Lebih 200 individu di satu negara ini dapat jangkitan COVID19 yang disebarkan oleh satu haiwan. Dr Marisa dedahkan kajian tentang virus yang boleh disebar melalui haiwan tersebut dan harap semua ambil berat akan isu ini

berita

Mutasi koronavirus ( COVID19 ) yang dikhuatiri akan mencetuskan pandemik baharu telah menybabkan kira kira 15 juta cerpelai (mink) di 1139 ladang di Denmark terpaksa dimsnahkan pada minggu lalu. Lebih satu per empat juta penduduk di negara itu turut dikenakan langkah l0ckdown selepas pihak berkuasa menemui perubahan genetik yang mungkin boleh menjejaskan keberkesanan vaksin pada masa hadapan.

Setakat ini, lebih 200 individu telah dijangkiti Covid-19 yang dikaitkan dengan spesies cerpelai tersebut.Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu kenyataan berpendapat masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan “Kita perlu tunggu dan lihat apa impaknya. Tetapi, kita tidak boleh terus membuat kesimpulan sama ada mutasi virus itu akan mempengaruhi keberkesanan vaksin,” kata Ketua Saintis WHO, Soumya Swaminathan.

Awal tahun lalu, agensi PBB itu pernah tersalah jangka tentang ancmn pandemik Covid-19 walaupun ia sudah merebak dengan meluas ke beberapa negara.Sikap terlalu berhati-hati WHO dikhuatiri akan menyebabkan kesilapan sama mungkin berulang walaupun koronavirus adalah sama seperti virus lain yang bermutasi dari masa ke masa dan tiada bukti menunjukkan mana-mana mutasi yang ditemui di Copenhagen meningkatkan ancmn bahaya kepada orang ramai.

Saintis percaya virus tersebar di ladang cerpelai melalui titisan, makanan atau debu kotoran yang berjangkit. Saintis tempatan bagaimanapun bimbang dengan virus dikaitkan dengan cerpelai itu yang ditemui pada 12 individu dan didkwa memberi tindak balas kurang sensitif kepada antibodi.

Ahli epidemiologi daripada Institut Penyelidikan Cirad di Perancis, Dr Marisa Peyre berkata, perkembangan itu membimbangkan, namun mereka masih belum mendapat gambaran penuh.“Ia berubah setiap kali merebak antara haiwan. Vaksin atau rawatan mungkin tidak akan berhasil jika mutasi genetik itu berlaku secara lebih meluas berbanding yang sedang tersebar antara manusia ketika ini,” jelasnya.

Situasi itu adalah rangkaian yang jarang berlaku apabila virus yang berasal daripada haiwan l1ar berkemungkinan kelawar merebak kepada manusia daripada haiwan yang menjadi ‘hos pertengahan’ masih misteri hingga kini dan mencetuskan pandemik yang menjangkiti lebih 50 juta di seluruh dunia.Difahamkan, penyebaran itu bermula apabila cerpelai yang diternak di ladang terjejas mendapat jangkitan daripada pekerja yang positif Covid-19.

Ancmn haiwan lain.Dalam sejumlah kecil kes, virus tersebut disebarkan semula daripada haiwan itu kepada manusia disebabkan perubahan genetik.Mutasi pada beberapa virus yang ada kaitan dengan cerpelai tersebut melibatkan lonjakan protein virus yang disasarkan sebahagian vaksin yang sedang dihasilkan.“Manusia akan mula menyebarkan virus mengalami mutasi tersebut dan vaksin tidak dapat melindungi individu jika keadaan itu berlaku,” ujar Dr Peyre.

Menurut Profesor Joanne Santini daripada University College London pula, cerpelai telah menjadi ‘penyebar’ virus tersebut dan pengawasan perlu dilakukan terhadap haiwan l1ar lain yang mungkin berisiko.“Mungkin ada spesies lain yang mengalami keadaan sama seperti cerpelai. Kita mungkin tidak sedar dan perlu pastikan tentang perkara tersebut,” tambahnya.

Sebelum ini, terdapat laporan melibatkan haiwan seperti kucing, anjing, singa dan harimau di zoo AS dijangkiti Covid-19.Bagaimanapun, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS berpendapat risiko haiwan menyebarkan virus itu kepada manusia dianggap masih rendah walaupun anjing dan kucing boleh menjadi hos sementara, namun tidak dapat menjangkiti manusia.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak berkuasa Perancis tetap menggesa pesakit Covid-19 supaya mengelakkan kontak rapat dengan haiwan peliharaan mereka terutamanya musang kecil (ferret) yang tergolong dalam spesies sama seperti cerpelai.Ahli virologi di Columbia University di New York, Angela Rasmussen turut menyuarakan kebimbangan tentang potensi Covid-19 disebarkan kucing l1ar.

“Haiwan itu senang terdedah kepada jangkitan. Kita mungkin akan terperangkap dengan SARS-CoV-2 untuk tempoh beberapa tahun lagi jika kucing l1ar menjadi penyebar virus tersebut,” ujarnya.Kakitangan Pentadbiran Veterinar dan Makanan bersama staf Agensi Pengurusan Kecemasan lengkap memakai sut peralatan perlindungan diri (PPE) ketika melakukan langkah besar-besaran memusnahkan cerpelai pada minggu lalu.

Ketika ini, pakar enggan secara terburu-buru mengiyakan ancmn mutasi virus yang dibawa cerpelai sangat berbahaya berikutan mereka masih memerlukan lebih banyak bukti untuk mengesahkannya.Menurutnya, Covid-19 telah berulang kali mengalami mutasi selain jenis baharu ditemui, namun ia tidak bermakna virus tersebut adalah lebih berbahaya.

Sehingga kini, tiada kajian menunjukkan jenis baharu SARS-CoV-2 lebih mudah menular atau berbahaya daripada jenis asal.Ketua Perubatan Veterinar di University of Cambridge, James Wood juga menyatakan perubahan dalam lonjakan protein masih belum dinilai oleh komuniti saintifik antarabangsa sekali gus ia masih belum jelas.“Masih terlalu awal untuk mengesahkan mutasi virus tersebut boleh menyebabkan kegagalan vaksin atau imuniti kelompok,” ujarnya.

INFO:Penularan wabak tersebut pernah dilaporkan di Belanda, Denmark, Sepanyol, Sweden, Itali dan Amerika Syarikat (AS) serta menyebabkan jutaan haiwan terpaksa dimusnahkan.Cerpelai juga sama seperti spesies ferret (musang kecil) yang diketahui rentan terhadap Covid-19. Ia juga boleh menunjukkan beberapa gejala termasuk simptom teruk seperti pneumonia dan asimptomatik.

Saintis percaya virus tersebar di ladang cerpelai melalui titisan, makanan atau debu kotoran yang berjangkit.Sejak Jun lalu, lima jenis mutasi virus dikaitkan dengan cerpelai dikesan pada 214 individu.Analisis oleh Institut Serum Negara Denmark mendapati hanya satu daripadanya yang dikenali sebagai Kluster Lima yang didakwa kurang sensitif kepada antibodi.

Bulan lalu, Denmark mula menghapuskan jutaan cerpelai di utara negara itu. Kira-kira 216 daripada 1,139 telah dijangkiti.Denmark merupakan pengeksport terbesar bulu cerpelai dengan menghasilkan kira-kira 17 juta bulu haiwan itu pada setiap tahun. Sebahagian besar daripadanya dieksport ke China dan Hong Kong.Virus mutasi pernah dikesan pada cerpelai di ladang ternakan di Belanda, namun ia tidak menyebarkannya kepada manusia.

Tiada Simptom Tapi Kanak Kanak Ini Tidur Dalam Tempoh Masa Yang Agak Lama. Mengejutkan Sekali Kanak Kanak Itu Dilaporkan Sudah Tiada Lepas 15 Jam Keluar Dari Hospital

Dilaporkan seorang kanak kanak telah menghembuskan nafas terakhir disebabkan oleh COVID19 dalam tempoh 15 jam selepas dibenarkan pulang dari hospital,lapor Irish Mirror. Kata ibunya,kanak kanak itu telah jatuh sakit pada Selasa lalu dan dia mula tidur dalam tempoh waktu yang lama. Seterusnya, dia telah dibawa ke hospital pada Khamis setelah mula mntah.

Disebabkan dia tidak mengalami simptom COVID-19 yang biasa seperti demam atau batu, ibu bapanya tidak mengesyaki bahawa dia telah terkena COVID-19.Walaupun doktor telah memberi jaminan bahawa dia boleh keluar dari hospital dan akan baik-baik saja, kanak-kanak tersebut semakin lemah sepanjang malam.

Mnd1ang didapati tidak bernafas dan tidak sedarkan diri ketika diperiksa oleh ibunya pada pukul 3 pagi.Masih lagi berduka dengan pemergian kanak-kanak itu, ibunya berkongsi perasaan sedihnya di Instagram.“Hati saya sangat kosong, bagaimana saya boleh tidur pada waktu malam? Saya sudah kehilangan cinta hati saya,” katanya.Kajian oleh British Medical Journal mendapati bahawa 1% kanak-kanak dan orang muda yang dimasukkan ke hospital UK dengan mempunyai COVID-19 pergi buat selamanya antara Januari dan Julai.Sumber: Irish Mirror

Pesakit Tanpa Simptom COVID19 Mudah Lebih Cepat Hilang Antibodi Berbanding Individu Yang Mempunyai Simptom. Lebih Mengejutkan Individu Berusia 18 Hingga 24 Tahun Lebih Mudah Kena Atas Satu Sebab Ini

Imperial College di London yang menduduki tangga ke 9 dalam carta universiti terbaik seluruh negara menjumpai kajian baru berkenaan virus pandemik itu. Laporan BH mengatakan,satu kajian besar besaran di Britain menunjukkan pesakit COVID19 tanpa simptom dikesan kehilangan antibodi lebih cepat berbanding mereka yang mempunyai simptom.

Penemuan oleh Imperial College London dan firma kajian pemasaran Ipsos Mori itu turut mendedahkan kehilangan antibodi adalah perlahan dalam kalangan berusia 18 hingga 24 tahun berbanding mereka yang berusia 75 tahun.Kajian dari ratusan sampel

Sampel daripada ratusan orang dari England antara pertengahan Jun dan lewat September lalu menunjukkan antibodi virus menurun ke tahap satu per empat.Kajian menunjukkan tahap imun pesakit COVID-19 berkurangan secara beransur-ansur selepas dijangkiti.Seramai 365,000 orang dewasa terlibat dan dipilih secara rambang antara 20 Jun dan 28 September lalu untuk kajian ini.

Hasilnya, mereka mendapati jumlah mereka yang hilang antibodi adalah 26.5% dalam tempoh tiga bulan.Tempoh imuniti masih misteri.Bagaimanapun, Pakar Fakulti Kesihatan Awam Imperial College, Paul Eliott, berkata pihak sains yang terbabit lebih bimbang berhubung perkara yang tidak diketahui mengenai ketahanan antibodi terhadap virus itu.“Tahap imun antibodi ini masih tidak diketahui atau sampai bila sistem imun ini akan bertahan.”

Disahkan Bebas Dari COVID19 Tapi Ada Kesan Sampingan Yang Tak Kita Sangka. Seorang Lelaki Ini Dedah Alami Masalah Deria Ini Sepanjang Hidup

Makluman terkini. Tempoh pemulihan pesakit yang telah dijangkiti COVID-19 berbeza-beza, bergantung kepada tahap ketahanan badan masing-masing.Bayangkan, disahkan bebas dari COVID-19 tetapi hakikatnya kita masih perlu menanggung kesan jangka panjangnya seumur hidup.Menurut data yang diambil dari Mayo Clinic, antara kesan-kesan yang direkodkan oleh bekas pesakit termasuk mengalami keletihan berpanjangan, sakit otot dan kesukaran untuk bernafas.

Meskipun COVID-19 diketahui umumnya menjangkiti paru-paru, namun ia sebenarnya boleh menjejaskan beberapa organ dalaman manusia. Dalam kes lain, ada pesakit yang turut hilang pendengaran selepas dijangkiti virus itu. Memetik laporan Kompas, kes tersebut membabitkan seorang lelaki Inggeris berusia 45 tahun selepas berlaku kerosakan pada saraf pendengarannya.

Dia dikatakan mula mendengar gema dan dengung di telinga sebelum pekak secara tiba-tiba di telinga kiri — kira-kira seminggu selepas keluar daripada unit rawatan rapi.Ujian dibuat seterusnya mendapati berlaku kerosakan saraf pada telinga, dan gangguan pendengarannya tidak dapat disembuhkan.Bagaimanapun ia sebenarnya bukanlah kes pertama seumpama itu yang pernah direkodkan.

Menurut kajian International Journal of Audiology, 13 peratus daripada 121 pesakit pernah melaporkan perubahan atau gangguan pada deria pendengaran mereka selepas dijangkiti COVID-19.Kajian juga menunjukkan, jangkitan virus boleh menyebabkan pesakit mengalami sudden sensorineural hearing loss dengan cara mengganggu sistem imun dan merosakkan sel halus dalam telinga.

Terkini Saintis Bongkarkan Risiko Tinggi Kepada Kucing Untuk Terkena Covid 19 Yang Juga Memberi Kesan Buruk Kepada Haiwan Yang Lain. Ini Perkara Yang Dilakukan Sekiranya Perkara Itu Berlaku Terutamanya Bagi Pemilik Kucing.

SAINTIS sebelum ini mengatakan bahawa kucing mampu menjadi pembawa dan menyebarkan Covid-19. Terbaharu, para saintis di Amerika Syarikat (AS) kini secara terbuka menyatakan bahawa si bulus juga harus menjalani kuarantin sekiranya tinggal dengan individu yang disahkan positif Covid-19.

Para penyelidik dari Colorado State University di AS mengatakan bahawa sekiranya pemilik kucing terpaksa dimasukkan ke hospital, maka individu yang ditugaskan menjaga haiwan berkenaan harus mengamalkan penjarakkan sosial. “Kucing peliharaan yang dijangkiti tidak boleh dibiarkan berkeliaran di luar rumah secara bebas untuk mencegah risiko kemungkinan ia menyebarkan jangkitan ke kucing atau haiwan l1ar lain,” kata para saintis.

“Oleh itu, jika manusia yang mengalami gejala mengikuti prosedur kuarantin dan tinggal di rumah bersama haiwan peliharaannya, maka risiko ia menjangkiti manusia lain adalah rendah,” demikian kata para saintis berkenaan. Sebelum ini pasukan penyelidik di Institut Penyelidikan Veterinar Harbin di China mengatakan kucing ‘sangat mudah terdedah’ kepada Covid-19 di mana virus itu dapat disebarkan dengan mudah di antara kucing. –Sumber: Mstar

COVID-19: Haiwan peliharaan individu positif perlu dikuarantin

KUALA LUMPUR: Haiwan peliharaan milik individu yang disahkan positif COVID-19 perlu diasingkan dan dikuarantin selama 14 hari, bagi tujuan pemantauan kesihatan. Pensyarah Kanan (Imunologi Veterinar), Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia, Dr Farina Mustaffa Kamal, berkata sekiranya haiwan itu menunjukkan sebarang masalah kesihatan dalam tempoh berkenaan, penjaga perlu merujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah, untuk tindakan susulan.

Katanya, biarpun tiada bukti haiwan peliharaan boleh menyebarkan jangkitan COVID-19, namun ia boleh dijangkiti penyakit itu, seperti dilaporkan Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE). “Dua kes jangkitan COVID-19 membabitkan haiwan peliharaan, iaitu kucing dan anjing sudah dilaporkan di Belgium dan Hong Kong yang berpunca daripada pemiliknya positif wabak itu.

“Jadi, haiwan peliharaan ini disyaki terjangkit daripada kontak rapat individu positif COVID-19, melalui ciuman, pelukan atau pengendalian haiwan, tanpa membasuh tangan,” katanya ketika dihubungi Bernama. Bagaimanapun Dr Farina berkata, setakat ini kes jangkitan ke atas haiwan peliharaan adalah amat terpencil dan tiada maklumat jelas mengenai simptom haiwan dijangkiti COVID-19, malah kebanyakannya tidak menunjukkan sebarang tanda.

“Hanya kes seekor kucing di Belgium yang menunjukkan simptom masalah pernafasan, cirit-birit dan muntah. Namun perlu diingatkan, terdapat agen virus atau bakteria lain yang boleh menyebabkan simptom yang sama pada haiwan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan lebih baik jika langkah kuarantin dan pengasingan diri daripada haiwan peliharaan dilakukan lebih awal, sebaik pemilik menyedari diri mereka mempunyai simptom dijangkiti COVID-19. “Jika waktu itu tiada orang lain yang boleh mengendalikan haiwan milik anda, pakailah penutup muka serta sarung tangan ketika memberi makan dan minum, membersihkan sangkar dan najis haiwan peliharaan itu,” katanya.

Tambah Dr Farina, tiada bukti jelas ada spesis haiwan tertentu yang lebih mudah dijangkiti secara semula jadi, namun beliau menegaskan dalam situasi negara dilanda pandemik COVID-19 ini, pemilik amat digalakkan mengurung haiwan peliharaan di dalam rumah.

“Setakat ini, kajian menunjukkan virus ini (COVID-19) boleh menjangkiti kucing, feret dan monyet. “Namun begitu, feret dan monyet merupakan haiwan makmal yang digunakan dalam kajian berkaitan coronavirus,” jelasnya.

Mengulas mengenai nasib haiwan jalanan pula, Dr Farina berkata kebanyakan kucing jalanan selalunya lebih sukar didekati, kerana ia tidak biasa berinteraksi dengan manusia. “Jadi secara logiknya, kurang kontak rapat seperti ciuman, pelukan antara manusia dan kucing jalanan, namun saranan daripada OIE dan WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) perlu diguna pakai, jika mengendalikan haiwan peliharaan, mahupun jalanan,” jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai coronavirus, jangkitan kuman dan virus terhadap haiwan, Dr Farina berkata secara amnya, coronavirus adalah kumpulan keluarga virus yang besar dan menjangkiti spesis haiwan yang berlainan. Katanya, kebanyakan virus terbabit bukan zoonotik, atau bermaksud jangkitan itu terhad di dalam haiwan sahaja.

“Contoh virus yang boleh menjangkiti haiwan domestik ialah seperti anjing (canine coronavirus), kucing (feline coronavirus), ayam (infectious bronchitis virus), babi (porcine epidemic diarrhea virus dan transmissible gastroenteritis virus).

“Hanya SARS-CoV, MERS-CoV yang dikenal pasti berpunca daripada haiwan, iaitu kelawar dan boleh menjangkiti manusia,” katanya. Sementara itu, katanya bagi SARS-CoV2 iaitu virus penyebab COVID-19, analisa jujukan virus mendapati terdapat 96 peratus persamaan dengan virus yang dijumpai di dalam kelawar, namun kajian lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *