Luah kerisauan dan kegusaran tentang nasib guru tari dan koreografer di Malaysia. Alam Wakaka tanpa ragu minta peminat untuk tag Datuk Ismail Sabri

artis

Meluahkan rasa kerisauan dan kegusaran mengenai nasib guru tari dan koreografer di Malaysia, Alam Wakaka telah membuat sebuah entri khas mengenai isu tersebut menerusi akaun Instagram miliknya baru-baru ini.Dia yang juga merupakan seorang penari serta guru koreografer meluahkan rasa bimbang apabila ramai rakan seangkatan dengannya berdepan masalah kehilangan sumber pendapatan.

Menurut Alam, dia menulis entri berkenaan dengan harapan supaya studio tarian dan koreografi dapat dikecualikan dari penutupan dan dapat dibuka dengan SOP yang bersesuaian.Dia dalam pada itu turut berharap permintaannya itu dapat didengari dan sampai ke pengetahuan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Ismail Sabri Yaakob supaya dapat dipertimbangkan olehnya.

Meskipun sudah redha dengan keadaan yang dialaminya kini, namun jauh di sudut hati Alam dia berharap ada sedikit sinar harapan buat mereka untuk meneruskan hidup dalam situasi yang sukar kini.Terdahulu, kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di semua negeri di Semenanjung Malaysia kecuali negeri Perlis, Pahang dan Kelantan sehingga 6 Disember ini.

Bakal melangkah ke alam perkahwinan, Alam Wakaka bimbang galas tanggungjawab sebagai suami

Alam bimbang tak dapat jalankan tanggungjawab sebagai suami dengan baik.BAKAL mendirikan rumah tangga pada Mac tahun hadapan, penari dan pelakon Alam Wakaka mengakui dia mempunyai perasaan takut untuk bergelar suami.Alam atau nama sebenarnya Haslam Abdul Rahman, 34, berkata dia berasa bimbang sekiranya tidak dapat menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan baik.

“Perasaan takut itu memang ada, mungkin sebab ini kali pertama saya nak kahwin. Kita tak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan.”Mungkin salah satu sebab dia masih muda dan perjalanan hidup masih panjang. Macam mana saya nak sentiasa memastikan diri untuk menjaga anak orang dengan baik.”Bila dah berumah tangga ini, tanggungjawab seorang suami sangat besar. Saya selalu memikirkan bagaimana nak jalankan tanggungjawab itu tanpa ada gangguan daripada orang luar,” kata Alam kepada mStar.

InsyaAllah dari segi keperluan kehidupan berumah tangga itu, saya boleh sediakan.

Ahli kumpulan Wakaka itu mengikat tali pertunangan dengan Nurul Alisya Najwa Hazman, 19, di Segamat, Johor pada 1 Ogos lalu.Majlis serba ringkas, tetapi meriah berlangsung di kediaman keluarga tunangnya dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pada fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKBB).

Dalam pada itu, Alam mendedahkan hubungan mereka pernah berdepan dugaan ketika awal perkenalan namun mereka sentiasa menyelesaikan masalah dengan berbincang.Alam bakal bergelar suami Nurul Alisya pada Mac tahun hadapan.“Tipu la kalau saya cakap tak pernah diganggu orang ketiga. Masa awal perkenalan kami ada la orang nak kenalkan dia dengan orang lain la. Tapi selalunya kalau ada masalah memang kami akan duduk dan berbincang.

“Saya harap benda ini kami akan lakukan juga selepas berkahwin. Nak cakap bersedia itu… terus-terang cakap dari pihak saya, memang kewangan pun Alhamdulillah.”Rumah pun saya sudah beli untuk saya dan keluarga. Selepas kahwin, boleh duduk di situ terus. Insya-Allah dari segi keperluan kehidupan berumah tangga itu, saya boleh sediakan apa yang patut untuk bakal isteri nanti,” ujarnya.

“Kami Tidak Ada Anniversary…,”Kenal 3 Tahun, Alam Wakaka Dedah Situasi Cinta Bersama Tunang Tersayang

Koreagrafer popular, Alam Wakaka telah pun selamat melangsungkan pertunangan dengan gadis pilihannya, Nurul Alisya Najwa Hazman pad 1 Ogos lalu.Merakam detik indah momen pertunangannya bersama gadis berusia 19 tahun itu di Instagram, Alam atau nama sebenarnya, Muhamad Haslam Abd. Rahman, 34, turut menitipkan rasa terhadap status barunya kini.

Jelas penari yang turut aktif berlakon ini, pengalaman lalu banyak mengajar untuk menjadikan dirinya lebih baik dalam pelbagai perkara.“Sebelum Alam menutup cerita pertunangan kami yang GEMPAK (cheewah) ini, jangan sesekali kita menyalahkan masa lalu.“Kerana masa lalu mengajar kita untuk menjadi seorang manusia yang lebih elok dan teratur dalam semua bidang,” tulisnya.

Dia pada sama menyifatkan tarikh 1 Ogos sebagai ulang tahun perkenalannya bersama tunang.“Kami tidak ada anniversary, dah kenal 3 tahun jadi 1st August 2020 adalah anniversary kami mengenali antara satu sama lain, termasuk mengenali dan merapatkan hubungan keluarga kami berdua.

“Rasa tenang bila cincin Merisik & Tunang disarungkan oleh mak Alam sendiri.“Terima kasih yang tak terhingga pada SEMUA WARTAWAN, social media, pihak majalah & suratkabar, bloggers, serta para peminat yang tidak putus menyampaikan tahniah pada pertunangan kami.“Nanti kita chat2 komen2 okay! Doakan Alam & Alisya serta keluarga dapat mengharungi tempoh tunang dengan cekal, tabah dan saksama.

“Dengan ini, saya SUDAH TIDAK ADA GIRLFRIEND, kami CLASH sebab dia dah jadi TUNANG SAYA,” tulis Alam panjang lebar sambil memberikan kredit.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM Sumber: Instagram Alam Wakaka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *