Tular seorang nenek yang tinggal di rumah tanpa tandas dan dapur. Dia menampung hidupnya dengan mengambil upah kopek ikan bilis RM1 sekilo.

Kehidupan Keluarga KESIHATAN Viral

Tidak mahu susahkan anak-anak. Itu jawapan ibu tunggal Rabiah Jusoh, 70, sambil mengesat air mata merenung pondok usang berhampiran muara di Kampung Pauh 100, Tumpat yang didiaminya sejak 12 tahun lepas.

Menurut Sinar Harian, pondok itu terletak bersebelahan rumah anak bongsu lelakinya berusia 34 tahun dan ianya dibina sendiri dengan kudratnya dari kayu-kayu terpakai yang dikutip di sekitar kampung.

Tak ada tandas, dapur

Lebih menyedihkan, rumah pondok itu tidak mempunyai tandas serta dapur. Nenek Rabiah akan mandi di luar rumah menggunakan air paip yang disambung dari rumah anaknya itu.

“Pondok ini ada sebuah bilik, ada ruang tamu yang digunakan untuk sembahyang tetapi tidak ada dapur atau tandas. Kalau hendak mandi, hanya di luar rumah dengan air paip yang disambung dari rumah anak. Cuma untuk lepas ‘hajat’, saya gali tanah dan kambus selepas selesai. Kehidupan saya terlalu sedih tetapi saya tidak mahu tinggal bersama anak-anak kerana mereka pun bukan orang senang.“Kalau hujan dan ribut terlalu kuat, pondok akan bergegar macam nak roboh. Saya akan menyelamatkan diri ke rumah rakan berhampiran.”

Anak ajak tinggal bersama

Menurut Harian Metro, nenek Rabiah berkata dia tidak mahu susahkan tiga anaknya yang sudah berumah tangga apatah lagi mereka hanya melakukan kerja kampung.

“Saya tidak mahu tinggal dengan mereka walau sering diajak kerana mereka juga susah dan perlu menanggung keluarga. Malah, ada salah seorang anak saya terlantar sakit strok. Saya ada empat anak berusia 34 sehingga lewat 40-an, semua sudah berkeluarga. Anak sulung lelaki meninggal dunia dua minggu lalu, seorang lagi anak lelaki lumpuh kerana penyakit angin ahmar dan dibantu anaknya menjual kuih, sementara yang bongsu lelaki seorang nelayan.” Walau sedih macam mana sekalipun, saya tidak mahu menyusahkan anak-anak.”

Ambil upah kopek bilis untuk sara hidup

Nenek Rabiah juga menyara kehidupannya sendiri dengan mengambil upah membersihkan ikan bilis. Hasilnya, dia mendapat bayaran RM1 bagi setiap sekilogram dan mampu menyiapkan sebanyak 30 kilogram seminggu. Disebabkan itu jugalah kulit jarinya menggelupas.

“Baru-baru ini ada yang hantar kayu untuk bantu baiki pondok ini tetapi tidak mencukupi. Saya pula tidak ada duit untuk membeli lebihan kayu. Tanah ini dibeli dengan harga RM10,000, namun masih berbaki hutang RM5,300.”

Kisah nenek Rabiah telah mendapat perhatian kumpulan aktivis masyarakat Cempaka Merah Asnaf Society yang sudah melakukan hebahan mengenai keadaannya. Mereka juga berhasrat untuk membantu membina rumah baru yang lebih selesa untuknya.

Sudah ada beberapa pihak memberi bantuan dalam bentuk bahan binaan serta kewangan. Kami akan segera bina rumah baharu untuk Mak cik Rabiah.”

Jika anda ingin menghulurkan sumbangan atau dana buat nenek Rabiah, boleh transfer menerusi akaun Bank Islam di bawah Cempaka Merah Asnaf Society iaitu 03072010137874.

Penyanyi era 90-an ini tinggal di sebuah pondok tanpa punca pendapatan air. To’ki bersyukur kerana hidup bahagia bersama isteri.

Bagi mereka yang lahir pada tahun 80-an, pasti mereka familiar dengan penyanyi era 90-an To’ki yang terkenal menerusi lagu Biasan dan Seni Berzaman ini.

Amat menyayat hati apabila Astro Awani kongsi kehidupan terkini penyanyi tersebut yang kini tinggal di pondok kecil di pinggir hutan di Batu 12 Gombak, Selangor sejak tahun lalu.

Bagaimanapun To’ki atau nama sebenarnya, Mohd Zaki Mansur dengan hati terbuka menyatakan bahawa dia tidak pernah mengeluh, jauh sekali menyesali ketentuan takdir.

“Walaupun nampak macam ini (serba kekurangan) tetapi saya damai bersama isteri.” lagi, pondok itu yang dihasilkan daripada hasil kerja tangannya itu memberikan sentimental buatnya dan baginya ia tidak ubah seperti ‘syurga’ buatnya dan isteri.

Malah, pondok itu jugalah yang menjadi tempat untuknya mencari ilham dalam berkarya biarpun sedar iklim industri muzik tanah air tidak begitu memberangsangkan. Namun, ia aspirasi To’ki untuk berkarya tidak pernah pudar. Dia juga berikrar untuk kembali bangkit memperkasakan namanya walapun harus berhadapan dengan cabaran.

Sekarang ini pendapatan saya bergantung kepada jemputan menyanyi di restoran atau majlis-majlis kecil sahaja”. Katanya lagi berkarya itulah satu-satunya kerja yang mampu dilakukan To’ki dan kini punca pendapatannya sangat terbatas.

Menurut Astro Awani lagi, To’ki tidak begitu gemar untuk terlalu terbuka bercerita mengenai kesulitan hidup yang dilaluinya kerana enggan orang ramai berprasangka. Dia lebih senang berkongsi idea dan hasratnya untuk kembali ke industri muzik tanah air untuk memperbaiki taraf kehidupannya itu. “Nak buat macam mana ini sahaja yang termampu.”

Akui kediamannya itu tidak sempurna To’ki ingin menambahbaiknya lagi. Tetapi, apakan daya ianya terbatas kerana memerlukan kos tinggi dan ia diluar kemampuannya. Lebih menyayat hati lagi, bekalan air harus diangkut sendiri oleh To’ki dari sungai berdekatan.

Bahkan, untuk menyelesaikan ‘hajat’ juga terpaksa ke sungai memandangkan pondok kediaman itu tidak memiliki tandas.

Bahkan dugaannya bertambah apabila pergerakan isterinya terbatas kerana mengalami patah tulang pinggul akibat kemalangan yang dialaminya 10 Jun lalu.

“Paling sukar bila tiap kali nak turun atau naik sebab (tanah) curam. Kalau saya naik kerusi roda sekurang-kurangnya perlu tiga orang (untuk bantu) tolak.Memang sukar keadaan masa ini, namun saya dan To’ki terima nasib kami. Saya kena sesuaikan diri saya. Itu sahaja yang kami mampu,” kata isterinya

Tambah To’ki, sekiranya ada rezeki, dia mahu mengusahakan pemasangan paip bagi membolehkan bekalan air dipam dari sungai berdekatan ke kediamannya bagi memudahkan urusan kehidupan harian.

“Kalau ada bajet saya nak tarik (pam) air dari sungai ke sini (kediaman) selain tangki air dan tandas, selagi tidak ada semua itu, kami terpaksa turun (ke sungai),” kata To’ki menyuarakan keinginanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *