55 orang hadir majlis resepsi. Majlis perkahwinan ini mengejutkan orang ramai apabila menjadi punca 176 dijangkiti Covid19 dan 7 yang sudah pergi langsung tak hadir ke majlis tersebut

berita Viral

Pihak berkuasa memberi amaran majlis perkahwinan, pesta ulang tahun dan majlis keagamaan yang mengumpulkan tetamu tanpa SOP boleh menjadi punca penyebaran virus Covid-19 seperti mana yang berlaku di Maine, AS.Sekiranya anda ingin tahu mengapa pegawai kesihatan merasa gementar tentang betapa teruknya wabak Covid-19 ketika musim percutian dan majlis keramaian, pertimbangkan apa yang berlaku selepas satu majlis resepsi perkahwinan kecil yang berlangsung pada musim panas di luar bandar Maine.

Hanya 55 orang yang menghadiri majlis resepsi pada 7 Ogos di Big Moose Inn di Millinocket, tetapi salah seorang tetamu itu tiba dengan jangkitan koronavirus.Biarpun suhu badan tetamu diambil, tiada yang direkodkan mengalami demam atau sebarang simptom berkaitan Covid-19.

Selepas 38 hari berikutnya, virus itu merebak menjangkiti 176 orang lain. Amat menyedihkan tujuh daripadanya hembus nafas terakhir dan lebih teruk lagi apabila tidak ada seorang individu yang hembuskan nafas terakhir itu menghadiri majlis perkahwinan tersebut.Dalam laporan terbaru, penyiasat daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Pnyakit Maine menjelaskan bagaimana perayaan yang baik dengan keluarga dan rakan-rakannya menyebabkan begitu banyak pemergian di seluruh negeri dalam jangka waktu yang singkat.

LA Times melaporkan, hampir semua tetamu yang hadir tidak mengenakan pelitup muka, malah mereka gagal melakukan penjarakkan fizikal.”Perhimpunan seperti perkahwinan, pesta ulang tahun, acara keagamaan dan persemadian, berpotensi menjadi acara penyebaran Covid-19,” kata Pusat Kawalan dan Pencegahan Pnyakit Maine dalam laporan yang dikeluarkan pada Khamis lalu.

Tular Di India. Suami Ini Sanggup Bohong Isteri Kononnya Terkena Virus COVID19. Lebih Mengejutkan Apabila Terbongkar Rahsia Sebenar Di Sebalik Kata Kata Suaminya Itu

Covid-19 memang menaktkan. Tak ada siapa siapa dalam dunia ni (yang waras) nak diri mereka dijangkiti virus Covid-19. Tapi, lain pula cerita dekat India di mana seorang suami menggunakan Covid-19 sebagai alasan untuk tinggalkan isterinya.Menurut Khaleej Times, lelaki berusia 28 tahun itu berasal dari Navi, Mumbai dan telah menghilangkan diri pada 24 Julai lepas. Selepas keluar dari rumah, lelaki itu telah hubungi isterinya dan maklumkan yang dia telah dijangkiti Covid-19 dan ‘tak ada harapan’ untuk hidup lagi.

Belum sempat isterinya bertanya lebih lanjut, lelaki itu terus tutupkan panggilan telefon tersebut. Siapa tak risau kalau orang yang kita sayang tiba-tiba macam itu kan? Apatah lagi dia dijangkiti virus yang membawa ke arah pemergian. Itulah perasan isteri lelaki terbabit yang terus hubungi abangnya untuk meminta bantuan kerana risaukan suami. Mereka kemudian hubungi pihak polis dan buat laporan tentang orang hilang.

Pihak polis menjadi buntu apabila mereka menemukan motor, helmet, beg dan kunci di sebatang jalan dekat Sektor 17, Vashi namun suaminya tidak berjaya ditemui.Menurut polis yang mengendalikan kes kehilangan itu, satu kertas siasatan telah dibuka dan pihak polis tetap terus cuba menjejaki lelaki berkenaan. Lokasi telefon bimbit dan rakaman CCTV di kawasan motornya dijumpai telah diperiksa namun polis tetap tidak berjaya menemuinya.

Selepas siasatan lebih mendalam dijalankan, polis mendapat maklumat bahawa lelaki itu telah cuba hubungi nombor helpline polis sebanyak dua kali pada malam dia menghilangkan diri. Pihak berkuasa kemudian mengesyaki lelaki tersebut menjadi sasaran jnyh.

Tapi, semuanya terbongkar apabila polis mendapat maklumat bahawa lelaki berkenaan mempunyai teman wanita dan berjaya menjumpainya. Selama sebulan cuba menjejakinya, polis akhirnya menjumpai lelaki tersebut di rumah teman wanitanya di Indore, kira-kira 582 kilometer dari rumah isterinya.Dia kemudian dibawa pulang ke Mumbai pada 15 September lepas. Tidak dinyatakan apa yang berlaku antara dia dan isterinya selepas kejadian tersebut namun kisah lelaki itu menjadi tular di media tempatan.-ctto

Sudah Tular Ubat Untuk Rawatan Covid 19 Sehingga Ramai Yang Menggunakannya. Terbaru Ubat Antiviral Covid 19 Tersebut Didakwa Boleh Menjejaskan Kesihatan Terutamanya Pada Bahagian Ini.

THE HAGUE: Agensi Perubatan Eropah (EMA) pada Jumaat, sedang menyiasat laporan kemungkinan kerosakan buah pinggang akut pada pesakit yang mengambil ubat antiviral, remdesivir yang dihasilkan syarikat farmaseutikal gergasi Amerika Syarikat (AS), Gilead. Agensi itu bagaimanapun mengesyorkan penggunaan ubat antiviral yang dijual dengan jenama Veklury pada Jun lalu, selepas kajian menunjukkan ia dapat mengurangkan tempoh rawatan di hospital bagi pesakit COVID-19.

“Jawatankuasa Keselamatan EMA sudah memulakan penilaian…untuk menilai laporan kelukaan buah pinggang akut dalam kalangan beberapa pesakit COVID-19 yang mengambil ubat antiviral berkenaan (remdesivir),” menurut agensi itu dalam satu kenyataan. Menurut agensi itu lagi, belum dapat ditentukan apakah terdapat kaitan hubungan itu antara remdisivir dan masalah buah pinggang.

Bagaimanapun, katanya, masalah itu memerlukan penyelidikan lebih lanjut. Mengulas lanjut, agensi itu berkata, jangkitan COVID-19 juga boleh mengakibatkan kelukaan pada buah pinggang. Menurut EMA lagi, syor untuk menggunakan ubat antiviral itu tidak berubah buat masa ini, sambil menambah kebenaran diperoleh menerusi ‘jalan pintas’ untuk kegunaan pesakit COVID-19 dengan alasan ujian lebih lanjut akan dijalankan.

Jika ada kaitan dengan masalah buah pinggang, agensi itu berkata, perubahan mungkin hanya terhad kepada risalah bagi memberi amrn kepada pengguna mengenai ubat yang kemungkinan mempunyai kesan sampingan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan remdesivir masih dalam ujian percubaan.

“Kita berhubung rapat dengan EMA dan kami mengikuti setiap penyelidikan yang mereka lakukan,” kata Pengarah Pra-kelayakan dan Peraturan WHO, Emer Cook. “Setakat yang saya faham, siasatan ini berada di tahap awal pembangunan, tetapi kami akan menghubungi dan memastikan kami membuat susulan serta berhubung dengan ujian yang sedang berlangsung.” – AFP

Terbaru akibat penularan covid 19. Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan Mutasi D614G di Sabah berpunca dari negara negara ini. Ternyata ini yang dibongkarkan KKM.

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan penularan virus Covid-19 membabitkan mutasi jenis D614G di Sabah berpunca dari Indonesia dan Filipina. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mutasi virus berkenaan yang dilaporkan di Kedah membabitkan Kluster Sivagangga, Kluster Sungai dan Kluster Tawar dengan penularan Covid-19 di Sabah adalah tidak sama.

“Kalau kita lihat di Kedah, makmal kami mengenal pasti mutasi jenis D614G membabitkan Kluster Sivagangga, Kluster Sungai dan Kluster Tawar yang dipercayai berpunca dari India. “Kajian terhadap penularan virus itu di Sabah pula mendapati ia (mutasi jenis D614G) datang dari Indonesia dan Filipina.

“Penularan di Kedah dan Sabah bukan sama, namun membabitkan D614G iaitu kumpulan sama yang berbeza ciri. Jadi, kita rasa kebolehjangkitan meningkat sedikit berbanding penularan sebelum ini,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, nilai kebolehjangkitan atau R0 (R naught) di Kedah pada peringkat awal adalah tinggi iaitu lebih daripada 2 sebelum menurun kepada 0.6, manakala di Sabah pula mencatatkan R naught pada 1.4. “(Bagaimanapun) Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di empat daerah iaitu Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna serta sekatan jalan raya, kesihatan awam dan kawalan sempadan boleh mengawal jangkitan Covid-19 di Sabah. “Di Selangor pula, walaupun tidak banyak kes direkodkan, namun disebabkan kepadatan penduduk kebolehjangkitan di negeri itu adalah pada 1.9 meskipun jumlah kes dilaporkan tidak setinggi di Sabah,” katanya.

Sumber: HMETRO

Terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO mengesahkan sesuatu mengenai virus Covid 19. Rupanya ini yang dibongkarkan kepada seluruh dunia.

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengulangi pengesahan bahawa COVID-19 adalah virus yang wujud secara semula jadi dan bukannya buatan manusia. Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, menekankan perkara itu ketika taklimat media mengenai COVID-19 dan meminta semua pihak berhenti menuding jari menuduh satu sama lain.

“WHO mempercayai kaedah sains dan bukti, sebab itulah kami mengutamakan sains, penyelesaian dan solidariti, terutama dalam isu COVID-19 ini,” katanya. Tegas beliau, banyak kajian mengenai asal-usul virus menunjukkan COVID-19 atau SARS-CoV-2, wujud secara semula jadi dan bukannya dari mana-mana institusi. Tedros mengeluarkan kenyataan itu sejurus selepas seorang saintis berjanji untuk menerbitkan bukti yang menyokong dakwaannya mengatakan virus itu bukan dari alam semula jadi, sebaliknya dicipta di sebuah makmal di Wuhan, China.

Difahamkan, Tedros mungkin merujuk kepada pakar virologi dari Hong Kong, Dr Li-Meng Yan, yang membuat dakwaan terbabit baru-baru ini dalam satu temu bual dengan Fox News, selepas berjaya melarikan diri ke Amerika Syarikat. Ahli virologi itu, yang kini dalam buangan, turut mendakwa kerajaan China dan WHO mengetahui lebih awal mengenai jangkitan daripada manusia manusia tetapi tidak mengumumkannya. Katanya, semua laporan hasil kajiannya tidak diendahkan oleh pegawai atasannya, yang juga antara pakar terkemuka bidang virologi dan imunologi global serta mempunyai hubungan rapat dengan WHO. Beliau juga mendakwa China dan WHO menyedari lebih awal mengenai betapa seriusnya kesan COVID-19 itu jika tidak dibendung segera. – AGENSI

Sumber: BH Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *