Kemudahan akses ke akaun satu ahli KWSP yang dikenali sebagai i Sinar. KWSP dedahkan lebih lanjut tentang i Sinar dan tarikh untuk mohon i Sinar

berita

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan perincian bagi kemudahan akses ke akaun satu ahli KWSP yang dikenali sebagai i-Sinar, pada 18 November ini.KWSP dalam satu kenyataan berkata, i-Sinar yang kini sedang dimuktamadkan perinciannya, diwujudkan hasil konsultasi yang mendalam bersama-sama dengan pihak berkepentingan.

“i-Sinar diwujudkan agar ahli yang terkesan dapat mengharungi cabaran semasa dan pada masa sama memastikan kesejahteraan masa depan persaraan mereka.“KWSP yakin bahawa amaun yang boleh diakses daripada i-Sinar berserta amaun maksimum RM500 sebulan daripada akaun dua melalui kemudahan i-Lestari (dilancarkan pada April 2020), dapat membantu ahli yang terkesan menampung keperluan mereka dalam jangka masa pendek,” katanya di sini hari ini.

i-Sinar merupakan lanjutan daripada pengeluaran i-Lestari yang kini dijangka mencecah amaun pengeluaran sebanyak RM30 bilion dan akan berakhir pada Mac 2021.Permohonan i-Sinar boleh dibuat bermula Disember 2020 dan amaun yang diakses akan dikreditkan ke akaun bank pemohon bermula Januari 2021. – K! ONLINE

Cadangkan Pengeluaran Simpanan KWSP Secara One Off Sehingga RM10000 Seperti Dicadangkan Bekas Perdana Menteri. DS Mohs Sharkar Dedah Punca Diaa Cadang Pengeluaran Akaun 1 Untuk Bayar Pinjaman

Kerajaan sewajarnya memberi kelonggaran khususnya kepada rakyat yang sedang dihimpit kesusahan untuk membenarkan pengeluaran simpanan dari Akaun Satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka.Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, beliau mencadangkan supaya kerajaan membenarkan pencarum untuk mengeluarkan simpanan dari akaun hanya untuk tujuan membayar pinjaman sama ada rumah, kenderaan atau pinjaman peribadi.

Menurutnya, langkah itu wajar kerana bukan semua rakyat layak memperoleh lanjutan moratorium bersasar sehingga bulan Disember ini.”Biarpun ada yang mendapat pengurangan bayaran bulanan terhadap pinjaman mereka, masih ramai lagi terbeban kerana keadaan ekonomi belum pulih sepenuhnya.

“Sekiranya langkah ini dilaksanakan, simpanan dikeluarkan itu dapat meringankan beban rakyat untuk mengurangkan jumlah pinjaman masing-masing,” katanya melalui satu kenyataan di Facebooknya, hari ini.Mohd Sharkar berkata, beliau sendiri membaca pelbagai komen daripada warganet khususnya di laman media sosial Facebook mengenai pandangan orang ramai berhubung cadangan pengeluaran simpanan KWSP secara ‘one off’ sehingga RM10,000 seperti dicadangkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Rata-rata rakyat mahu kerajaan melaksanakan cadangan tersebut kerana bagi pencarum, duit yang mahu dibawa keluar itu adalah duit mereka.”Di pihak kerajaan pula, seperti dinyatakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, adalah sukar untuk kerajaan melaksanakan cadangan itu,”katanya.

Justeru, beliau yang juga Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang berkata, dalam keadaan rakyat ketika ini sedang berdepan kesukaran hidup ekoran penularan pandemik koronavirus (Covid-19), cadangan itu wajar dipertimbangkan kerajaan untuk membantu rakyat yang terjejas.

Isu Pengeluaran Akaun 1 KWSP. Berikut Pendapat Dari MTUC Dan Pakar Ekonomi Susulan Isu Ini Mendapat Perhatian Rakyat Sejak Kebelakangan Ini

Terbaru,Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) meminta kerajaan untuk kaji semula cadangan pengeluaran akaun satu caruman Kumpulan wang Simpanan Pekerja iaitu KWSP dalam usaha meringankan beban pekerja di Malaysia yang tertekan susulan penularan pandemik koronavirus (COVID19)

Timbalan Presidennya, Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, kelonggaran bagi pengeluaran tersebut antaranya dapat membantu mereka yang tiada pekerjaan mahupun kehilangan pekerjaan. Menurutnya, ada kemungkinan pekerja terpaksa meminjam dengan institusi kewangan sehingga ke pinjaman ah long disebabkan terhmpit untuk meneruskan kehidupan harian.

“MTUC berpendapat daripada mereka meminjam, adalah lebih baik kerajaan mempertimbangkan cadangan pengeluaran tersebut.“Kaedah ini dapat mengurangkan beban ekonomi pekerja terhadap pinjaman sedia ada, bil utiliti yang tertunggak mahupun kegunaan perbelanjaan kehidupan harian di samping menggunakan dana yang dikeluarkan ini sebagai modal perniagaan perniagaan untuk menyara hidup mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Bagaimanapun, beliau berkata, MTUC berpendapat kajian terperinci perlu dibuat bagi mengenal pasti mekanisme pengeluaran itu dengan melibatkan semua pihak berkepentingan bagi menentukan jumlah yang munasabah dan mengenal pasti pekerja yang benar-benar memerlukan pengeluaran tersebut.

Sementara itu, Dekan Fakulti Perniagaan dan Pengurusan daripada Universiti Sultan Zainal Abidin, Profesor Madya Dr Ahmad Azrin Adnan berkata, cadangan supaya kerajaan memberikan kelonggaran untuk mengeluarkan wang daripada akaun satu KWSP bukan langkah terbaik. Katanya, secara umum simpanan wang KWSP adalah bagi tujuan kegunaan pada hari tua atau selepas bersara.

“Pada masa ini pun kerajaan telah memberikan kelonggaran kepada pemilik akaun untuk membawa keluar wang daripada akaun dua. Jika akaun satu juga dibenarkan, kita risau ramai berdepan masalah kewangan pada hari persaraan.“Tidak ada satu jaminan di mana jika kita berikan kelonggaran pengeluaran akaun satu, pesara akan mempunyai wang yang cukup nanti,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Azrin berkata, apa yang membimbangkan ialah jika kelonggaran diberikan untuk mengeluarkan wang daripada akaun satu, mereka yang tidak terkesan turut mengambil peluang berbuat demikian.Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah dan Jaringan Industri dan Masyarakat) Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Profesor Dr Mohamad Fazli Sabri pula berkata, cadangan supaya kerajaan membenarkan pengeluaran akaun satu KWSP bakal memberi impak besar pada hari persaraan.

Jelasnya, ini ditambah dengan kajian yang menyatakan bahawa jangka hayat rakyat Malaysia akan meningkat dan soal kewangan pastinya menjadi salah satu aspek penting.“Kalau kita ambil dari situ, dari mana lagi kita nak ada simpanan dan mahu pastikan kelangsungan hidup pada hari tua. Saya lebih selesa gunakan dahulu akaun dua berbanding akaun satu.“Berdasarkan laporan juga, wang simpanan selepas hari persaraan ini juga hanya mampu bertahan tidak sampai lima tahun. Ini perkara yang membimbangkan jika wang daripada akaun satu dibawa keluar,” katanya.

Akui Dapat Banyak Mesej Dari Warganet Pasal Pengeluaran KWSP Akaun 1. Akhirnya Perdana Menteri Tampil Bersuara Lantang Dedahkan Sebab Kenapa Kerajaan Susah Nak Bagi Keluar Duit Akaun 1 KWSP.

Mendengar keluhan rakyat, tetapi kerajaan anggap ia satu perkara yang sukar untuk pertimbangkan pengeluaran wang akaun 1 caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi meringankan beban rakyat yang ekonominya terkesan ekoran dengan wabak COVID-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akui peka dengan cadangan yang dibuat tetapi ia agak mustahil direalisasikan. Saya nak beritahu sukar untuk kita menimbangkan perkara berkenaan (benarkan pengeluaran wang akaun 1 KWSP), bukan kerana kerajaan tidak mahu.”

Katanya lagi, beliau sendiri menerima banyak mesej daripada orang ramai merayu agar ianya dijalankan. “Memang ramai yang teks saya berkata ‘tolonglah Tan Sri, kami susah.’ Sekarang pun tanpa mengeluarkan simpanan itu, kita sudah menyediakan berbilion ringgit bagi membantu rakyat.”

Namun, Tan Sri Muhyiddin Yassin sukar merealisasikannya kerana ia akan memberikan kesan buruk kepada pencarum pada masa akan datang. Lapor Berita Harian. “Jika kerajaan benarkan perkara itu dilaksanakan dengan mengeluarkan segala simpanan KWSP yang masih berbaki,

saudara akan hadapi masalah lebih besar pada masa hadapan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-24 Koperasi Sungai Terap/Sungai Raya Muar Berhad di Dewan Sri Permata, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Pasir di sini, hari ini.

Pakar Ditanya Satu Soalan Dari Warganet Tentang Isu Keluarkan Duit KWSP Akaun 1. Mengejutkan Ini Jawapan Beliau Sampai Jadi Perhatian Warganet.

Menerusi program Bicara BH bertajuk Belanjawan 2021 – Apa Perlu Ada yang disiar secara langsung melalui Facebook dan Youtube Berita Harian Online, hari ini moderator bertanyakan satu soalan dari warganet mengenai cdangan kelonggaran jumlah tertentu daripada caruman KWSP akaun 1 dan dijawab oleh salah seorang panel dari program tersebut.

Program itu juga turut menampilkan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor dan Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan, sebagai panel dan dikendalikan oleh Penerbit Eksekutif dan Penyampai Berita Edisi7, Fazilah Hani Harun sebagai moderator.

Antara Jawapan Yang Diberi

“Duit dalam segala bentuk pun, kita berikan kepada insan yang dipanggil manusia ni, tak cukup” “Saya selalu berjuang untuk mengadakan tabung sosial sekvriti ni, konvensyen 102, dari muda sampai ke tua memang kita berdebatt di akhir hujungnya kita tahu keperluan itu ada”

“Kalau kita lihat objektifnya adalah simpanan hari tua, jadi secara tidak langsung kita mestilah mempunyai satu amaun yang cukup kerana orang malaysia yang laki laki hidup dia 75 tahun, yang wanita 78 tahun tak tahu siapa pergi dahulu la itu anggaran” “Masa tabung 2 dibenarkan, saya kata apakah objektifnya. Kita sepatutnya mengajar pencarvm untuk menyimpan duit agar mereka senang nanti hari tua”

Komen Dari Orang Ramai

Rakyat minta diberi kel0nggaran keluar Wang dalam jumlah tertentu daripada caruman akaun 1 KWSP. Sukarkah untuk dilaksanakan oleh pihak Kerajaan?. Kalau kamu2 menteri2 boleh je ckp sbb kamu2 cukup makan pakai.. Duit poket semua. Yg rakyat ni.. Hye nak HAK KAMI jer.. Luluskan saje pengeluaran one off AKAUN 1 KWSP. Dah jelas c0vid 19 sgt terkesan pd semua rakyat.

Cakap senang la pakcik sbb pakcik xpernah susah dan pakcik xada kasut rakyat miskln ni…… bank xlayan ni selagi peminjam tidak +ve c0vid. One off saja bukan berterusan ini waktu gwat ekonomi.kau cerita hari tua boleh sampai ke.

Sembg la dato..suruh Blajar kemahiran.tp kija d m0nopoli org asing..ptut dato bncang dan had kn pgmbilan pkerja mhir org asing weh…..duit kwsp cm ne dato.bile leh wat kuar ni..ha3. Tlg lh bg kluar duit acc 1 kami…duit tu mmg kami yg punya cuma tggu umur 50 bru bole kluar…skrg kami amat mmerlukn duit acc 1 tu xyah tggu umur 50..hrap krajaan dgr rlntihan rakyat ni.

Sumber : BHOnline/OM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *