Siap letak bedak sebelum dipakaikan pampers. Ternyata ini kisah di sebalik perkongsian video Puan Hidayah memakaikan lampin pakai buang untuk Oyen yang meraih perhatian ramai

Viral

Untuk makluman, artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal. Menjaga haiwan yang sakit memerlukan perhatian yang penuh agar keselamatan dan kesihatannya terjamin, apatah lagi jika mengalami masalah lmpuh.Seperti kucing misalnya, ada saja tuan yang sanggup menghabiskan wang berpuluh ringgit semata-mata untuk kos perubatan agar kucingnya sihat seperti sediakala.

Baru-baru ini, Siti Nur Hidayah ada berkongsi satu rakaman video dia memakaikan lampin pakai buang untuk kucingnya yang bernama Oyen.Jika dilihati betul-betul video ini, boleh dikatakan mata si Oyen sentiasa memandang tepat ke arah Puan Hidayah sepanjang dia dikemaskan.Seolah-olah tersimpan 1001 luahan yang terbungkam dalam hati dan tidak mampu dilafaz – betapa terima kasihnya dia pada tuannya itu atas kasih sayang yang diberikan sepenuh hati.

Detik pertemuan dengan Oyen

Jelas Puan Hidayah, dia ditakdirkan bertemu dengan Oyen ketika awal bulan lalu di sebuah kedai makan dalam keadaan yang menyedihkan.“Saya dengar suara kucing terjerit-jerit. Saya pun cari-cari rupanya di bawah sinki tempat cuci tangan. Lepas tu saya tanya dengan akak gerai tu, ‘kenapa dengan kucing ni?’

“Akak tu kata, tak tahu dari semalam dia kat situ tak boleh jalan. Saya pun call suami kata saya jumpa kucing lumpuh kat gerai bawah rumah ni, boleh ke saya ambil bawa balik. Mujur suami saya izinkan,” katanya ketika dihubungi Siakap Keli, baru-baru ini.

Pada waktu, Puan Hidayah meluahkan pada suaminya bahawa dia betul-betul berasa kasihan dengan kucing itu.Mana tidaknya, penat sudah Si Oyen tu menjerit-jerit bersendirian, dalam masa sama tiada seorang pun yang sudi menjenguknya, apatah lagi bertindak.

“Kalau nak diikutkan suami saya tak bagi kutip kucing masa tu, sebab saya tengah dalam rawatan chemotherapy.“Tapi saya kesian tengok mata Oyen tu sebab dia berharap sangat ada orang tolong,” luahnya, bernada emosi.Difahamkan pada waktu itu, Oyen berada dalam keadaan yang sangat tidak stabil kesihatannya.Selain lumph di kedua-dua kaki belakangnya, punggungnya juga didakwa kotor dan dijangkiti kuman.

Kencing berdarh, luka dalam badan

Oyen dibawa ke sebuah klinik veterinar di Batu Caves bagi mendapatkan rawatan lanjut.Menurutnya doktor, Oyen mengalami luka di dalam badan kerana pada waktu itu, air kncingnya bercampur darh pekat.“Doktor kata dia patah (tulang) dari paras pinggang ke bawah. Saraf dia pun tak berfungsi. Jadi kalau buat operasi pun tak guna,” jelasnya.

Pada waktu itu, Puan Hidayah diberi dua pilihan untuk nasib si Oyen tersebut.Agak menyentuh hati, kedua-dua pilihan itu akan memberi gambaran masa depan yang belum tentu untuk Oyen, melainkan jika dihadapi dengan hati yang penuh tekad.“Jadi doktor bagi saya pilihan; kalau boleh jaga dia sebab kucing lmpuh ni kencing berak dia kita kena tekan, kalau tak boleh jaga boleh tamatkankan nyawa dia (suntik /pts).

“Takpa doktor, saya boleh jaga. Lagipun saya suri rumah je. Bolehlah saya jaga dia,” jawabnya penuh tekad di hati.Maka doktor pun bersetuju untuk ‘memulangkan’ semula Oyen ke pangkuan Puan Hidayah.Maka bermula pada itu, kehidupan Oyen yang dulunya sakit kini sedikit-sedikit sudah bertukar ceria.

Keadaan kesihatannya juga agak bertambah baik walaupun terpaksa menerima hakikat bahawa dia lumph untuk selama-lamanya.“Itu yang saya jaga Oyen sampai sekarang. Alhamdulillah..banyak kemajuan.“Daripada tak boleh duduk tak boleh kencing berak sendiri, sekarang semu dia boleh (sendiri) dah,” jelasnya lagi.

Kelihatan dalam gambar di atas, keluarga besar Si Bulus yang dibela dalam jagaan Puan Hidayah di rumahnya.Boleh nampak Oyen turut makan bersama-sama dengan ahli keluargnya yang lain.Mesti dalam hati Oyen, dia nak saja ucap terima kasih dan syukur banyak-banyak sebab kerana kesudian Puan Hidayah, dia kini menjalani kehidupan yang lebih baik.

Lihatlah saja matanya ketika dia dimandikan, dikemaskan dan dipakaikan lampin dalam video tadi, kita boleh tahu itu pandangan yang penuh rasa terharu kepada tuannya.Terima kasih Puan Hidayah kerana menyelamatkan nyawa Oyen. Semoga dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik daripada-Nya. Ameen.Sumber: Siti Nur Hidayah

Acap Kali Nampak Kucing Picit Badan Tuannya. Akhirnya Terbongkar Punca Dan Maksud Sebenar Kucing Buat Sebegitu Yang Mungkin Buat Anda Tergamam

Sudah tentu ramai antara pemilik kucing yang pernah melihat gelagat si comel menggerakkan tangan seakan mengurut. Kadang-kadang urut tuannya, kadang-kadang urut kucing lain. Tahukah anda, sebenarnya gerakan itu mempunyai maksud dan sebab tersendiri.

Menurut Purina.co.uk, antara sebab kucing berbuat sedemikian ialah kerana naluri haiwan tersebut semenjak mereka kecil. Ketika kecil, anak kucing akan menekan-nekan badan si ibu ketika menyusu bagi menggalakkan pengaliran susu. Malah, sebahagian kucing juga akan menghisp bantal, selimut atau baju sehingga mereka dewasa.

Selain itu, gerakan itu juga dikatakan ‘diwarisi’ daripada nenek moyang mereka yang l1ar. Kucing l1ar akan menekan-nekan tapak tangan mereka di atas dedaun atau rumput panjang bagi menjadikan sarang untuk mereka berehat.Tindakan itu dipercayai bagi memeriksa seandainya terdapat pemngsa mahupun bahaya yang bersembunyi di dalam timbunan tersebut. Oleh itu, tindakan kucing peliharaan mengurut anda mungkin sebahagian daripada kebiasaan spesies itu yang diwarisi daripada nenek moyangnya yang l1ar.

Di samping itu, perbuatan kucing ‘mengurut’ turut dikaitkan dengan cara mereka menandakan kawasan. Hal ini kerana terdapat kelenjar yang melepaskan feromon pada tapak kaki mereka. Oleh itu, jika ia mengurut anda, mungkin itu adalah amaran buat kucing lain bagi menjauhi anda.Selain itu, ia juga menandakan kucing anda gembira, selesa dan rasa selamat ketika berada dengan anda, seakan bersama ibu mereka.Sumber: Purina.co.uk

Baru Pulang Ke Tuan Yang Asal Selepas 3 Hari Hilangkan Diri. Mengejutkan Sekali Bila Kucing Tersebut Pulang Dengan Nota Dan Muka Tak Bersalah

Seekor kucing tabby akhirnya pulang selepas 3 hari menghilangkan diri namun perasaan pemiliknya yang sepatutnya gembira bercampur baur dengan terhibur dan geram. Ia pulang dengan ‘rantai baru’ di lehernya tercatat nota buat si pemilik.Hilang 3 hari balik bawa hutang. Cantik bukan? #hambakucing”

Begitulah bunyi di caption pemilik kucing yang pulang dengan muka tak bersalah setelah memberi hutang kepada tuannya. Setelah diselidik, rupanya si kucing mengintai ikan di kedai. 3 hari tak pulang rupanya si kucing berada dekat dengan kedai ikan. Dikatakan dia telah mengintai ikan di sebuah kedai sehingga tuan kedai itu memberinya beberapa ekor ikan.

Namun ia bukanlah percuma, sebuah nota telah digntung di leher si kucing seakan-akan rantai mencatat hutang harga ikan yang telah diberi. Kucing anda asyik pandang ikan kembung di kedai jadi saya bagi 3 ekor kepadanya. Makcik May di lorong nombor 2.”Turut tertera di nota kecil itu nombor telefon bimbitnya.Adoilah si kucing, nasib baik jumpa dengan orang baik, dikasi makan ikan lagi. 

Mengejutkan Penyelidik Bongkarkan Fakta Sebenar Mengenai Tindak Balas Kucing Apabila Dipanggil Nama Mereka. Ternyata Ini Yang Dibongkarkan.

Kucing boleh mengenali nama mereka sendiri tetapi memilih untuk tidak mendengari pemiliknya, kata penyelidik. Kajian oleh Universiti Sophia di Jepun menunjukkan kucing bertindak balas dengan menggerakkan kepala atau memekakkan telinga ketika nama mereka dipanggil tiga kali dengan panjang yang sama. Namun tidak ada reaksi yang terlihat setelah kata-kata lain diungkapkan.

“Terdapat begitu banyak kajian mengenai kemampuan anjing untuk berkomunikasi dengan manusia. Kami rasa penting untuk menunjukkan kemampuan kucing juga. “Banyak pemilik kucing tahu bahawa kucing memahami namanya sendiri. “Kucing memahami isyarat manusia lebih baik daripada apa yang difikirkan oleh ramai orang,” kata Dr Atsuko Saito, pengarang pertama kajian itu.

Penyelidikan sebelumnya menunjukkan bagaimana haiwan lain, termasuk anjing, ikan lumba-lumba dan burung kakak tua dapat menunjukkan reaksi tentang pemahaman suara manusia. Tetapi hingga kini, belum ada bukti saintifik yang menunjukkan bahawa kucing dapat menunjukkan pemahaman seperti itu.

Eksperimen ini melibatkan 78 kucing yang berada di dalam rumah dan “kafe kucing” di Jepun. Namun karya itu telah dikritik oleh ahli penyelidik profesional yang lain. Dr John Bradshaw, seorang pakar mengenai tingkah laku anjing dan kucing di University of Bristol, mengatakan:

“Pada pandangan saya, kajian ini tidak banyak memberitahu kita mengenai hubungan antara kucing dan manusia, kucing mampu mempelajari kepentingan tertentu, sesuatu yang sudah diketahui oleh kebanyakan pemilik kucing. ” “Contohnya, banyak yang menggunakan makanan ringan kucing untuk memujuk kucing mereka masuk ke dalam rumah. Ini jelas tidak menunjukkan bahawa kucing dapat memahami bahasa manusia,” kata akademik itu kepada The Guardian.

Sumber: Mirror

Terkini Saintis bongkarkan risiko tinggi kepada kucing untuk terkena Covid 19 yang juga memberi kesan buruk kepada haiwan yang lain. Ini perkara yang dilakukan sekiranya perkara itu berlaku terutamanya bagi pemilik kucing.

SAINTIS sebelum ini mengatakan bahawa kucing mampu menjadi pembawa dan menyebarkan Covid-19. Terbaharu, para saintis di Amerika Syarikat (AS) kini secara terbuka menyatakan bahawa si bulus juga harus menjalani kuarantin sekiranya tinggal dengan individu yang disahkan positif Covid-19.

Para penyelidik dari Colorado State University di AS mengatakan bahawa sekiranya pemilik kucing terpaksa dimasukkan ke hospital, maka individu yang ditugaskan menjaga haiwan berkenaan harus mengamalkan penjarakkan sosial. “Kucing peliharaan yang dijangkiti tidak boleh dibiarkan berkeliaran di luar rumah secara bebas untuk mencegah risiko kemungkinan ia menyebarkan jangkitan ke kucing atau haiwan liar lain,” kata para saintis.

“Oleh itu, jika manusia yang mengalami gejala mengikuti prosedur kuarantin dan tinggal di rumah bersama haiwan peliharaannya, maka risiko ia menjangkiti manusia lain adalah rendah,” demikian kata para saintis berkenaan. Sebelum ini pasukan penyelidik di Institut Penyelidikan Veterinar Harbin di China mengatakan kucing ‘sangat mudah terdedah’ kepada Covid-19 di mana virus itu dapat disebarkan dengan mudah di antara kucing. – Metro.co.uk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *