Kandungan Zahirah Macwilson cecah 32 minggu. Zahirah gembira apabila dapat tahu satu benda ini.

artis Kehidupan Keluarga Uncategorized

Mendedahkan berat badannya kini naik 10 kilogram (kg), pelakon jelita Zahirah Macwilson akui gembira dengan perkhabaran itu. Menurutnya, beliau kini sedang berbahagia di Perth, Australia sambil ditemani suaminya, Aiman Hakim ketika sedang sarat hamil anak sulung mereka yang telah memasuki usia 32 minggu. Perkara itu dikongsi sendiri oleh Zahirah menerusi sebuah posting di laman Instagram miliknya.

“32 yang penuh sabar, kegembiraan bertambah 10kg dan membekalkan kasih sayang yang tidak berkesudahan kepada si kecil,” Dalam entri itu, Zahirah tampil memuat naik fotonya berdua-duaan bersama Aiman di tepi pantai.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya menzahirkan kata-kata positif buat pasangan itu. Bahkan, selain menitip doa agar proses kehamilannya berjalan lancar, ramai juga seakan tidak sabar menanti kelahiran zuriat sulung mereka.

Terdahulu, Zahirah dan suami telah berangkat ke Australia untuk bersama keluarga dan akan menjalani proses bersalin di negara tersebut pada bulan lalu.

Untuk rekod, pasangan ini telah sah menjadi suami isteri pada 20 Februari 2020 dalam sebuah majlis yang diadakan di Petaling Jaya.

Sumber: Gempak

Selepas Tular Gambar Pasangan Ini Ke Perth. Kini Warganet Mempertikaikan Soal Keselamatan Mereka Ke Negara Orang Dan Ini Penjelasan Zahirah MacWilson Sendiri Dan Minta Agar Peminatnya Tidak Risau.

Keputusan pelakon terkenal Zahirah MacWilson ingin menyambut kelahiran anak sulungnya di Perth, Australia mengundang kerisauan warganet dengan kes Covid-19 di sana. Pemilik nama Nur Zahirah MacWilson Zainol ini juga memberitahu biarpun tiada lagi prosedur operasi standard (SOP) namun pihak kerajaan di sana tetap mengambil serius soal keselamatan.

Zahirah berkongsi perkara itu di laman Instastory miliknya. “Untuk yang tertanya mengenai kes di Perth… dah enam bulan tak ada kes tempatan. Sebelum ini pun kes sangat rendah. Sekarang mereka tidak ada SOP dimana kena pakai mask atau kena social distancing. “Mereka mengambil tindakan yang serius dalam hal keselamatan dan itu sebabnya mereka dapat mengatasi keadaan selama ini,” kata Zahirah.

Pada Jumaat, Zahirah berkongsi foto dia dan suaminya yang juga pelakon Aiman Hakim Redza dalam perjalanan pulang ke kampung halaman aktres tersebut. Ibu kepada Zahirah iaitu Maslinda Yusoff meluahkan rasa syukur apabila anak dan menantunya dapat pulang ke Perth biarpun perlu melalui dugaan berikutan pandemik Covid-19.

Kami kini menjalani kuarantin untuk 14 hari seterusnya walaupun dua-dua dah keputusan negatif untuk Covid-19.

Maslinda menerusi laman Instagram miliknya pada Jumaat memberitahu pasangan itu akan menjalani kuarantin selama dua minggu terlebih dahulu sebelum pulang ke rumahnya. Dalam pada itu, Zahirah menegaskan barat Australia juga telah menutup sempadan sehingga April 2021 namun hanya membenarkan kemasukan dengan syarat tertentu seperti warganegara dan kecemasan.

Zahirah turut mengakui bukan mudah melalui proses bagi mendapatkan kebenaran dari kerajaan Malaysia dan Australia. “WA (Western Australia) tutup sempadan mereka dan akan sentiasa tutup sehingga April 2021. Kecuali anda memegang visa PR, warganegara, kecemasan, perniagaan atau ada alasan kukuh baru boleh masuk.

“Itu pun sudah tentu kena minta kebenaran dari kerajaan Malaysia dan Australia terlebih dahulu. Ia bukan sesuatu yang mudah tapi Alhamdulillah Allah dah susun semuanya. “Kami kini menjalani kuarantin untuk 14 hari seterusnya walaupun dua-dua dah keputusan negatif untuk Covid-19. Apa-apa pun… semoga Allah sentiasa lindungi kita semua,” ujarnya. Kandungan pelakon filem Bulan dan Pria Terhebat itu kini sudah mencecah tujuh bulan dan dijangka bersalin pada Disember depan. Zahirah mendirikan rumah tangga dengan Aiman atau nama sebenarnya Aiman Hakim Ridza Abdoh, 31, pada 8 Jun tahun lalu.- MSTAR

Jumpa lagi 3 bulan. Terkedu gambar yang dimuatnaik Zahirah MacWilson di dalam pesawat menjadi bualan hangat warganet. Ternyata ini sebab pasangan itu pulang ke Australia.

Bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi, pasangan pelakon Zahirah MacWilson Aiman Hakim Ridza dilihat tidak sabar menanti kehadiran zuriat mereka. Pasangan yang sangat romantis ini juga tidak lokek berkongsi aktiviti harian mereka di media sosial masing-masing sehingga mendapat pujian peminat.

Jumpa lagi 3 bulan. Menerusi posting di InstaStory pasangan ini pada pagi tadi, mereka telah memuat naik gambar berada di dalam pesawat dengan mengucapkan selamat jalan kepada semua. Mereka mengucapkan selamat tinggal Malaysia dan akan kembali tahun hadapan bersama cahaya mata sulung. Difahamkan, Zahirah yang dijangkakan akan bersalin dua bulan lagi mungkin pulang ke kediaman ibunya di Perth, Australia bagi menyambut kelahiran bayi di sana.

Pulang ke Perth sebelum bersalin

Hal ini susulan posting daripada ibu kepada Zahirah iaitu Maslinda Yusoff yang mendoakan perjalanan anak serta menantunya dipermudahkan dan tidak sabar bertemu mereka dalam masa dua minggu dari sekarang iaitu selepas tempoh kuarantin diri tamat. Terdahulu, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 20 Februari lalu dalam sebuah majlis di Petaling Jaya selepas lapan bulan mengikat tali pertunangan.

Sumber: Zahirah Mcwilson, Aiman Hakim, Maslinda Yusoff

Zahirah Macwilson baru maklumkan kandungan sudah cecah 6 bulan. Ternyata reaksi Aiman Hakim raih perhatian warganet bila dia dimaklumkan bakal menimang cahaya mata sulungnya

Siapa tidak kenal dengan selebriti terkenal Malaysia iaitu Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Redza yang sama cantik dan sepadan ini, kan? Selepas menjalinkan hubungan cinta selama beberapa tahun, akhirnya mereka telah mendirikan rumah tangga pada pertengahan Februari lalu. Baru-baru ini, pelakon drama ‘Duda Pujaan Dara’ itu telah mengumumkan khabar gembira dengan peminatnya. Aiman Hakim terkejut & sebak lepas tengok pregnancy test…Zahirah hargai ucapan daripada peminat

Menerusi paparan video di Instagram, Zahirah Macwilson sempat merakamkan detik tatkala memberitahu Aiman Hakim bahawa dirinya sedang hamil. Seperti tidak menyangka bakal bergelar seorang bapa, pelakon lelaki berkenaan terkejut dan sebak sebaik sahaja melihat pregnancy test di tangannya. Dalam pada itu, akstres ini turut menghargai ucapan para peminat yang sentiasa mendoakannya. Dia juga tidak ketinggalan memberikan sokongan kepada wanita lain yang belum dikurniakan rezeki anak.

So sweet betul la Zahirah dengan Aiman Hakim ni…moga urusan ibu & baby dipermudahkan

Ruangan komen bukan sahaja dibnjiri dengan pelbagai ucapan, malahan rata-rata peminat turut mendoakan agar urusan Zahirah Macwilson dipermudahkan sepanjang kehamilan tersebut. Selain itu, mereka turut menyatakan bahawa ingin merasai pengalaman yang sama kerana belum pernah menimang cahaya mata lagi. Secara keseluruhan, video sweet itu berjaya meraih hampir 2 juta jumlah tontonan setakat ini. Sumber: Instagram zahirahmacwilson

Tak Sabar Nak Jumpa. Lama Menyepi Mengejutkan Bila Tiba Tiba Zahirah Macwilson Dedahkan Berita Gembira. Rupa Rupanya Dalam Diam Dah 6 Bulan Mengandung Ank Sulung.

Pelakon cantik,  Zahirah Macwilson mengesahkan dia sedang hamil anak sulung hasil perkahwinannya dengan Aiman Hakim Ridza. Zahirah mengumumkan berita gembira itu menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya.

Menerusi posting tersebut Zahirah memuat naik gambar keadaan bayi menerusi imbasan ultrasound. “6 bulan membesar anak kecil kami. “Ibu dan ayah tak sabar nak jumpa kamu,” katanya. Di ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada Zahirah dan suami serta tidak sabar mahu menantikan kelahiran cahaya mata pertama mereka.

Selain peminat, rakan artis juga tidak ketinggalan memberi kata-kata positif dan antara yang kelihatan termasuklah Eyra Hazali, Lisa Surihani, Elfira Loy, Aeril Zafrel dan ramai lagi. Anda boleh lihat posting penuh Zahirah di bawah.

Zahirah MacWilson & Aiman bersatu malam Jumaat

PERSOALAN yang berlegar-legar dalam kalangan ramai pihak akhirnya terjawab apabila pasangan pelakon, Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza bakal menamatkan zaman bujang mereka dalam majlis pernikahan secara tertutup di Petaling Jaya, malam ini.

Biarpun memuatnaik foto pra-perkahwinan lengkap dengan tanda pagar gabungan nama mereka serta tarikh 20 Februari, pasangan terbabit sebelum ini bertindak mengunci mulut apabila merahsiakan pemilihan tarikh cantik ini sebagai hari penyatuan mereka kerana mahu menjadikannya sebagai kejutan buat semua pihak.

Zahirah, 25, dan Aiman, 31, mula berkenalan sejak empat tahun lalu dan mula rapat pada November 2018. Percintaan yang mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak ini akhirnya dimeterai dengan ikatan pertunangan pada Jun tahun lalu di Australia.

Mereka sudah bersiap sedia dan cukup mengenali hati budi masing-masing sebelum melangkah ke alam perkahwinan Zahirah sebelum ini mengakui perkahwinan ini adalah satu fasa baru dalam hidupnya. “Ia adalah satu detik yang besar buat kehidupan saya,” katanya yang bersyukur hasratnya untuk berkahwin pada usia sekarang direstui kedua ibubapanya.

Manakala bagi Aiman pula, kehadiran Zahirah dalam hidupnya umpama satu anugerah besar yang sentiasa dinantikannya. “Ketika bertemu dengan dia, saya sudah mula rasa sesuatu yang berbeza. Terdetik dalam hati saya, ‘dia adalah orangnya’,” katanya mengakui Zahirah adalah wanita yang bakal melengkapi kehidupannya. Walaupun bergelar isteri selepas ini, ia tidak menghalang Zahirah meneruskan cita-citanya dalam bidang seni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *