Dimaklumkan PKPD di empat lokaliti telah tamat. DS Ismail dedahkan tempat yang terlibat dan KKM mendapati kes di tempat tersebut menunjukkan trend penurunan dan terkawal

berita

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di empat lokaliti ditamat hari ini.Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Empat lokaliti itu ialah Pnjara Reman dan Kuarters Pnjara Reman di Pulau Pinang serta Pangsapuri Mutiara Kasih dan Taman Khazanah Indah, di Lahad Datu, Sabah.

“Penilaian risiko yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati situasi kes COVID-19 di pnjara ini menunjukkan trend penurunan dan terkawal di mana kes terakhir positif adalah pada 5 November lalu.

“Atas nasihat dan penilaian risiko yang telah dilaksanakan oleh KKM, sidang khas hari ini bersetuju untuk menamatkan PKPD di Pnjara Reman dan Kuarters Pnjara Reman Pulau Pinang pada hari ini sebagaimana yang telah dijadualkan,” katanya pada sidang akhbar di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur hari ini.Bagi dua lokaliti di Sabah, Ismail memaklumkan, sehingga semalam, KKM mendapati kesemua keputusan 5,189 sampel saringan kedua telah diperolehi dengan kesemuanya adalah negatif.“KKM juga mendapati tiada lagi kes baharu positif Covid-19 di kedua-dua lokaliti ini dalam masa 18 hari terkini,” tambahnya. – K! ONLINE

Latar Belakang Sidang Media Harian Jadi Bualan Orang Ramai. Ismail Sabri Terus Terang Hak Milik Barangan Di Rak Kabinet Dan Harap Masyarakat Maklum Dengan Perihal Ini

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan beliau tidak mempromosikan barangan di rak kabinet yang menjadi latar belakang sidang media hariannya di Wisma Pertahanan.Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan, berkata barang yang disusun pada rak kabinet dan kelihatan di belakangnya adalah hak milik Kementerian Pertahanan.

“Ini kabinet MINDEF (Kementerian Pertahanan) yang memang sudah ada dan tidak akan dibuang. Saya tidak tahu apa yang hendak diletakkan di belakang. Maka, saya biarkan dan saya juga tidak mempromosikannya. Sidang media Ismail Sabri sering mendapat perhatian warga maya sehingga ramai yang berseloroh mahu membida setiap barangan dipamerkan di rak kabinet.

Ismail Sabri berkata, sidang media harian beliau adalah bagi memaklumkan berhubung tindakan kerajaan dalam aspek keselamatan bagi membendung penularan COVID-19.Sidang media beliau katanya memberi maklumat kepada orang awam mengenai tindakan kerajaan termasuk penahanan individu ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Saya hanya memaklumkan tindakan harian oleh kerajaan kerana rakyat mahu tahu apa dilakukan pihak berkuasa terhadap pihak yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP).”Ia juga beri kesedaran kepada rakyat kerajaan melakukan sesuatu untuk mengurangkan penularan COVID-19,” katanya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh turut menggesa sidang media harian Menteri Kanan (Keselamatan) dihentikan jika tiada pengumuman substanstif yang dapat membantu rakyat.Hannah melalui ciapannya di Twitter berkata, sidang media bukan tempat untuk mempromosikan baju atau barang pameran di rak.

Kenapa Bahagian Pengurusan Sahaja Bekerja Di Rumah & Bukan Yang Lain? Ini Jawapan Menteri

PUTRAJAYA, 22 Okt – Arahan bekerja dari rumah yang hanya diarahkan kepada pekerja pengurusan adalah untuk mengurangkan pergerakan, umum  Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.“Bayangkan, satu juta yang boleh bekerja dari rumah tidak ke pejabat. Satu juta pergerakan dan satu juta mereka boleh berinteraksi antara satu sama lain juga.

“Jadi bila kita kurangkan pergerakan, mungkin lebih berjaya untuk memutuskan rantaian COVID-19 sebab semakin kurang orang boleh berinteraksi satu sama lain,” katanya dalam sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan pemberita mengenai arahan bekerja dari rumah yang dilihat hanya diberikan kepada bahagian tertentu dan bukan semua.

Dalam pada itu, hasil keberkesanan bekerja dari rumah atas sebab mengurangkan pergerakan tapi dalam masa sama, tempat-tempat awam masih lagi dibuka juga turut dipersoalkan.“Betul, ada pasar malam dibuka, pusat beli-belah dibuka dan sebagainya.“Ianya masih lagi tertakluk kepada kita sebagai individu sama ada kita ingin gunakan kebebasan tersebut tanpa memikirkan kesihatan kita ataupun tidak.

“Tapi kita tidak menutup sektor ekonomi kerana rakyat terpaksa hidup bergantung pada setiap pekerja yang mereka ada,” katanya lagi.Berbalik kepada isu utama, arahan bekerja dari rumah yang tidak diberikan untuk semua bahagian perkhidmatan adalah disebabkan keperluan-keperluan tertentu.

Jelasnya, bagi bahagian pengurusan, tugasan mereka boleh dilakukan di rumah terus, manakala bahagian lain seperti kaunter perkhidmatan pula perlu bekerja di pejabat.“Sebab itulah kita benarkan sebahagian bekerja di rumah, tetapi sebahagian masih diperlukan bekerja di pejabat,” tambahnya.Sumber: RTM

COVID-19: Tudhn Malaysia tidak lakukan sanitasi tidak benar – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: Tudhn bahawa Malaysia tidak melakukan proses sanitasi di kawasan penularan wabak COVID-19 adalah tidak benar.Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata operasi sanitasi dilaksanakan sejak 30 Mac lalu di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang merangkumi sejumlah 135 zon di seluruh negara.

Sejak Mac lalu juga, katanya, sebanyak 10,653 operasi sanitasi tempat awam dilakukan, terbaru semalam yang membabitkan 33 lagi operasi di enam zon merah, 11 zon kuning dan 11 zon hijau di 11 negeri.”Ada video diedar dan sedang tural yang menunjukkan gambar di negara luar yang buat sanitasi dan dikatakan kita tidak buat seperti yang dilaksanakan beberapa negara luar.

“Tdhan kerajaan tidak lakukan sanitasi ini tidak benar,” katanya pada sidang media harian yang disiarkan secara langsung, hari ini.Katanya, operasi sanitasi semalam membabitkan tujuh di Sarawak dan Kedah; Sabah (6); Pulau Pinang (4); Pahang dan Terengganu (2) serta Perlis, Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (1).”Operasi semalam membabitkan 183 anggota bomba, 178 petugas daripada PBT dan agensi lain. Sebanyak 41 jentera bomba turut digunakan semalam,” katanya.

Gesa Hentikan Sidang Media. Hannah Yeoh Lantang Bersuara Ekoran Sidang Media DS Ismail Sabri Menjadi Bualan Orang Ramai Dan Sebab Musabab Dia Mahu Sidang Media Harus Dihentikan

Baru baru ini,ahli Parlimen segambut iaitu,Hannah Yeoh menggesa Menteri Kanan ( Keselamatan ),Datuk Seri Ismail Sabri berhenti mengadakan sidang media hariannya jika tiada pengumuman substantif yang dapat membantu rakyat. Menurut Hannah,sidang media akhbar bukan tempat untuk mempromosikan baju atau barang pameran di rak.

“Ini kerana semakin banyak yang diumumkan, orang awam menjadi semakin keliru.”Hentikan kekeliruan, ia akan menghentikan Covid-19! Apa yang paling menakutkan kita ialah sekiranya Covid-19 tidak pun membunh ekonomi kita, semestinya ketidakcekapan para menteri akan melakukannya!” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Untuk pengetahuan, Hannah yang juga bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut menggesa Majlis Keselamatan Negara (MKN) memuktamadkan semua prosedur operasi standard (SOP) sebelum dikeluarkan tanpa orang ramai perlu menunggu pengumuman kementerian lain sebagai rujukan.

Katanya lagi, SOP panduan bekerja dari rumah (BDR) yang diumumkan sebelum ini terlalu umum dan sangat mengelirukan. Jelasnya, arahan yang mengelirukan dan ‘setengah masak’ mengakibatkan ketidakpastian kepada masyarakat terutama komuniti perniagaan dan mereka yang berkeluarga.”Sektor perniagaan sedang menghadapi suasana kelembapan ekonomi dan berpotensi kehilangan lebih banyak peluang akibat ketidaktentuan ini.

“SOP yang kabur dan mengelirukan turut menyukarkan pegawai penguat kuasa menjalankan arahan dan mengakibatkan berlakunya ketidakadilan dalam kalangan orang awam,” katanya. Pada masa yang sama, Hannah turut menggesa kerajaan segera menjelaskan kekeliruan dan memastikan denda tidak dikenakan kepada mereka yang didapati keliru dengan SOP dikeluarkan dua Menteri Kanan iaitu Ismail Sabri dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Katanya, menteri yang bertanggungjawab harus segera belajar untuk menyelaras secara bersama sebelum sesuatu keputusan diambil kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan sesuatu yang baharu.”PKP bermula sejak bulan Mac lagi, saya cuma mahu mengingatkan mereka (menteri berkenaan) yang masa untuk berbulan madu telah pun tamat,” katanya.

Ramai Rakyat Keliru Dan Runsing Arahan Kerja Dari Rumah. Ini Keterangan Lanjut Dari DS Ismail Sabri Dan Respon Luar Jangkaan Dari Warganet Susulan Berita Tersebut

Semalam,menerusi laporan sidang media khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Menteri Kanan ( Kluster Keselamatan ), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memutuskan bahawa pekerja pekerja di sektor awam mahupun swasta di bahagian pengurusan dan pengawasan di Zon Merah tidak perlu hadir ke pejabat dan boleh kerja dari rumah. Hal ini berikutan untuk mengurangkan pergerakan pekerja yang terpaksa bekerja kerana kilang-kilang dan premis-premis dibuka seperti biasa sehingga dilihat seolah olah seperti tiada kawalan.

9 kes positif di tempat kerja

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob susulan terdapat 9 kes positif melibatkan mereka di tempat kerja. Tambah Ismail Sabri lagi, usaha kerajaan itu adalah bagi membendung penularan wabak Covid-19 dengan mengurangkan pergerakan orang ramai.Untuk memutuskan rangkaian COVID-19 di kawasan PKPB ini, kita mengurangkan pergerakan pekerja. Difahamkan dengan keputusan ini, 1 juta pekerja dapat dikurangkan daripada bekerja di pejabat dan juga sektor-sektor industri dan perkilangan.

Kerja dari rumah mulai 22 oktober. Beliau turut menegaskan agar majikan-majikan mengeluarkan surat pelepasan bagi pekerja-pekerja untuk bekerja dari rumah. Arahan bekerja dari rumah ini akan berkuatkuasa bermula pada 22 Oktober. Perincian mengenai jenis pekerjaan, prosedur operasi standard dan sebagainya akan dimaklumkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam waktu yang terdekat.

Respon warganet.Sementara itu di media sosial, segelintir warganet mendkwa majikan mereka di tempat kerja tidak membenarkan mereka bekerja dari rumah atas pelbagai alasan. Tak kurang juga yang terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh kerajaan kerana bimbang pekerjaan mereka terjejas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *