Ramai masih keliru biru atau putih di luar. Akhirnya doktor ini jelaskan pemakaian sebenar pelitup muka yang ramai tak tahu

berita

Masih ramai yang keliru tentang penggunaan pelitup muka terutamanya yang mempunyai warna.PEMAKAIAN pelitup muka diwajibkan kerajaan Malaysia sejak 1 Ogos lalu dalam usaha membendung dan mengawal penularan virus Covid-19 terutamanya di tempat awam.

Pegawai Perubatan Klinik Ajwa Shah Alam, Dr. Arisman Abdul Rahman menjelaskan sebaik-baiknya pemakai pastikan bahagian mana patut di luar atau di dalam.Atas dasar itu juga kata Dr. Arisman, pemilihan pelitup muka sangat penting sebelum memakainya.

Bahagian berwarna perlu dipakai di bahagian luar.“Jika tidak tahu juga, jangan kecewa atau panik. Pakai sahaja… Masih ada cara lain untuk mengelakkan diri daripada jangkitan kuman Covid-19 seperti menjaga jarak lebih satu meter, kerap mencuci tangan atau jangan berada dalam ruangan tertutup dan ramai orang,” katanya.

Bagaimanapun, Dr. Arisman menyenaraikan lima tip membezakan pelitup muka dan cara pemakaiannya.1. Warna biru atau putih yang perlu menghadap ke luar?Jawapan: Warna biru.2. Kalau topeng muka warna hijau dan putih, mana satu di luar?Jawapan: Warna hijau

Sentiasa memastikan bahagian putih dipakai ke arah mulut.3. Kalau warna lain pula… misalnya merah? Ungu atau putih yang perlu menghadap luar?Jawapan: Umumnya topeng muka yang berwarna itu semua menghadap ke luar. Bahagian putih sentiasa di dalam.4. Kalau ada topeng muka dua-dua warna putih?Jawapan: Lihat pada tanda jenama dan sebagainya. Biasanya yang bertulis atau ada tanda itu dipakai menghadap keluar.5. Jika tiada tanda dan dua-dua belah berwarna putih?Jawapan: Tenang. Bernafaslah seperti biasa. Ianya masih boleh dipakai. Sebelum membeli buat pilihan yang tepat.

Isu Pemakaian Purdah Dan Niqab Bagi Elak Dijangkiti Koronavirus. Dr Noor Hisham Ulas Lebih Lanjut Kebenaran Berkenaan Pemakaian Pelitup Muka Bagi Berpurdah

Pemakaian purdah dan berniqab tidak mampu menghalang individu tersebut daripada dijangkiti koronavirus (Covid-19).Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hanya dua jenis pelitup muka yang disaran digunakan untuk mengelak daripada dijangkiti virus berkenaan.

“Purdah satu lapisan tidak cukup (melindungi dari dijangkiti),” katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesyorkan individu yang memakai purdah dan niqab turut memakai pelitup muka di bahagian dalam.

“Sama ada menggunakan pelitup muka perubatan ataupun fabrik tiga lapis di sebalik purdah,” katanya.Beliau berkata demikian mengulas mengenai keperluan pemakaian pelitup muka bagi wanita berpurdah.Ia sekali gus menoktahkan persoalan bagi wanita berkenaan.

Isu Kerajaan Cadang Kurangkan Denda Tak Pakai Pelitup Muka. DS Ismail Mula Menyuarakan Isu Yang Menjadi Perbualan Ramai

TANJUNG MALIM – Kerajaan tidak bercadang meminda hukuman denda RM1,000 bagi mereka yang tidak memakai pelitup muka di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebarang pindaan akan memakan masa kerana perlu dibawa ke Parlimen sebelum diluluskan.

Menurutnya, kompaun RM1,000 itu merupakan maksimum namun masih boleh merayu untuk mendapatkan pengurangan di mahkamah. “Saya rasa tak perlu kita pinda akta tersebut kerana nak meminda akta memerlukan masa sedangkan kes sedang berlaku. Tindakan perlu dilakukan sekarang, jadi kalau nak pinda memakan masa dalam sesi Parlimen kali ni dah tak sempat. Kena tunggu sesi Parlimen yang akan datang.

“Berapa lama lagi nak tunggu? Jadi kita teruskan apa yang ada, tapi budi bicara boleh digunakan untuk mengurangkan kompaun yang dikenakan,” katanya kepada pemberita selepas hadir ke program Santai Melukis Mural di Pekan Slim River di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai desakan pembangkng agar kerajaan meminda Akta 342 untuk mengurangkan kompaun RM1,000 kepada RM250. Hadir sama program tersebut, Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz.

Ismail Sabri berkata, dalam mahkamah, hakim mempunyai budi bicara untuk mengurangkan hukuman begitu juga dengan kompaun RM1,000. Katanya, walaupun dikenakan kompaun RM1,000 mereka masih boleh merayu untuk mengurangkan kompaun berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri mengulangi kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bahawa penularan virus koronavirus (Covid-19) di Kedah dan Perlis masih terkawal. Beliau berkata, dengan tindakan pantas kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran dilaksanakan di beberapa kampung, penyebaran virus tersebut dapat dikawal.

Menurutnya, keadaan itu tidak akan menjejaskan proses kempen dan perjalanan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim. Namun begitu, beliau menasihatkan jentera yang terlibat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Saya faham kita nak bekerja pastikan calon kita menang bergaya tetapi dalam masa sama jaga kesihatan dan keselamatan diri. Kalau di tempat sesak pakai pelitup muka dan cuba penjarakan fizikal di tempat yang boleh dilakukan. Kalau gagal pakai pelitup muka boleh diambil tindakan,” katanya. Beliau turut mengharapkan tiada sebarang tindakan diambil ke atas petugas kempen PRK DUN Slim ini kerana gagal mematuhi SOP ditetapkan.-sinarharian

Ramai Masih Tak Peka Akan Hal Ini Walaupun Sudah Berkali Kali Diingatkan. Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Dedahkan Kesemua Tempat Yang Wajib Pakai Pelitup Muka

KUALA LUMPUR, 7 Ogos — Berikut adalah senarai tempat awam yang diwajibkan pemakaian pelitup muka:Masjid, surau dan rumah ibadat,Majlis sosial,Pengangkutan awam seperti bas, kereta api, kapal terbang dan van sekolah. Hospital dan klinik,Pasar awam dan pasar tani,Pawagam,Kompleks beli-belah, pasar raya, kedai runcit, stesen minyak,Restoran,Bengkel,Kedai gunting rambut dan salun kecantikan,Pusat hiburan keluarga,Mana-mana tempat awam yang sesak.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jnyh Bukit Aman, DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata demikian kepada Bernama bagi menjawab kekeliruan orang ramai mengenai perkara tersebut. Kerajaan menguatkuasakan pemakaian pelitup muka secara wajib di tempat awam yang sesak mulai 1 Ogos di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.“Mana-mana individu awam yang melanggar peraturan di bawah Akta itu hanya akan dikenakan tindakan kompaun sehingga RM1,000,” katanya.— BERNAMA

Pelitup muka ‘fancy’ dibenarkan, tetapi…

KERAJAAN masih membenarkan pemakaian pelitup muka jenis fabrik ‘fancy’ yang kini menjadi antara pilihan orang ramai susulan keputusan kerajaan mewajibkan pemakaiannya mulai 1 Ogos ini.Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) bagaimanapun akan mengumumkan mengenai perincian spesifikasi dan jenis yang boleh dipakai, selain garis panduan pemakaiannya serta cara pelupusan pelitup muka pakai buang.

“Apa yang jelas, bermula 1 Ogos nanti pelitup muka tiga lapisan seperti yang dipakai umum dibenarkan, namun bagi jenis lain termasuk fabrik, KKM akan memberikan perincian jenis apa yang boleh dipakai atau tidak dalam masa terdekat iaitu sebelum penguatkuasaan bermula.

“Sebenarnya perkara penting yang ditekankan adalah cara pemakaian pelitup muka yang sebetulnya seperti menutup keseluruhan hidung, mulut, serta dagu, selain dari etika pelupusan bagi jenis pakai buang,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media program Sukarelawan Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) Negeri Perak di Bukit Merah Laketown Resort, Taiping hari ini.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Pengarah Kesihatan negeri Perak Datuk Dr Ding Lay Ming dan Pengerusi Jawatan Kuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar, dan Teknologi Hijau Ahmad Saidi Mohamad.

Pada 23 Julai lalu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan orang ramai boleh didenda RM1,000 sekiranya didapati gagal mematuhi peraturan pemakaian pelitup muka berkenaan bermula 1 Ogos depan.

Semalam, Pakar Epidermiologi Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Mohd Rohaizat Hassan dilaporkan berkata, pelitup muka jenis fabrik hanya sekadar menapis bau dan partikel kasar daripada dihidu susulan tiada penapis khas sekali gus tidak mengurangkan risiko penyebaran virus Covid-19.

Noor Azmi berkata, beliau tidak menolak kemungkinan penguatkuasaan lebih tegas dilakukan termasuk menaikkan hukuman serta denda terhadap individu yang tak ikut arahan pemakaian pelitup muka seperti yang dilakukan di Eropah bagi membendung wabak itu.

“Jangan leka dan sengaja (tak ikut peraturan), KKM bersama-sama polis akan mantapkan penguatkuasaan dan siasatan dengan lebih serius terhadap SOP (prosedur operasi standard) Covid-19 selepas ini,” katanya.Dalam pada itu, Dr Noor Azmi turut menafikan dkwaan tular mengatakan termometer penmbak suhu yang menggunakan cahaya inframerah bah4ya kepada otak.

Katanya, spesifikasi peranti penmbak suhu yang digunakan hendaklah disahkan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).”Walaupun pada dasarnya catatan suhu badan manusia yang diambil menerusi telinga atau dubur lebih tepat berbanding di dahi, namun setakat ini tiada lagi kajian mengenai bahaya termometer ini,” katanya.

Ramai Yang Keliru. Ismail Sabri Dedahkan Tempat Yang Tidak Perlu Pakai Pelitup Muka Dan Diharap Semua Maklum Dengan Perkara Ini

KUALA LUMPUR – Pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan ke atas orang ramai semasa mereka berada di rumah atau dalam kenderaan sendiri.Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelitup muka tidak diwajibkan kepada mereka yang melakukan aktiviti fizikal.

“Pemakaian pelitup muka juga tidak diwajibkan untuk kanak-kanak berumur dua tahun ke bawah.“Pemakaian pelitup muka diwajibkan dalam pengangkutan awam seperti bas, teksi, kenderaan e-hailing atau LRT dan KTM serta tempat-tempat awam yang sesak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan orang ramai berasa keliru dengan arahan pemakaian pelitup muka bermula 1 Ogos lalu.Mereka menyambut baik arahan tersebut, namun berharap satu garis panduan yang jelas mengenainya diwujudkan.Ia termasuk berhubung kewajipan memakai pelitup muka di kawasan riadah yang kurang sesak, dalam kenderaan persendirian serta di kedai makan. – K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *