Menjadi restoran nasi kandar pandu lalu yang pertama di dunia. Menarik sekali restoran ini bukan sahaja tular berkonsepkan pandu lalu malah ada tawarkan sesuatu

Viral

Sekiranya anda ialah seorang penggemar nasi kandar dan menetap di Pulau Pinang,ada satu berita baik untuk anda. Restoran Nasi kandar Hussain dilaporkan bakal membuka cawangan restoran berkonsepkan pandu lalu atau drive thru. Menarik sekali bila restoran nasi kandar pandu lalu ini adalah yang pertama di dunia dan dilaporkan bakal dibuka di Caltex Sungai Dua,Pulau Pinang.

Berita gembira ini diumumkan sendiri oleh Facebook Hussain Drive Thru Nasi Kandar selepas mereka memuat naik beberapa gambar rekaan restoran pandu lalu itu. Sekilas pandang, dah macam drive thru McDonald’s pun ada!Buat anda yang masih kurang jelas dengan konsep restoran nasi kandar ini, konsep ini adalah sama seperti restoran makanan segera McDonald’s dan KFC. Pelanggan boleh membuat pembelian dengan hanya duduk di dalam kereta tanpa perlu keluar beratur di dalam kedai. Mudah dan pantas!

Beberapa perkongsian daripada warganet mengenai pembukaan restoran nasi kandar pandu lalu ini juga tular dan mendapat perhatian ramai. Berdasarkan gambar yang dikongsi, restoran ini nampak seperti hampir siap dan bakal dibuka tidak lama lagi. Bagaimanapun, tarikh sebenar pembukaan restoran masih lagi belum diumumkan oleh pihak Hussain Drive Thru Nasi Kandar.

Sempena dengan pembukaan cawangan baru ini, Hussain Drive Thru Nasi Kandar ada memuat naik iklan berkenaan jawatan kosong di restoran pandu lalu mereka. Buat anda yang berminat, boleh mohon di nombor yang tertera.

Restoran Ini Tawar Pizza Cendol Sebagai Resipi Baru, Siapa Berani Cuba?

Burger durian, ayam goreng coklat, aiskrim nasi lemak dan banyak lagi.Sering kali kita melihat resipi baru dan pelik yang dicipta oleh rakyat Malaysia. Meskipun nampak sedikit pelik dan kurang menyelerakan, namun menu-menu pelik ini tetap mendapat sambutan orang kita.

Terbaru, hasil gabungan dua menu ini pasti buat anda terkejut dan tak sabar untuk mencuba rasanya. Restoran US Pizza dan Penang Road Famous Teochew Chendul baru sahaja berkolaborasi untuk menghasilkan menu baru iaitu Penang Chendul Pizza!Ya, anda tidak salah baca, Penang Chendul Pizza adalah hasil gabungan cendol dan pizza!

Berdasarkan penerangan US Pizza di laman Facebook mereka, Penang Chendul Pizza ini akan dihiasi dengan bahan-bahan yang ada pada cendol seperti santan, gula melaka, jagung dan kacang merah.Buat anda yang mahu cuba Penang Chendul Pizza ini, datanglah US Pizza dengan kadar segera kerana menu ini hanya disediakan dalam tempoh yang terhad!Harga untuk Penang Chendul Pizza bersaiz 9 inci hanyalah RM38. Berbaloi untuk keunikan rasa gabungan dua menu kegemaran rakyat Malaysia ini.Siapa berani cuba?

“Rasa macam nak munth, sakit perut” – Warganet Ngeri Tengok Video Tular Burger Durian Musang King!

Kalau dulu korang mungkin pernah dengar resepi pelik macam Maggi campur Milo lah atau Burger Nasi Lemak lah… kali ini ada satu lagi resepi pelik yang dah tular kat media sosial beberapa hari lalu.Memandang tengah musim durian, satu kedai burger ni tulr di Facebook lepas mereka memperkenalkan resepi burger terbaru iaitu ‘Musang King Durian Burger’! Erk!

Buat ‘patties’ guna isi durian.Kedai NON HALAL yang bernama Ric’s Burger Joint dari Bayan Lepas, Penang ni katanya antara yang first keluarkan resepi ini. Apa yang special sangat tentang burger ni?Dengarnya dorang tak adalah buat kerja malas dengan letak isi durian setepek atas daging burger tu. Kedai ini actually buat patties burger menggunakan isi durian tersebut tau!

“Sebagai orang Penang, saya panggil ni semua bullsh*t”Rata-rata warganet yang tinggalkan komen di video tersebut jelas merasa jijik dengan menu baru dan lebih suka makan durian sebagai buah durian saja. Bukannya durian jadi burger ke, durian campur dengan mi maggie ke atau apa-apalah yang pellik.Apa kata korang suruh kawan non muslim korang cuba dan tengok apa reaksi dorang? Min lebih suka Ramly Burger. Yang lain-lain min tak makan! 

“Mahalnya, makan jadi ta*k juga”- Beli Durian RM882.90 Untuk 3 Biji, Warganet Pertikai Harga Cekik Darah!

Sekarang ni pergi mana-mana pun orang akan bercakap pasal durian, malah kita boleh lihat kiri kanan jalan penuh dengan gerai yang menjual durian pelbagai jenis, dari yang murah sampailah yang mahal nauzubillah.Namun apa yang dikongsikan di facebook ini lagi memeranjatkan bila ada warganet membeli 3 biji durian dengan harga RM882.90.

Dikatakan durian yang dibeli tersebut merupakan jenis Black Thorn yang sememangnya terkenal dengan kelazatannya dan harganya yang mahal.Namun ramai tak sangka yang harganya mampu mencecah sehingga RM882.90 untuk 3 biji.Mungkin boleh makan dengan kulit-kulitnya sekali!Admin mengaku memang hantu durian, tapi kalau harga sampai macam tu sekali takde lah admin nak beli, melainkan ada orang belanja.

“Macam ni baru puas hati, jujur!”- Lebih 20 Ribu Share Di Facebook, Viral Pemuda Jual Durian Timbang Isi Dan Buang Kulit.

Sejak dua menjak ni kecoh pasal raja buah, Durian.Mana tidaknya semua seakan-akan naik hantu bila jumpa ‘port’ durian yang murah dan berkualiti.Boleh dikatakan ramai antara rakyat Malaysia menggemari buah tersebut, malah ada yang sanggup berjalan jauh bagi menikmati buah tersebut.

Namun bila permintaan terhadap durian meningkat, wujud manusia yang mengambil kesempatan terhadap situasi tersebut dengan menaikkan harga sesuka hati sehingga membuatkan penggemarnya tak senang duduk.Namun apa yang dilakukan pemuda ini mendapat pujian ramai apabila dia menjadi satu-satunya penjual yang menjual durian tanpa kulit.

Maksudnya, durian tersebut akan dikopek dihadapan pembeli dan hanya isi yang akan ditimbang seperti perkongsian Siti Hajar di facebook.Difahamkan yang kedai ini terletak di Highway UUM menghala ke Changlun.Part yang paling best ialah, harga bagi sekilo durian ialah RM25 sahaja, tidak termasuk kulit. Harga tersebut untuk isi durian yang ditimbang.

Malah jika ada isi yang tak elok, pemuda tersebut akan buang awal-awal.Rata-rata warganet memuji kejujuran pemuda tersebut menjual durian, malah kata mereka ia patut dicontohi peniaga-peniaga durian lain di luar sana.Tapi itulah, harap tak ada lah pihak yang muncul berlagak pandai mintak buang biji pula.

“Bukan tanam harini esok boleh jual” – Ramai Protes Kenapa Timbang Durian Sekali Dengan Kulit, Tapi…

Semenjak musim durian ni, min tengok ramai di kalangan penjual mula menjual raja buah tersebut di merata tempat. Apa-apapun, yang menjual durian tu memang banyak cuma nak cari port best dengan harga yang berbaloi tu agak susah.Menerusi perkongsian warganet di Twitter, ada yang mula tak puas hati bila durian dijual secara timbang dan kulit dikira sekali dalam timbangan tersebut. Kulit tu dikira macam 50% berat daripada satu biji durian tau! 

“Tak tau la min, harga yahudi mabok betul. Mungkin berhajat nak haji balik hari kot” Segelintir warganet mengaku harga durian sejak akhir-akhir ni memang melampau-lampau mahalnya. Tapi wajar ke kalau kita kira harga durian ni tak termasuk dengan kulitnya sekali? Sedangkan kalau beli kerang pun kira dengan kulit sekali. Emmm…

“Korang tak pernah hargai pekebun. Kalaulah korang tahu betapa mahalnya labour, betapa mahalnya baja dan rcun” Tapi sebelum korang mengamk dan tduh penjual durian ni macam-macam, sebenarnya korang tahu tak penat lelah penjual durian ni dalam menanam raja buah tersebut.

Menurut penjelasan seorang warganet di Twitter, nak tanam pokok durian ni bukan senang. Nak labur pada baja dan rcun, tu belum tolak campur buah rosak sebab bintang makan dan lain-lain. Haih! “Pikul durian bersama KULIT bawa turun bukit, mestilah jual bersama harga KULIT” Apa-apapun min rasa kalau bab durian, eloklah kita jangan berbalah. Kalau tak setuju dengan harga satu kedai tu jual, korang boleh je cari port jual durian lain. Banyak lagi jual dengan harga berpatutan. Yang penting kualiti durian tu mesti best! 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *