Tak sedarkan diri selama 62 hari. Sungguh menakjubkan bila remaja ini terus sedarkan diri lepas abangnya sebut satu makanan ini

Viral

Korang semua mesti ada makanan kegemaran yang ‘special’ di hati sehinggakan kalau makan di restoran pun mesti nak order makanan favorite tu.Lebih-lebih lagi kalau mak yang masakkan makanan kegemaran tu sudah pasti perut masing-masing terus ‘bergendang’ dan terus bersemangat nak melantak.

Itu sememangnya fakta bahawa makanan sememangnya boleh meningkatkan tahap kesihatan dan mood seseorang individu.Percaya atau tidak, seorang remaja dari Taiwan ini dikatakan telah ‘terjaga’ dari k0ma selepas sahaja mendengar nama makanan kegemarannya disebut.

What? Seriously?  Remaja lelaki yang berumur 18 tahun itu dilaporkan berada dalam keadaan tak sedarkan diri selama 62 hari. Namun dia tersedar selepas abangnya ada menyebut tentang makanan kegemarannya iaitu ‘chicken fillet’ atau isi ayam.

Menurut laporan Times Now News, remaja lelaki berkenaan telah terlibat dalam kejadian jalan raya sebelum ini. Dia mengalami luka teruk yang mengncam nyawanya dan juga beberapa pendarhan teruk di bahagian organ dalaman.Walaupun doktor di hospital berjaya menstabilkan kondisinya yang agak teruk itu, namun remaja itu berada dalam keadaan tak sedarkan diri selama lebih dua bulan.

Remaja yang dikenali sebagai Chiu telah dirawat di bahagian unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Awam Ton Yen di Hsinchu County.Menurut pengarah ICU, Hsieh Tsung-Hsin, Chiu dikatakan mengalami pelbagai luka termasuklah di bahagian limpa, buah pinggang kanan dan hati. Selain itu, remaja itu juga mengalami pendarhan teruk di bahagian perut.

Abang cakap nak makan makanan kegemarannya.Ahli keluarganya dikatakan sentiasa berada disisinya sepanjang dia tak sedarkan diri dan sentiasa berdoa mengharapkan keajaiban akan berlaku.‘Keajaiban’ itu termakbul apabila abangnya yang datang melawat pada hari itu telah bergurau dengan mengatakan,Adik, aku nak pergi makan ‘chicken fillet’ kegemaran kau.

Tersedar dari k0ma, detak nadi semakin melaju.Ibarat mantera ajaib, adiknya itu mula tersedar dari ‘lena’nya dan detak nadinya semakin melaju setelah mendengar nama makanan kegemarannya itu disebut.Chiu kemudiannya semakin pulih dari luka dari hari ke hari sehinggalah dia dibenarkan keluar daripada hospital.Baru-baru ini, dia telah kembali semula ke hospital itu bersama dengan sebiji kek sebagai tanda penghargaan dan terima kasihnya kepada semua staf di hospital itu yang telah menjaga dan merawatnya dengan baik.

Remaja Sedar selepas 9 Bulan Lepas Dengar Suara Bintang Bola Sepak, Francesco Totti

Korang ada tak idola yang korang minat sangat sampai teringin nak jumpa, semua benda pasal dia korang teruja.Sama la macam gadis ni, tapi ceritanya lain sikit.Remaja perempuan ni tak sedarkan diri selama sembilan bulan dan dikatakan mula beransur-ansur sedarkan diri selepas mendengar suara idolanya, Francesco Totti.

Macam magik okay, dengar suara idola then mula tersedar.Totti yang merupakan bekas bintang pasukan AS Roma, telah diminta oleh ibu bapa remaja tersebut untuk memberi kata-kata semangat kepada anaknya itu lapor Awani

Ilenia Matilli, 19 kemudian menyatakan hasratnya untuk berjumpa dengan bintang itu sejurus sedar daripada koma.Tercapai okay hajatnya!Totti kemudian meluangkan masanya untuk datang melawat Matilli di hospital.Terdahulu, Totti dikatakan mengirimkan kata-kata semangat supaya gadis itu tidak berputus asa dan terus bertahan melalui kiriman suara. Untungnyaaaaaa, prihatin betul Totti. Bukan senang tau boleh jumpa idol!

Tular Kisah Adik Beradik Yang Berpakat Nak Kenakan Ayah Mereka Ketika Menyambut Hari Jadinya. Tiba Tiba Lain Pula Yang Jadi Hingga Mengundang Sebak Orang Ramai.

Ayah diibaratkan seorang yang tegas dan garang dalam mendidik anak-anak mereka dengan cara tersendiri. Walaupun mereka tegas namun, jauh dari sudut hati mereka juga beremosi dan mudah tersentuh dengan apa saja yang dilakukan oleh anak-anak.

Sebuah video yang dikongsikan pengguna Twitter iaitu Muimisa sangat tersentuh ketika menyambut hari ulang tahun kelahiran ayahnya. Difahamkan, pada awalnya adik-beradik ini ingin ‘prvnk’ terlupa birthday ayah mereka tapi lain pula yang terjadi.

Tak sangka ayah menangis. Lebih meruntun hati, apabila air mata seorang ayah akhirnya gvgvr. Ayah yang disifatkan sebagai seorang yang ceria dan suka berjenaka itu tidak dapat menahan sebak apabila menerima kejutan daripada anak-anaknya. Sambil memotong kek, dia mengadu sebak apabila tiada seorang anak yang mengingati tarikh ulang tahun kelahirannya itu.

Buat prnk birthday abah. Video berdurasi 1:15 minit merakamkan keriangan mereka sekeluarga ketika menyambut hari ulang tahun kelahiran ayah. Situasi ini turut mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet yang menonton video tersebut. Warganet turut kongsikan kenangan mereka dibawah ni.

Sementara itu, warganet juga berkongsikan pengalaman dan kerinduan menyambut birthday ibu bapa mereka. Tidak dinafikan, rata-rata di antara mereka juga mengalirkan air mata setelah menonton video yang dikongsikan ini.Sumber: Muimisa

Selepas belanja ibu dan ayahnya beli barang barang dapur dia terus dapat benda lain sehingga mengejutkan dirinya. Memang tak sangka dapat macam itu.

Dalam rezeki kita, ada juga rezeki orang lain. Pasti anda pernah dengar ungkapan ini, yang membawa makna kita perlu sentiasa bersedekah dan membantu orang lain dengan menggunakan rezeki yang didapati. Baru-baru ini, seorang usahawan muda, Diana (@_dianasruddin) ada berkongsikan kisahnya yang mendapat keuntungan besar dalam peniagaan tudung selepas belanja ibu bapanya barang dapur di pasar raya. Kisah ini dikongsikan sendiri oleh Diana di laman Twitter.

Terang pemilik Diana Shawl ini, dia ada berkongsikan sedikit rezeki yang ada dengan belanja ibu bapanya barang dapur yang bernilai hampir RM600 pada 9 Oktober lepas. Namun siapa sangka, pada 10 Oktober, perniagaannya mendapat sambutan dan memberi pulangan untung sehingga 6 angka. Diana sedekah RM600, tapi diganti dengan untung 6 angka! Terkejut dengan apa yang terjadi, usahawan yang berumur 23 tahun ini menyatakan ini adalah pengajaran yang baik buat dirinya. “Jangan pernah berkira dengan orang sebab rezeki Allah itu luas”

Ciapan yang mendapat hampir 12,000 perkongsian ini mendapat perhatian warganet, yang turut berkongsikan kisah mereka dalam bersedekah ini. “Patutlah asal nak beli je banyak halangan”. “Dapat offer kerja dengan gaji RM1600++”.

“Tadi baru je belanja opah makan”. “I dapat JPA punya program for my degree life”. Pengajaran buat kita semua, jangan pernah berkira untuk bersedekah terutamanya dengan keluarga sendiri. Ganjaranya pasti lebih besar daripada apa yang disedekahkan.Sumber: LobakMerah

Selepas sahaja beri makanan kepada kucing ini. Lelaki itu terus dapat sesuatu secara tiba tiba. Rupa rupanya ini yang dia dapat selepas berbuat baik kepada haiwan tersebut.

Pernah tak bila anda berada di kedai makan, tiba-tiba ada kucing yang datang?. Dengan keadaan yang kotor dan kurus meminta makanan dengan anda. Ada yang memberi makan dan ada juga yang menghadiahkan dengan perbuatan kasar. Realiti yang boleh dilihat pada hari ini. Setuju atau tidak?. Berkongsi rezeki dengan makhluk Allah ini bukan sahaja mendapat ganjaran pahala tetapi akan dibalas dalam pelbagai bentuk kebaikan, bukan sahaja material dan wang ringgit. Kadang-kala kita sendiri tidak sedar akan perkara tersebut.

Secebis kisah yang dikongsikan oleh Kedai Kucing Si Comel melalui pengalamannya sendiri diharap dapat membuka mata masyarakat di luar sana untuk berkasih sayang sesama haiwan. Jika anda tidak mendapat ganjarannya sekarang, yakinlah akan nilai pahalanya di akhirat kelak.

Saya memberi makan kepada 2 anak kucing yang kelaparan. Apa yang berlaku 2 jam selepas itu memang pellik. 3.45pm: Aku berhentikan kereta. Ternampak 2 ekor anak kucing lapar. Aku keluarkan makanan kucing dari bag, terus bagi mereka makan. Tak sampai hati. Jika Rasulullah nampak, baginda mesti sedih sebab baginda sayang pada kucing. Niat sebab Rasulullah. 6.00 pm: Aku beli kuih. Makcik jual kuih bagi free kuih plak. Aku tak kenal pon makcik tu. Bayar seringgit tapi dapat banyak. 6.30pm : Aku order nasi goreng kampung special campur udang dan sotong. Lama tunggu sebab ramai orang. Masa nak bayar, cashier cakap FREE. Aku blurr, apasal free? Cashieer cakap nasi ni tak perlu bayar.

Aku terangkat kening sebab hairan, orang lain kena bayar, apasal free?. Aku tak kenal pon tokey restoran ini. Mungkin ramai ingat aku reka cerita sebab lapar Likes. Aku tak paksa korang percaya. Lepas aku kira semula, sebenarnya makanan kucing tadi tak guna duit aku pon, sebab ada SESUATU dah GANTI dengan kuih free dan nasi pon free. Duit aku tak terjejas. Agak pelikk, dan agak seram juga. Apa pendapat korang? Tu laa gambar budak 2 ekor. Lepas dapat nasi free, aku terus tangkapp 1 keping gambar nasi dengan makanan kucing yang aku beli untuk budak-budak Meow tadi.

Sumber : SK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *