Benda biasa selalu buat tapi akan jadi kekok lepas COVID19. Ini antara 4 benda yang kerap dilakukan di kawasan awam tetapi agak kekok untuk keadaan yang sekarang

berita

Semenjak COVID19 menular,kehidupan kita mungkin dah tak sama macam dulu. Kehidupan seharian pun kena ikut norma baharu,macam bila keluar rumah mesti kena pakai pelitup muka. Tapi nama pun benda baru,kita mestilah ambil masa nak sesuaikan diri kan. Sebab tu,ada benda benda yang biasa kita buat sebelum ni,sekarang ni rasa macam awkward pula nak buat. Antaranya ialah..

1. Bersin atau batuk dekat public.Ha ni paling highlight of the year! Sebelum ni bila kita rasa nak batuk atau bersin tak adalah nak pandang kiri kanan sangat kan? Tapi sekarang ni, kalau rasa nak terbersin memang sedaya upaya lah cuba nak tahan.

Masalahnya, bukan senang nak tahan bersin atau batuk ni tapi bila dah cuba terlepas jugak, bolehlah nampak orang keliling pandang kita macam nak telan orang! Hahahaha .Padahal bukan sebab sakit ke apa kan? Kadang-kadang tu sebab habuk je. Tapi nak buat macam mana? Tebal muka dan redha je lah…

2. Makan atau minum sambil jalan. Macam yang korang semua tahu, sekarang ni bila keluar rumah memang wajib pakai mask. Kalau tak pakai, get ready je lah nak kena bayar denda RM1,000.Sebelum ni, bila jalan-jalan dekat mall kadang-kadang terasa pula nak beli aiskrim, tapi lepas dah beli, barulah teringat pakai mask, kalau tak makan nanti aiskrim cair membazir je.Terpaksalah buka mask sekejap tapi sepanjang makan aiskrim sambil jalan tu, memang rasa insecure je. Haih stress!

3. Nak salam ke…Antara norma baharu yang sepatutnya kita ikut adalah elakkan bersentuhan dengan orang dan amalkan penjarakkan selamat.Tapi, bila dekat tengah jalan bertembung pula dengan kawan lama atau saudara-mara… Alamak terus jadi krik-krik.Mana taknya, selalu kalau jumpa bukan main terkinja-kinja berpeluk sakan tapi sekarang ni bila jumpa tu fikir jap, patut ke nak salam atau peluk ni? Agak-agak kalau letak tangan dekat dada je dia ambil hati tak? Haa sudah!!!

4. Berhmpit dekat tempat sesak.Kalau ikut kebiasaan, bila pergi atau balik kerja naik pengangkutan awam, berhmpit macam sardin tu bukanlah sesuatu yang luar biasa…Tapi sekarang, kalau dekat tempat sesak, kita sedaya upaya jugalah tak nak tersentuh dengan orang dan nak kekalkan jarak selamat tu tapi kalau dah tak boleh, nak buat macam mana? Doa je lah dalam hati orang kat sebelah menyebelah kita ni okay. Betul tak?

Walaupun semua benda ni ambil masa untuk biasakan diri, dengan peningkatan kes yang berlaku dekat Malaysia ni, kita perlulah utamakan keselamatan dan kebersihan diri serta persekitaran.Paling penting, bila tak ada urusan penting tu kenalah duduk dekat rumah. Tapi, kalau korang ada urusan penting dan terpaksa keluar rumah juga, admin cadangkan korang ambil Grab, sebab…

GrabProtect pastikan perjalanan korang lebih selamat & lebih bersih!

Kalau korang nak tahu, GrabProtect adalah inisiatif Grab untuk pastikan keselamatan pengguna terjamin dengan mengamalkan 6 langkah penting ini…1. Penumpang dan pemandu perlu memakai mask setiap masa. GrabChat mesej akan dihantar sebagai reminder.

2. Sebelum korang book Grab, akan ada borang pengisytiharaan kesihatan untuk penumpang dan juga untuk pemandu tau! Macam kat bawah ni…3. Korang perlu sentiasa bersihkan tangan dengan cecair pembasmi kuman dan pemandu dinasihati untuk sentiasa membersihkan kereta dengan semburan pembasmi kuman selepas setiap perjalanan untuk memastikan ianya lebih bersih dan lebih selamat.

4. Kalau korang nak pastikan Grab yang korang naiki lengkap dengan kit kebersihan, korang boleh book GrabCar Plus yang dilengkapi dengan semburan pembasmi kuman dari Cif dan cecair pembasmi kuman jenama Lifebuoy.5. Jika perlu, korang boleh turunkan tingkap bagi mendapatkan lebih pengudaraan.6. Terakhir sekali, pastikan korang pilih untuk go cashless bagi minimakan sentuhan dengan pemandu.

Tiada Simptom Tapi Kanak Kanak Ini Tidur Dalam Tempoh Masa Yang Agak Lama. Mengejutkan Sekali Kanak Kanak Itu Dilaporkan Sudah Tiada Lepas 15 Jam Keluar Dari Hospital

Dilaporkan seorang kanak kanak telah menghembuskan nafas terakhir disebabkan oleh COVID19 dalam tempoh 15 jam selepas dibenarkan pulang dari hospital,lapor Irish Mirror. Kata ibunya,kanak kanak itu telah jatuh sakit pada Selasa lalu dan dia mula tidur dalam tempoh waktu yang lama. Seterusnya, dia telah dibawa ke hospital pada Khamis setelah mula mntah.

Disebabkan dia tidak mengalami simptom COVID-19 yang biasa seperti demam atau batu, ibu bapanya tidak mengesyaki bahawa dia telah terkena COVID-19.Walaupun doktor telah memberi jaminan bahawa dia boleh keluar dari hospital dan akan baik-baik saja, kanak-kanak tersebut semakin lemah sepanjang malam.

Mnd1ang didapati tidak bernafas dan tidak sedarkan diri ketika diperiksa oleh ibunya pada pukul 3 pagi.Masih lagi berduka dengan pemergian kanak-kanak itu, ibunya berkongsi perasaan sedihnya di Instagram.“Hati saya sangat kosong, bagaimana saya boleh tidur pada waktu malam? Saya sudah kehilangan cinta hati saya,” katanya.Kajian oleh British Medical Journal mendapati bahawa 1% kanak-kanak dan orang muda yang dimasukkan ke hospital UK dengan mempunyai COVID-19 pergi buat selamanya antara Januari dan Julai.Sumber: Irish Mirror

Pesakit Tanpa Simptom COVID19 Mudah Lebih Cepat Hilang Antibodi Berbanding Individu Yang Mempunyai Simptom. Lebih Mengejutkan Individu Berusia 18 Hingga 24 Tahun Lebih Mudah Kena Atas Satu Sebab Ini

Imperial College di London yang menduduki tangga ke 9 dalam carta universiti terbaik seluruh negara menjumpai kajian baru berkenaan virus pandemik itu. Laporan BH mengatakan,satu kajian besar besaran di Britain menunjukkan pesakit COVID19 tanpa simptom dikesan kehilangan antibodi lebih cepat berbanding mereka yang mempunyai simptom.

Penemuan oleh Imperial College London dan firma kajian pemasaran Ipsos Mori itu turut mendedahkan kehilangan antibodi adalah perlahan dalam kalangan berusia 18 hingga 24 tahun berbanding mereka yang berusia 75 tahun.Kajian dari ratusan sampel

Sampel daripada ratusan orang dari England antara pertengahan Jun dan lewat September lalu menunjukkan antibodi virus menurun ke tahap satu per empat.Kajian menunjukkan tahap imun pesakit COVID-19 berkurangan secara beransur-ansur selepas dijangkiti.Seramai 365,000 orang dewasa terlibat dan dipilih secara rambang antara 20 Jun dan 28 September lalu untuk kajian ini.

Hasilnya, mereka mendapati jumlah mereka yang hilang antibodi adalah 26.5% dalam tempoh tiga bulan.Tempoh imuniti masih misteri.Bagaimanapun, Pakar Fakulti Kesihatan Awam Imperial College, Paul Eliott, berkata pihak sains yang terbabit lebih bimbang berhubung perkara yang tidak diketahui mengenai ketahanan antibodi terhadap virus itu.“Tahap imun antibodi ini masih tidak diketahui atau sampai bila sistem imun ini akan bertahan.”

Disahkan Bebas Dari COVID19 Tapi Ada Kesan Sampingan Yang Tak Kita Sangka. Seorang Lelaki Ini Dedah Alami Masalah Deria Ini Sepanjang Hidup

Makluman terkini. Tempoh pemulihan pesakit yang telah dijangkiti COVID-19 berbeza-beza, bergantung kepada tahap ketahanan badan masing-masing.Bayangkan, disahkan bebas dari COVID-19 tetapi hakikatnya kita masih perlu menanggung kesan jangka panjangnya seumur hidup.Menurut data yang diambil dari Mayo Clinic, antara kesan-kesan yang direkodkan oleh bekas pesakit termasuk mengalami keletihan berpanjangan, sakit otot dan kesukaran untuk bernafas.

Meskipun COVID-19 diketahui umumnya menjangkiti paru-paru, namun ia sebenarnya boleh menjejaskan beberapa organ dalaman manusia. Dalam kes lain, ada pesakit yang turut hilang pendengaran selepas dijangkiti virus itu. Memetik laporan Kompas, kes tersebut membabitkan seorang lelaki Inggeris berusia 45 tahun selepas berlaku kerosakan pada saraf pendengarannya.

Dia dikatakan mula mendengar gema dan dengung di telinga sebelum pekak secara tiba-tiba di telinga kiri — kira-kira seminggu selepas keluar daripada unit rawatan rapi.Ujian dibuat seterusnya mendapati berlaku kerosakan saraf pada telinga, dan gangguan pendengarannya tidak dapat disembuhkan.Bagaimanapun ia sebenarnya bukanlah kes pertama seumpama itu yang pernah direkodkan.

Menurut kajian International Journal of Audiology, 13 peratus daripada 121 pesakit pernah melaporkan perubahan atau gangguan pada deria pendengaran mereka selepas dijangkiti COVID-19.Kajian juga menunjukkan, jangkitan virus boleh menyebabkan pesakit mengalami sudden sensorineural hearing loss dengan cara mengganggu sistem imun dan merosakkan sel halus dalam telinga.

Terkini Saintis Bongkarkan Risiko Tinggi Kepada Kucing Untuk Terkena Covid 19 Yang Juga Memberi Kesan Buruk Kepada Haiwan Yang Lain. Ini Perkara Yang Dilakukan Sekiranya Perkara Itu Berlaku Terutamanya Bagi Pemilik Kucing.

SAINTIS sebelum ini mengatakan bahawa kucing mampu menjadi pembawa dan menyebarkan Covid-19. Terbaharu, para saintis di Amerika Syarikat (AS) kini secara terbuka menyatakan bahawa si bulus juga harus menjalani kuarantin sekiranya tinggal dengan individu yang disahkan positif Covid-19.

Para penyelidik dari Colorado State University di AS mengatakan bahawa sekiranya pemilik kucing terpaksa dimasukkan ke hospital, maka individu yang ditugaskan menjaga haiwan berkenaan harus mengamalkan penjarakkan sosial. “Kucing peliharaan yang dijangkiti tidak boleh dibiarkan berkeliaran di luar rumah secara bebas untuk mencegah risiko kemungkinan ia menyebarkan jangkitan ke kucing atau haiwan liar lain,” kata para saintis.

“Oleh itu, jika manusia yang mengalami gejala mengikuti prosedur kuarantin dan tinggal di rumah bersama haiwan peliharaannya, maka risiko ia menjangkiti manusia lain adalah rendah,” demikian kata para saintis berkenaan. Sebelum ini pasukan penyelidik di Institut Penyelidikan Veterinar Harbin di China mengatakan kucing ‘sangat mudah terdedah’ kepada Covid-19 di mana virus itu dapat disebarkan dengan mudah di antara kucing. – Metro.co.uk.Sumber: Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *