Dilaporkan bintang Liverpool Mohamed Salah positif COVID19. Persatuan tersebut dedah perkembangan terkini Salah dan punca dia dikenalpasti mengalami virus itu

sukan

Dilaporkan bintang Liverpool, Mohamed Salah disahkan positif Covid-19 oleh Persatuan Bolasepak Mesirpada Jumaat.Menerusi laporan Goal.com, Salah telah menjalani swab test yang pertama dan disahkan positif Covid 19 tetapi tanpa sebarang gejala.”Pemain Nasional Bolasepak Mesir dan bintang Liverpool, Mohamed Salah akan menjalani swab test kedua selepas test pertama yang dijalankan ke atasnya postif Covid 19,” umum persatuan tersebut.

Kenyataan tersebut turut mengatakan segala langkah pencegahan dengan semua protokol dan SOP telah diikuti dan Salah juga dijaga oleh dua orang doktor dari Pasukan Nasional Bolasepak Mesir.”Salah berada dalam keadaan baik dan tidak menunjukkan sebarang gejala. Buat masa ini beliau telah menjalani kawalan kendiri dengan dipantau oleh para doktor,” kata kenyataan itu lagi.Dengan pengumuman ini, pemain sayap Mesir yang juga merupakan bintang Reds itu akan terlepas perlawnan Liverpool menentang Leicester yang dijadualkan berlangsung pada 21 November 2020.

Hal ini kerana semua pemain bolasepak yang dijangkiti Covid 19 walaupun tanpa gejala, wajib menjalani kawalan kendiri dan kuarantin selama 10 hari bermula pada hari disahkan positif.Bintang bolasepak berusia 28 tahun itu menjadi pemain keempat dari Reds yang disahkan positif Covid 19 selepas Sadio Mane dan Thiago Alcantara disahkan positif pada September lalu dan Xherdan Shaqiri menyusul pada Oktober.Kredit Foto: LiverpoolFC

Selepas Rakan Sepasukannya Disahkan Positif Covid 19. Mengejutkan Kalini Ronaldo Pula Dijangkiti Wabak Tersebut. Ini Keadaan Ronaldo Sekarang Selepas Disahkan Positif Covid 19.

Siapa sahaja tak kenal pemain bola sepak dunia yang terkenal iaitu Cristiano Ronaldo yang baru sahaja disahkan positif Covid-19, demikian kenyataan Persekutuan Bolasepak Portugal. Pemain bola Juventus itu bagaimanapun berada di dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang gejala tetapi kini sedang menjalani kuarantin.

Perkembangan terbaharu tersebut sekaligus menyebabkan Ronaldo terlepas menentang Sweden dalam aksi Liga Negara-Negara pada awal pagi Khamis ini. “Cristiano Ronaldo diberi pelepasan daripada misi bersama skuad kebangsaan selepas ujian saringan mendapati dia positif Covid-19, jadi dia tidak akan berdepan Sweden.

“Pemain antarabangsa Portugal itu dalam keadaan sihat tanpa gejala dan kini menjalani kuarantin,” demikian menurut kenyataan Persekutuan Bolasepak Portugal. Kenyataan turut menyebut bahawa pemain lain dalam pasukan Portugal didapati negatif dan sedia beraksi dalam perlawanan itu. Ronaldo adalah bintang dunia terbaharu yang dijangkiti wabak tersebut. Sebelum ini rakan sepasukannya dari Juventus iaitu Blaise Matuidi, Paulo Dybala dan Daniele Rugani disahkan positif Covid-19.COVID-19: Kes positif di seluruh dunia hampiri 38 juta. Jumlah kumulatif kes positif global COVID-19 kini menghampiri 38 juta kes. Ini berikutan lebih ratusan ribu jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

COVID-19: Dua lagi pemain Serie A didapati positif

Sebelum ini sebelum Ronaldo disahkan positif covid 19, pemain tengah Juventus, Blaise Matuidi dan Hellas Verona, Mattia Zaccagni masing-masing disahkan positif jangkitan COVID-19, umum kedua-dua kelab Serie A itu, awal pagi tadi. “Matuidi menjalani pemeriksaan perubatan yang menunjukkan dia positif COVID-19,” kata kenyataan dikeluarkan Juventus.

Kenyataan itu turut memberitahu, keadaan Matuidi, 32, yang menjulang trofi Piala Dunia 2018 bersama Perancis adalah asimtomatik dan kini menjalani kuarantin di kediamannya. Rabu lalu, rakan sepasukannya di Juventus, Daniele Rugani menjadi pemain Serie A pertama didapati positif COVID-19 sekali gus menyaksikan seluruh pasukan perlu menjalani kuarantin.

Sementara itu, pemain tengah Itali, Zaccagni, 24, sudah pun menjalani kuarantin sebagai langkah pencegahan selepas Verona bermain menentang Sampdoria pada 8 Mac lalu. “Zaccagni dalam keadaan baik, beberapa hari ini dia mengalami demam,” kata kenyataan dikeluarkan Verona yang kini menduduki tangga kelapan Serie A.

“Pemain berkenaan dan seluruh pasukan akan terus menjalani kuarantin secara sukarela sehingga 25 Mac sambil dipantau pasukan perubatan.” Matuidi menerusi kenyataannya di Instagram turut mengingatkan peminat untuk menjaga diri. “Ia tempoh yang sukar. Pada mulanya, saya tidak sedar betapa serius dan bahayanya jangkitan ini. Jangkitan ini tersebar dengan pantas di Itali,” katanya.

“Ia tempoh yang sukar untuk kita semua, saya ingin mengajak anda semua untuk mengikut arahan yang diberikan dan menjaga diri sendiri dan orang tersayang. “Terima kasih kepada semua pasukan perubatan termasuk jururawat. Kami semua bersama anda.” Seramai 31,000 orang dilaporkan dijangkiti wabak berkenaan dan kehilangan lebih 2,500 nyawa di Itali. – AFP

Usain Bolt sah positif COVID-19

Jaguh pecut, Usain Bolt disahkan positif COVID-19 selepas seminggu majlis sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-34. Majlis yang diadakan itu dikatakan dihadiri ramai tetamu dan mereka dilihat tidak memenuhi piawaian ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), termasuk tidak memakai pelitup muka.

Memetik laporan Reuters, Kementerian Kesihatan Jamaica mengesahkan perkara itu pada Isnin. Bolt yang merupakan pemegang rekod dunia acara pecut 100 meter dan 200 meter itu menjalani proses kuarantin di rumahnya.

Bolt berkata, dia melakukan ujian saringan sehari selepas sambutan ulang tahunnya. “Demi keselamatan, saya menjalani kuarantin kendiri dan berehat,” katanya dalam satu rakaman video yang dimuat naik menerusi laman sosial Twitter. Dia yang juga pemenang lapan pingat emas Olimpik berkata, dia tidak mengalami sebarang gejala wabak tersebut, termasuk masalah pernafasan.

Untuk rekod, kes harian COVID-19 di Jamaica meningkat kepada lebih 60 kes sehari , berbanding kurang 10 kes beberapa minggu sebelumnya. Pegawai Kesihatan negara itu menyifatkan, ia berpunca daripada pembukaan semula sempadan antarabangsa serta sambutan hujung minggu sempena Hari Kemerdekaan negara itu. Sehingga hari ini, Jamaica merekodkan 1,612 kes positif COVID-19 dengan 622 kes aktif serta 16 pemergian. – Awani

Usain Bolt positif Covid-19 selepas berparti hari lahir ke-34

KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Manusia terpantas dunia Usain Bolt disahkan positif Covid-19 selepas mengadakan sambutan hari lahir ke-34 yang turut dihadiri pemain bola sepak England Raheem Sterling dan beberapa bintang sukan. Kementerian Kesihatan Jamaica semalam berkata, pemegang rekod dunia lari pecut 100 meter dan 200 meter itu disahkan positif wabak dan sedang mengesan kontak rapat, lapor The Guardian.

Usain sebelum itu memuat naik video di media sosial, mengatakan sedang menunggu keputusan dan menggesa individu yang berhubung rapat dengannya baru-baru ini agar menjalani kuarantin. “Saya bangun tidur, dan seperti orang lain saya melayari media sosial yang mengatakan saya disahkan Covid-19.

“Saya menjalani saringan pada Sabtu. Saya cuba bertanggungjawab jadi saya akan duduk di sini demi kawan-kawan,” katanya yang menyambut hari jadi Jumaat lalu. “Saya tidak ada simptom jadi saya akan menjalani kuarantin sendiri dan menunggu pengesahan, melihat protokol dan proses kuarantin.

“Sehingga itu sesiapa yang pernah bertemu dengan saya, anda juga perlu menjalani kuarantin bagi memastikan keadaan selamat.”  Bolt, juara lapan kali Olimpik sebelum bersara pada 2017, memegang rekod dengan catatan masa 9.58 saat pada jarak 100 meter dan 200 meter dalam masa 19.19 saat. Video dari media sosial menunjukkan Usain berparti dan menari dengan orang ramai, kebanyakan mereka tidak memakai pelitup muka dan tiada penjarakan fizikal.

Jamaica, berpenduduk sekitar tiga juta, setakat ini mempunyai jumlah 1,413 kes Covid-19 dengan 16 pemergian. Sementara itu, jurucakap Manchester City turut mengesahkan pemainnya Sterling berada di parti Usain, selain pemain sayap Bayer Leverkusen Leon Bailey dan pemain kriket Chris Gayle, dan kini masih berada di Jamaica.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *