Mendapat gelaran Datuk baru baru ini. Datuk Dira Abu Zahar bimbang untuk berkongsi pada warganet.

artis Dunia ISU SEMASA Uncategorized

Pelakon Datuk Dira Abu Zahar menganggap penganugerahan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk pada awal bulan lalu merupakan satu amanah besar yang harus dipikul sebaik-baiknya.

Meskipun pada awalnya bimbang untuk berkongsi berita gembira itu, Dira atau nama sebenar Khaidiriah Abu Zahar, 36, berkata dia percaya rezeki itu adalah tanggungjawab dan kurniaan dari Allah SWT.

“Lama fikir nak up (kongsi) ke tak sebab takut kena kecam dengan netizen… tapi bila fikir balik kita buat saja kerana itu semua gerak dari Allah SWT. Penghargaan ini datang bukan untuk suka-suka. Ia datang bersama dengan tanggungjawab dan amanah. InsyaAllah saya buat sehabis sedaya mungkin. Saya masih manusia biasa yang masih ada kurang dan lemahnya… hanya mampu ucap terima kasih, syukur!,” katanya menerusi Instagram.

Perkongsian Dira di laman Instagram.

Pada 1 November lalu, Dira merupakan antara 298 individu yang menerima darjah bintang dan pingat kebesaran pada sesi akhir Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-71 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.

Bagaimanapun, Dira tidak berkongsi sebarang info atau foto sepanjang majlis itu di laman sosial miliknya. Dalam pada itu, anak kepada bekas Ketua Menteri Melaka Kelapan, Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Haji Ithnin ini turut mengucapkan terima kasih atas sokongan semua pihak.

Dira terima darjah sempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-71 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.

“Terima kasih suami, mak, anak-anak, adik-beradik, dan keluarga serta sahabat-sahabat yang sentiasa mendoakan serta menyokong selama ni.

“Posting ni juga sebab nak ucap terima kasih pada tukang buat baju dan tukang make up kita hari tu… semua pun kalut tolong nak hiaskan kita sebab kalau ikut hati baju kurung cotton pun boleh je.

“Terima kasih Hatta Dolmat dan Jijie Zainal… kita semua Melaka power ler!” ujarnya. Dira yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO mula aktif dalam politik selepas memperlahankan aktivitinya dalam bidang seni sekitar 2015.

Menjadi Antara 298 Individu Yang Terima Darjah Bintang Dan Pingat Kebesaran. Dira Abu Zahar Dedahkan Dia Menjadi Salah Seorang Penerima Anugerah DPSM

Baru baru ini, PELAKON dan pengacara yang kini bergiat aktif dalam dunia politik, Dira Abu Zahar dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk.Dira atau nama sebenarnya Khaidiriah Abu Zahar, 36, merupakan antara 298 individu yang menerima darjah bintang dan pingat kebesaran pada sesi akhir Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka.

Acara tersebut bersempena sambutan ulang tahun ke-71, Yang Di Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam yang berlangsung di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka pada Ahad.Dira yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO mula aktif dalam politik selepas memperlahankan aktivitinya dalam bidang seni sekitar 2015.

Berhasrat menyambung legasi yang ditinggalkan bapanya yang juga merupakan bekas Ketua Menteri Melaka Kelapan, Datuk Seri Abu Zahar Haji Ithnin, Dira tekad untuk menabur bakti pada masyarakat dan berbakti pada negara.Dalam pada itu, laman Instagram Dira turut dibanjiri dengan ucapan tahniah dan doa yang dititipkan rakan-rakan dan para peminat yang tumpang berbangga dengan pencapaian yang diperolehinya.

Setahun berkenalan, Dira Abu Zahar selamat bergelar isteri ahli perniagaan

DENGAN sekali lafaz pelakon dan pengarah Dira Abu Zahar selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Syfik Izdzywan Sidek pada pagi Ahad.Dira atau nama nama sebenar Khaidhirah Abu Zahar, 36, melangsungkan pernikahan di Masjid Al Azim, Melaka kira-kira pukul 10.30 pagi.

Dalam majlis tersebut, Syfik, 46, menyerahkan tiga dulang hantaran berbalas lima dari pengantin perempuan.Dira menerima mas kahwin RM1,000 dan jumlah wang hantaran dirahsiakan.Empat tahun bergelar ibu tunggal, Dira akhirnya bergelar isteri semula.Pasangan ini berkenalan kira-kira setahun lalu sebelum mengambil keputusan mengakhiri hubungan mereka sebagai suami isteri.

Pada tahun 2011, Dira pernah berkahwin dengan pengarah Helmi Yusof dan berpisah pada tahun 2016. Pasangan ini tidak dikurniakan anak.Sebelum itu, Dira berkahwin dengan vokalis kumpulan Bau, Ash atau Tengku Shafriz- Rullah pada 2007 dan berpisah pada 2011.Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Tengku Anggun Deandra yang kini berusia 12 tahun.Dira juga mempunyai seorang anak angkat bernama Waris Iskandar Andiqa.

Ayah idola Dira, masih ingat pengalaman berkempen

PETALING JAYA: Pelakon Dira Abu Zahar menjadikan bapanya, Datuk Seri Abu Zahar Ithnin sebagai idola dalam hidupnya.Dira atau nama sebenarnya Khaidhirah Abu Zahar, 34, berkata dia ingin meneruskan perjuangan bapanya tidak kira dalam industri mana yang diceburinya.Menurut Dira, dia percaya bahawa setiap apa yang dilakukannya perlu ada niat dan tujuan yang baik.

“Impian saya adalah nak menjadi sehebat arwh ayah. Seorang yang dihormati dan dia sentiasa membantu anak bangsa dan memberi kepada negara dan tempatnya.”Tak kisah dalam industri apa yang saya diceburi dan tidak semestinya dalam politik. Kalau jadi pelakon pun, kena berkualiti.

Bapa Dira memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka pada 23 Mei 1997 sehingga 2 Disember 1999.“Paling penting, dalam apa sahaja yang saya buat, saya percaya kalau kita ada niat dan tujuan yang baik mampu untuk berjaya,” kata Dira kepada mStar Online.Dira antara selebriti yang dilihat sangat aktif dalam bidang politik dan dia juga turut serta dalam berkempen pada Pilihan Raya yang ke-14 (PRU 14) di Melaka.

Kehadirannya di dalam dunia politik itu bertujuan untuk meneruskan legasi bapanya yang dahulu merupakan ahli politik dari negeri Melaka.”Satu perkara tentang ayah, apa-apa pun niat dia nak tolong anak-anak bangsa. Benda itu membuatkan saya bersemnagat untuk teruskan legasinya.

“Pada masa yang sama, saya ingin berterima kasih kepada semua orang yang pernah bersama ayah dan kepada mereka yang percaya ayah untuk pimpin menjadi masyarakat yang lebih baik.Dira ingin meneruskan legasi bapanya.“Tak salah, saya dah kutip pengalaman merantau di Kuala Lumpur dan belajar banyak benda untuk berkongsi dengan mereka di kawasan kampung,” ujarnya.

Bekas Ketua Menteri Melaka yang kelapan itu pergi buat selamanya pada 11 Julai 2013 di kediamannya di Merlimau, akibat kncing manis dan komplikasi buah pinggang.Dalam pada itu, Dira yang juga exco Puteri Umno, berkongsi detik awal mengikuti bapanya berkempen sebagai wakil rakyat.Kata Dira, bapanya merupakan guru sekolah dan mula menceburi dunia politik pada tahun 1986 di mana ketika itu usianya baru dua tahun.

Dira turut aktif berkempen untuk PRU 14.“Ayah mula berkempen pada 1986, ketika itu saya baru dua tahun. Proses dia berkempen untuk jadi wakil rakyat.”Ketika itu, saya tak tahu apa yang dia buat tapi bila dah masuk sekolah menengah baru saya faham tujuan sebenar ayah.”Setiap kali pulang ke rumah selepas habis majlis dia akan bercerita dengan ibu saya tentang apa yang berlaku.”Apa yang kita boleh lakukan untuk golongan anak muda dan bangsa. Masyarakat yang macam mana kita nak wujudkan. Itulah ayah,” katanya.

Dua Kali Jadi Ibu Tunggal Tidak Beri Dira Tekanan

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah Dira Abu Zahar berkata status ibu tunggal yang dilalui buat kali kedua langsung tidak memberikan tekanan atau kesulitan dalam kehidupannya kini.Malah, pelakon berusia 33 tahun ini mengakui, rutin seharian sama ada untuk urusan peribadi atau kerja berjalan lancar seperti sedia kala.

“Rasanya tiada apa nak ulas lanjut tentang perpisahan saya. Semua pun sudah tahu. Malah, kami pun berpisah secara baik, tidak bergaduh atau bermusuhan.”Saya masih kekal bersahabat baik dengan bekas suami (pengarah Helmi Yusof). Malah, hubungan saya dengan bekas suami pertama (Ash Bau) pun baik. Jadi kehidupan saya sekarang berjalan dengan lancar dan stabil.

“Saya okey saja sebab Anggun (anak) mempunyai dua bapa. Buat masa ini saya selesa dan senang dengan kehidupan solo ini dan hanya perlu fokus pada anak dan kerja,” katanya kepada mStar Online.Dira atau Khaidirah Abu Zahar berpisah dengan pengarah filem Bikers Kental (2013) selepas Aidilfitri tahun lalu difahamkan berpunca daripada masalah dalaman yang berpanjangan membabitkan penajaan filem tersebut.

Pasangan yang diijab kabulkan pada 11 November 2011 itu tidak dikurniakan anak.Dira bersara daripada dunia lakonan dan memberi tumpuan kepada kerja dibelakang tabir.Terdahulu, Dira pernah berkahwin dengan vokalis kumpulan Bau iaitu Ash atau Tengku Shafriz-Rullah Tengku Shahid pada 2007 sehingga 2010 dan memiliki seorang anak perempuan, Tengku Anggun Deandra Tengku Shafriz-Rullah yang kini berusia sembilan tahun.

Tambah Dira, kehidupannya kini juga lebih teratur kerana dapat memberikan tumpuan penuh membesarkan anaknya sejak mengumumkan persaraan daripada bidang lakonan, baru-baru ini.”Keputusan itu (berhenti berlakon) bukan disebabkan merajuk, kecewa atau bosan. Cuma ia adalah waktu yang sesuai dan tepat untuk mengembangkan potensi pada cabang lain iaitu pengarahan dan politik.

“Masa saya juga lebih terancang dan tidak perlu terkejar-kejar ke lokasi kerana komitmen lakonan. Sebagai pengarah, saya dapat buat persiapan rapi dan tidak perlu kelam-kabut dan begitu juga dunia politik yang baru saya ceburi ini.”Selebihnya waktu saya dapat ditumpukan untuk diri sendiri dan anak saja. Keadaan itu membahagiakan saya sekarang sebab hidup solo,” katanya yang memenangi Pengarah Terbaik (telefilem Redhaku Untukmu) di Anugerah Kaseh Tribute P. Ramlee 2017, awal bulan ini.

Katanya yang sudah mengarahkan kira-kira 10 telefilem, dia akan kembali ke kerusi pengarah selepas Hari Raya nanti menerusi telefilem Spagetti Kuah Kacang untuk Astro.Terbaru, filem terakhir lakonannya berjudul Kimchi Untuk Awak arahan Michael Ang akan ditayangkan pada 30 Mac ini.Ia turut dibintangi antaranya Aiman Hakim Redza, Janna Nick, Emma Maembong, Ku Hariz, Normah Damanhuri dan Sharifah Sakinah

Dira Abu Zahar Lebih Feminin Sejak Berkahwin

PETALING JAYA: Pelakon Dira Abu Zahar mengakui dirinya lebih feminin dan suka bergaya sejak mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama pengarah fotografi, Mohd. Helmi Mohd. Yusof, pada November tahun lalu.Dira atau nama sebenarnya Khaidhirah Abu Zahar, 28, yang sebelum ini lebih beimej ‘tomboy’ berkata perubahan itu mungkin berlaku atas faktor usia yang semakin matang, dan pada masa sama ingin tampil menarik buat suami tercinta.

“Sebenarnya saya pun tak sedar dengan perubahan ini pada mulanya. Rasanya apabila umur semakin meningkat, perubahan imej juga berlaku.”Kebetulan pula rambut saya semakin panjang, jadi saya dilihat lebih feminin. Ya, memang saya lebih ‘kewanitaan’ berbanding dahulu,” katanya.Tambah Dira, dia juga lebih senang memakai pakaian pilihan suaminya memandangkan Helmi seorang yang peka mengenai dengan fesyen-fesyen terkini.

“Bagaimanapun, suami tak adalah nak suruh saya berfesyen yang melampau. Kalau pemakaian saya tidak kena, dia akan beritahu.”Cuma apa yang paling ketara sekali, sekarang ini saya akan mengambil masa selama satu jam untuk bersolek sebelum keluar.”Sedangkan dahulu saya sedikit pun tak kisah muka ini perlu dirias atau tidak. Sampaikan anak saya, Anggun, pun tanya, ‘mama nak ke mana ni muka cantik-cantik?’,” selorohnya.

Anggun merupakan anak hasil perkahwinannya dengan bekas suami Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid yang berpisah pada 8 April 2010.Sementara itu, lakonan terbaru Dira dapat disaksikan menerusi filem Untuk Tiga Hari yang bakal ditayangkan pada 20 September ini.Selain Dira, antara barisan pelakon lain ialah Vanidah Imran, Rashidi Ishak, Zizan Nin, Zizan Razak, Afdlin Shauki dan Ainul Aishah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *