Ika Nabila tampil menunjukkan kini dia sudah berhijab. Dia meminta warganet untuk mendoakannya.

artis Dunia Hiburan Uncategorized

Foto pelakon Ika Nabila yang tampil dengan imej bertudung sejak lima hari lalu mendapat perhatian pengikutnya. Menerusi Instagram miliknya, Nabila memberitahu dia sedang menyesuaikan dirinya dengan imej baharu itu dalam masa yang sama menjadi ibu dan isteri yang baik.

“Saya menerima banyak panggilan dari semua medium yang bertanyakan banyak soalan mengenai imej baharu saya. Sebenarnya saya sedang menyesuaikan diri dan masih mencuba untuk menjadi seorang yang lebih bagus, sebagai seorang isteri dan ibu juga. Doakan saya ya, sepertimana saya mendoakan kamu semua. Segan sebenarnya,” katanya.

Ika berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya manis berhijab. Dalam tinjauan Gempak, rata-rata mengucapkan tahniah di atas penghijrahan tersebut dan mendoakan agar pelakon itu terus istiqamah.

Sekadar info, Ika mendirikan rumah tangga dengan  Muhammad Zaid Aznam pada 30 Julai 2016 dan menimang cahaya mata lelaki, Muhammad Noah Zayn pada 23 Oktober 2019.
 

Ika Nabila Akui Tak Dapat Lupakan Pengalaman Bersalin. Terkedu Ika Nabila Kongsikan Detik Cemas Ketika Melahirkan Putera Sulung.

Pelakon Ika Nabila berkongsi pengalamannya melahirkan anak sulung, Noah Zayn setahun yang lalu. Sempena ulang tahun kelahiran pertama puteranya itu, Ika mengimbau kembali detik-detik cemas anaknya dilahirkan. Menurut Ika sehari sebelum kelahiran anaknya, dia sudah mula rasa kontraksi dan keluar tanda. “Bermula 22 October 2019 : 2am tu dah rasa sakit. Tahan. Takut.

Ingat lagi malam tu tak boleh tidur langsung tak sanggup tunggu sampai subuh bagitau suami dia kata “You think too much. Tido,” dan dia berdengkur. “The longest night ever. Finally subuh & wake him up “Sayang, I think it’s time” Tapi he still chill. I did ask him kenapa dia chill sangat tahu tak dia kata apa? “Because you looked fine tak macam dalam movie” Haha dia ingat I masih ada masa nak test my acting skill ke?”

“I was ready lepas subuh tu mandi ada spotting. Nearly scream dalam sakit takut boleh senyum lagi bagitau suami “Sayang! Kita nk jumpa dia dah OMG! Kita nk jadi mak bapak dahhhhh,” ceritanya teruja. Ika berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri tersebut dia berkongsi juga video sebelum dan ketika melahirkan anaknya. Tambah Ika, dia bersyukur kerana ibu dan keluarga mertuanya banyak memberi kata-kata semangat selain ditemani suami tersayang. Wanita itu mengakui pengalaman bersalin ini tak dapat dilupakan kerana kesakitan yang ditanggung amat tinggi sejak bukaan 2cm (sentimeter).

“Sampai hospital terus ke LR (dewan bersalin). Wow! Nak bersalin dah ke? Doctor masuk. “Ika are you ready to meet your little one?” Cek bukaan baru 2cm! Hahahahahhaha kenapa sakit mcm kepala dah nk keluar?,” ceritanya lagi. Ika akhirnya selamat melahirnya anaknya secara normal lewat malam dan memasuki keesokan harinya pada 23 Oktober 2019.

“Suami cakap, “Sayang I nampak kepala dia sayang! Sikit lagi sayang sikittt lagi. Tahan nafas push jangan sedut.”. “Suami cakap lagi “Sayang jerit sayang tak apa jerit jeeee.” Dalam hati nk gelak. Kenapa dia suruh aku jerit eh?. “Akhirnya 1203am 23rd October 2019. Lahirlah zuriat yg dinanti. 3.25kg. Longgggg gentle normal delivery,” katanya. Ika dan suaminya, Muhammad Zaid Aznam diijabkabulkan di Dewan Batu Maung, Pulau Pinang pada 30 Julai 2016.

sumber- GEMPAK

Ikhtiar berubat dengan Ustaz mahukan cahaya mata. Ika Nabila dedah dia sanggup minum satu air ini dan banyak lagi dia lakukan untuk hamil selepas kahwin

Seperti yang kita tahu, setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata sebagai pelengkap dalam kehidupan berumah tangga. Walaubagaimanapun,tidak semua pasangan dikurniakan rezeki anak dalam mahligai yang dibina. Hal ini,ada pasangan yang mengambil masa bertahun tahun sebelum mereka mampu bergelar ibu dan bapa.

Menurut pelakon Ika Nabila sendiri,dia mengakui telah melakukan pelbagai ikhtiar untuk hamil selepas berkahwin termasuklah pergi berubat dengan ustaz. “Hampir setahun saya lahirkan zuriat pertama kandungan kedua saya! Bahagianya dia tahu! Allah tahu bukan mudah untuk tepis soalan sinis kiri kanan, petua lapuk atas bawah,suara sumbang depan belakang, lawak orang

“Bersyukur dipertemukan dengan pasangan ini. Tak sangka ada yang sudi bantu kami yang buntu mahukan zuriat tanpa meletakkan sebarang bayaran.”Selain amalkan pemakanan sihat, ubah gaya hidup, bersukan setiap hari. Ubah pemikiran. Salah satu cara saya dan @zaidbowie ikhtiar untuk hamil dulu adalah pergi berubat dengan ustaz,” ceritanya.

Dalam posting tersebut, Ika turut berkongsi gambar dengan individu yang membantunya dalam usahanya melakukan ikhtiar menggunakan rawatan Islam. Bahkan, menurut Ika juga, pada masa sama, dia juga mengamalkan petua pemakanan. ” Tak lupa amalkan air rebusan buah zuriat setiap malam, minum air kelapa bakar dengan bacaan beberapa potong ayat suci al-Quran, bunyi macam mudah.

“Hanya mereka yang TTC (Trying to Conceive – wanita yang cuba mengandung) je tahu. Saya belajar erti reda selama tempoh mencuba, di kala saya reda, Allah kurniakan zuriat tak dijangka… Allah Maha Pemurah,” katanya. Pada masa sama, Ika turut menasihati wanita lain yang sedang mencuba untuk mendapatkan zuriat agar terus bersangka baik dengan Sang Pencipta.

“Saya doakan kalian agar semua dapat merasa nikmat yang satu ini. Saya nak kalian rasa kehidupan seorang wanita yang berubah 360 darjah, tolong terus bersangka baik dengan Dia, yakin ketetapan Dia. “I am a better person dengan kehadiran Noah Zayn di sisi. Alhamdulillah. “Tadi ada bertanya ustaz, apa petua untuk hamil anak kembar heheheheh mana tahu adik Noah Zayn kembar ke.. ada yang nak tahu ke? Jom kita tunggu ustaz jawab post ni,” tulisnya.Ika mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Zaid Aznam pada 30 Julai 2016. Pasangan tersebut kemudian dikurniakan cahaya mata sulung, Muhammad Noah Zayn pada 23 Oktober 2019 selepas tiga tahun menanti.-GEMPAK

Suami Nampak Beza Yang Ketara. Warganet Syak Suami Kepada Ika Nabila Buat Sesuatu Ini Untuk Kurus Dan Ini Jawapan Padu Dari Ika Berkenaan Isu Tersebut

Pelakon Ika Nabella mengakui dia merupakan insan yang paling banyak memberikan sokongan kepada suaminya, Muhammad Zaid Aznam untuk mengamalkan gaya hidup sihat.Ika atau nama sebenarnya, Ika Nabila Abdul Rahim, 31, berkata, gaya hidup sihat itu mula diamalkan semenjak mereka berusaha mahu mendapatkan zuriat dan ia kekal sehingga sekarang.

“Dia mula mendapat seruan untuk mengamalkan gaya hidup sihat ketika kami sama-sama berusaha untuk mendapatkan cahaya mata.”Saya cuba memberikan sokongan kepada suami untuk turunkan berat badan. Misalnya dia akan berlari sekitar 10 hingga 13 kilometer setiap hari dan kini dia juga aktif berbasikal.”Alhamdulillah, rutin ini kekal sampai sekarang dan saya gembira menjadi penyokong nombor satu suami. Apa yang penting, bukan kurus sebab pot0ng usus tau,” selorohnya.

Mengimbas kembali penampilan fizikal suaminya itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini teringat kata-kata yang dilmparkan warganet kepada mereka.”Kadang-kadang, saya teringat apa yang wargamaya katakan pada kami sebelum ini. Kononnya, saya menjadi isteri kedua dan sanggup mengahwini lelaki gempal semata-mata kerana duit.”Jadi bila teringkatkan balik dan selak semula foto-foto lama, saya terfikir… Memanglah suami aku ni gemuk. Jujurnya pada waktu itu, saya tidak nampak suami saya seorang yang bertubuh besar.

“Sekarang bila beratnya turun daripada 100 kilogram kepada 70 kilogram, saya baru tahu yang dia sebenarnya sudah kurus. Berbeza sungguh penampilannya ketika kami bercinta sehinggalah sekarang.”Bila teringat balik apa yang warganet kata mengenai fizikal dia, ada betulnya juga. Senang cakap, kerana cinta buatkan saya tidak nampak dia seorang yang berisi ketika itu. Cinta itu bvta,” seloroh Ika.Ika dan Zaid mendirikan rumah tangga pada 30 Julai 2016 dan menimang cahaya mata lelaki, Muhammad Noah Zayn pada 23 Oktober 2019.-gmpk

Langsung Tak Ambil Tahu Berita Terkini. Ika Nabella Luah Perasaan Dia Yang Satu Ini Selepas COVID19 Mula Merebak Ke Seluruh Dunia

PELAKON Ika Nabella, 31, mendedahkan dia tidak ambil tahu langsung mengenai berita berhubung perkembangan pandemik Covid-19 dalam negara yang dilaporkan hingga kini. Ika atau nama sebenarnya Nabila Abdul Rahim berkata dia terlalu paran0id terhadap situasi penularan wabak itu yang sampai sekarang belum tahu bila akan berakhir.

“Saya ini, jenis orang yang akan terlebih fikir mengenai apa diceritakan. Terutamanya, tentang penularan Covid-19 ini hingga boleh mengganggu tidur.”Pengalaman saya, ketika salah seorang ahli keluarga pelakon drama Demi di Scotland yang dijangkiti Covid-19 ketika itu,  menghubungi saya dan berkongsi kisahnya.

“Sebaik mengetahui kisah berkenaan, saya terus diblenggu perasaan bimbang teramat sangat hingga tak boleh tidur kerana terlalu banyak fikir. Pada hal, saya tak sertai pun rombongan itu yang menjalani penggambaran di luar negara,” katanya. Menurut Ika lagi, dia yang turut membintangi drama Demi berkenaan bernasib baik kerana penggambaran membabitkannya hanya di dalam negara sahaja.”Sewaktu dapat tahu mereka  terkena Covid-19 itu, saya terus  tak boleh tidur malam kerana sangat risaukan anak dan keluarga secara tiba-tiba. Saya terlalu peranoid.

“Jadi, sekarang saya fikir lebih baik tak baca apa-apa langsung berkaitan Covid-19. Kalau ada perkongsian info pun, skit-sikit yang diberitahu oleh suami saya,” katanya.Kini memperlahankan kerjaya lakonan, Ika berkata dia lebih memberi tumpuan pada perniagaan yang baharu diceburi. Katanya dia selesa fokus pada usaha memantapkan perniagaan.

“Sekarang, saya cuba habiskan urusan penggambaran drama yang tergendala sebelum ini kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana.”Saya pilih cerita yang nak dilakonkan. Malah, sebaik balik ke rumah selepas penggambaran,  saya takkan sentuh anak dan pastikan diri betul-betul dibersihkan dahulu,” katanya.Ika yang sudah 12 tahun berlakon, mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Zaid Aznam pada Julai 2016. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Zayn kini berusia 10 bulan.-Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *