Gara gara cadang kaedah dan saranan al-Quran serta hadis dalam mengawal virus COVID19. Ustaz Kazim kena bahasakan dengan doktor dan ini respon mengejut dari Ustaz Kazim sendiri

artis

Pendakwah terkemuka, Datuk Mohd Kazim Elias berkata,melihat kepada keadaan Covid19 yang masih belum reda malah terus meningkat,umat Islam tidak boleh bergntung kepada usaha sedia ada. Golongan ulama dan agamawan perlu duduk semeja bagi bersama sama mencari penyelesaian serta penawar koronavirus mengikut panduan Al-Quran dan hadis nabi

Menurutnya, wabak yang melanda dunia itu bukan sahaja mewujudkan kebiasaan baharu di dalam masyarakat malah turut menuntut pengubahsuaian dalam agama yang bertntangan dengan ajaran Nabi Muhammad SAW. “Golongan agamawan berautoriti seperti mufti dan sebagainya perlu berbincang semula tentang perkara ini. Kaji balik bersama pakar-pakar Islam yang lain dalam pelbagai bidang untuk mencari jalan penyelesaian.

“Kita tidak boleh selama-lamanya begini dan hanya mengikut prosedur operasi standard (SOP) mereka. Saya sarankan agar kita kembali kepada al-Quran dan hadis nabi dalam mencari penyelesaian terbaik,” katanya.Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas mengadakan ceramah sempena Sambutan Maulidur Rasul anjuran Rumah Ngaji Teluk Muroh, di Pusat Komuniti Teluk Muroh di sini hari ini.

Mohd Kazim menyampaikan ceramah sempena Sambutan Maulidur Rasul anjuran Rumah Ngaji Teluk Muroh di Pusat Komuniti Teluk Muroh hari ini.Menurutnya, masyarakat Islam melihat kehadiran Covid-19 menjurus kepada satu bentuk pengubahsuaian dalam bentuk agama sebagai contoh penjarakkan dalam solat sedangkan Islam mementingkan saf dirapatkan.

Dalam pada itu, Mohd Kazim turut mencadangkan agar kaedah perubatan Islam seperti disyorkan oleh Nabi Muhammad SAW digunapakai dalam membendung serta mencari penawar untuk virus tersebut.“Kita gunakan ubatan sunnah sebab hari ini sampai sekarang mereka katakan tidak ada ubat atau vaksin sedangkan nabi kata madu itu adalah penyembuh, habbatus sauda adalah penyembuh. Jadi kenapa tidak menggunakan perawatan Nabi Muhammad SAW tersebut untuk menyembuhkan.

“Kenapa kita sendiri tidak yakin dengan ajaran nabi, ajaran al-Quran sedangkan kitalah sepatutnya menjadi duta kepada nabi kita, duta al-Quran kita,” katanya.Beliau berkata, pakar-pakar dalam kalangan umat Islam perlu ke hadapan menggunakan kaedah dan saranan al-Quran serta hadis dalam mengawal virus ini. Sementara itu, Mohd Kazim turut mencadangkan agar bacaan zikir tertentu dan ayat-ayat al-Quran yang boleh menjadi penyembuh serta penenang diperdengarkan kepada seluruh masyarakat.

Katanya, pelbagai saluran boleh digunakan sama ada menerusi media elektronik dan media sosial untuk memperluaskan bacaan tersebut.“Mungkin perkara itu boleh dijadikan sebagai salah satu usaha untuk mengawal penularan Covid-19 dan memberi ketenangan kepada masyarakat,” katanya.

Kerana pendapat Ustaz Kazim yang di anggap janggal dan berbeza itu, seorang doktor telah tampil membids saranan beliau. Ustaz Kazim telah tampil memuat naik status menjelaskan apa yang di maksudkan sebelum ini” Salam Asar.. sy hormat profesion doktor dan kesihatan.. salahkah sy hanya bercakap utk menggunakan kaedah yg berlandaskan Al Quran dan Sunnah? Sy akui sy bukan doktor dan sy tak layak bercakap mengenai perubatan..hanya doktor shj yg layak.. nak tau pasal sakit jantung sy mai la kita zoom meeting, kita cerita panjang2 pasai jantung sy…

“Sy x pernah pertikai SOP, solat dimasjid pun sy ikut SOP, disekolah sy kami ikut SOP.“Tapi salahkah sy bertanya? Kenapa seolah2 ada kelopangan dlm pematuhan..Ada tya, Ustaz hanya cakap ikut quran ikut hadis.. mana dia nya, mana dia penyelesaiannya quran dan hadisnya? Amboi.. mai la jumpa sy kita bncg pulak panjang lebar. Jumpa pun xnak asyik komplen je.“Sy x kutuk doktor tp bahasa doktor tidak melambangkan anda sbg doktor.Sains dan teknologi bukan segala2nya doc…# sy bukan ahli konspirasi#sy bukan ahli fe

Berikut pula reaksi dari pengikut Ustaz Kazim.“Baguslah begitu, ustaz juga perlu tau, ustaz ada pengaruh, pengikut ustaz ramai.
Kalau boleh elakkan perkara membawa ftnah, perkataan yang boleh menyebabkan silap faham.Sama sama kita doakan frontliner kita terus gagah berju4ng melawn virus ini insyaAllah

“Saya rasa ustaz seorang yg sabar. Tapi ada masa kita kena bersuara asbab mereka kadang berbangga dengan ilmu yg mereka ada.. Dr sudut yang lain mereka mungkin kurang memahami nikmat disebalik bergntung pd Al-Quran dan sunnah … Saya harap, Allah berikan mereka termasuk saya sendiri kefahaman agama

“Sbb tu masa sy kluar jemaah tabliq sy belajar tentang iman semua ni asbab nasi asbab ubat asbab covid asbab kite kene ambik asbab tapi yakin yg bgi kenyang Allah yg bgi sembuh Allah tu yg sy blaja masa kluar ngan jemaah tablig blaja sunnah nabi tpi jemaah tabliq awal2 dulu kene ftnah ngan covid.. x pe la semua ni ade hikmah.. cume betul gak ustaz cakap smpi bile nk ikot sop bukan kite x ikot ape kkm cakap cume agak lame dan covid makin teruk x kan kite nk jadikan sop ni tetapan.. mungkin kite kene bersuara sbb da lama sngat masjid x bukak solat jarak da lame sngat… trima kasih ustaz sbb bersuara bgi pihak kami yg jahil ni kang kami yg cakap hbis kene hntam ngan ustaz2 akhir zaman mcm2 hadis kluar.Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Hanya Sekadar Bergurau Tapi Tiba Tiba Jadi Kenyataan. Gemuruh Ustaz Kazim Elias Bila Kemunculannya Yang Terkini Seakan Lain Dari Yang Lain. Rupanya Ini Yang Terjadi.

Buat pertama kali pendakwah bebas iaitu Datuk Ustaz Kazim Elias muncul dengan lagu ketuhanan berjudul Salawat 1442 bersama dua penyanyi rap iaitu Tuju dan Tyco. Bercerita tentang itu, Ustaz Kazim, berkata, dia tidak menyangka gurauan meminta Datuk Norman Abdul Halim membuatkan lagu untuknya menjadi kenyataan.

Biarpun mengakui gemuruh kerana tidak pernah melalui proses rakaman namun beliau berpuas hati dengan nyanyiannya. “Alhamdulillah… saya sangat berpuas hati untuk cubaan pertama dalam bidang nyanyian. Bila saya dengar lagu itu, saya rasa nak dengar lagi dan lagi.


Ustaz Kazim tampil dengan lagu Salawat 1442. “Mulanya saya berjumpa dengan Norman untuk pembangunan sekolah yang dia nak buat… lepas itu saja bergurau minta dia buat satu lagu. Tak sangka, dia buat betul-betul. “Pada awalnya saya gemuruh juga sebab mana saya tahu nak nyanyi dengan betul. Bila menyanyi ini kekoklah sikit,” kata Ustaz Kazim kepada mStar.

Lirik video lagu Salawat 1442 boleh ditonton bermula pukul 10 malam, Rabu di saluran rasmi YouTube Imaan Music. Dalam pada itu, Tuju atau Muhammad Azree Shah Awang Zamri, 24, berkata lirik rap dalam lagu tersebut merupakan luahan mengenai perjalanan hidupnya yang belum pernah dikongsikan kepada umum.

Saya memang sukakan sesuatu perkara baru dan mencabar.

“Pembikinan lirik lagu rap dalam lagu ini sesuatu yang belum pernah saya luahkan lagi dalam mana-mana karya sebelum ini. “Salawat 1442 saya berupaya untuk meluahkan perasaan saya dengan lebih jelas sekaligus berkongsi cerita tentang perjalanan hidup saya yang dulu hingga kini, dalam usaha saya menjadi insan yang lebih baik.

“Saya memang sukakan sesuatu perkara yang baru dan mencabar. Dalam semua penglibatan saya menghasilkan muzik, ini kali pertama saya beranikan diri untuk tampil bukan hanya dalam muzik, malahan dalam kehidupan sebenar,” katanya.

Sementara itu, Tyco yang sudah 12 tahun menghilangkan diri kembali membuat kemunculan berharap lagu tersebut dapat memberikan impak kepada pendengar. “Setelah 12 tahun berdiam diri, saya bakal membuat kemunculan kembali di mata orang ramai. Kali terakhir saya membuat penampilan adalah dalam filem Cicakman 2 iaitu pada tahun 2008. “Walaupun konsep lagu yang dibawakan kali ini berbeza berbanding dengan karya-karya Tyco terdahulu, saya tetap mengharapkan agar karya kali ini dapat memberi impak kepada para pendengar,” ujarnya.- MSTAR

Mengejutkan Tuju yang merupakan salah seorang ahli kumpulan K Clique membuat satu pengakuan tentang hubungannya dengan seseorang ini. Ini yang didedahkannya.

Anggota kumpulan K-Clique Tuju mengejutkan peminatnya apabila membuat pengakuan sudah berkahwin dengan penyanyi rap wanita, Loca B. Tuju menerusi foto di ruangan Insta Story miliknya mendedahkan status mereka dengan ayat paling ringkas. “I love you my wife” tulisnya. Coretan itu juga dilengkapkan dengan foto Tuju bersama Loca B yang kini sedang hamil.

Manakala menerusi akaun Instagram Loca B pula, penyanyi itu sudah mula mendedahkan bahagian perutnya dengan memuat naik beberapa gambar seakan-akan memiliki ‘babybump’. Ternyata pendedahan itu membuatkan peminat mereka terkejut kerana rata-ratanya menyangka pasangan ini belum mendirikan rumahtangga. Bagaimanapun, Tuju dan Loca B menerima ucapan tahniah daripada peminat mereka.

“La dah kahwin ke dorang ni baru tahu,” komen @blesseyra. “Happy anniversary Loca B dan Tuju semoga jodoh korang kekal hingga ke Jannah dan sentiasa di lindungi oleh Allah,” doa @aienputri_. Terdahulu, Loca atau nama sebenarnya, Hani Azali pernah membuat pengakuan dikasari sehingga anggota badannya lebam, namun menarik semula dakwaan terbabit tidak lama selepas pengakuan tersebut dibuat di media sosialnya.Sumber: Gempak

Bertemu jodoh di pusat pendidikan Ustaz Kazim

Pasangan warga emas yang mengikuti kelas pengajian agama di Pusat Pendidikan Al Barakah di sini bertemu jodoh apabila pengasas dan pengetua pusat pendidikan itu, Datuk Mohd Kazim Elias menjadi ‘orang tengah’ penyatuan pasangan berkenaan.

Hussain Abdul Rahman, 84, selamat dinikahkan dengan pasangannya, Kamsiah Adam, 66, pada majlis yang berlangsung di surau pusat pendidikan berkenaan pada Ahad. Hussain ketika ditemui pemberita berkata beliau mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga selepas mengenali hati budi pasangannya sejak dua bulan lalu semasa mengikuti kelas pengajian di pusat pendidikan tersebut.

“Alhamdulillah, saya berterima kasih dengan cadangan Ustaz Kazim sebab dia melihat saya keseorangan sejak saya mula mengikuti kelas di sini tiga bulan lalu. “Ini perkahwinan saya yang ketiga dan saya berharap ia akan kekal sehingga akhir hayat.  Saya berkahwin kerana mahu menjalankan amal ibadat dengan lebih tenang di sini apabila ada insan yang sudi menjaga saya,” kata bapa kepada tujuh anak serta 17 cucu itu.

Sementara itu, Kamsiah yang pemrgian suami sejak 37 tahun lepas berkata, beliau mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga kerana terpikat dengan peribadi Hussain yang taat mengamalkan ajaran agama selain mahu menjaga pasangannya itu yang mengalami sakit lutut.

“Kami merancang untuk terus tinggal di sini dan mendalami ilmu agama dan menjalankan ibadah bersama-sama sehingga akhir hayat,” katanya yang mempunyai tiga orang anak dan empat cucu. Pasangan tersebut dinikahkan oleh adik Kamsiah iaitu Hamzah Adam dengan disaksikan Timbalan Pendaftar Ipoh, Mohd Azarudin Mohamad Saarani.  

Dalam pada itu, Ustaz Kazim berkata, pasangan itu merupakan pasangan yang keenam membabitkan pelajar kelas pengajian agama yang bertemu jodoh di pusat pendidikan berkenaan. “Beliau (Hussain) merupakan pelajar yang paling senior dari segi usia di sini. Kami bersyukur dapat menyatukan mereka sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim antara dua keluarga,” katanya. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *