Watak Nad Zainal dipuji oleh warganet di dalam drama Hati Yang tersakiti. Ending membuatkan ramai yang tidak puas hati.

artis Uncategorized

Pejam celik pejam celik, drama ‘Hati Yang Tersakiti’ yang ditayangkan di TV3 ini sudahpun melabuhkan tirainya. Drama yang sarat dengan pengajaran ini, ternyata menerima pelbagai reaksi dan pandangan daripada warganet terutama mengenai episod kemuncak semalam. Pelbagai ‘ending’ telah diramalkan oleh penonton setia drama tersebut. Namun, rata-ratanya kagum melihat watak Mona (Nad Zainal) yang sanggup memikul amanat arwah rakan baiknya iaitu Farah (Mimi Lana).

Menceraikan Mona satu keputusan yang bodoh

Dalam episod akhir semalam, Haris insaf dan sedar akan kesilapan yang pernah dilakukan olehnya terhadap Mona. Oleh itu, dia telah pulang semula ke kampung dan berjumpa dengan Mona untuk memohon maaf. Haris turut memberitahu bahawa menceraikan Mona tempoh hari merupakan satu keputusan yang tidak bijak. Namun, permohonan maaf Haris tidak dilayan oleh Mona sebaliknya, Mona turut merahsiakan bahawa dia telah mengandung anak Haris pada masa tersebut.

Dipendekkan cerita, semasa Mona hendak membeli belah bersama ibunya, mereka terjumpa dengan Farah. Farah menggunakan peluang tersebut untuk memohon maaf kepada Mona. Farah menjelaskan kepada Mona bahawa dia tidak mempunyai banyak masa untuk hidup. Kecewa kerana kawan sendiri sanggup menikam dari belakang, Mona terus pergi meninggalkan Farah ketika perjumpaan tersebut.

Aku dah khianat kau

Teka teki dan pelbagai andaian bermain di fikiran penonton dan akhirnya Farah telah meninggal dunia semasa melahirkan seorang bayi lelaki. Ehsan merupakan insan terakhir yang berada di sisi Farah pada masa tersebut. Pada masa yang sama, Mona juga selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Menyedari bahawa Mona telah selamat melahirkan anaknya, Haris sentiasa menghantar kiriman video buat Mona mengenai aktivti hariannya.

Beberapa bulan selepas itu, Ehsan telah berjumpa dengan Mona dan membawa bayi lelaki yang dilahirkan oleh Farah. Ehsan turut menjelaskan bahawa bayi tersebut merupakan anak Haris dan selama ini Farah memilih untuk merahsiakan perkara tersebut. Mengikut penjelasan Ehsan lagi, Farah mohon dan meminta Mona untuk menjaga anaknya bersama Haris. Arwah Farah percaya bahawa Mona mampu menjaga dan mendidik anaknya dengan baik.

Meskipun berat untuk menerima dan memikul amanat arwah Farah, Mona tetap kuat dan menjaga bayi tersebut. Tidak lama selepas itu, Mona memberitahu perkara sebenar kepada Haris dan sebagai bapa, Haris menitiskan air mata dan memeluk kedua-dua anaknya. Mona juga memberitahu bahawa untuk melupakan setelah dilupakan, adalah perkara yang paling sakit. Oleh itu, belajarlah memujuk hati, agar tidak lagi tersakiti. Dia juga berserah mengenai jodohnya kepada Allah.

Memang sakit hati

Rata-rata warganet meninggalkan pelbagai reaksi dan pandangan mengenai episod kemuncak drama tersebut. Menurut warganet, Mona seorang yang sangat kuat dan sanggup membiarkan hatinya tersakiti. Tambah warganet, sekiranya mereka berada di tempat Mona, mereka tidak mempunyai kekuatan untuk membesarkan anak Farah.

Di samping itu, warganet juga tidak dapat membayangkan seandainya ‘ending’ drama tersebut Farah masih hidup dan Haris mengetahui bahawa anak yang dikandung oleh Farah itu merupakan anaknya. Apakah yang akan terjadi dengan Mona pada masa itu? Segelintir warganet juga memberikan pujian buat kesemua pelakon utama drama tersebut dan mereka turut meluahkan hasrat untuk menyaksikan ‘Hati Yang Tersakiti 2’.

Drama Hati Yang Tersakiti yang ditayangkan di TV3 kini memasuki minggu akhir. Berbaki satu lagi episod, momen yang dinanti-nantikan oleh para penonton telahpun tiba.

Hubungan Mona (Nad Zainal) dan suaminya iaitu Haris (Remy Ishak) telah berakhir semalam apabila Haris menceraikan Mona dengan talak 1. Manakala, teman baik Mona iaitu Farah (Mimi Lana) mula menyedari kesilapan yang dilakukan dan ingin memperbetulkan semula keadaan.

Kalau abang jujur saya akan maafkan

Dalam episod 14 semalam, Mona akhirnya meminta penjelasan daripada Haris mengenai hubungannya dengan Farah. Namun, Haris enggan menjawab pertanyaan tersebut lantas meninggalkan rumah mereka. Manakala, Farah mula menyedari kesilapan yang dilakukan terutama selepas disahkan menghidap kanser serviks. Episod 14 juga menyaksikan, prestasi Haris dalam mengendalikan syarikatnya semakin teruk sehingga terpaksa diambil alih oleh orang lain.

Momen paling ditunggu-tunggu oleh penonton juga dapat disaksikan semalam apabila Haris menceraikan Mona dengan talak 1. Pada masa yang sama, Farah meminta Haris untuk melupakannya kerana dia sudah mula jatuh hati terhadap Ehsan. Farah juga memberitahu anak dalam kandungannya itu merupakan anak Ehsan bukannya anak Haris. Sejak semalam juga, drama ini menjadi trending dan pelbagai komen telah ditinggalkan oleh warganet di media sosial para pelakon drama tersebut.

Gampang betul Haris ni

Rata-rata warganet meluahkan perasaan geram apabila Haris masih meminta Mona untuk menghormati dirinya. Tambah mereka, Haris tidak sepatutnya mencari salah Mona dan dia perlu mengaku kesalahan dirinya. Walau bagaimanapun, warganet sedih apabila Haris melafazkan cerai terhadap Mona ketika mereka bertengkar.

Hati Yang Tersakiti merupakan sebuah drama yang berkisar tentang konflik rumah tangga, kecurangan, persahabatan dan penipuan. Dibintangi oleh Nad Zainal sebagai Mona, Mimi Lana sebagai Farah Azira dan Remy Ishak sebagai Haris, drama ini kian mendapat sambutan daripada peminat drama tempatan.

Nyaris kantoi sebab butang

Jika korang pengikut setia drama ini, korang pasti mengetahui bahawa Farah menetap bersama Mona dan Haris selepas dia berpisah dengan suaminya Adrian. Pada masa yang sama, Farah seorang yang licik dan pandai berlakon di hadapan Mona bagi mengelakkan hubungannya bersama Haris terkantoi.

Namun, dalam episod yang ke-10 baru-baru ini, hubungan di antara Haris dan Farah nyaris diketahui oleh Mona. Ini kerana, ketiadaan sebiji butang pada baju kemeja Haris sewaktu pulang ke rumah. Ketika disoal oleh Mona mengenai perkara tersebut, Haris memberitahu bahawa butang bajunya mungkin tertanggal di pejabat dan tidak disedari olehnya. Sebagai isteri, Mona berasa curiga dan bertambah pelik apabila menjumpai butang tersebut di ruang tamu rumahnya. Oleh kerana takut rahsianya terkantoi, Haris cuba untuk mengelak dan menjawab pertanyaan Mona pada ketika itu.

Akhirnya kantoi!

Menerusi episod yang ke-12 semalam, babak yang paling dinantikan-nantikan oleh para penonton akhirnya telah tiba. Mona telah menemui sebuah telefon bimbit yang berada di dalam beg kerja Haris. Pada masa yang sama, dia ternampak kiriman mesej daripada Farah buat Haris menggunakan panggilan ‘sayang’. Reaksi terkejut jelas kelihatan di wajah Mona dan dia tidak sangka bahawa kawan baiknya itu sanggup tikam belakang.

Kecewa sebaik sahaja mengetahui hal tersebut, Mona cuba bercerita kepada ibunya dan meneruskan siasatan bagi mendapatkan bukti yang lebih kukuh sebelum menyerang Farah dan Haris. Mengenai Farah dan Haris pula, mereka turut berasa tidak sedap hati dan takut seandainya Mona mengetahui rahsia mereka.

Aku yang menggeletar

Rata-rata warganet berpuas hati apabila Mona akhirnya mengetahui mengenai hubungan Farah dan suaminya. Warganetjuga meluahkan perasaan tidak sabar untuk melihat tindakan Mona untuk menyerang Farah dan Haris. Di samping itu, warganet berpendapat bahawa drama ini mempunyai banyak pengajaran dan antaranya ialah tidak mudah mempercayai orang meskipun kawan baik sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *