Ada yang sanggup habiskan duit semata nak santau Syafie Naswip. Syafie dedahkan mesej tersebut di IG dan dia terus buka mulut susulan kejadian ini

artis

Tiada angin tiada ribut, pelakon Syafie Naswip mendedahkan dia menerima mesej berbaur negatif menerusi Instagram miliknya. Tidak tahu apa salahnya, Syafie berkata dia langsung tidak mengenali individu berkenaan. Memuat naik paparan skrin mesej itu menerusi Instagram, individu itu memberi amaran sanggup berhabis duit untuk menghantar santau kepada Syafie dan akan berusaha melakukan apa sahaja cara untuk menyantau pelakon tersebut.

Difahamkan tidak lama kemudian pengguna Instagram palsu tersebut sekali lagi menghantar Direct Message meberikan kata-kata negatif serta mengkritik ibu Syafie.“Kau nih dok pos kat IG pula. Muka kau dengan mak macam s1al lah,” tulis akaun palsu tersebut.Menurut Syafie, pengguna Instagram palsu tersebut telah menggunakan gambar-gambar dan video-video daripada Instafamous yang menggunakan nama tokwann_.

“Instafamous tersebut ada menghubungi adik saya dan memberitahu bahawa gambar-gambarnya digunakan oleh akaun palsu tersebut. Dia bersumpah bahawa bukan dia yang menghantar mesej tersebut kepada saya.“Pada masa yang sama dia juga telah membuat laporan polis mengenai hal tersebut setelah melihatnya di Instagram saya,” katanya.

Dalam pada itu, Syafie telah pun membuat laporan polis di Balai Polis Nilai dan menyerahkan segalanya kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan.  Kata Syafie lagi, dia juga berharap individu tidak bertanggungjawab itu berjaya ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan.

Syafie Naswip dithn polis selepas putus tunang

PELAKON Syafie Naswip yang baru putus tunang dengan Aishah Azman dithn polis untuk membantu siasatan kes tersebut dan menyebabkan keceder4an pada Sabtu.Dalam kejadian pada 26 Jun lalu, Aishah, 23, dalam laporannya mengatakan Syafie datang ke rumahnya di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, Serdang kira-kira pukul 9 pagi dan berlaku perbalahan dalam kereta aktor itu.

Syafie dikatakan mengeluarkan kata-kata negatif terhadap Aishah.Akibat kejadian berkenaan, ikatan pertunangan mereka akhirnya putus pada 21 Julai lalu. Aishah mengatakan dia lambat membuat laporan kerana ingin menyelesaikan kes mereka secara baik tetapi Syafie dikatakan bertindak berlebihan.Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan ketika dihubungi mStar mengesahkan Syafie atau nama sebenarnya Mohammad Syafie Naswip, 27, ditahn pada Sabtu bagi membantu siasatan.

Pelakon itu kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis pada Ahad selepas diambil keterangan.Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Kesksaan dan Seksyen 506 kanun yang sama kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja dan melakukan ugtn.Sementara itu Aishah ketika dihubungi mStar enggan mengulas mengenai dkwaan berkenaan.

Aishah enggan mengulas mengenai dkwaan dia membuat laporan polis terhadap Syafie.Pada Selasa lalu, Syafie mendedahkan ikatan pertunangannya dengan Aishah terlerai dengan alasan dia tidak mampu melalui dugaan dalam tempoh pertunangan.Pasangan itu mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Forest Valley Hall, Cheras pada 7 April lalu.

Spekulasi keretakan hubungan Syafie dan Aishah mula diperkatakan apabila mereka memadam foto bersama, selain sudah tidak lagi mengikuti akaun Instagram masing-masing.Biarpun belum menetapkan tarikh perkahwinan, namun mereka pernah meluahkan hasrat untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri pada akhir tahun ini.Syafie dan Aishah mengenali satu sama lain sejak 2015 dan mula menjalinkan hubungan cinta sejak setahun lalu.

Kenapa Aishah Azman menumpang rumah Syafie Naswip? Ini cerita ‘dalam kain’ sebelum putus tunang

PELAKON Syafie Naswip berkata bekas tunang, Aishah Azman dan dua lagi ahli keluarga aktres itu pernah menumpang di rumahnya selama hampir sebulan atas sebab-sebab tertentu.Perkara itu diakui Syafie, 27, selepas dkwaan kes tersebut dan mendatangkan keceder4an terhadap Aishah berakhir apabila pihak pendakwa raya membuat keputusan Tiada Tindakan Lanjut (TTL) kerana tiada keterangan yang mencukupi.

Bagaimanapun pendedahan itu dikongsikan pengurusnya iaitu Badrul Hashim menerusi beberapa posting di Instagram.Syafie ketika dihubungi mStar mengesahkan mengenai setiap butiran yang didedahkan Badrul.Antara pendedahan yang dibuat pengurus Syafie, Badrul Hashim.

“Ya, apa yang dikongsikan abang Bad (Badrul) itu semuanya betul. Saya benarkan dia dedahkan semua sebab dia tahu cerita daripada A to Z.”Bagi saya, lebih baik orang yang lebih arif dalam penulisan yang menceritakan semuanya. Sebab kalau saya, takut nanti penulisan itu menjadi lebih beremosi.

“Lagipun saya pun masih belum bersedia untuk berkongsi semua itu kepada umum. Jadi biarlah abang Bad sahaja yang bercerita,” katanya kepada mStar.Syafie diminta mengulas mengenai status Badrul di Instagram yang membuat beberapa pendedahan berkaitan kejadian dan kronologi yang berlaku terhadapnya.

Badrul turut mendedahkan Aishah cuba mengh4lau Sapawi (adik angkat Syafie) dari rumah Syafie.Selain Aishah dan keluarga dikatakan menumpang, Badrul juga mendkwa pelakon wanita berkenaan cemburu dengan keakraban Syafie dengan adik angkatnya, Sapawi Johnson.

“Nanti aku ceritakan bagaimana tiga beranak tu tumpang rumah Ayie (Syafie) hampir sebulan sebab nak larikan diri.”Tapi sebelum tu, untuk tahu punca ftnah hubungan sejenis ni, kita throwback sikit. Prosesnya melibatkan ‘penyingkiran’ salah seorang ahli keluarga di atas. Teka siapa? Sapawi! Betul! Proses bermula secara halus saja sebelum bertukar jadi agresif.

Kalau saya yang buat (pendedahan), takut nanti penulisan itu menjadi lebih beremosi.

“Makin hari asyik nama Sapawi saja naik dalam perbualan. Aku susah payah ajar dan didik Sapawi jadi pengurus yang baik untuk Ayie, tiba-tiba kau pula yang sibuk nak buang Sapawi dan halau dia dari rumah yang guna duit dia juga,” tulisnya.

Sementara itu, pelakon drama 4 Pnjuru itu meluahkan rasa bersyukur kerana kes dkwaan melibatkannya sudah selesai.”Alhamdulillah, fokus utama saya kini adalah bersyukur sebab semuanya sudah selesai. Apa-apa yang berlaku selepas ini, saya hanya go with the flow saja,” ujarnya.

Dalam kejadian pada 26 Jun lalu, Aishah, 23, dalam laporannya mendkwa Syafie datang ke rumahnya di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, Serdang kira-kira pukul 9 pagi dan berlaku perbalahan dalam kereta aktor itu.Syafie turut dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap bekas tunangnya itu. Akibat insiden berkenaan, ikatan pertunangan mereka akhirnya terputus pada 21 Julai lalu.Pasangan itu melangsungkan majlis pertunangan di Forest Valley Hall, Cheras pada 7 April lalu.

“Setiap hari aku dikritik, terima kasih hadiahkan aku sebuah doa jahnam” – Lima bulan Syafie Naswip hidup merana selepas putus tunang

MEMASUKI tahun baharu 2020, pelakon Syafie Naswip akhirnya berkongsi mengenai kesakitan yang terpaksa ditanggung selama lima bulan sejak kontroversi putus tunang dengan aktres Aishah Azman menjadi perhatian umum.Namun menurut Syafie, 27, biarpun kehidupannya terganggu dengan kritikan namun kini dia bersedia untuk bangkit semula bersama semangat baharu.

“2019 adalah tahun antara hidup dan pergi buat selamanya. Dikritik oleh khalayak merupakan perkara yang aku perlu lalui setiap hari selama lima bulan.Syafie dedah terpaksa lalui kritikan selama lima bulan.“Ia bukan perkara mudah. Setiap langkah dan senyuman aku seperti tiada nilai di mata manusia. Mulut dan kata-kata manusia boleh buatkan hidup manusia lain merana.

“Tetapi mereka silap, mereka boleh berkata apa sahaja tentang aku dan keluarga, tetapi semangat yang Tuhan pinjamkan pada aku lebih kuat daripada itu,” kata Syafie.Pelakon drama4 Penjuru ini memuat naik luahan tersebut di laman Instagram sempena menyambut tahun 2020.Sebelum ini, Syafie dan Aishah mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis yang diadakan di Forest Valley Hall, Cheras pada 7 April 2019.

Aku akan buktikan aku boleh berjaya dengan berbekalkan kata-kata negatif kalian.

Bagaimanapun, mereka mengesahkan ikatan pertunangan yang dibina hanya bertahan selama tiga bulan sebelum terlerai pada 21 Julai tahun lalu.Kisah itu antara yang mendapat perhatian ramai apabila aktor filem Songlap berkenaan turut ditahan polis bagi membantu siasatan kes tersebut dan dkwaan menyebabkan kecedera4n terhadap bekas tunangnya itu.

Dalam pada itu, Syafie memberitahu dia akan membuktikan kepada semua orang bahawa dirinya mampu untuk mencapai kejayaan.Kisah pertunangan Syafie dan Aishah berakhir menjadi perhatian warganet pada Julai tahun lalu.Malah, Syafie menganggap kata-kata hinaan yang dilemparkan segelintir pihak kepadanya sebagai hadiah untuk menjadikan dia manusia yang lebih baik.”Aku akan buktikan aku boleh berjaya dengan berbekalkan kata-kata negatif kalian.”Terima kasih menghadiahkan aku sebuah doa jahanm untuk menjadi manusia yang lebih baik dalam hidup,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *