Saharul Ridzwan gerun apabila sudah bertukar statusnya sebagai seorang bapa. Saharul Ridzwan sebak apabila anak lelakinya membuat perkara ini.

artis Hiburan Uncategorized Viral

Kehidupan dari berstatus bujang kemudian bergelar ibu atau bapa pasti ada bezanya.Sama seperti pelakon Saharul Ridzwan yang mengakui akan perubahan itu.Pada 12 November 2020, Saharul telah memuat naik satu perkongsian di Instagram.

Menurutnya, dia kini merasai “berderau dar4h” setelah bergelar seorang bapa:- “Dulu selalu dengar je perkataan ni. Skrg dah ada anak, selalu sangat rasa “berderau dar4h” tu datang. Allahuakbar. Anak ni, walaupun benda kecik yang jadi, dar4h naik tu rasa macam dekat kepala dah. Risau kita, Subhanallah. Tak tahulah macammana nak cakap. Macam tu lah umi dan abah risau waktu sy acc1ident dulu. 😞”

Menjadi adat setelah bergelar ibu dan bapa, tanggungjawab yang dipikul menjadikan mereka merasa risau akan anak-anak terutamanya dari segi keselamatan. Namun Saharul mengakui, pengharapan juga perlu diserahkan kepada Allah:- “Tiada daya upaya kita sebagai hamba Allah utk pastikan sesuatu tidak berlaku walau macam mana cuba sekalipun melainkan dgn izin Allah SWT. Semoga Allah terus melindungi orang orang yang kita sayang. Hasbunallah Wa Ni’mal Wakiil. Amin Ya Rabb 🤲🏻”

Begitulah kasih seorang bapa yang ingin menjadi pelindung buat keluarganya. Untuk rekod, Saharul telah mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Qaabila Deena Emir pada 16 September 2016 dan kini dikurniakan dua orang cahaya mata.

Lumrah bagi seorang anak kecil jika mereka mahukan perhatian kadang-kadang, hal kecil dan remeh bagi orang dewasa itu juga yang akan membuatkan mereka meragam. Tetapi lain pula dengan anak salah seorang pelakon Saharul Ridzwan ini, Luth Ali yang merajuk tanpa sebab yang tidak boleh dijangka.

Saharul menceritakan sendiri di media sosial Instagram, bahawa ada satu malam dia berasa sangat penat disebabkan kesibukan bekerja. Ketika mahu mengambil alih tugas mahu menidurkan anak bongsunya, Fateema Azzahra tidur kerana isterinya kurang sihat, Luth Ali dilihat seolah-olah kurang senang dan mencampakkan permainannya ketika sedang bermain di ruang tamu sebelum masuk ke dalam bilik.

Faham dengan situasi tersebut, Saharul Ridzwan kemudiannya memujuk dan bertanya anak sulungnya, Ali beberapa kali. Ternyata… Ali merajuk dan sengaja ‘buat hal’ kerana tidak ada yang nak layan dirinya. Comel je! Tanpa membuang masa, Saharul Ridzwan terus mengajak anaknya itu untuk keluar berjalan bersama.

Dalam posting Instagram tersebut, Saharul Ridzwan turut mohon maaf kepada Ali dan sempat menasihati orang ramai terutamanya yang sudah menjadi ibu bapa supaya peka dengan sikap anak kecil.

Sumeber: Instagram Saharul Ridzwan

Gara Gara Terkena Bucu Meja. Anak Saharul Ridzwan Terus Meraih Perhatian Warganet Kerana Kejadian Yang Tak Diingini Itu Berlaku Sehingga Warganet Tinggalkan Petua Dan Pesanan Untuk Menyembuhkan Luka Pada Dahinya.

Anak sulung kepada pelakon Saharul Ridzwan, Muhammad Luth Ali mengalami kelukaan pada bahagian dahi kirinya selepas terhantvk pada bucu meja baru-baru ini. Kongsi Saharul menerusi Instagramnya, Ali masih boleh tersenyum biarpun dahinya masih kelihatan luka akibat kejadian kecil itu.

“Baru lepas lnggvr bucu meja. Bertuahnya anak. Semoga Allah lindungi anak-anak kita selalu. Kita risau, dia senyum je” tulis Saharul. Perkongsian Saharul itu meraih pelbagai komen dari peminatnya yang turut mendoakan agar Ali segera sembuh daripada kelukaan terbabit. Malah, tidak kurang juga ada yang berkongsi pandangan, nasihat dan tips untuk menyembuhkan segera luka pada dahi Ali.

“Lepas ni semua rumah yang ada perabot kayu atau kaca, segala sudut meja, almari, kerusi kena cover supaya tak cedera pada budak-budak yang membesar aktif,” nasihat seorang pengguna. “Budak laki kuat kan.. Kalau bucu meja jenis yang tanam, letak getah untuk bucu tu,” saran pengguna lain.

“Kalau nak cepat baik luka tu, biasanya doktor letak gam bagi bercantum elok. Nanti jadi tak berparut,” tulis salah seorang pengguna lain. “Sapu minyak gamat, cepat tertutup luka,” saran salah seorang pengguna lain pula. “Tuam ler dengan ais batu… insya-Allah tak ada parut … anak-anak saya pun saya buat… cuba le,” tulis pengguna lain.

Allahuakbar..cepat asah kulit kayu manis pastu sapu kat luka tu.. Insya-Allah hilang sakit dan parutnya,” tambah pengguna lain. Dalam pada berkongsi tips dan petua, ramai juga yang memuji keunikan iris mata Ali yang disifatkan cantik dan mempesonakan.

Apapun, get well soon Ali! -Gempak

Perkongsian Saharul Ridzwan meraih perhatian ramai selepas dia berkongsi satu rahsia cara didikan yang dia terapkan kepada anak anak malah boleh menjadi ibu bapa yang terbaik

Tidak dinafikan, anak merupakan satu anugerah yang tak ternilai dikurniakan daripada Yang Maha Esa.Baru-baru ini, pelakon Saharul Ridzwan ada berkongsi kata nasihat mengenai perihal cara didikan kepada anak bersama pengikutnya di media sosial.Kongsi Saharul, anak merupakan satu amanah yang wajib ditunaikan bagi mereka yang bergelar ibu bapa dan harus dididik dengan penuh kebaikan.

“Anak ialah amanah Allah SWT kepada ibu bapa. Hatinya yang suci ibarat permata mahal yang siap sedia untuk dibentuk dan diukir.“Jika dididik dan dibiasakan untuk melakukan kebaikan, maka dia akan mahir dalam bidang ini dan berbahagia di dunia dan di akhirat. Ibu bapa dan gurunya juga akan mendapat bahagian dalam kebaikan tersebut.

“Namun jika dia dibiasakan untuk melakukan keburukan, maka dia akan merana dan c3laka. Dosanya akan dibebankan kepada ibu bapa dan walinya.“Jika seorang ayah selalu menjaga anaknya daripada api dunia, maka menjaga mereka daripada api akhirat lebih perlu dipentingkan.”- Imam Ibn al-‘Arabi al-Maliki,” tulisnya.

Terdahulu, Saharul mendirikan rumah tangga bersama Deena Emir pada tanggal 16 September 2016.Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, 3 dan Fateema Azzahra yang baru berusia 9 bulan.Foto: Instagram Saharul Ridzwan

Siap Suruh Rekod Video Review. Isteri Saharul Ridzwan Dedahkan Punca Dia Menangis Sampai Meraih Perhatian Warganet

Saharul menghadiahkan isterinya sebuah kereta sebagai tanda penghargaan.SEMPENA ulang tahun keempat perkahwinan, pelakon Saharul Ridzwan membuat kejutan dengan menghadiahkan isterinya Deena Emir sebuah kereta jenis Honda Jazz.Deena atau nama sebenarnya Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, 32, berkongsi perkara itu di Instagramnya dengan meluahkan perasaan terkejut dan terharu dengan pemberian itu.”Kejutan daripada suami! MasyaAllah. Terkejut betul tadi sebab ulang tahun perkahwinan kami pada 16 September tapi dapat hadiah hari ini.

“Dia suruh siap-siap tadi sebab nak rekod video review. Habis comot muka Deena, maskara meleleh sebab menangis.”Allahuakbar sayang, terima kasih untuk cinta dan usaha, doa saya sentiasa untuk awak” tulisnya.Deena berkongsi perkara itu di IG miliknya pada Selasa.Sementara itu, Saharul pula menerusi Instagram mengucapkan syukur dikurniakan seorang isteri yang dianggap pembawa rezeki untuk keluarganya.Saharul, 32, turut menasihatkan kaum lelaki agar memperbaiki hubungan suami isteri jika mahu rezeki yang melimpah ruah dan diberkati.

“Jika terasa smpit, usah risau. Perbaiki hubungan dengan isteri dahulu. Periksa mana yang terkurang, gembirakan hatinya, Insya-Allah awak akan lihat rezeki datang dalam bermacam bentuk rupa.”Belanja atas isteri dan keluarga sedekah paling besar nilainya. Nafkah wajib. Apa yang kita suka untuk diri, itu juga yang kita kongsikan dengan isteri,” ujarnya.Saharul dan Deena Emir mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016.Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, 3, dan Fateema Azzahra yang kini berusia dua bulan.-mstar

Dilabel Suka Menunjuk Sebab Doa Di Laman Sosial. Saharul Ridzwan Bongkar Ada Sesuatu Berlaku Terhadap Doanya Yang Satu Ini

Pelakon Saharul Ridzwan akui dia sering menulis doa yang hendak Allah makbulkan di dalam kapsyen di media sosial seperti Instagram. Saharul berkata dia ada pendapat tersendiri mengapa ‘berdoa’ di media sosial meskipun ada yang menganggap doa itu hanya antara hamba dan Allah. “Selalu jugak saya post doa dan impian-impian saya di Instagram. Nak beli rumah, nak ada anak perempuan, nak selesaikan semua hutang dengan orang. “Dan syukur Alhamdulillah, apa yang saya doa dan impikan datang dan sampai pada waktunya dengan izin Allah. Syukur Alhamdulillah.  “Ada yang cakap, kalau nak doa bukan di media sosial, tapi doa tu antara kita sebagai hamba dengan Allah. 

“Betul. Saya setuju. Tapi lepas banyak kali fikir, ada kebaikkannya jika saya sampaikan doa dan impian di media sosial. Kenapa? “Sebab saya juga percaya bila ada orang yang baca apa yang kita impikan, dan dia jugak mendoakan kita, yang lebih alim dan baik dari kita. “Insya-Allah, menjadi salah satu asbab termakbulnya doa itu. Terima kasih. Terima kasih atas doa anda semua,” katanya.

Saharul berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri yang sama, Saharul turut berkongsi satu lagi doanya buat perniagaan yang dibina bersama isterinya Qaabila. “Dan hari ni, hari yang baik, penghulu segala hari, Hari Jumaat yang penuh baraqah, ada impian yang saya ingin kongsikan dan perlukan doa juga dari korang semua.

“ Impian saya adalah untuk QAABILA, brand yang kami bangunkan untuk masa depan isteri dan anak-anak. “ Manalah tahu apa-apa jadi pada saya ke, sekurang-kurangnya ada mata pencarian buat anak anak dan isteri. “Saya harap, dengan izin Allah, tahun hadapan tahun 2021, QAABILA akan lebih kukuh, dan makin berkembang. Kita boleh tolong family kecil kita, family terdekat dan insya-Allah boleh tolong orang lain juga yang pastinya sama macam nak memperbaiki hidup untuk lebih baik,” katanya lagi.Saharul dan Qaabila Deena Emir Mohammed Akif Emir berkahwin pada 16 September 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali dan Fateema Azzahra .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *