Sertai misi kemanusiaan musim sejuk di Syria. Yatt Hamzah minta semua warganet doakan agar perjalanan dan misi suaminya tercapai walaupun banyak cabaran yang harus dilalui

artis

Pelakon Yatt Hamzah memaklumkan suaminya, Mohammad Zulfadhli Khairuddin dipanggil untuk menyertai misi kemanusiaan musim sejuk di Syria.Menurut Yatt misi kali ini agak berisiko kerana ia dijalankan ketika pandemik Covid-19 sedang menggnas di seluruh dunia.“Suami saya dipanggil ke Syria lagi untuk misi kemanusiaan musim sejuk.

Misi November 2020 kali ini luar biasa sikit kerana ia dilaksanakan di tengah-tengah pandemik Covid-19 yang masih belum surut, dan terpaksa ambil masa yang panjang dari biasa,” katanya.Yatt berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.Menerusi entri yang sama, dia memuat naik foto suaminya bersama dua bagasi sebelum berangkat ke sana.Kata Yatt, meskipun ia agak membahayakan diri suaminya, namun dia merelakan demi membantu umat Islam yang memerlukan.

“Walaupun berdepan pelbagai risiko bahaya, namun kerja-kerja membantu ummah perlu diteruskan.“Dari awal PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang pertama bermula bulan Mac 2020 lagi, dia dan team @mapimofficial jarang sekali duduk rumah.“Pusing satu Malaysia sebagai frontliner untuk membantu rakyat yang dalam kesusahan akibat pandemik.“Sekarang tiba masa untuk membantu rakyat Syria pula yang memang sentiasa dekat di hatinya dan hati saya juga. Kasih kami terhadap saudara Islam di Syria dan Palestin memang luar biasa setelah banyak pengalaman berada di bumi para Anbiya itu,” katanya lagi.

Yatt turut meminta semua mendoakan agar perjalanan dan misi suaminya diselamatkan.“Sebelum itu, saya mohon sangat doakan suami Mohd Zulfadhli Khiruddin dan teamnya, selamat pergi dan pulang, dan pengrbanannya tinggalkan anak-anak dan isteri demi panggilan jihad ini diredai dan diberkatiNya,” pintanya.Terdahulu, Zulfadhli terpaksa menangguhkan pemergian ke Syria pada Januari lalu untuk berada di sisi Yat yang itu ketika melahirkan anak keempat mereka.

Sekadar info, Yatt mendirikan rumah tangga dengan juruvideo Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016.Dalam perkahwinan kedua Yatt itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata Suci Humaira Iqlima, Suci Hayfa Medina dan Suci Hawa Zulaikha.Sementara dalam perkahwinan pertamanya yang terdahulu, Yatt mempunyai seorang lagi anak iaitu Suci Hanania Malika.

Akui Tiada Rezeki Untuk Menimang Anak Kelima. Yatt Hamzah Dedahkan Emosinya Terkesan Selepas Kehilangan Kandungan Dan Perkembangan Dia Terkini

Pelakon dan usahawan, Yatt Hamzah mengakui emosi dirinya terganggu selepas mengalami kehilangan kandungan anak kelima pada 15 September lalu. Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah memberitahu bukan satu perkara mudah untuk menjalani proses berpantang tanpa kehadiran cahaya mata di sisi.“Alhamdulillah harini dah habis tempoh berpantang 2 minggu selepas kehilangan kandungan pd 15 September lalu. Ada appointment dg Dr Asmah Yun di Hospital Pusrawi. Wallahi bukan mudah berpantang tanpa bayi, emosi tak stabil.

“Sgt rapuh. Sebab itu perlu ada support dari keluarga terutama dari Suami. Terima kasih suami Syurgaku.. @zulfadhli_khiruddin. “Namun Alhamdulillah masih ada kakak2 baby. Hawa pun masih lg baby. Harini baru masuk 9 bulan. Happy 9 months old anak Bonda Suci Hawa Zulaikha,” tulisnya.

Meski berasa sedih dengan dugaan yang menimpa, Yatt tetap berasa syukur kerana masih dikurniakan 4 cahaya mata yang lain. “Alhamdulillah Bonda bersyukur walaupun tiada rezeki nak menimang anak kelima, Bonda masih ada 4 lg anak yg perlu diberikan perhatian utk dibesarkan dan dididik dg sempurna. In shaa Allah amanah Allah ini akan ttp jadi keutamaan.

“Semoga Allah terus beri kekuatan dan kesabaran buat Bonda dan semua ibu2 di luar sana yg tak pernah sunyi diduga dg pelbagai ujian. “Buat ibu2 yg pernah dan sedang mengalami kehilangan kandungan seperti Bonda, jangan bersedih. Percayalah inilah yg terbaik buat kita.

“Mungkin kehamilan itu akan membawa mudarat yg lebih buruk buat si ibu atau bayi itu sendiri. Sebab itulah Allah menjadikannya sebegini. Kerana Allah lebih tahu sedangkan kita manusia tiada daya upaya dan tak tahu. Terima kasih Allah. Alhamdulillah..,” jelas Yatt panjang lebar.

Sekadar informasi, Yatt pernah mendirikan rumah tangga bersama Abdul Mutalib Shukor pada 29 Mac 2009 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Suci Hanania Malaika. Bagaimanapun, rumah tangga mereka berakhir pada tahun 2015. Kemudian, Yatt mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Zulfadli dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.Foto: Instagram Yatt HamzahSumber: Media Hiburan

Ingat Sakit Perut Tapi Lain Yang Terjadi. Yatt Hamzah Luah Rasa Sedih Bila Dapat Tahu Dia Alami Kehilangan Kandungan Harap Semua Doakan Kesihatannya Kembali Pulih

Yatt berkongsi berita sedih apabila dia kehilangan kandungan. TIADA rezeki menimang cahaya mata kelima, pelakon Yatt Hamzah berkongsi berita sedih apabila mengalami kehilangan keluarga selepas keracunn makanan pada petang Selasa.Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah, 40, berkata, pada awalnya dia muntah-muntah dan cirit-birit selepas menikmati makan malam di sebuah restoran ikan bakr di Melaka, pada malam Isnin.

“Wahai anak bonda yang kelima… tiada rezeki bonda untuk mendakap dan besarkan kamu di dunia seperti kakak-kakak yang lain. Semoga ada rezeki berjumpa dan mendakapmu di akhirat nanti.“Sejak semalam bonda keracunan makanan hingga cirit-birit dan muntah selepas makan di restoran ikan bakar pada malam sebelumnya. Mulanya ingat sakit perut kerana keracunn sahaja, rupa-rupanya kamu nak pergi tinggalkan bonda, ” tulisnya di Instagram pada malam Selasa.

Yatt cirit-birit sehari sebelum disahkan kehilangan kandungan.Yatt berkata, dia berasa panik kerana ia merupakan pengalaman pertamanya mengalami kehilangan kandungan.Dia turut meminta peminat dan orang ramai mendoakan kesihatannya kembali pulih seperti biasa.“Pengalaman pertama (kehilangan kandungan) sebak tak terkata. Panik sekejap masa awal tadi. Semoga Allah bagi kekuatan” ujarnya.Yatt mendirikan rumah tangga dengan juruvideo, Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016.Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Suci Humaira Iqima, 4, Suci Hayfa Medina, 2 dan Suci Hawa Zulaikha yang kini berusia sembilan bulan.Yatt mempunyai seorang lagi anak, Suci Hanania Malika, 8, hasil perkahwinan sebelum ini dengan Abdul Mutalib Shukor.-mstar

Suami Yatt Hamzah tunda misi ke Syria demi anak

KUALA LUMPUR: Pelakon Yatt Hamzah, terharu apabila suaminya, Mohammad Zulfadhli Khairuddin sanggup menangguhkan pemergian ke Syria untuk berada di sisinya ketika melahirkan anak keempat.Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah, 39, yang selamat melahirkan bayi perempuan, Isnin lalu pada jam 6.01 petang, berkongsi berita gembira itu menerusi satu muat naik di Instagram, kelmarin.Dalam paparan itu, Yatt memaklumkan, bayi yang juga anak perempuan keempatnya itu lahir lewat 13 hari daripada tarikh jangkaan.“Bayi saya sepatutnya lahir pada 18 Disember lalu. Alhamdulillah, selepas 13 hari menunggu, saya selamat melahirkannya secara normal.

“Saya berterima kasih kepada suami kerana sanggup menangguhkan misi bantuan ke Syria demi menanti kelahiran bayi kami,” katanya.Yatt mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Zulfadhli yang juga seorang juruvideo pada Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Suci Humaira Iqlima, 3, serta Suci Hayfaa Medina, setahun.Menerusi perkahwinan pertamanya dengan Abdul Mutalib Shukor, Yatt dikurniakan seorang anak perempuan, Suci Hanania Malika, 9.-bh

Yatt Hamzah selamat bergelar isteri kepada Mohammad Zulfadhli

Yatt Hamzah selamat bergelar isteri kepada Mohammad Zulfadhli dengan sekali lafaz.PENGACARA Yatt Hamzah atau nama sebenarnya Haryati Hamzah, 36, selamat bergelar isteri kepada juruvideo, Mohammad Zulfadhli Khiruddin, 26, dengan sekali lafaz pada jam tepat 9.00 pagi di Masjid Negeri Shah Alam.Pernikahan kali kedua Yatt ini disempurnakan oleh Pendaftar Kanan Perkahwinan Cri dan Rujuk Pejabat Agama Daerah Petaling, Ustaz Muhamad Sujak Muhamad Dasuki.Zulfadhli menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada Yatt namun jumlah wang hantaran dirahsiakan.Pihak lelaki memberi sembilan dulang hantaran manakala pihak perempuan membalas 11 dulang hantaran.

Majlis pernikahan diadakan secara sederhana ini dihadiri kira-kira 100 orang ahli keluarga terdekat kedua belah pihak dan juga rakan-rakan kepada pasangan mempelai.“Alhamdullilah, syukur ke hadrat Allah kerana semuanya sudah selamat. Saya berharap semua peminat mendoakan kesejahteraan saya dan perkahwinan ini.“Terima kasih juga kepada keluarga saya dan keluarga mertua yang banyak membantu kami di hari bahagia ini. Harapan saya, semoga penyatuan dua hati ini sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah,” kata Yatt.Majlis resepsi pasangan ini akan diadakan di Shah Alam pada hari ini dalam suasana tertutup.

Sebelum ini, Yatt pernah mendirikan rumah tangga dengan Abdul Mutalib Shukor pada 2009 namun mereka bercerai pada Ogos tahun lalu. Mereka dikurniakan seorang anak, Suci Haninia Malika yang kini berusia enam tahun.Tahniah Astro Gempak ucapkan kepada Yatt dan suami! Semoga perkahwinan yang dibina kekal sehingga anak cucu.-awani

Yatt Hamzah Beri Nama Anak Suci Hawa Zulaikha, Ini Sebabnya…

Pelakon Yatt Hamzah memilih nama Suci Hawa Zulaikha buat cahaya mata keempatnya yang lahir minggu lalu.Yatt atau nama sebenarnya, Haryati Hamzah, 40, mengumumkan hal tersebut menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.”Sempena mengambil keberkatan sunah menamakan anak pada hari ketujuh, bonda dengan rendah hati berkongsi nama puteri keempat yang hari ini (semalam) telah genap lapan hari usianya, iaitu Suci Hawa Zulaikha Binti Mohammad Zulfadhli,” tulisnya.

Pada masa sama, Yatt turut berkongsi maksud di sebalik pemilihan nama yang diberikannya itu.”Nama yg baik bersempena dengan nama ibu kita semua iaitu Hawa, isteri Nabi Adam AS, juga nama wanita yg dikatakan isteri Nabi Yusof AS iaitu Zulaikha.”Suci pula membawa maksud kudus, bersih, harum dan baik jga bersamaan dg nama awal ketiga-tiga kakaknya.”Mudah-mudahan akhlak dan keperibadian anak bonda ini secantik dan seindah namanya. Semoga maksud namanya yg baik itu menjadi doa buatnya seumur hidup,” luahnya.Dalam perkongsian entri itu, Yatt turut memuat naik gambar terkini bayinya, namun masih belum mendedahkan wajah penuh anaknya.Terdahulu, Yatt selamat melahirkan cahaya mata keempatnya pada 30 Disember lepas.-gmpk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *