Akui lebih selesa berbahasa Inggeris sebab pernah tinggal di luar negara. Alya Iman dedahkan sesuatu tentang kelab bola sepak yang dikatakan miliknya dan ini jawapan dari Alya sendiri

artis

Ketika bertemu dengan pelakon yang sedang meningkat naik, Alya Iman dan meminta untuk ditemu bual, dia tersenyum mengangguk tetapi memberikan isyarat bahawa dia tidak mahu ditanya tentang hal-hal gosip yang melanda dirinya.Anak kepada bekas pelakon Azmil Mustapha, Nur Alya Iman mula dikenali ramai melalui lakonannya dalam Senafas Rindu yang disiarkan di saluran Astro Ria.

Ditanyakan tentang keselesaannya menulis dalam Bahasa Inggeris di Instagram miliknya, Alya tersenyum.”Pertamanya Alya mengaku Alya sangat teruk dalam Bahasa Melayu. Sebabnya adalah kerana Alya dulu tinggal di Syria dan di Syria, bahasa kedua mereka adalah Bahasa Perancis.

“Walaupun Alya ada ramai kawan-kawan Melayu di Syria, tapi hampir setiap masa Alya dengan Baba, Alya berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Dalam keluargapun kami lebih banyak bercakap dalam Bahasa Inggeris dan Alya pun dah terbiasa.”Bila balik daripada Syria pun Alya masuk Sekolah International, jadi kawan-kawan Alya kebanyakannya adalah bangsa asing dan kami bercakap dalam Bahasa Inggeris.

Tambahan lagi, di tempat kerja juga Alya berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Mungkin sebab itu Alya lebih mudah menulis dalam Bahasa Inggeris daripada Bahasa Melayu,” terangnya panjang lebar.Tambah Alya, itu sahaja sebabnya mengapa dia lebih selesa menulis dalam Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Melayu.”Kadang-kadang Alya cakap saja dalam Bahasa Melayu. Alya tak cakap yang Alya nak ke tepikan Bahasa Melayu. Ramai sahaja orang Melayu yang berbahasa Melayu mengikuti media sosial Alya. Mereka tanya soalan dalam Bahasa Melayu dan sebagainya.

“Dulu Alya memang nak tunjukkan apa yang orang nak tengok tentang Alya, tetapi sekarang Alya nak tunjukkan diri Alya yang sebenar. Alya tunjukkan apa yang Alya lakukan, Alya tunjukkan Alya bekerja, the reality of life.”Ada ketika Alya tengah sedih, Alya akan tuliskan rasa hati sedih Alya, bila rasa down atau tak ada motivasi, Alya akan kongsikan quotes, dan quotes ni bukan nak tunjukkan pada orang lain, tetapi untuk diri sendiri juga,” terangnya lagi.

Menurut Alya lagi, sekarang ini dia mencuba sebaik mungkin untuk menjadi dirinya kerana di luar sana terlalu ramai yang suka membnci.”Sekarang ni Alya rasa seperti kehidupan baru. Kat luar sana ramai sangat haters. Tak kira masa. Kita buat ini salah, kita buat itu salah. Jadi Alya pilih untuk memulakan hidup baru, untuk berkongsi apa yang sebenarnya, siapa Alya Iman, apa Alya Iman buat.”Kalau dulu sanggup nak OOTD setiap hari, nak pakai makeup setiap hari hanya nak tunjukkan pada orang yang kita ni Instafamous atau selebriti.

Tapi sekarang Alya lebih senang menunjukkan siapa diri Alya yang sebenar.”Diri Alya yang sebenar adalah seorang yang bekerja separuh masa sebagai model, separuh masa sebagai pelakon yang merupakan hobi yang paling Alya minati serta mahu terus belajar mengenainya, dan sekarang Alya bekerja sepenuh masa, seperti orang lain juga.

Ditebak soalan mengenai ‘Rakyat United’, Alya terdiam seketika.”Ada orang mengatakan pasukan bola ‘Rakyat United’ tu kepunyaan Alya. Ramai yang bertanyakannya. Jadi Alya nak jelaskan di sini, pasukan bola tersebut dibeli oleh syarikat kepunyaan teman lelaki Alya, Ridhwan Rosli.”Ianya bukan kepunyaan Alya, tetapi kepunyaan syarikat kepunyaan Ridhwan. Itu yang Alya nak jelaskan di sini supaya tidak ada lagi spekulasi mengenainya,” jelas Alya mengahiri bicara.

Ekoran Isu Alya Iman Meraih Perhatian Warganet. Kekasih Baru Alya Iman Dedahkan Sesuatu Sekiranya Kesilapan Yang Sama Berlaku Dua Kali

Kekasih kepada pelakon Alya Iman, Ridhwan Rosli akui tidak memandang kepada kisah silam teman wanitanya itu.Menurut Ridhwan, dia dan Alya telah mengenali antara satu sama lain dengan baik sejak mula bercinta sekitar Jun lalu.”Kita semua ada masa silam, saya sendiri pun memiliki dua cahaya mata, kalau Alya mahu memandang pada kisah silam saya, mungkin ramai lagi pilihan di luar sana yang dia boleh pilih.

“Paling penting, kami mengenali antara satu sama lain dengan baik, pada mulanya saya mengenali dia atas dasar kerja, dan dia merupakan kawan rapat adik saya.”Jadi, dari situ proses perkenalan kami berdua menjadi cepat. Alhamdulillah, begitulah kami mengenali hati budi masing-masing sejak beberapa bulan sebelum ini,” katanya kepada Gempak.

Tambah Ridhwan, kontroversi yang melnda Alya sebelum ini hanyalah satu kesilapan dan terkandung hikmah disebaliknya. “Bagi saya, perkara yang dah berlaku semua ada hikmahnya, sebagai manusia biasa, kita pasti tak terlepas dari melakukan kesilapan.

“Tetapi kalau kita lakukan kesilapan yang sama dua kali, yang pasti silapnya itu kita lah yang bermasalah.”Saya percaya, semua kata-kata warganet terhadap Alya sebelum ini adalah berdasarkan persepsi, dan persepsi pula adalah satu perkara yang kita susah untuk kawal.

“Apapun, kalau kita yakin dengan apa yang dibuat itu betul, dan kita jalani kehidupan dengan cara yang betul, Insya-Allah, semua benda akan lebih diberkati dan diredhai oleh Allah SWT,” katanya lagi.Terdahulu, Alya mendkwa dirinya sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan berstatus suami orang. Kontroversi semakin paanas apabila isteri kepada ahli perniagaan itu tampil memberi kenyataan.Namun, Alya kini telah tinggalkan kisah silamnya itu dan meneruskan kehidupan dengan pengganti baru.-ctto

Lepas Heboh Tentang Ada Hubungan Dengan Suami Orang. Akhirnya Alya Iman Tampil Bersuara Lantang Bongkarkan Status Dirinya Buat Warganet Terkedu.

Pelakon baru Alya Iman, 19, akui selesa menjalin cinta dengan kekasihnya, Ridhwan Rosli. Malah, anak kepada pelakon lagenda Azmil Mustapha ini juga berharap agar hubungan mereka berpanjangan hingga ke alam perkahwinan.

“Kami mengenali antara satu sama lain dengan baik sejak bulan Jun lalu, tetapi saya sudah tahu kewujudan dia lama sebelum itu. “Ridhwan pun cakap kalau ada jodoh tak kemana, jadi, kita doa yang baik-baik, kalau boleh saya pun nak panjangkan hubungan kami ini hingga ke jenjang pelamin, Insya-Allah,” kata Alya kepada Gempak.

Alya berkata demikian ketika ditemui di Laun-Jink Party di Black Box MAPKL, Publika baru-baru ini. Bercakap mengenai kontrversi mengaitkan seorang ahli perniagaan yang juga suami orang sebelum ini, Alya mengatakan dia sudah ‘move on’ dan tidak akan mengulangi kesilapan sebegitu lagi.

“Bagi saya, bila perkara sudah jadi sekali, orang akan cari keburukan atau kesalahan, apa yang saya buat betul pun orang boleh cakap salah. “Jadi, saya pun terima sahaja, saya tak mampu kawal keadaan sebegini, yang penting saya sudah beri penjelasan kepada orang-orang yang saya rasa penting dan saya sudah ‘move on’.

” Saya dah buat silap dan tak akan ulang semula kesilapan itu, bab komen ataupun kritikan dari warganet, saya tak mahu ambil hati sangat,” katanya lagi. Terdahulu, Alya mendakwa dirinya sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan berstatus suami orang.

Kontroversi semakin panas apabila isteri kepada ahli perniagaan itu tampil memberi kenyataan. Namun, Alya kini telah tinggalkan kisah silamnya itu dan meneruskan kehidupan dengan pengganti baru. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di FacebookSumber : GEMPAK/ Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *