Sanggup rentas negeri semata untuk selamatkan bayi ini. Abby Abadi dedahkan punca dia selamatkan bayi tersebut sehinggakan pengikutnya memuji tindakan pasangan tersebut

artis

Kini mempunyai tiga orang anak angkat, sejak dua tahun lalu, pelakon Abby Abadi terkenal dengan misi kemanusiaannya dalam membantu menyelamatkan bayi dan menyerahkan kepada mereka yang mahu mengambil sebagai anak angkat.

Baru-baru ini, Abby berkongsikan kisah berita gembira apabila berjaya menyelamatkan seorang lagi bayi yang ingin di buang di Kota Bharu, Kelantan dan menyerahkan kepada keluarga angkatnya di Terengganu. “Alhamdullillah Syukur. Suami saya berjaya bawa kereta dari Kota Bharu 11.30 malam, sampai ke Kuala Terengganu pukul 1.30 pagi. Kuat betul kesayangan saya ni, saya mengantuk dah, tapi tidur-tidur ayam sahaja sebab pegang baby.

“Berjaya memberi kebahagiaan kepada sepasang lagi pasangan yang belum dikurniakan anak walaupun sudah 10 tahun mendirikan rumah tangga,” katanya.Abby turut memuat naik foto bersama pasangan berkenaan yang sudah berdepan tiga kali masalah kehilangan kandungan sepanjang proses kehamilan dan akhirnya dikurniakan rezeki zuriat meskipun anak angkat.

“Tiga kali kehilangan anak katanya tak ada rezeki. Terakhit, terasa sangat sebab dah enam bulan setengah. Tapi itulah, nak buat macam mana. Akhirnya Allah izinkan rezeki anak dengan jalan yang berbeza.“Saya nasihatkan usahalah untuk susukan. Ambillah suntikan atau makan ubat asal bayi dapat menyusu sekurang-kurangnya lima kali kenyang yea. Senang nanti bila besar,” ujarnya.

Diruangan komen, rata-rata warganet dan pengikutnya memuji tindakan Abby yang sanggup bersusah payah dalam membantu pasangan yang mengimpikan zuriat.Difahamkan, sehingga kini Abby sudah berjaya membantu lebih 30 pasangan untuk mendapatkan bayi angkat.

Saya Minta Maaf Kalau Ada Yang Pertikaikan Usaha Saya. Akhirnya Abby Abadi Buka Mulut Selepas Ada Pihak Yang Mengkritik Caranya Beri Bantuan Sehingga Dikaitkan Dengan Seseorang Ini.

Pelakon Abby Abadi menyatakan dia mempunyai cara tersendiri dalam urusan menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan. Menurut Abby, 43, ada segelintir yang membandingkan caranya dengan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew yang memilih untuk melakukan secara terang-terangan.

“Saya menolong Lillahi Taala. Saya minta maaf kalau ada yang pertikaikan usaha saya, kenapa takda gambar serahan, kenapa takda bukti, kenapa tak macam Ustaz Ebit, kenapa begitu, kenapa begini. “Masing-masing dengan cara tersendiri. Takda masalah pun terang-terangan atau tersembunyi. ALLAH Maha Tahu. “Tak perlu membezakan. Lagipun Ustaz Ebit bantuannya berskala besar. Saya kecil-kecilan ja,” tulisnya di Instagram (IG). Tambah Abby, bagi memuaskan hati sesetengah orang dia terpaksa meminta gambar bukti barang daripada individu yang menerima bantuan.

“Saya tag haritu IG mereka yang saya bantu, di cari salah juga. Pergi jenguk satu-satu, tak nampak susah makan sedap lagi la apa lah. “Ni tak tag, kata macam-macam juga. Buruklah perangai mencari-cari salah orang. “Dan meletakkan diri di di tempat mereka yang susah ni, saya sendiri malu nak minta bantuan sebenarnya tapi keadaan memaksa. “Dah minta, dapat, ada yang saya suruh dorang hantar tunjuk barang yang dibeli. Gambar anak-anak yang dikirim pun saya kesian. “Tak sampai hati nak tengok sebenarnya. Jadi saya tutup semua biar aib mereka terjaga.

“Kalau saya tolong sendiri pakai duit sendiri, memang saya diamkan ja tapi ni sebab ajak sahabat-sahabat saya di sini menyumbang juga, jadi saya bagitau apa yang perlu. “Duit terkumpul memang saya agih setiap hari. Saya memang usaha nak cepatkan proses sebab ramai yang putus bekalan terus terutamanya yang ada baby kecil, nak mereka bagi bukti macam mana baru boleh lulus bantuan?” tulis Abby.

Tiga tahun sudah menjaga anak tirinya untuk tinggal bersamanya. Abby Abadi sanggup buat perkongsian tentang telatah anak tirinya bagi menyesuaikan diri dengan Abby

Abby Abadi mendedahkan sudah lebih tiga tahun menjaga Edry yang merupakan anak tirinya untuk tinggal bersamanya. Menurut Abby,Edry seorang yang pemalu namun dia ada cuba untuk menyesuaikan diri supaya tidak berasa kekok.” Bersama Edry,Mama (Abby) yang peluk ni,kalau harap Edry peluk tunggu pokok tumbuh atas kepala dulu agaknya hehe.

“Tanya Edry, pernah peluk cium mommy dia tak? (Edry) angguk pun tidak geleng pun tidak. Jadi rasanya macam tak pernah la tu hehe.“Kepada yang bertanya lagi Edry ni siapa, ini kali terakhir saya jawab ya. Edry ni anak suami dengan bekas isteri sebelum dengan saya.“Dia tinggal dengan kami kurang lebih dah 3 hingga 4 tahun kalau tak silap,” katanya.

Abby berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.Menerusi entri tersebut dia berkongsi foto memeluk anak tirinya itu.Pinta Abby, jangan ada yang cuba bertanya lebih lanjut mengenai dia dan anak tiri kerana perlu menjaga hati pelbagai pihak.“Bagi yang lebih-lebih jangan tanya sangatlah, takut salah jawab. Banyak hati yang perlu dijaga. Ok? Faham? Hehe.. cukup ya. Usah ditanya-tanya lagi. Tanya lagi kita
block,” tegasnya.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji cara Abby melayan baik anak tirinya.Abby mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015. Pasangan itu dikurniakan bayi pra-matang tahun lalu, namun dia sudah pergi buat selamanya selepas 70 hari dilahirkan.Menerusi perkahwinan pertamanya bersama Norman Hakim, Abby mempunyai tiga cahaya mata, Mohamed Danish Hakim, 17, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisah Hakim, 11.Abby juga mempunyai tiga orang anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyadh dan Maisara Dayana Fathia yang masing-masing berusia 2 tahun serta Maira Darda Farisa yang baru berusia 6 bulan.

Walaupon Abby Abadi Pernah Mendirikan Rumah Tangga Bersama Suami Memey Suhaiza Namun Tiada Timbul Isu Perbalahan Antara Mereka. Kini Abby Abadi Dan Memey Dedahkan Sesuatu Kepada Orang Ramai.

Perkahwinan dan perpisahan itu merupakan fitrah dalam kehidupan manusia. Jodoh dan pertemuan itu bukanlah sesuatu yang mudah dijangka, namun, perpisahan tidak semestinya menjadi satu pengakhiran.  Sebaliknya, ia juga boleh dijadikan pemangkin buat dimensi baru dalam hubungan kekeluargaan. Itulah kehidupan bekeluarga.

Dalam Naura Shares episod 11 malam ini, dua pelakon terkenal, Abby Abadi dan Memey Suhaiza akan berkongsi mengenai titik tolak hubungan mereka mencari keharmonian dalam keluarga. Seperti diketahui umum, Abby sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama suami Memey, Norman Hakim.

Namun Abby dan Memey tidak mempunyai sebarang isu atau kebencian, masing-masing sudah mempunyai keluarga sendiri dan hanya membina persahabatan utuh antara dua keluarga. Nak tahu lebih mengenai perkongsian mereka? Jangan lupa saksikan Naura Shares malam ini!

Naura Shares yang kini memasuki musim ke-14 ditayangkan setiap Jumaat, jam 9.00 malam di NAURA (saluran 109). Dihoskan oleh Hana Ismail, Naura Shares musim ke-14 turut menampilkan tetamu jemputan lain seperti Datin Alyah, Ernie Zakrie, Naim Daniel dan ramai lagi.Menarik kan? jangan lupa LIKE dan SHARE page kami, Kucingasm Media.Sumber: Gempak

Abby Abadi bersyukur rumahtangga kekal harmoni. Akhirnya Abby Abadi tampil kongsikan tips keluarga bahagia. Rupa rupanya ini yang dia lakukan.

LIMA tahun mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faizal Zakaria, pelakon Abby Abadi bersyukur perkahwinan mereka kekal harmoni dan bahagia. Berkongsi tip menjaga hubungan perkahwinan, Abby atau nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan, 42, berkata dia dan suami sentiasa berpegang teguh pada ajaran agama.

“Ada juga pasang surutnya tapi saling menerima, saling melengkapi, bertolak ansur, bekerjasama dalam banyak perkara… itu antara yang membuatkan hubungan ini harmoni! “Sejujurnya memang dengan suami tersayang kurang berbalah sebab berpegang kuat pada tali Allah ya,” katanya.

Abby menjawab soalan seorang pengikut yang mahu mengetahui tip kebahagian rumah tangga di Instasory miliknya pada Khamis. Pelakon drama Gerak Khas ini berkahwin dengan Muhammad Faizal pada 14 Ogos 2015.

Pasangan ini dikurniakan seorang anak, Muhammmad Danial Firman yang dilahirkan secara pra-matang namun meninggal dunia selepas 70 hari dirawat di wad Unit Rawatan Rapi Neonatal, Hospital Sungai Buloh pada Disember tahun lalu.

“Saya anggap macam anak sendiri, jangan dibeza-bezakan dan saya pun tak pernah anggap mereka ini anak (angkat). “Ini anak-anak saya dunia dan akhirat!,” ujarnya. Pasangan ini memelihara tiga anak angkat sejak kecil iaitu Muhammad Daiyan Fayyad, Maisara Dayana Fathia dan Maira Darda Farisa. Menerusi perkahwinan terdahulu bersama Norman Hakim, Abby mempunyai tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 17, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisah Hakim, 11.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *