Sanggup ambil tawaran bekerja di sebuah hentian rehat dan rawat. Lelaki ini dedah cerita pengalamannya bekerja sewaktu syif malam dan muncul makhluk kain putih pada pukul 3 pagi

seram

Usai selesai peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Fikri menerima tawaran bekerja secara sambilan sebagai tukang cuci di sebuah hentian rehat dan rawat (R&R) sementara menanti keputusan itu keluar.Pada awalnya, Fikri dapat melunaskan semua tugasan diberikan dengan baik malah pekerjaan itu banyak mengajarnya untuk lebih berdikari dan menghargai kebersihan terutamanya di tempat awam.

Seperti petugas lain yang bekerja di R&R, Fikri juga tidak terlepas untuk bertugas pada waktu malam. Pada mulanya Fikri mengakui agaknya gusar namun akhirnya dia dapat membiasakan diri.Kejadian mistik katanya sudah menjadi ‘makanan’ setiap kali bekerja pada waktu malam namun mujur pihak pengurusan menetapkan dua pekerja untuk bertugas pada waktu malam.

Kisah seram di tandas R&R banyak diceritakan sebelum ini.“Kami yang bertugas memang sudah biasa menempuh perkara-perkara aneh dan mistik terutamanya ketika sedang mencuci tandas.”Kebiasaannya saya akan mencuci tandas lelaki manakala rakan saya pula membersihkan tandas wanita. Bukan sahaja kami tetapi pengguna yang singgah pada waktu malam pun ada yang diganggu,” ujarnya.

Tambahnya, bunyi air pancuran yang dibuka secara tiba-tiba atau bunyi pintu tandas tiba-tiba ditutup ketika sedang membersih tandas adalah situasi biasa yang dilaluinya.Mengikut jadual kerja dia dan rakannya akan membersihkan tandas beberapa kali pada waktu malam termasuklah selepas waktu tengah malam dan ia sebenarnya menambahkan rasa seram.

FIKRI

Sehinggalah pada suatu malam, dia mengalami satu peristiwa yang menakutkan. Ia berlaku ketika dia sedang leka membersihkan tandas sekitar pukul 3 pagi, dan ketika itulah kelibat menyeramkan muncul menggangunya.Menyedari ada perkara tidak kena, Fikri ketika itu sedang membuang air kecil di kubikel sebelum tengkuknya tiba-tiba terasa meremng.

“Masa saya tengah kencing tu, saya rasa seluar bahagian belakang saya basah seperti terkena air dan saya berpaling ke arah belakang.”Apabila saya pandang ke bahagian bawah, seperti ada seseorang yang sedang kencing tepat ke arah kaki seluar saya dan fikiran saya mungkin rakan sekerja yang ingin kenakan saya.

“Tetapi apabila saya mendongakkan kepala ke atas… tiada sesiapa tapi seluar saya basah! Saya terus lari keluar dari tandas itu,” ceritanya.Tindakan Fikri buang air kecil sambil berdiri pada pukul 3 pagi telah memberi pengalaman buruk kepadanya.

Kata Fikri, dalam keadaan cemas itu, dia seperti tergamam apatah lagi hendak menjerit meminta tolong memandangkan kawasan R&R itu sunyi selain tidak melihat kelibat rakan sekerjanya.Tidak mahu terbawa-bawa dengan situasi itu, Fikri memberanikan diri untuk mengintai ke dalam tandas tidak berpintu itu dan dia terkejut apabila melihat imej menyeramkan ditempat dia buang air kecil sebelum ini.

“Ketika itu saya nampak bahagian belakangnya… Ia seperti sedar kehadiran saya dan memalingkan mukanya ke arah saya. Memang menyeramkan.”Saya masih ingat, rambutnya panjang, berkain putih seperti kain kapan dengan kesan kotoran tanah membaluti badannya. Apabila dia palingkan sahaja muka, saya memang terus cabut lari mencari rakan saya,” katanya.

Kejadian itu tinggalkan kesan cukup mendalam kepada diri Fikri. Akibatnya dia mengalami demam selama enam hari berturut-turut.Fikri memberitahu dia mengambil keputusan berhenti kerja selepas berasa travma dengan apa yang berlaku kepada dirinya.

Pesakit wad bersalin jadi takut muncul wanita bermain loceng atas katil ketika lampu ditutup

KETERUJAAN Khalisa Inara untuk menyambut kelahiran anak ketiga sepatutnya diabadikan dengan memori indah namun sebaliknya yang berlaku.Mengimbau kenangan tersebut, Khalisa memberitahu dia terpaksa dimasukkan ke sebuah hospital ketika kandungannya mencecah usia lapan bulan akibat berlaku pengeluaran cecair merah.

Meskipun sudah berpengalaman melahirkan dua cahaya mata namun pendarhan itu pertama kali dialaminya membuatkan dia dan suami mengambil keputusan untuk ke hospital.Bagai dijangka, Khalisa terpaksa ditahan di wad bagi memastikan kandungannya berada dalam keadaan baik namun tidak menyangka ada perkara lain yang membuatkan dirinya travma sehingga ke hari ini.

“Katil saya berhampiran kaunter jururawat dan ketika itu ada lapan katil. Saya ditempatkan di katil nombor tiga di sebelah kiri.Kelibat wanita di atas katil sambil membunyikan loceng menimbulkan tanda tanya. – Katil nombor satu ada ibu yang baru melahirkan cahaya matanya manakala katil sebelah kanan bernombor satu dan dua sedang menunggu waktu bersalin.

“Pada awalnya tiada apa yang pelik berlaku sehinggalah saya terlelap sebelum terjaga apabila jururawat datang untuk mengambil tekanan darah,” ceritanya.Wanita duduk bersila, bunyikan loceng.Khalisa memberitahu dalam keadaan mamai, dia memandang sekeliling sebelum ternampak seorang wanita duduk bersila sambil menundukkan wajahnya di katil nombor empat di sebelah kanan tempatnya.

Ceritanya, dia berasa pelik apabila wanita itu kerap membunyikan loceng dibawanya namun tidak mengesyaki sesuatu yang luar biasa.”Saya masih ingat, dia memakai baju berwarna putih dan seluar pendek hitam. Fikir saya dalam hati mungkin wanita itu baru dimasukkan ke wad ketika saya terlelap tadi.

Apabila mereka membuka cerita, ada berlainan versi… Ada yang ternampak kelibat wanita terbaring kejung. Ada pula melihat wanita itu berada dalam posisi duduk dan menggoyangkan kepala dengan laju.

“Ketika saya cuba lelapkan mata, saya terdengar wanita itu menangis… Sayup dan mendayu bunyinya. Semasa wanita itu menangis dia tetap membunyikan loceng.”Memang agak terganggu tetapi saya malas layan dan berharap jururawat akan menegur wanita itu,” jelasnya.Khalisa memberitahu, dia bagaimanapun yang mengharapkan agar dapat berehat tidak dapat berbuat demikian akibat tangisan wanita itu. Dia membuat keputusan bangun untuk minum air.

Pesakit menangis, jururawat rapatkan katil.Sambung Khalisa, dia sempat memandang ke arah katil wanita itu dan mendapati dia tetap dalam posisi sama seperti mana mula-mula melihatya sebelum ini.”Ketika saya cuba meneka apa sebenarnya yang berlaku terhadap wanita itu, tiba-tiba pesakit di katil nombor satu memanggil jururawat. Saya memandang ke arah jururawat yang berjalan ke arah kami sambil membuka lampu.

Ada pesakit yang melihat kelibat itu dalam keadaan terkujur di atas katil. “Apabila saya berpaling kembali ke arah katil wanita itu, saya lihat katil itu kosong,” ujarnya.Tanpa mengesyaki apa-apa, Khalisa bertanya kepada jururawat mengenai wanita berkenaan dan dia terkejut apabila diberitahu katil itu tiada pesakit.

“Saya terdiam seketika dan minta jururawat jangan tutup lampu. Pesakit katil sebelah kanan saya, tiba-tiba minta menukar katil, takut katanya.”Pesakit di sebelahnya juga sudah mula menangis dan minta dipindahkan ke tempat lain. Jururawat yang bertugas itu terdiam seperti memahami sesuatu,” katanya.Tanpa bertanya lanjut, Khalisa berkata, jururawat itu merapatkan katil mereka sebelum mengambil kerusi serta meja kecil dan diletakkan di tengah wad untuk memerhatikan pesakit dengan lebih dekat.

Malah Khalisa sangat terhutang budi dengan jururawat itu kerana sanggup menemami pesakit ke bilik air dan memastikan semua pesakit berasa selesa.Wad di hospital sering dikaitkan dengan kisah misteri.Rupa-rupanya semua ternampak kelibat di katil sama!Keesokan harinya kata Khalisa, kesemua pesakit di wad itu membuka mulut menceritakan apa yang telah mereka lihat pada malam sebelumnya.

Rupa-rupanya kesemua pesakit yang berada di wad itu sebenarnya ternampak kelibat di katil sama namun mendiamkan diri kerana berasa takut.”Apabila mereka membuka cerita, ada berlainan versi… Ada yang ternampak kelibat wanita terbaring. Ada pula melihat wanita itu berada dalam posisi duduk dan menggoyangkan kepala dengan laju.

“Manakala ada pula nampak wanita itu mengendong patung… tetapi satu perkara yang sama adalah mereka lihat wanita itu memegang loceng dan berasa terganggu dengan bunyi loceng itu,” katanya.Jelasnya, tindakan salah seorang pesakit yang baharu bersalin memanggil jururawat mungkin telah menakutkan kelibat itu sebelum menghilangkan diri.

“Kalau dia tak panggil jururawat, mungkin sampai ke pagi kelibat itu ada di situ. Syukur tiada apa yang buruk berlaku namun kejadian itu tetap dalam memori saya sehingga ke hari ini,” katanya.Bagi Khalisa, sehingga kini peristiwa itu menjadi misteri dalam hidupnya selain tertanya-tanya mungkin ada sesuatu yang menyebabkan munculnya entiti berkenaan di wad tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *