Tawarkan ganjaran kepada mereka yang salurkan maklumat dan bukti pihak yang melakukan pencemaran sumber air. KASA dedahkan tawaran kepada sesiapa yang menjumpai sebarang maklumat

berita

Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menawarkan ganjaran RM5,000 kepada mereka yang dapat menyalurkan maklumat dan bukti sehingga trtngkpnya pihak melakukan pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor, yang menjadi punca gangguan bekalan air.Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata sebarang maklumat boleh disalur melalui e-mel pro@kasa.gov.my atau talian hotline Jabatan Alam Sekitar (JAS) di 1-800- 88-2727.

“Ganjaran diberikan selaras dengan komitmen berterusan kerajaan dalam Belanjawan 2021 yang akan menyediakan peruntukan khas kepada mana-mana (pihak) yang dapat menyalurkan maklumat tentang sebarang salah laku dan pelnggaran undang-undang, termasuk isu pencemaran sungai.“Saya amat memandang serius mengenai perkara ini kerana tujuh insiden henti tugas loji rawatan air di Selangor akibat pencemaran sungai pada tahun ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tuan Ibrahim berkata ekoran itu, beliau mengarahkan Ketua Setiausaha KASA Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang untuk segera ke beberapa lokasi tapak yang disyaki menjadi punca pencemaran iaitu di sekitar Taman Velox, Rawang.Beliau berkata lawatan itu turut disertai Ketua Pengarah JAS Norlin Jaafar; Ketua Pegawai Eksekutif Indah Water Konsortium (IWK) Narendran Maniam; dan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Datuk Ahmad Faizal Abdul Rahman.

“Berdasarkan kepada siasatan awal, didapati pencemaran berpunca daripada efluen industri daripada pelbagai sumber industri kecil dan sederhana di Taman Velox dan kawasan persekitarannya iaitu Kawasan Industri Kecil Sungai Bakau dan Taman Perindustrian Teknologi Rawang.“Sebahagian daripada efluen industri yang berbau ini telah masuk ke dalam longkang dan sebahagian lagi dilepaskan secara haram ke dalam sistem pembetungan, di mana efluen industri ini seterusnya mengganggu tugas loji rawatan kumbahan yang dioperasi oleh IWK di Taman Velox,” katanya.

Beliau berkata penyiasatan akan terus dijalankan oleh pasukan penguatkuasa daripada JAS, IWK, SPAN, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Air Selangor dan kerajaan negeri Selangor sehingga punca pencemaran dan penjenayah alam sekitar itu dapat dikenal pasti.Hari ini, Bernama melaporkan pencemaran itu mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual melibatkan 1,139,008 akaun pengguna di Lembah Klang.Turut dilaporkan, gangguan bekalan itu merangkumi 1,279 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat mulai 6 petang ini.Sumber: BERNAMA

Terdapat 9 Kawasan Yang Terjejas Bekalan Air. Air Selangor Dedahkan Waktu Bekalan Air Akan Diterima Oleh Pengguna Dan Harap Semua Maklum

SHAH ALAM – Bekalan air di kawasan terjejas akibat henti tugas Loji Rawatan Air Rantau Panjang dan Sungai Selangor Fasa (SSP) 1, 2 dan 3 dijangka akan mula diterima oleh para pengguna pada jam 3 petang ini secara berperingkat-peringkat.Perkongsian berhubung makluman terkini itu dibuat oleh Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) melalui Twitter pagi ini.

Dijangka 1.13 Juta Pengguna Akan Terjejas Bekalan Air. Pengurusan Air Selangor Dedahkan 9 Kawasan Ini Diminta Untuk Sedia Berdepan Maalah Bekalan Air Mulai Petang

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,139,008 juta akaun pengguna di 1,279 kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor berdepan gangguan bekalan air bermula petang ini.Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd menerusi satu kenyataan memaklumkan, ia merangkumi kawasan Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Klang, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

4 loji rawatan air Sungai Selangor ditutup

KUALA SELANGOR: Empat Loji Rawatan Air (LRA) iaitu Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang di sini, terpaksa dihenti tugas berikutan pencemaran bau seakan-akan pelarut yang dikesan di Sungai Selangor. Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam kenyataannya, memaklumkan, tindakan henti tugas terhadap semua loji itu dilakukan sekitar 12.20 hingga 12.45 tengah hari tadi.   

“Bau telah dikesan sekitar 8 TON di LRA Rantau Panjang. “Ketika ini, LUAS, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dan pihak terlibat sedang menjalankan siasatan serta tindakan-tindakan mitigasi,” katanya, hari ini.LUAS berkata, sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Gangguan Bekalan Air Di Selangor Sering Terjadi Sejak Kebelakangan Ini. Ternyata Gangguan Bekalan Ini Mendapat Perhatian Saintis Susulan Penemuan Air Di Bulan

Terkini,seorang saintis molekular Amerika Syarikat (AS), Raven Baxter tidak menyangka ciapannya susulan penemuan air di bulan oleh Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan ( NASA ) mendapat respon daripada rakyat Malaysia.

Ciapan yang dibuat menerusi akaun Twitter miliknya, @ravenscimaven itu mendapat jumlah ‘retweet’ yang banyak daripada Selangor.Rata-rata warganet Malaysia mengaitkan penemuan air di bulan dengan gangguan bekalan air di Selangor sehingga mendapat perhatian wanita itu.

“Kita meraikan air dijumpai di bulan, tetapi sebahagian besar ‘retweet’ ini berasal dari orang-orang di Selangor (Malaysia) yang mengalami gangguan bekalan air utama kerana pencemaran sumber air mentah. Kita tidak memenuhi keperluan air asas di bumi,” katanya dalam satu ciapan lain.

Beliau kemudian menyatakan Selangor bukan satu-satunya negeri yang mengalami kesukaran itu.“Kita telah mendengar banyak kisah mengenai penduduk tanpa air. Air penting untuk kehidupan di bumi. Kita mesti pastikan akses (kepada air) dijamin untuk setiap manusia,” katanya.Menerusi ciapan balas daripada warganet negara ini, Baxter berkata dia dapat belajar mengenai banyak perkara.“Saya sangat gembira sehingga saya putuskan untuk memberi lebih perhatian terhadap apa yang terjadi di rantau lain yang tidak pernah saya pergi atau dengar,” ujarnya dalam satu ciapan lain. – K! ONLINE

Isu Air Bersih Di Negeri Kelantan Sudah Lazim. Menteri Cadang Rakyat Kelantan Ambil Satu Inisatif Ini Sahaja Untuk Selesaikan Masalah Isu Bekalan Air Bersih

Isu air bersih di negeri Kelantan bukanlah sesuatu yang baru di negara ini. Untuk rekod, kerajaan negeri Kelantan sering dikritik kerana masalah air bersih di negeri itu sudah berlaku semenjak tahun 1990.Baru-baru ini, Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan agar rakyat negeri Kelantan memanfaatkan air hujan untuk kegunaan harian ketika berhadapan dengan masalah bekalan air.

Terang beliau lagi, Kelantan adalah negeri yang sesuai untuk memanfaatkan air hujan kerana tidak terlmpau terdedah dengan sektor industri yang mampu mengurangkan kualiti air hujan.“Kelantan antaranya boleh manfaat air hujan sebab di negeri ini tidak banyak industri dan kurang pencemaran udara”

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan presiden PAS itu dilakukan ketika merasmikan projek rawatan air komuniti Parlimen Kubang Kerian di Masjid Mukim Seterpa Banggu baru-baru ini.Diharapkan agar masalah air bersih di negeri Kelantan dapat diselesaikan dengan secepat mungkin. Air adalah asas kepada semua kehidupan.-lobakmerah

Dikatakan 4 Individu Ini Menjadi Punca Masalah Bekalan Air Berlaku. MB Selangor Kejutkan Orang Ramai Dengan Tindakan Yang Akan Diambil Ke Atas Pengusaha Dan Kilang Terbabit

KUALA LUMPUR, 5 Sept  — Kilang yang terbabit dalam kejadianpencemaran air di Sungai Gong, Rawang sehingga menyebabkan lebih 1.2 juta pengguna di Lembah Klang terputus bekalan air akan dirobohkan selain pengusaha diarah memulihkan tanah di situ.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata arahan itu terkandung dalam Notis Pelnggaran Syarat (7A) yang akan dikeluarkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Gombak kepada pengusaha kilang terbabit Isnin ini.

“Pemilik tanah terbabit mengusahakan bengkel membaiki jentera berat. Kita arahkan pemilik untuk pulihkan tanah, roboh bangunan dan henti operasi. “Kita akan tutup kawasan itu selama tiga hingga empat bulan untuk pastikan tempat berkenaan selamat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pelaporan Penuh Situasi Semasa Berhubung Isu Pencemaran Air di Ibu Pejabat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), di sini hari ini.

Amirudin juga mendedahkan kilang berkenaan telah diberi notis henti operasi pada Mac lepas namun pemiliknya berdegiil dan kembali memulakan operasi pada Jun lalu. Bagi memastikan kejadian sedemikian tidak berulang, Amirudin berkata kerajaan negeri akan meminda Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 bagi menaikkan denda maksimum daripada RM500,000 kepada RM1 juta terhadap mana-mana individu atau premis yang terbukti menyebabkan pencemaran sumber air di Selangor.

“Kita akan bentangkan pindaan ini pada persidangan dewan undangan negeri akan datang. Pada masa sama kita harap Kementerian Alam Sekitar dan Air dapat meminda akta berkaitan,” katanya.Terdahulu, Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata pihak yang bertanggungjawab terhadap pencemaran itu akan didkwa minggu depan.

Sementara itu, Amirudin berkata Air Selangor menjangkakan bekalan air ke kawasan terjejas pulih sepenuhnya pada 6 pagi Rabu ini. Beliau turut menasihati pengguna yang kini telah menerima bekalan, agar tidak terbuuru-buuru menadah dan menyimpan air yang boleh menyebabkan tekanan air rendah, sekali gus mngganggu proses pemulihan bekalan air. — BERNAMA

Gara Gara 4 Individu Ini Habis 1.2 Juta Rakyat Terpaksa Terima Padah. Ketua Polis Selangor Akhirnya Dedahkan Punca Berlakunya Pencemaran Air

Empat lelaki pemilik kilang yang menjadi punca kepada pencemaran air di kawasan perindustrian Sungai Gong, Rawang dilapor telah ditahn dalam satu operasi yang dilakukan malam tadi. Bernama melaporkan, kesemua sasaran merupakan adik beradik berusia dalam lingkungan 50 hingga 60 tahun. Tangkapn dibuat di kediaman mereka, selain ada yang turut ditahan selepas tampil di Balai Polis Daerah Gombak.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata — siasatan awal mendapati kilang tersebut diusahakan oleh keempat-empat individu itu selepas pemergian bapa mereka. Menurutnya, polis akan membuat permohonan remaan di Mahkamah Selayang untuk siasatan lanjut dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 430 Kanun Kesksaan.

Kejadian pencemaran air yang berlaku di kawasan perindustrian Sungai Gong dilapor telah menjejaskan 1.2 juta pengguna di sekitar Lembah Klang. Ia mengundang kemarahan orang ramai, yang terpaksa berdepan masalah gngguan bekalan air di tengah-tengah penularan pandemik COVID-19 ketika ini. Turut membuatkan mereka kecewa, setelah siasatan mendedahkan ini bukan kali pertama kilang terbabit melakukan kesalahan seumpama itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *