Kerajaan tampil menjawab isu warganet. Menjelaskan bahawa isi petrol dan membuat pembayaran tidak perlu lagi mengimbas Mysejahtera.

Amalan berita Covid 19

Gambar sekadar hiasan.

Sebelum ini China Press melaporkan bahawa, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Datuk Mior Faridalathrash Wahid menegaskan agar setiap individu perlulah mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera walau pun tidak memasuki kedai serbaneka di stesen berkenaan.

“Jika tidak mendaftar atau mengimbas kod QR premis berkenaan, bagaimana pihak polis boleh mengesan individu terbabit jika terdapat kes Covid-19 di situ?”

Isu ini mula timbul berikutan dengan satu klip audio seorang lelaki mendakwa bapanya didenda RM1,000 kerana tidak mendaftar dengan aplikasi itu ketika mengisi petrol di stesen minyak.

Namun begitu, laporan Free Malaysia Today hari ini bahawa Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) menjelaskan bahawa tiada keperluan mengimbas kod QR MySejahtera ketika mengisi minyak.

Ia susulan laporan semalam menyatakan orang ramai boleh didenda jika tidak berbuat demikian. Kenyataan itu dibuat menerusi maklum balas e-mel kepada pertanyaan umum yang sumber ajukan.

“Perjumpaan singkat seperti mengisi petrol di stesen minyak atau membuat pembayaran tidak perlu mengimbas MySejahtera,” menurut e-mel itu. Malah, sumber sendiri telah mendapatkan pengesahan daripada pegawai Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai perkara ini.

Penjaga Pasar Awam disaman kerana menggantikan cecair pembasmi kuman dengan air paip. Dikenakan kompaun oleh Pihak Berkuasa.

Dalam norma baharu ini, sudah pasti kita sudah terbiasa dengan prosedur operasi standard (SOP) ketika berada di tempat awam. Memakai pelitup muka, mengimbas kod QR, mengambil suhu badan dan menggunakan cecair pembasmi kuman adalah antara SOP yang perlu kita patuhi.

Pernah atau tidak, ketika korang menggunakan cecair pembasmi kuman semasa di pasaraya atau pusat membeli-belah, ada kalanya cecair pembasmi kuman yang disediakan terasa seperti air biasa sahaja?

Sumber: Gambar Hiasan

Namun ianya tidak mustahil! Ada kemungkinan pemilik premis ingin mengurangkan kos perbelanjaan bagi membeli cecair pembasmi kuman disebabkan harganya yang agak mahal dan perlu dibeli dalam kuantiti yang banyak.

Seperti kejadian yang berlaku di Kulim, Kedah ini. Namun, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Tindakan licik seorang penjaga pasar awam di Kulim ini akhirnya dapat dihidu oleh pihak berkuasa apabila dia didapati menggantikan cecair tersebut dengan air paip. Tergamaknya!

Lelaki yang berusia 38 tahun itu telah didakwa di bawah Akta 342 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana menukarkan cecair pembasmi kuman dengan air paip. Malah lelaki itu juga dikompaun sebanyak RM1,000 kerana tidak mematuhi SOP,  lapor Astro Awani.

Sumber: Astro Awani

“Kami bimbang. Harap semua patuh SOP” – Ketua Polis Daerah Kulim

Susulan peningkatan kes jangkitan COVID 19 di Kedah, Ketua Polis Daerah Kulim, Supt Azhar Hashim menegaskan agar semua penduduk tempatan mematuhi SOP ketika berada di luar rumah.

“Saya juga berharap pelanggan mematuhi semua SOP yang ditetapkan seperti penggunaan pelitup muka dan diharap ia akan dipatuhi sepenuhnya. Kami dan agensi berkenaan akan sentiasa memastikan semua SOP ini diikuti”

Sumber: Astro Awani

Kepada peniaga di luar sana, janganlah memperdaya orang awam atas dasar keuntungan. Jika kita sama-sama menjaga antara satu sama lain pasti kita dapat hentikan wabak ini daripada terus menular.

“Gunalah minyak tanah sebagai cecair pembasmi kuman” – Presiden Filipina

Pelbagai cara dan alternatif dibuat manusia, bagi melindungi diri masing-masing daripada terkena jangkitan COVID-19. Ada yang sanggup telan cecair peluntur dan minuman yang tidak halal

Malah beberapa pemimpin dunia juga dilihat ada yang mengusulkan saranan dan cadangan yang bertentangan dengan fakta perubatan. Antaranya suntik cecair peluntur dan minum tonik herba untuk menjamin kekebalan tubuh badan.

Terbaru di Filipina, Presidennya Rodrigo Duterte dilapor menyarankan orang ramai supaya membersihkan topeng muka mereka menggunakan minyak tanah.

Menurut laporan Manila Bulletin, saranan itu dibuat sebagai alternatif atau pengganti buat mereka yang tidak mampu mendapatkan produk pembersih beralkohol.

Meskipun ramai yang beranggapan beliau sekadar berseloroh dengan mengeluarkan kenyataan tersebut, presiden itu sekali lagi tampil menegaskan bahawa beliau tidak bergurau.

Sekiranya anda tidak mampu dan sukar untuk mendapatkan alkohol, pergi saja ke stesen minyak dan dapatkan sedikit dua minyak tanah. Ia boleh digunakan untuk membasmi kuman. – Rodrigo Duterte

Dalam kenyataan rasminya minggu lalu, Duterte mengumumkan rancangannya untuk memberi topeng muka percuma kepada orang ramai sebagai langkah membendung penularan COVID-19. Dan beliau mencadangkan orang ramai agar menggunakan minyak tanah untuk membersihkan topeng muka mereka.

Untuk rekod, difahamkan setakat ini kes jangkitan COVID-19 di republik itu semakin menghampiri 90,000 kes dengan kira-kira hampir 2,000 kes pemergian.

Minuman bergas bukan sahaja penyebab diabetes, ketahui 5 penyakit lain yang berbahaya

Minuman bergas memang tidak baik untuk kesihatan.

Ramai cukup suka minum minuman berkarbonat meskipun tahu ia tidak baik untuk kesihatan. Paling popular, ia dikaitkan dengan penyakit diabetes memandangkan ia mengandungi gula yang sangat tinggi.

Satu botol soft drink biasanya mengandungi 39 gram gula dan ia sangat tinggi apatah lagi kita hanya disarankan untuk mengambil kadar gula yang rendah setiap hari.

Tetapi ia bukan sahaja menyebabkan peningkatan gula dalam darah serta risiko diabetes, minuman berkarbonat juga boleh mendatangkan penyakit lain termasuklah;

1. Meningkatkan risiko mati mengejut

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal JAMA Internal Medicine mendapati pemanis buatan seperti minuman ringan meningkatkan risiko kematian mengejut sebanyak 26 peratus.

Kajian ini mengikuti 450,000 orang Eropah dalam jangka masa 16 tahun dan mengesan kadar kematian para peserta. Satu lagi kajian yang diterbitkan dalam Circulation mendapati bahawa walaupun hanya mengambil 340 gram gula dalam minuman ringan sehari dapat meningkatkan risiko serangan jantung sebanyak 20 peratus. Ini kerana soda mempunyai sifat keradangan.

2. Mengganggu waktu tidur

Dalam kajian dilakukan Sleep Health mendapati, tidur yang terganggu boleh disebabkan oleh pengambilan air bergas dalam kuantiti yang banyak.

Daripada 18,000 peserta mereka yang minum air berkarbonat hanya dapat tidur selama lima jam atau kurang.

3. Menyebabkan masalah kulit

Terlalu banyak minum air bergas dapat membuatkan masalah jerawat semakin teruk. Hal ini dibuktikan oleh satu kajian pada 2019 yang menjelaskan gula penyebab kepada keradangan pada kulit.

4. Merosakkan gigi

Menurut kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Dentistry, minuman soda berwarna yang lebih gelap dapat merosakkan dan menghakis permukaan gigi.

American Dental Association menjelaskan gula merupakan penyebab utama kerosakan gigi.

5. Meningkatkan berat badan

Selain tinggi kandungan gula, minuman ringan juga tinggi kalori iaitu boleh mencapai 140 kalori untuk satu hidangan. Kedua-dua faktor ini dapat membuatkan berat badan bertambah dengan lebih cepat.

Kajian dilakukan The American Journal of Clinical Nutrition juga mendapati minuman yang dibuat menggunakan sirap jagung fruktosa cukup sinonim dengan punca obesiti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *