Wafariena akui Nurul Ain lebih popular untuk dirinya dan bersyukur ramai yang makin nampak bakatnya sebagai pelakon. Pengikut Instagramnya naik 300,000.

artis berita Dunia Hiburan Uncategorized

Impak drama 7 Hari Mencintaiku 2, nama Wafariena terus dipanggil dengan nama Nurul Ain.

Meraih populariti menerusi drama 7 Hari Mencintaiku 2, pelakon baharu Wafariena Roslan berkata nama watak Nurul Ain sudah sebati dengannya sehingga menjadi panggilan peminat. Meskipun drama itu sudah berakhir kira-kira dua bulan lalu, Wafariena, 25, berkata sehingga kini masih ramai yang memanggilnya dengan nama itu.

“Drama itu memang memberi kesan terhadap karier lakonan saya dan sampai sekarang orang panggil saya Nurul Ain, dekat luar pun orang panggil nama itu. Ada satu kejadian baru-baru ini, seorang makcik tanya saya, saya ini perampas ke? Jadi saya kena terangkan semula beritahu itu lakonan sahaja, dekat luar saya bukan Nurul Ain tetapi Wafariena.

“Tapi sejujurnya saya tak kisah pun orang panggil dengan nama itu kerana memang mereka kenal saya daripada watak berkenaan. Tak adalah sampai nak marah, saya okay sahaja!” katanya.


Ramai orang masih memanggil Wafariena sebagai Nurul Ain.

Wafariena ditemui semasa sesi pengenalan drama Baby Tak Gila yang diadakan di pejabat urusan Pencil Pictures dan Records di Petaling Jaya, Selangor pada Isnin. Menerusi drama 7 Hari Mencintaiku 2 itu, watak Nurul Ain diwujudkan sebagai perosak rumah tangga Mia, lakonan Siti Saleha dan Khuzairi (Shukri Yahaya).

Wafariena lebih selesa untuk mengabaikan sahaja.Sejak Dulu lagi perngainya bukan nak berlawan di sosial media .

Menyedari kehidupan sebagai selebriti tidak boleh lari daripada kecaman warganet, Wafariena berkata dia lebih selesa mengabaikan sebarang bentuk komen negatif yang ditulis di media sosial miliknya.

“Gara-gara drama itu, pengikut di Instagram naik lebih 300,000. Alhamdulillah ramai yang mula nampak bakat saya. Kebanyakan yang follow itu orang yang kecam saya kerana watak Nurul Ain!

“Tapi saya tak kisah pun mereka nak kecam atau apa… saya anggap mereka adalah penyokong saya kerana ini membuktikan watak yang saya bawa itu berjaya.

Selain berlakon, Wafariena juga merupakan seorang penyanyi.

“Kalau yang kecam kerana hal peribadi sekalipun saya tak balas atau jawab, saya lebih selesa abaikan sahaja. Bukan bermaksud sombong tapi memang sejak dulu bukan perangai saya nak berlawan di media sosial,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Wafariena merupakan salah seorang daripada 24 penyanyi amatur yang mengambil bahagian dalam rancangan Vokal Mania yang bersiaran setiap 9 malam, Sabtu. Sebelum dikenali menerusi watak Nurul dalam drama tersebut, Wafariena sebenarnya mempunyai single berjudul Nafas Cinta dan Carilah Aku.

Wafariena mahu dikenali sebagai penyanyi dan dia juga cuba nasib bertanding dalam Vokal Mania. Wafariena juga sudah mempunyai 2 single sebelum ini.

Wafariena bermula dari bidang nyanyian sebelum menceburi lakonan.

Kemunculan pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 2, iaitu Wafariena menerusi program nyanyian Vokal Mania pada Sabtu lalu mencuri perhatian penonton.

Rata-rata warganet tidak menyangka Wafariena, 25, yang juga salah seorang penyanyi amatur atau digelar ‘rookie’ dalam program itu mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.

Nyanyian Wafariena dalam Vokal Mania tarik perhatian.

“Alhamdulillah… saya menerima banyak komen yang positif selepas program tersebut. Saya sudah lama impikan untuk menyanyi di pentas seperti itu. Menyertai program itu buat saya rasa gembira. Sejak kecil lagi memang impian saya nak jadi seorang penyanyi. Tapi saya ada juga terima komen berbentuk sepeti perli saya. Ada yang kata saya nak buat semua, berlakon nak, menyanyi pun nak juga. Sebenarnya ramai yang keliru. Mereka fikir saya dah berlakon, lepas itu nak lompat jadi penyanyi. Sedangkan sebenarnya saya memang bermula dengan nyanyian,” katanya.

Wafariena akui kalau dulu fokusnya hanyalah pada nyanyian tapi kali ini, dia sudah boleh buat kedua-duanya.

Wafariena merupakan salah seorang daripada 24 penyanyi amatur yang mengambil bahagian dalam rancangan Vokal Mania yang bersiaran setiap 9 malam, Sabtu.

Kesemua peserta Rookies perlu berentap dengan penyanyi berpengalaman atau digelar idol iaitu Tomok, Lan Solo, Aina Abdul dan Indah Ruhaila bagi merebut gelaran juara.

Sebelum dikenali menerusi watak Nurul dalam drama tersebut, Wafariena sebenarnya mempunyai single berjudul Nafas Cinta dan Carilah Aku.

Wafariena bersyukur diberikan peluang untuk berlakon.

Dalam pada itu, Wafariena meluahkan rasa syukur kerana diberikan peluang untuk berlakon terutama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Masa awal-awal PKP itu, aktiviti seni saya terjejas juga sebab ketika itu fokus saya hanya pada nyanyian. Waktu itu, tiada sebarang acara boleh dijalankan.

“Alhamdulillah… selepas diberi peluang dalam lakonan, saya banyak terima tawaran ke arah itu pula.

“Kalau dulu fokus saya hanya pada nyanyian tapi kali ini, saya boleh buat kedua-duanya… berlakon dan menyanyi,” ujarnya.

Wafariena akui dia pernah digoda suami orang.Dia juga menafikan perangai untuk mermpas suami orang.

Wafa dikecam gara-gara watak Nurul Ain yang ingin mermpas kebahagian Mia (lakonan Siti Saleha).

Watak sebagai Nurul Ain yang ingin merampas suami kepada Mia Adriana (Siti Saleha) iaitu Kuzairi lakonan Shukri Yahaya menerusi drama 7 Hari Mencintaku 2 membuatkan pelakon Wafariena dikecam teruk oleh warganet di laman sosial.

Bagaimanapun Wafariena atau lebih mesra disapa Wafa, 25, berkata karakter sebenarnya sangat berbeza dengan watak Nurul Ain dalam drama tersebut dan dia tidak pernah terfikir untuk mermpas suami orang.

Pemilik nama Wafariena Roslan mengakui pernah dignggu lelaki berstatus suami orang namun dia tidak pernah melayan godaan tersebut.

“Wafariena dan Nurul Ain adalah orang yang sangat berbeza. Memang karakter kami tidak sama pun dan banyak perbezaan. Nak rmpas suami orang itu, memang tidak la. Kalau orang tak kenal saya, mesti akan fikir saya smbong.

“Tapi kalau dah kenal, memang saya suka mengusik orang dan gemar bercakap. Tak kenal kata kita pendiam, dah kenal dia suruh kita duduk diam.

“Sebenarnya sebelum saya dikenali, ada saja suami orang yang mengnggu saya. Tapi memang saya tak layan langsung. Saya pula memang jenis keluar bersama keluarga, jadi orang takut nak kacau.”

Wafariena dikatakan membuka tudung selepas sudah popular. Walhal dia sememangnya tidaklah memakai tudung sebelum munculnya watak Nurul Ain.

Menerusi drama yang mengisi slot Akasia itu, watak Nurul Ain diwujudkan sebagai perosak rumah tangga Mia, lakonan Siti Saleha dan Khuzairi (Shukri Yahaya).

Lakonan tersebut berjaya membuatkan penonton tidak berpuas hati dengan Nurul Ain sehinggakan ada yang memanggilnya dengan perkataan tidak baik serta dikatakan mahu simbah asid.

Dalam pada itu, Wafa yang juga seorang penyanyi ini juga mengakui ada segelintir warganet menyangka dirinya membuka tudung sedangkan pemakaian hijab itu hanya untuk watak dalam drama tersebut.

“Sehingga kini masih ada lagi yang kecam saya di DM dan komen di Instagram saya tapi saya biarkan sahaja. Tapi ada yang tidak puas hati kenapa saya buka tudung selepas dikenali. Sedangkan saya memang tak pakai tudung pun tapi untuk watak Nurul Ain sahaja saya pakai. Tapi orang yang baru nak follow saya memang tak tahu yang saya sememangnya tidak bertudung,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *