Suhaimi Saad menganggap sakit mata yang teruk itu sebagai peringatan kepada pemergian. Bertongkat itu juga salah satu sunnah para nabi.

Amalan artis Info ISU SEMASA

Bekas anggota kumpulan InTeam, Suhaimi Saad menyifatkan dia yang kini bertongkat disebabkan sakit mata yang teruk dialami sejak setahun lalu sebagai peringatan kepada pemergian.

Penyanyi berusia 40 tahun itu meluahkan perkara tersebut di laman Instagram dengan memuat naik sekeping gambar dirinya bertongkat serta kapsyen berunsurkan nasihat.

“Bertongkat itu sunnah para Nabi. Bukan sebab buta atau cacat. Dah lama SS niat, bila masuk umur 40 tahun, SS akan bertongkat. Mudah-mudahan itu akan menjadi pengingat kepada SS bahawa bila usia meningkat, hidupmu semakin singkat. Hari pemergianmu makin dekat. Tinggalkanlah segala dosa dan kelakuan sumbangmu perbanyakkanlah amal soleh dan taubat,” katanya.

Tambah Suhaimi, dia berharap agar kehidupannya dilimpahi rahmat dan berkat selain dikurniakan pemergian yang baik serta selamat dunia akhirat.

Terdahulu, media melaporkan bapa kepada empat cahaya mata itu masih mendapatkan rawatan di hospital termasuk secara tradisional bagi mengubati sakit berkenaan.

Dia juga tidak menolak kemungkinan terkena gangguan atau buatan orang selepas merujuk ustaz dan rawatan Islam mengenai perkara tersebut.

Sumber: Suhaimi Saad

Ada masalah mata sampai terpaksa berjalan guna tongkat. Suhaimi Saad syak satu punca ini yang menyebabkan dia mengalami masalah mata

Baru baru ini, bekas anggota kumpulan nasyid In-Team iaitu Suhaimi Saad berkongsi masalah kesihatan yang dialaminya iaitu masalah mata sehingga dia terpaksa berjalan menggunakan sebatang tongkat.Suhaimi Saad bagaimanapun menerusi laporan Astro Gempak, mendedahkan ada perawat tradisional yang pernah merawatnya percaya bahawa sakit tersebut berpunca daripada ‘buatan orang’.

Dikaitkan dengan buatan orang. Dia tidak menolak kemungkinan bahawa sakit mata yang teruk dialaminya itu berpunca gangguan ilmu hitam sejak setahun lalu. Suhaimi mengakui ada segelintir dalam kalangan perawat dan ustaz yang khuatir dengan sakitnya dikaitkan dengan buatan orang.Kalau berjumpa doktor, mereka akan membuat imbasan berdasarkan fakta saintifik. Apabila saya merujuk ustaz dan perawat, memang ada kemungkinan berkaitan dengan unsur-unsur itu. Allahualam.Saya percaya dengan ilmu seperti itu tapi saya juga berikhtiar secara rawatan fizikal dan rohani. Saya juga percaya pada ubat-ubatan.

Mata saya masih nampak

Suhaimi enggan mengulas lanjut mengenai kaedah rawatan tradisional yang dilakukannya itu. Penglihatannya menjadi kabur, kelabu dan silau hingga membataskan pergerakan. Oleh demikian, dia memerlukan bantuan isterinya untuk melakukan tugasan harian.Cara tradisional itu biarlah rahsia. Ada kata saya nak tagih simpati, tidak, itu semua bohong. Ya, memang betul mata saya masih nampak, saya masih boleh membaca cuma ia terhad.Mata saya tiada katark dan tiada slaput. Mungkin masalah dalaman. Allah nak bataskan penglihatan supaya saya tidak berbuat dosa mata dan tengok benda-benda tak elok.

Sumber: Astro Gempak

Dulu buang ubat, kini tak hantar anak ke sekolah, Suhaimi Saad kata, “Pergi sekolah, tak semestinya pandai”

PERKONGSIAN bekas anggota kumpulan nasyid In Team, Suhaimi Saad yang memilih untuk menjalani kehidupan berbeza berbanding orang lain menjadi perhatian warganet .Terbaharu, Suhaimi memuat naik status di media sosial menyatakan alasan dia tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah dan tindakannya itu mengundang kritikan ramai.

Suhaimi yang sebelum ini pernah dikritik gara-gara enggan mengambil suntikan vaksin dan pernah membuang ubat hospital menjelaskan tahap pembelajaran dan kepandaian seseorang tidak semestinya bergantung kepada sekolah.”Tak ambil vaksin, tak semestinya anti vaksin. Tak ambil vaksin, tak semestinya tak sakit. Tak ada mesin basuh, tak semestinya cuci guna tangan.

Suhaimi menjelaskan pendidikan seseorang tidak semestinya diperolehi melalui sekolah sahaja.”Tak pergi sekolah, tak semestinya tak belajar. Pergi sekolah, tak semestinya belajar dan pandai. Tak ada kelulusan, tak semestinya tak boleh kerja dan ada gaji yang bagus.”Pergi sekolah dan ada sijil, belum tentu ada kerja yang bagus. Busking dan minta sumbangan, tak semestinya untuk diri sendiri,” katanya.

Suhaimi memberitahu perkara itu menerusi laman Facebook selepas penjelasannya mengenai sebab dia tidak mahu menghantar anak-anaknya ke sekolah menjadi tular.Menurut Suhaimi, pemilihan cara hidup yang berbeza dengan keluarga lain tidak semestinya salah kerana baginya, mengikut cara hidup orang lain juga tidak semestinya betul.

Suhaimi memilih untuk tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah.Tambahnya lagi, seseorang yang bijak juga akan berfikir terlebih dahulu tanpa berburuk sangka terhadap orang lain sebelum menulis sesuatu perkara.”Berbeza daripada orang lain belum tentu salah. Hidup ikut cara orang lain belum tentu betul. Orang yang bijak, dia akan fikir dulu sebelum menulis.

“Kalau tak pasti atau tak perlu, dia akan elakkan. Yang suka berburuk sangka sebelum kenal, menulis dulu baru fikir.”Pastikan perkara sebenar hanyalah pembenci dan warganet yang kurang cerdik. Sebab tu ss sekat dan padam,” ujarnya.Suhaimi yang mendirikan rumah tangga dengan Ina Naim dikurniakan empat cahaya mata, Ehmad Hadie EL Fardie, 11, Sallman El Khoyri, 9, Phyrosh El Fadwah, 7 dan Nurlayla El Ghufrony, 5.

Suhaimi Saad dedah diggrkan daripada konsert ‘4nomena’ kerana kontrovrsi

PENYANYI nasyid kontroversi Suhaimi Saad mendedahkan namanya diggrkan daripada konsert 4nomena yang bakal berlangsung pada 20 April depan.Suhaimi menerusi Facebooknya berkata, penganjur membuat keputusan itu disebabkan beberapa gosip yang ditimbulkan kebelakangan ini.

“Disebabkan gosip yang melanda saya kebelakangan ini, Pihak penganjur dan penaja konsert 4nomena telah pun mengggurkan saya daripada senarai nama artis yang akan membuat persembahan dalam konsert tersebut pada malam 20 April depan,” ujarnya.Konsert itu dibarisi kumpulan Unic, Inteam, Hijaz, Mastica, Hafiz Hamidun, Fitri Haris dan Fadzil Aziz.

Sementara itu, Suhaimi percaya perkara tersebut mempunyai hikmah dan akan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik.Dia juga berharap konsert itu bakal berlangsung dengan baik biarpun tanpa kehadirannya.”Semoga konsert tersebut akan berlangsung dengan meriah dan jayanya walau tanpa kehadiran saya.

“Rezeki setiap kita telah pun Allah tentukan sabar dan reda adalah kemenangan sebenar. HasbiyAllah,” tulisnya.Sebelum ini, Suhaimi mencetuskan beberapa kntroversi iaitu tidak menghantar anak ke sekolah, tidak mengambil vaksin, dan percaya bumi berbentuk rata.Pendapat suami kepada Ina Naim itu mendapat perhatian dan reaksi beberapa pakar perubatan dan angkasawan negara.

“Bayar dulu baru tahu” – Suhaimi Saad anjur seminar keibubapaan, rahsiakan lokasi demi keselamatan

PENYANYI nasyid kntroversi Suhaimi Saad tidak mahu mendedahkan program seminar keibubapaan dan pendidikan awal kanak-kanak anjuran syarikatnya atas faktor keselamatan.Suhaimi berkata, lokasi sebenar hanya akan diberitahu kepada peserta yang sudah membuat bayaran dan benar-benar serius untuk menyertai program berkenaan.

“Program itu akan berlangsung di Shah Alam. Atas sebab privasi dan keselamatan kami hanya akan maklumkan lokasi sebenar kepada peserta yang membuat bayaran sahaja,” ujarnya kepada mStar Online.Suhaimi pada Ahad memuat naik poster berkaitan program berkenaan di laman sosial Facebooknya pada Ahad.

Suhaimi menerima pelbagai reaksi waragent berkaitan seminar terbabit.Program bertajuk ‘Seminar Keibubapaan Dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak’ itu akan diadakan pada 31 Mac ini dengan bayaran sebanyak RM269.Sementara itu isterinya, Ina Naim dan anak-anak bakal diundang sebagai penampilan istimewa.

Dalam pada itu, Kata Suhaimi, dia mendapat idea untuk mengajurkan program tersebut selepas ramai yang bertanya dan meminta pandangan terhadap cara mendidik anak.”Sejak tukar ramai yang kritik prinsip dan cara saya, tapi ramai juga yang hormat dan tanya banyak soalan. Mereka minta pandangan khususnya berkaitan cara mendidik anak dan homeschooling (belajar dari rumah).

“Ini adalah impian dan sumbangan saya kepada masyarakat khususnya umat Islam,” ujarnya.Tambahnya lagi, dia tidak menetapkan sasaran individu yang hadir dan akan tetap meneruskan program itu biarpun dengan 20 peserta sahaja.Suhaimi turut memberi amaran untuk mendedahkan nombor telefon individu yang sengaja ingin mempermainkannya dalam membuat pendaftaran secara tidak langsung mengnggu kelancaran program tersebut.

“Kalau tak mahu atau tak mampu, tak perlu buang masa. Allah tahu niat setiap kita.”Amaran kepada siapa yang main-main saya akan dedahkan nomber telefon dia,” ujarnya.Suhaimi berkata, biarpun ramai yang tidak serius, namun ada yang sudah membuat bayaran dan berminat menghadiri seminar tersebut.

“Ini adalah impian dan sumbangan saya kepada masyarakat khususnya umat Islam,” ujarnya.Sebelum ini, Suhaimi mencetuskan kontroversi apabila membuat kenyataan tidak menghantar anak ke sekolah, tidak mengambil vaksin dan percaya bumi berbentuk rata.Pendapat suami Ina Naim itu mendapat reaksi pelbagai pihak sehingga mencetuskan perdebatan di media sosial.

“Mungkin doktor maksudkan telur penyu” – Suhaimi Saad bids angkasawan negara

PERDEBATAN mengenai bentuk bumi sama ada rata atau sfera terus hangat diperkatakan apabila bekas anggota kumpulan nasyid, Suhaimi Saad membids kenyataan Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor.Terdahulu, Dr Sheikh Muszaphar berpendapat bahawa bumi itu berbentuk sfera atau lebih tepat adalah geosfera.

Namun apa yang menarik perhatian Suhaimi yang menggelarkan dirinya sebagai SS di media sosial adalah kenyataan Dr Sheikh Muszaphar bahawa ‘ia bukan seperti bola, tetapi lebih kepada sebiji telur’.“Besar harapan warganet dan rakyat Malaysia ni nak dengar doktor kata sfera. Tup tup tup, doktor kata macam telur pula.“Yang SS tahu, sfera tu macam bola. Telur tu macam bujur sikit. Dalam buku sekolah pun memang diajar sfera kan? Ke macam telur? Okey, SS husnuzon. Mungkin doktor maksudkan telur penyu,” katanya.

Bentuk sebenar Bumi.Suhaimi turut menyndir Dr Sheikh Muszaphar bahawa pandangan angkasawan itu adalah berdasarkan pemerhatian sewaktu ke angkasa lepas 10 tahun lalu.“Sebab doktor tengok tu pun dah lebih 10 tahun kan. Mungkin dah tak berapa pasti,” katanya.Dia turut mempersoalkan cabarannya terhadap Dr Sheikh Muszaphar supaya bersmph bahawa bumi itu berbentuk sfera.

“Mungkin doktor tak berapa jelas apa yang SS maksudkan dengan smpah. Walaupun sebenarnya SS dah tulis dengan jelas.“MasyaAllah… SubhanAllah dan In the name of Allah (dengan nama Allah) bukanlah lafaz smpah itu zikir biasa.“Elok lah Dr tak bersumph. SS takut juga kalau Dr termakan sumph,” kata Suhaimi sambil menambah bahawa dia tidak akan menghentikan kajian mengenai bentuk ini mahupun membantu berdkwa untuk golongan ‘flat Earth’ yang mempercayai bumi itu adalah rata 

Paparan skrin mengenai perkongsian Suhaimi di halaman Facebook miliknya.Dr Sheikh Muszaphar pada pagi Jumaat berkongsi pengalamannya sebagai angkasawan Islam yang kesembilan menerokai angkasa lepas.Sepanjang misi selama 12 hari di angkasa lepas pada Oktober 2007, Dr Sheikh Muszaphar mengakui bahawa bumi berbentuk sfera.“Bergetar jiwa sepanjang 12 hari di sana. MasyaAllah, subhanAllah… dan bumi adalah bentuk sfera, atau dengan lebih tepat berbentuk geosfera. – ‘keadaan seperti memnyekkan’ (squashed) di bahagian kutub dan ‘membonjol’ (bulged) di khatulistiwa.“Bukan seperti sebiji bola, tetapi lebih kepada sebiji telur. Setiap manusia sepatutnya pergi ke angkasa lepas sekiranya diberikan peluang,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *