Kira kira 400 penduduk Medan 88 Bandar Baru Salak Tinggi tak balik rumah. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan sampai minta bantuan polis kesan penduduk kampung hilang

berita

Dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) semalam, kira-kira 400 penghuni Medan 88 Bandar Baru Salak Tinggi dilaporkan hilang atau gagal dikesan untuk membuat ujian saringan COVID 19. Menurut Harian Metro, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencara Daerah Sepang, Mohamad Zain A Hamid berkata dia telah meminta bantuan polis untuk mengesan penduduk yang hilang apabila mereka didapati tidak pulang ke kediaman di situ selepas pihak polis mengepung kawasan tersebut pada 6 petang, Selasa lalu

Malah katanya lagi, pihak mereka juga telah mengubah strategi dengan mengepung awal kawasan itu sebelum PKPD diisytiharkan bagi mengelak penduduk lari daripada melakukan ujian saringan.Antara 700 ke 800 penduduk yang tinggal di kawasan itu dan pihaknya sedang mengesan penduduk yang hilang melalui rakan sebilik, jiran serta menggunakan aplikasi MySejahtera.

Kita merayu penduduk yang tidak pulang kembali membuat saringan kerana perkara ini membabitkan kesihatan bagi mengelak berlakunya kluster baharu di luar kawasan,” katanya pada sidang media, hari ini.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakon mengumumkan pusat perniagaan Medan 88 Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang dikenakan PKPD sehingga 25 November.PKPD ini melibatkan sebanyak 284 premis dan 800 penduduk. Sehingga semalam, KKM katanya telah menyelesaikan hampir 399 saringan dan ujian kedua akan dilakukan pada hari ke-13 nanti.

Kawasan itu juga dikenakan PKPD kerana terdapat dua kes awal positif COVID 19 dalam kluster Bah Medan pada 4 Oktober lalu.“Kita menggesa penduduk yang tidak pulang membuat saringan termasuk di pusat kesihatan berdekatan.“Sekiranya gagal berbuat demikian dan dapat dikesan polis, mereka akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Pnyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” katanya.Kalau dalam diri tu ada rasa bertanggungjawab, tolonglah balik dan buat ujian saringan. 

Tiada Simptom Tapi Kanak Kanak Ini Tidur Dalam Tempoh Masa Yang Agak Lama. Mengejutkan Sekali Kanak Kanak Itu Dilaporkan Sudah Tiada Lepas 15 Jam Keluar Dari Hospital

Dilaporkan seorang kanak kanak telah menghembuskan nafas terakhir disebabkan oleh COVID19 dalam tempoh 15 jam selepas dibenarkan pulang dari hospital,lapor Irish Mirror. Kata ibunya,kanak kanak itu telah jatuh sakit pada Selasa lalu dan dia mula tidur dalam tempoh waktu yang lama. Seterusnya, dia telah dibawa ke hospital pada Khamis setelah mula mntah.

Disebabkan dia tidak mengalami simptom COVID-19 yang biasa seperti demam atau batu, ibu bapanya tidak mengesyaki bahawa dia telah terkena COVID-19.Walaupun doktor telah memberi jaminan bahawa dia boleh keluar dari hospital dan akan baik-baik saja, kanak-kanak tersebut semakin lemah sepanjang malam.

Mnd1ang didapati tidak bernafas dan tidak sedarkan diri ketika diperiksa oleh ibunya pada pukul 3 pagi.Masih lagi berduka dengan pemergian kanak-kanak itu, ibunya berkongsi perasaan sedihnya di Instagram.“Hati saya sangat kosong, bagaimana saya boleh tidur pada waktu malam? Saya sudah kehilangan cinta hati saya,” katanya.Kajian oleh British Medical Journal mendapati bahawa 1% kanak-kanak dan orang muda yang dimasukkan ke hospital UK dengan mempunyai COVID-19 pergi buat selamanya antara Januari dan Julai.Sumber: Irish Mirror

Pesakit Tanpa Simptom COVID19 Mudah Lebih Cepat Hilang Antibodi Berbanding Individu Yang Mempunyai Simptom. Lebih Mengejutkan Individu Berusia 18 Hingga 24 Tahun Lebih Mudah Kena Atas Satu Sebab Ini

Imperial College di London yang menduduki tangga ke 9 dalam carta universiti terbaik seluruh negara menjumpai kajian baru berkenaan virus pandemik itu. Laporan BH mengatakan,satu kajian besar besaran di Britain menunjukkan pesakit COVID19 tanpa simptom dikesan kehilangan antibodi lebih cepat berbanding mereka yang mempunyai simptom.

Penemuan oleh Imperial College London dan firma kajian pemasaran Ipsos Mori itu turut mendedahkan kehilangan antibodi adalah perlahan dalam kalangan berusia 18 hingga 24 tahun berbanding mereka yang berusia 75 tahun.Kajian dari ratusan sampel

Sampel daripada ratusan orang dari England antara pertengahan Jun dan lewat September lalu menunjukkan antibodi virus menurun ke tahap satu per empat.Kajian menunjukkan tahap imun pesakit COVID-19 berkurangan secara beransur-ansur selepas dijangkiti.Seramai 365,000 orang dewasa terlibat dan dipilih secara rambang antara 20 Jun dan 28 September lalu untuk kajian ini.

Hasilnya, mereka mendapati jumlah mereka yang hilang antibodi adalah 26.5% dalam tempoh tiga bulan.Tempoh imuniti masih misteri.Bagaimanapun, Pakar Fakulti Kesihatan Awam Imperial College, Paul Eliott, berkata pihak sains yang terbabit lebih bimbang berhubung perkara yang tidak diketahui mengenai ketahanan antibodi terhadap virus itu.“Tahap imun antibodi ini masih tidak diketahui atau sampai bila sistem imun ini akan bertahan.”

Disahkan Bebas Dari COVID19 Tapi Ada Kesan Sampingan Yang Tak Kita Sangka. Seorang Lelaki Ini Dedah Alami Masalah Deria Ini Sepanjang Hidup

Makluman terkini. Tempoh pemulihan pesakit yang telah dijangkiti COVID-19 berbeza-beza, bergantung kepada tahap ketahanan badan masing-masing.Bayangkan, disahkan bebas dari COVID-19 tetapi hakikatnya kita masih perlu menanggung kesan jangka panjangnya seumur hidup.Menurut data yang diambil dari Mayo Clinic, antara kesan-kesan yang direkodkan oleh bekas pesakit termasuk mengalami keletihan berpanjangan, sakit otot dan kesukaran untuk bernafas.

Meskipun COVID-19 diketahui umumnya menjangkiti paru-paru, namun ia sebenarnya boleh menjejaskan beberapa organ dalaman manusia. Dalam kes lain, ada pesakit yang turut hilang pendengaran selepas dijangkiti virus itu. Memetik laporan Kompas, kes tersebut membabitkan seorang lelaki Inggeris berusia 45 tahun selepas berlaku kerosakan pada saraf pendengarannya.

Dia dikatakan mula mendengar gema dan dengung di telinga sebelum pekak secara tiba-tiba di telinga kiri — kira-kira seminggu selepas keluar daripada unit rawatan rapi.Ujian dibuat seterusnya mendapati berlaku kerosakan saraf pada telinga, dan gangguan pendengarannya tidak dapat disembuhkan.Bagaimanapun ia sebenarnya bukanlah kes pertama seumpama itu yang pernah direkodkan.

Menurut kajian International Journal of Audiology, 13 peratus daripada 121 pesakit pernah melaporkan perubahan atau gangguan pada deria pendengaran mereka selepas dijangkiti COVID-19.Kajian juga menunjukkan, jangkitan virus boleh menyebabkan pesakit mengalami sudden sensorineural hearing loss dengan cara mengganggu sistem imun dan merosakkan sel halus dalam telinga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *