada isteri.

“Sebagai isteri, saya tidak menolak adanya perasaan cemburu apabila bersuamikan bintang popular. Bagaimanapun, saya sering memberi amaran pada suami supaya tidak melakukan perkara yang boleh menghncurkan kepercayaan saya terhadapnya.

“Saya yakin Sam bijak menilai mana baik dan buruk. Dia bukan sahaja ada saya untuk menilai tindak tanduk. Malah, dua anak dan kedua-dua keluarga yang harus dijaga hati serta nama baik mereka. “Saya mengenali Sam lebih 10 tahun. Ada kala, saya rasa lebih mengenalinya daripada diri sendiri,” katanya kepada BH Online.

Menyentuh kerjaya lakonan yang dilihat bergerak perlahan, Syatilla atau nama sebenarnya, Siti Nur Syatilla Amirol Melvin berkata, dia bukanlah mahu meletakkan titik noktah apabila dikurniakan dua cahaya mata, Sheriv Samheizy, 3, dan Sarima Samheizy, 2, sebaliknya mengambil tempoh rehat bagi memberi perhatian kepada dunia perniagaan.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak menafikan perasaan rindu mahu kembali bekerja di lokasi penggambaran, apatah lagi kali terakhir menjayakan drama Selafaz Cinta ketika hamil anak kedua. “Saya sudah tidak berlakon hampir dua tahun, tetapi menjayakan drama pendek Gerakan Serunding bersama Sam sempena Aidiladha pada Mei lalu. Itupun hanya sekejap sahaja.

“Tetapi, jujurnya, saya belum berhasrat mahu berhenti berlakon, cuma berehat seketika bagi memberi ruang saya fokus pada dunia perniagaan. “Tawaran sentiasa ada, tetapi terpaksa ditolak. Saya tak mampu buat kerja dalam satu masa,” katanya.

Pelakon kelahiran Parit Buntar, Perak itu berkata, keputusannya menceburi dunia perniagaan sejak setahun lalu selepas melihat nasib pelakon tempatan pada penghujung usia.”Ketika berlakon, saya tahu ramai pelakon veteran yang sakit pada penghujung usia. Nampak popular di kaca televisyen (TV), tetapi mereka sebenarnya tiada simpanan tetap.

“Bagi pelakon yang pandai menyimpan, baguslah. Tetapi, saya tidak dapat menyimpan duit dan membeli aset ketika aktif berlakon dahulu.”Peminat nampak gah di kaca TV, tetapi hakikatnya kita sendiri tahu. Saya tak mahu masa tua nanti perlu minta bantuan. Minta jauhkan nasib seperti ini,” katanya.

Disebabkan itu Syatilla berkata, dia tekad mengambil langkah menceburi bidang perniagaan kerana tahu tidak boleh terus berlakon dan mengharapkan pendapatan lakonan semata-mata.”Ini langkah yang perlu diambil kerana jangka hayat dalam industri seni bukanlah panjang. Jika mengusahakan perniagaan dengan konsisten, ia boleh bertahan lama,” katanya yang kini bergelar tauke jamu.-bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *