Ulas ringkas kenyataan seorang ahli Parlimen. Datuk Dr Zulkifli tampil beri ulasan di laman FBnya untuk renungan bersama

berita

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, terpanggil untuk mengulas ringkas kenyataan seorang Ahli Parlimen yang menyatakan Ketua Pengarah (KP) Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, sebagai ‘takut hembuskan nafas terakhir’.Zulkifli menerusi sebuah hantaran di laman sosial rasmi Facebook (FB)nya berkata tujuan beliau memberikan pandangan adalah untuk menjadi renungan bersama.Beliau turut berharap Ahli Parlimen GPS-Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing tidak bermaksud untuk berkata demikian ketika perbahasan dalam sesi yang berlangsung semalam (Rabu).

“Saya amat berharap, itu bukan maksud sebenar beliau. Mungkin ada penjelasan lanjut daripada beliau. Pun begitu, pandangan saya ini adalah untuk renungan bersama.“KP Kesihatan sudah buat yang terbaik, sesuai dengan posisi beliau. Jawapan beliau terhadap kenyataan tersebut dalam sesi sidang media petang tadi pun sudah padat dan memadai.“Saya cuma ingin menambah beberapa noktah penting, sebagai kefahaman semua yang membaca dan mengikut isu ini.“KP Kesihatan adalah antara individu terpenting dalam usaha memerangi pandemik COVID-19.

Saya yakin, kita semua bersetuju bahawa beliau perlu kekal sihat, bersemangat dan terus berjuang bersama-sama semua barisan hadapan demi maslahah negara,” tulisnya.Tambah Zulkifli lagi, isu ‘takut mati’ seharusnya tidak timbul kerana negara tidak akan berundur dari berjuang untuk keselamatan dan keamanan.Beliau turut mengaitkan kisah sahabat Rasullullah SAW, Abu Ayyub al-Ansari bersama tentera muslim ketika berdepan dengan tentera Rom yang amat ramai dalam peprangan.

“Kisah ini sentiasa tersemat di hati saya dan menjadi pegangan hidup saya. Sekali kita berjuang, menegakkan prinsip dan kebenaran, apatah lagi perjuangan untuk keselamatan dan keamanan negara, kita tidak akan berundur!“Saya percaya, itulah semangat KP Kesihatan, jua seluruh barisan hadapan. Tak ada apa-apa yang boleh mengganggu fokus kita dalam usaha ini. Justeru, tidak timbul isu ‘takut mati’,” tulisnya.

Persoalan Isu Solat Jemaah Berjarak Dan Tak Rapatkan Saf Ketika Pndemik. Ini Jawapan Dr Zulkifli Bagi Menjawab Segala Persoalan Yang Menjadi Bualan Orang Ramai

Ekoran persoalan yang timbul di media massa berkaitan penjarakkan fizikal ketika melakukan solat jemaah,Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sekali lagi tampil memberikan penjelasan beliau. Katanya,keadaan kini adalah situasi baru di mana ia menyebabkan para ulama sedunia berijtihad untuk keluarkan fatwa berhubung keadaan ini

“Suka saya nyatakan masalah ini masalah baru. Masalah COVID-19 ini muncul pada akhir tahun lepas. Ia menyebabkan para ulama semasa telah berijtihad dan mengeluarkan fatwa.“Hukum berkisar pada illah (sebab), masa ada (penyebab) hukumnya lain. Masa tiada hukumnya lain,” katanya.

Jelasnya, beberapa majlis fatwa antarabangsa membolehkan penjarakkan tersebut dilakukan ketika solat jemaah susulan kerisauan merebaknya wabak.“Dek kerana COVID-19 yang cukup mudah dijangkiti apabila SOP dilaksanakan, maka di sini saya nukilkan fatwa terkemuka dunia oleh badan berautoriti dunia. Antaranya Majlis Fatwa Mesir yang menyatakan tiada halangan terhadap penjarakkan fizikal yang berlaku antara mereka ketika melaksanakan solat berjemaah.

“Antaranya Majlis Fatwa UAE, tiada masalah dalam suasana timbulnya rasa takut dari merebaknya wabak, maka dibolehkan mereka yang solat berjemaah untuk melakukan penjarakan di dalam saf dengan mengikut apa yang disarankan oleh badan kesihatan berautoriti.“Fatwa Lajnah Daimah Arab Saudi juga memberikan pandangan yang sama,” tambah beliau.

Tegasnya, fatwa itu bukanlah hasil pendapat peribadi, namun telah dipertimbangkan dari neraca syarak bagi melindungi nyawa.“Kita telah bincangkan dalam muzakarah fatwa kebangsaan beberapa kali isu ini. Dan inilah yang kita lakukannya.“Hal ini bukanlah satu pendapat peribadi oleh perseorangan, tetapi telah dilihat dari neraca syarak dengan maslahah dan maqasid yang perlu dijaga dari segi hifzun nafs untuk memelihara agama.

“Saya berdoa semoga negara kita Allah selamatkan dan bebaskan dari pandemik COVID-19 ini dan ia segera berlalu pergi serta kestabilan negara dan perpaduan rakyat terus utuh di bawah lembayung rahmat Ilahi dan naugnan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” katanya.Sumber: Bernama TV

Persoalan Berkaitan Letak Tangan Di Dada Gantikan Berjabat Tangan Di Norma Baharu Ikut Agama Lain. Ini Jawapan Dr Zulkifli Susulan Soalan Tersebut Meraih Perhatian Ramai

“Tuan, nak tanya bukankah letak tangan di dada sebagai tanda beri salam itu sama seperti menirv cara kaum yahvdi?”Persoalan ini sering diketengahkan oleh masyarakat tentang SOP norma baharu yang dijalankan di negara kita bagi mengelakkan daripada jangkitan wabak Covid-19. Seperti yang kita tahu, letak tangan di dada sebagai tanda hormat menggantikan bersalaman yang menyebabkan sentuhan secara fizikal.

Jadi, Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulfikli Al Bakri menjawab persoalan tersebut menerusi laman Twitternya. Jadi, ini jawapan yang jelas daripada beliau.Ia adalah persoalan mushabahah (persamaan), bukan tasyabbuh (penyerupaan). Bukan semua perkara yang kita lakukan dan dalam masa yang sama ia juga dilakukan oleh ahli agama lain maka ia menjadi haram. Sheikh Bin Bayyah ada ulas panjang lebar.

Nabi SAW pernah pakai sandal bulu sebagaimana rahib. Rujuk Radd al-Muhtar ‘ala al-Durr al-Mukhtar, 1/622.Saya mohon maaf, tetapi saya tidak bertemu apa-apa rujukan yang menyatakan meletakkan tangan di dada menyerupai Yahdi. Apa yang hampir adalah perbuatan menepuk dada (chest thumping) pada hari perayaan Yom Kippur. Pun begitu, ia berbeza dengan perbuatan meletakkan tangan di dada.

Jadi, selepas mendengar dan meneliti tentang penjelasan ini, kita sebagai umat Islam tidak perlulah khuathir dan was-was. Paling penting adalah sama-sama kita menjaga kesihatan dan memutuskan rantaian Covid-19 yang melanda dunia ini.

Jumlah Jemputan Bagi Majlis Akad Nikah Sudah Ditentukan. Datuk Dr Zulkifli Dedahkan Jumlah Orang Yang Dibenarkan Bagi Majlis Akad Nikah Dan Harap Maklum

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri memaklumkan bahawa jumlah jemputan majlis akad nikah tidak boleh melebihi 30 orang dengan mengambil kira penjarakan 1 meter dan tertakluk pada keluasan premis yang ditetapkan.Menurutnya, keputusan itu dibuat susulan sudah menjadi kelaziman orang ramai yang merancang perkahwinan pada hujung tahun ini.

“Jadi dalam majlis akad nikah, jumlah jemputan adalah tidak melebihi 30 orang denagn mengambil kira penjarakan 1 meter dan tertakluk pada keluasan premis yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).“Dan premis tersebut merangkumi pejabat agama dan juga masjid-masjid yang terpilih. Yang mana, sama ada masjid itu masjid besar atau pun masjid kecil yang terpilih dan juga surau-surau seperti yang terpilih yang telah ditetapkan oleh JAWI.“Jurufoto adalah dibenarkan dan tidak termasuk dalam 30 orang jemputan tetapi hendaklah mematuhi SOP yang ditetapkan,” ujarnya.

Cara Dr Zulkifli Promosi Kan Saluran Utube Jadi Perhatian Warganet. Sampai Ada Yang Tegur Cara Dr Zulkifli. Mengejutkan Ini Respon Dari Dr Zulkifli Bila Dia Ditegur Macam Tu.

Siapa tak kenal dengan figura hebat Senator Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri yang dahulunya Mufti Wilayah Persekutuan dan kini memegang jawatan sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Keperibadiannya yang tenang dan berhikmah sentiasa dipandang tinggi oleh masyarakat.

Lebih-lebih lagi apabila beliau sangat aktif di media sosial sehingga membuatkan ramai belia yang tertarik untuk berinteraksi dengan beliau. Terbaru, beliau telah menjadi tumpuan warganet selepas memberi respon kepada salah seorang pengikutnya di laman Twitter.

“Bukan macam tu Datuk..” Awalnya @SyedMuzzammil_ mula ‘menegur’ dengan nada bergurau ketika beliau memuat naik video mempromosi saluran YouTube miliknya. Kemudian Dr. Zulkifli membalas tweet tersebut dengan menjawab, “Malu nak cakap macam tu. Hehe.” Perbualan antara mereka berdua ini sudah semestinya mencuit hati warganet. Ada juga nak tinggalkan komen gurauan untuk Dr. Zulkifli.Sporting kan menteri kita. Haa siapa belum subscribe You Tube Dr. Zulkifli boleh subscribe sekarang. Min tengok memang banyak video-video yang bermanfaat kita boleh tengok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *