Fizo Omar memuat naik pada laman akaun Instagramnya. Fizo Omar meminta warganet biarlah mempunyai common sense pada orang mahupun artis ataupun sesiapa.

artis Hiburan ISU SEMASA

Gambar sekadar hiasan

Apabila bergelar seorang selebriti, semestinya diri akan sentiasa menjadi tumpuan ramai lebih-lebih lagi jika berada di tempat awam. Sudah pasti para peminat yang terserempak, tidak akan melepaskan peluang untuk mengambil gambar bersama artis pujaan mereka.

Bagi pelakon Fizo Omar, katanya, dia sentiasa bersikap terbuka untuk melayan para peminatnya yang mahu mengambil gambar bersama. Begitupun, kata Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 35, sebolehnya, biarlah permintaan yang dibuat peminat itu mengikut kesesuaian masa dan keadaan yang sepatutnya.

Hal ini kerana, katanya, terdapat segelintir peminat yang seolah-olah tidak mempunyai ‘common sense’ ketika ingin bergambar. “Saya sebenarnya tak kisah pun, malah gembira sahaja bila keluar di tempat awam dan orang nak bergambar. Sebagai seorang selebriti kita rasa macam dihargai bila ada peminat nak bergambar ataupun minta autograph.

Tapi kena tengok lah keadaan dan situasi. Common sense lah, kalau tengah makan atau tengah dalam keadaan yang serius, ada yang siap beri arahan lagi: ‘Awak pergi ke meja sana kejap, kami nak bergambar’, kau baru nak suap makan ni (lagi-lagi tengah lapar tak sempat nak makan)… hmmmm…macam mana kau nak react ni??,” luahnya menerusi satu entri di Instagram.

Sungguhpun begitu, menurut Fizo, dia tidak pernah menyalahkan peminatnya sebaliknya cuba memahami mereka mungkin terlalu teruja sehingga terlupa adab sepatutnya. “Kalau bukan selebriti pun akan terasa juga kan bila dia tengah makan dan disuruh ke sana sini untuk nak bergambar. Cuma saya faham kalau letak diri di tempat peminat, bukanlah dia kurang beradab ke apa, kadang-kadang tu terlebih teruja bila jumpa seseorang yang diminati,” katanya.

Fizo seterusnya mengatakan dia  berkongsikan perkara ini bukan kerana marah atau tidak menghargai peminat. “Bukan marah kongsikan perkara ini, cuma saling mengingatkan sahaja. Biarlah adab kita menggambarkan berapa tingginya nilai bangsa Melayu kita,” katanya lagi.

Apapun, kata Fizo dia tetap bersyukur apabila masih mempunyai peminat yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya sejak berkecimpung dalam industri hiburan. Fizo mula dikenali sekitar tahun 2008 selepas menyertai program realiti Hero Remaja. 

Tular Fizo Omar menolak job yang berharga rm25k jadi peneman

Pelakon kacak, Fizo Omar memuat naik satu posting di Instagram berhubung sindiket penipuan yang sentiasa mencari peluang memperdaya mangsa termasuk dirinya. Menurut Fizo, perkara tersebut bukan kali pertama buat dirinya malah, ada yang sanggup memberi wang sebelum berjumpa.

25 ribu satu malam

“Wow dapat job! RM 25 000 satu malam. I’m pretty sure this is scammer, tapi bukan 1st time saya dapat DM macam ni via IG, kadang tu terfikir juga ape point dorang ni ek? Ada tu siap minta nombor akaun nak transfer dulu then baru jumpa depan-depan. Barang yang macam saya ni pun ada harga, kalau yang brand new dan ladies pula tak tahu la brape kan? Sounds wierd kan guys? Tapi benda ni wujud in real life, bukan dalam drama je. Sometime what happen in drama is actually trying to describe what is happen in real life. Tak pe lah, yg penting #kitajagakita dan  tak perlu sibuk nak jaga orang lain kan kalau diri sendiri tak terjaga.”

Ujar Fizo, sebaik sahaja menerima Direct Message (dm) dari individu berkenaan, dia membalas semula kiriman tersebut dan menyuruh individu itu memberi wang RM25 ribu kepada insan yang memerlukan.

Tambahnya, apa yang terjadi kepadanya itu bukan suatu perkara yang pelik bahkan, ianya memang berlaku dalam kehidupan seharian. Jelasnya lagi, isu seperti ini turut dipersembahkan semula dalam bentuk drama kerana ia membabitkan masyarakat. Oleh itu, Fizo berharap masyarakat di luar sana berhati-hati dengan taktik scammer ini.

Apasal aku dia offer RM200?

Rata-rata rakan artis turut membanjiri ruangan komen posting berkenaan. Mereka turut meninggalkan komen lucu di mana mereka turut menerima tawaran yang sama seperti Fizo cuma, bayaran yang ditawarkan sangat rendah

Tular setelah Fizo Omar memuat naik satu gambar bersama Azar Azmi dan meletakkan namanya di dada Fizo Omar

Hubungan akrab pelakon Maaf Tak Indah, Fizo Omar dan Azar Azmi mula menjadi bualan ramai selepas mereka kelihatan sering bersama. Spekulasi hubungan mereka semakin diperkatakan selepas Azar tampil di dalam video Youtube bersama Fizo.

Terbaru, pelakon kelahiran Kelantan ini memuat naik foto menunggang motosikal lasak bersama Azar Azmi. Apa yang menjadi tumpuan adalah tagging nama Azar diletakkan di bahagian dadanya.

Berapa kali makan selut

Walaupun ini merupakan pengalaman pertama Azar, Fizo memuji keberaniannya menunggang melebihi 100km sampai ke Kerling.

Ramai doakan supaya mereka dijodohkan

Di ruangan komen, netizen tertanya-tanya mengenai hubungan istimewa yang terjalin di antara mereka berdua. Rakan artis turut meninggalkan komen positif dan mendoakan hal yang baik-baik. Warganet turut meluahkan keterujaan kerana mereka kelihatan sangat serasi apatah lagi mempunyai minat yang sama.

Fizo Omar dikatakan telah meminta bantuan dari kerajaan

Nama pelakon Fizo Omar juga antara salah seorang artis yang mendapat tempias kelakuan buruk daripada warganet gara-gara memberi respon terhadap isu minta bantuan dari kerajaan. Pelakon ini bagaimanapun telah tampil memohon maaf di Instagram miliknya dan menjelaskan situasi sebenar.

Perkara ini juga sedikit sebanyak telah mencalarkan maruah dirinya dan keluarga. Sekiranya masih lagi diperbesarkan, dia akan mengambil tindakan undang-undang.

Warganet mengatakan selebriti telah meminta bantuan kerajaan

Fizo Omar turut menafikan dirinya tidak pernah meminta bantuan kewangan dari kerajaan ataupun mana-mana pihak sepertimana telah didakwa dan dihebohkan di laman sosial media. Malah, dia juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya perkara ini masih lagi diperbesarkan. Dia agak terkilan kerana perkara ini telah menjatuhkan maruah diri dan keluarganya.

“Saya yakin apa yang berlaku sebelum ini adalah disebabkan salah faham. Disebabkan itulah memberi kesan terhadap saya dan keluarga di mana kami menerima komen-komen negatif. Saya berharap sangat, sesiapa yang terlibat sila tarik balik sebelum saya mengambil tindakan yang sewajarnya.”

Ada pihak memanipulasikan hasrat yang dikatakan oleh penggiat seni

Tambah Fizo Omar lagi, bantuan yang diperjuangkan mereka sebenarnya adalah untuk artis veteran dan krew dibelakang tabir. “Berkaitan hal ini saya sendiri bercakap dengan selebriti yang terlibat. Sebenarnya, hasrat mereka untuk meminta pertimbangan dari pihak kerajaan untuk memberi bantuan kewangan kepada penggiat industri seni. Maksud mereka adalah krew-krew dibelakang tadbir dan artis veteran terutamanya artis lama dan tidak berdaya mencari pendapatan lagi. Tetapi ada pihak tidak bertanggungjawab memanipulasikan hasrat mereka sehingga mereka diperkatakan di sosial media. Kalau boleh kita faham situasi sebenar tanpa menjatuhkan fitnah.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *