Penduduk di Kedah buka mulut kerana tiada siapa yang berani ambil air di telaga itu. Walaupun pada musim kemarau.

berita Covid 19 Infomaklumat ISU SEMASA Uncategorized

Sekalipun musim kemarau, sebuah telaga di Kampung Bukit Teriak, Pokok Sena, Kedah didakwa tidak pernah kering seperti kebanyakan telaga di tempat lain. Bahkan, menurut penduduk tempatan, tiada siapa pun masyarakat di situ yang berani untuk mengambil air daripada telaga tersebut sehingga kini. Hal ini kerana, telaga berkenaan dipercayai mempunyai kaitan dengan cerita-cerita mistik yang dipercayai ada penunggunya. Menurut seorang penduduk, Mon Shamsu, 76, orang kampung di situ tidak mengambil air di telaga berkenaan kerana bimbang dengan kejadian buruk yang bakal menimpa mereka. Mengikut kisah turun temurun penduduk setempat, katanya, telaga tersebut dikatakan milik hantu pari yang turun dari bukit berdekatan, Bukit Teriak.“Telaga ini sedalam tiga meter dan terdapat batu hampar di bawahnya, selain ada satu keunikan kerana ia mempunyai tujuh telaga kecil dengan setiap daripadanya dikatakan berlainan warna airnya,” katanya seperti yang dilapor Kosmo!

Bahkan, sehingga kini, katanya, masih ada lagi penduduk yang tidak berani untuk datang menghampiri ke kawasan telaga tersebut.Difahamkan, misteri telaga itu juga berkait rapat dengan cerita-cerita mistik Bukit Teriak yang menjadi bualan penduduk setempat sebelum ini.Jelasnya, suatu ketika dahulu, ada penduduk kampung pernah mendengar bunyi seolah-olah orang menjerit dari atas bukit sehingga mereka tidak berani untuk ke kawasan tersebut.Bgaimanapun, katanya, seorang penduduk kampung bercakap besar dengan menyatakan tiada apa yang perlu ditakuti di atas bukit berkenaan.“Jadi satu hari, dia naik ke atas bukit tetapi malangnya tidak turun. Ada yang mengatakan dia dimakan harimau atau disorok bunian,” ceritanya.

Katanya, sejak kejadian itu, penduduk kampung dikatakan mula takut dan risau untuk naik ke atas bukit tersebut.Bagaimanapun, seorang lagi penduduk, Hamid Ismail, 78, berkata, nama Kampung Bukit Teriak itu sendiri diambil sempena satu kisah yang berlaku di situ puluhan tahun lampau selepas terdengar tangisan bayi di kawasan hutan.“Teriak dalam loghat utara membawa maksud menangis dan nama kampung ini iaitu Kampung Bukit Teriak ini dikatakan bersempena tangisan bayi di dalam hutan itu,” ceritanya.Perkataan teriak pada nama kampung tersebut bermaksud seruan dengan suara yang keras dan nyaring kerana meminta tolong, menjerit, melaung atau memekik.

Sumber: Kosmo!

Lebih 1.1 juta pengguna akaun berdepan gangguan bekalan air lagi

Lebih 1.1 juta pengguna akaun melibatkan 1,279 kawasan bakal mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual yang dijangka bermula petang ini susulan penutupan empat Loji Rawatan Air (LRA). Kawasan tersebut merangkumi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Pengurusan Air Selangor Berhad (Air Selangor) dalam kenyataan sebentar tadi memaklumkan bekalan air akan ditutup bermula pukul 6 petang ini. Menurutnya, pencemaran di muka sauk LRA Rantau Panjang dikesan pada tahap 8 ton manakala LRA Sungai Selangor bagi Fasa 1,2 dan 3 adalah 4 ton setakat pukul 2.30 petang tadi.

“Usaha untuk mencairkan bahan pelarut dan ‘flushing’ bahan pencemaran yang terdapat di dalam Sungai Selangor telah dilakukan dengan melepaskan air dari  Empangan Sungai Selangor sebanyak 300 juta liter sehari dan empangsan Sungai Tinggi sebanyak 500 juta liter sehari. Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) pula telah melepaskan air mentah melalui operasi pengepaman kolam KL Larut dengan kapasiti 192 juta liter sehari untuk tujuan yang sama,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan empat buah LRA dihenti tugas berikutan pencemaran bau bahan pelarut yang dikesan di Sungai Selangor hari ini. LRA itu adalah Sungai Selangor Fasa 1,2,3 dan LRA Rantau Panjang yang dihenti tugas pukul 12.20 hingga 12.45 tengah hari tadi.

Ini merupakan kejadian ketiga berturut-turut berlaku dalam tempoh tiga bulan bermula September lalu yang mengakibatkan henti tugas di LRA sama. – K! ONLINE

LRA rantau panjang SSP 1 2 dan 3 telah dihenti susulan tugas pencemaran bau

Henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, Sungai Selangor Fasa (SSP) 1, 2, dan 3 menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual melibatkan 1,139,008 akaun pengguna di Lembah Klang. 

Gangguan bekalan itu merangkumi 1,279 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat mulai 6 petang ini berikutan pencemaran sumber air mentah. 

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkara itu lanjutan kepada kenyataan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berhubung pencemaran bau seakan pelarut di Sungai Selangor. 

“Air Selangor ingin memaklumkan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang berikutan pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor pada pukul 12.45 tengahari tadi.

“Sehingga pukul 2.30 petang ini, pencemaran di Muka Sauk LRA Rantau panjang pada tahap 8 TON dan LRA SSP1,2 dan 3 pula pada tahap 4 TON.

“Usaha untuk mencairkan bahan pelarut dan pancut bahan pencemaran yang terdapat dalam Sungai Selangor telah dilakukan dengan melepaskan air dari Empangan Sungai Selangor sebanyak 300 juta liter sehari dan empangan Sungai Tinggi sebanyak 500 juta liter sehari,” katanya. 

Dalam pada itu, beliau berkata Lembaga Urus Air Selangor telah melepaskan air mentah melalui operasi pengepaman kolam KL Larut dengan kapasiti 192 juta liter sehari untuk tujuan yang sama.

“Air Selangor amat memahami situasi para pengguna yang memerlukan air bersih terutama semasa peningkatan kes COVID 19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ini dengan mengambil segala usaha bagi meminimakan impak gangguan kepada para pengguna yang terjejas,” katanya. 

Maklumat lanjut berkenaan gangguan bekalan air tidak berjadual akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com

Terdahulu, LUAS dalam kenyataan di laman Facebook memaklumkan Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, Sungai Selangor Fasa (SSP) 1, 2, dan 3 telah dihentikan tugas pada jam 12.20 hingga 12.45 tengah hari tadi berikutan pencemaran bau yang didakwa seakan-akan solvent (pelarut) telah dikesan di Sungai Selangor.

“Bau telah dikesan sekitar 8 TON di LRA Rantau Panjang. Berdasarkan pemantauan LUAS setakat 6 pagi tadi rekod bacaan terakhir masih 0 TON. LUAS, Air Selangor dan pihak-pihak terlibat sedang menjalankan siasatan dan tindakan mitigasi segera. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” menurut LUAS. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *