Alu alukan untuk berhenti mengikutinya di Instagram. Sarah Hildebrand berkongsi perkara tersebut selepas menerima kritikan daripada warganet susulan imej terbarunya

artis

Pelakon Sarah Hildebrand mengalu-alukan mana-mana individu yang tidak menghormati kehidupan dan pendapatnya untuk berhenti mengikutinya dalam Instagram.Menurut Sarah dia tidak mahu memaksa sesiapa untuk menyukainya yang kini kembali tidak memakai tudung.“Jika anda tak suka dengan saya, cara hidup saya atau kepercayaan yang saya pegang, maka kita boleh tak sependapat dan hormat-menghormati.

“Sekiranya anda tidak mampu untuk memahami perkara tersebut, anda dialu-alukan untuk menekan butang unfollow,” katanya.Isteri kepada Otto Gillen itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.Pun begitu, Sarah meminta agar pengikutnya terus menyebarkan aura posititif dan bukan negatif.

“Walau apa pun, saya menggesa anda untuk menyebarkan positif, cinta dan kecerdasan emosi bukan negatif dan gangguan yang tidak sepatutnya.“Belajar untuk mengadakan perbincangan terbuka mengenai topik penting yang sukar dibincangkan,” katanya lagi.Pada Oktober lalu, Sarah me­nerima kritikan daripada warganet selepas mengambil keputusan untuk kembali ke imej asalkan yang tidak lagi memakai tudung.

Masih Malu Walaupun Dah Berkahwin. Sarah Hildebrand Dedah Punca Dia Tidak Kongsi Sesuatu Berkenaan Suaminya Dan Memohon Maaf Atas Sikapnya

Pelakon Sarah Hildebrand meminta maaf kerana dia dan suami, Otto Gillen kurang memuat naik gambar bersama di media sosial. Menurut Sarah perkara itu lebih baik disimpan untuk diri sendiri sahaja dari menayangkannya kepada awam.“Maaf kami jarang display public affection. Malulah walaupun dah kahwin. 

“Kadang- kadang benda macam tu lebih bagus simpan untuk diri sendiri sahaja,” katanya.Sarah berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.Menerusi entri tersebut, dia memuat naik fotonya bersama suami.Sarah mendirikan rumah tangga dengan Otto yang juga jejaka kacukan Filipina-Amerika pada 3 November lalu selepas suaminya memeluk Islam pada September 2019.Pasangan tersebut dikatakan mula berkenalan ketika Sarah melawat bapanya yang kurang sihat di Arkansas, Amerika Syarikat pada awal tahun ini.-gmpk

Sarah Hildebrand bergelar isteri kepada jejaka kacukan Filipina-Amerika – “Suami peluk Islam pada September lalu”

Sarah kini bergelar isteri kepada Otto Gilen.PELAKON Sarah Hildebrand sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya Otto Gillen dengan sekali lafaz pada pukul 10.23 pagi, Ahad.Memetik laporan BH, pasangan itu dinikahkan Pendaftar Perkahwinan Percraian dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ustaz Hilmi Saadan.

Menurut Sarah, 29, dia dan suami sepakat mengadakan majlis pernikahan secara bersederhana.Sarah menyarungkan cincin di jari suaminya.“Saya dan suami sepakat melakukan hanya yang wajib serta bersederhana. Alhamdulillah, fasa baharu untuk hidup saya dan suami sudah bermula.”Saya berdoa, semoga segala-galanya dipermudahkan. Insya-Allah,” kata Sarah.

Majlis pernikahan diadakan di Masjid As Sobirin, Lembah Keramat, dengan dihadiri kira-kira 100 tetamu.Pada majlis tersebut, pelakon drama popular Pujaan Hati Kanda itu menerima mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin.Pasangan itu mula berkawan rapat sejak Februari lalu selepas bertemu semula menerusi laman sosial, Facebook.

Suami sudah memeluk Islam pada September lalu. Alhamdulillah, urusan jodoh kami seperti dipermudahkan.

Dalam pada itu, Sarah mendedahkan dia bertemu semula dengan Otto ketika melawat bapanya yang kurang sihat di Arkansas, Amerika Syarikat pada awal tahun ini.Malah, aktres berdarh campuran ini juga memberitahu suami yang berdarh kacukan Filipina-Amerika telah memeluk Islam pada September lalu.

“Kebetulan, saya turut berada dalam kumpulan sekolah sama dengan abangnya. Kami bertemu kembali ketika saya melawat bapa yang kurang sihat di Arkansas, Amerika Syarikat, awal tahun ini.”Suami sudah memeluk Islam pada September lalu. Alhamdulillah, urusan jodoh kami seperti dipermudahkan,” ujarnya.

Sarah Hildebrand ajar suami berpuasa

KUALA LUMPUR: Macam mengajar budak kecil.Itu pengalaman pelakon, Sarah Hildebrand, 30, mengenai keletah suami yang belajar berpuasa hari ini.”Saya seperti mengajar budak-budak kecil berpuasa. Suami banyak bertanya soalan. Perkara seperti boleh minum atau tidak, apa yang tidak boleh buat dan sebagainya,” katanya kepada BH Online.

Sarah berkata, suaminya, Otto Gillen yang berdrah kacukan Filipina-Amerika Syarikat (AS) memeluk Islam, September lalu dan teruja melakukan ibadat puasa.”Sebelum ini, saya berpuasa sendiri dan tidak perlu mengajar orang lain. Kali ini, Ramadan berbeza sebab saya perlu mengajar suami berpuasa.

“Alhamdulillah, pada hari pertama, dia okay. Cuma kita tahu, pada awal berpuasa, sudah tentu kita rasa lapar lain macam, jadi dia masih belajar untuk mengawal nafsu.”Apabila begini, saya rasa lebih bermotivasi untuk menyambut Ramadan. Iyalah, dahulu bersama keluarga, sekarang saya ada suami yang menemani sahur dan berbuka,” katanya.Sarah menambah suaminya tidak kekok berpuasa kerana pernah mengamalkan diet sebelum ini.

“Suami melakukan diet ‘intermittent fasting’ sebelum ini. Dia pernah merasa berpuasa selama beberapa jam. Tetapi kali ini lebih lama, namun untuk hari pertama ini, saya lihat dia melakukannya dengan baik.”Tapi, sayang apabila kali pertama dia berpuasa, kita dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dia tidak dapat merasa pergi solat tarawih, membeli juadah berbuka di bazar Ramadan dan sebagainya.

“Tidak mengapa, tahun depan dia boleh merasai pengalaman berbeza pula,” katanya.Sarah turut mendoakan umat Islam dapat menunaikan ibadat puasa dengan baik biarpun terpaksa akur dengan PKP.”Saya fikir di sebalik yang terjadi, ada hikmah. Sebelum ini, kita sibuk dengan kerja, tapi Ramadan kali ini, kita dapat fokus kepada beribadat di rumah.”Dahulu kita hendak pulang ke rumah untuk berpuasa dengan keluarga kena melalui kesesakan jalan raya. Mahu pergi bazar Ramadan pun sesak, jadi, sekarang kita boleh tenang sahaja di rumah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, pelakon Pujaan Hati Kanda ini membantu suami menjalankan perniagaan dari rumah seperti menjual pakaian dan biskut.”Sebelum PKP, saya ada penggambaran drama Tunggu Dulu Cinta tapi ditunda. Saya banyak menghabiskan masa berniaga dari rumah.”Saya merancang menjual biskut yang saya buat sendiri untuk Aidilfitri. Sekurang-kurangnya kami dapat menjana pendapatan,” katanya.Sarah mendirikan rumah tangga bersama Gilen pada 3 November lalu. Pasangan ini rapat sejak Februari lalu selepas bertemu semula di Facebook.BERITA BERKAITAN-bh

“Bawa Dia Pi Berkubang Kat Bendang,”- Sarah Hildebrand Bawa Suami Balik Kampung Di Perlis

Pelakon Sarah Hildebrand membawa suaminya, Otto Gillen, pulang ke kampung halamannya di Kuala Perlis, Perlis untuk bertemu keluarga besarnya.Sarah atau nama sebenarnya Nur Sarah Marier Hildebrand, 29, berkongsi hal tersebut menerusi beberapa foto yang dimuat naik di Instagram.”Balik kampung. Membawa Otto untuk berjumpa keluarga saya di Perlis,” tulis Sarah di ruangan kapsyen.

Namun, apa yang mencuri tumpuan warganet apabila ramai yang tidak pernah mengetahui aktres berdrah campuran Melayu, Jerman dan Amerika Syarikat itu berasal dari sebuah kampung di Utara Semenanjung Malaysia.Bahkan, terdapat rakan artis juga terkejut dengan perkongsian pelakon drama Suami Tanpa Cinta itu.

“Orang Perlis ke babe?” tanya pelakon Diana Danielle.”Waa Sarah orang Peghelih rupanya!!!”Boleh cakap loghat Utara ke Sarah?”Melihat dirinya yang berwajah kacukan,.. kampung dia kat Perlis hokey!”Bawak dia pi berkubang kat bendang, tengok okay tak masuk lumpuq,” antara komen yang ditinggalkan warganet.

Sarah turut berkongsi momen-momen menarik memaparkan suaminya yang berdrah kacukan Filipina-Amerika menjalani kehidupan di Kampung Tok Kaya, Kayang, Perlis.Rata-rata mereka memuji tindakan Sarah yang membawa suaminya untuk berkenalan dengan saudara mara yang lain.”Kesiannya, dia (Otto) tinggi sangat tak lepas bumbung,” komen warganet.

Sarah mendirikan rumah tangga dengan Otto pada 3 November selepas suaminya memeluk Islam pada September lalu.Pasangan tersebut dikatakan mula berkenalan ketika Sarah melawat bapanya yang kurang sihat di Arkansas, Amerika Syarikat pada awal tahun ini.-gmpk

Bakal suami peluk Islam dengan rela hati – Sarah

KUALA LUMPUR: Kesediaan jejaka kacukan Filipina-Amerika, Otto Gillen, 26, untuk memeluk Islam membuka hati pelakon dan pengacara, Sarah Hildebrand, untuk menerimanya sebagai suami.Malah, Sarah, 29, tersentuh dengan pengorbanan pelukis terbabit untuk tinggalkan kerjaya dan keluarga di Amerika Syarikat (AS) demi mendirikan rumah tangga bersamanya.

“Kami banyak berkomunikasi dan berbincang mengenai agama, terutama apabila Otto terkejut melihat penampilan saya berhijab. Selepas menerangkan mengenai keindahan Islam, dia sendiri terbuka hati untuk memeluk agama suci ini tanpa paksaan, September lalu.

“Biarpun keluarganya terkejut dengan berita diterima, mereka memahami tindakan diambil Otto. Saya bersyukur kerana keluarga saya turut memberikan sokongan moral dan nasihat, selain memahami keputusan yang dibuat. Ibu saya pula memberikan restu selepas saya tekad dengan keputusan yang diambil.

“Semestinya saya tersentuh hati apabila Otto sanggup berkrban dan berpindah ke Malaysia selepas kami berkahwin. Ia menguatkan naluri dan firasat mengatakan dialah yang terbaik buat saya,” katanya kepada BH Online.Pelakon yang mencipta nama menerusi drama Pujaan Hati Kanda itu bakal menamatkan zaman bujangnya dengan Otto pada 3 November ini.

Majlis pernikahan mereka bakal berlangsung di masjid berhampiran kediaman keluarga selebriti jelita itu di Lembah Keramat, di sini.“Saya dan Otto bertemu semula menerusi laman sosial Facebook. Saya berada dalam kumpulan sekolah sama dengan abangnya. Kami kembali berkawan rapat sejak Februari lalu selepas hubungan saya dengan bekas kekasih berakhir.

“Saya bertemu semula dengannya ketika melawat bapa yang kurang sihat di Arkansas, AS, awal tahun ini. Banyak yang saya belajar selepas putus cinta. Saya sudah meneruskan kehidupan dan enggan berpaling mengenang kisah lalu.“Justeru, selepas kami sepakat untuk berkahwin, saya terlebih dahulu memastikan semua perancangan ke arah itu berjalan lancar sebelum sedia berkongsi berita baik ini dengan semua,” kata Sarah.Sarah sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan seorang pengacara, tetapi percintaan selama lima tahun itu berakhir, awal tahun ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *