Kenalpasti 12 kawasan zon merah di Selangor. Berikut senarai 6 daerah yang berada dalam zon merah susulan Selangor mencatatkan 5754 jumlah keseluruhan wabak koronavirus

Covid 19

Selangor mencatatkan 12 kawasan zon merah melibatkan enam daerah semalam.Selangor Task Force Covid-19 menerusi kenyataannya hari ini memaklumkan jumlah kes baharu wabak koronavirus (Covid-19) di negeri ini sebanyak 164 kes yang mana keseluruhannya melibatkan jangkitan tempatan.

“Enam daerah yang berada dalam zon merah melibatkan Klang (Kapar, Klang), Kuala Langat (Tanjung 12 (1), Tanjung 12 (2), Petaling (Petaling, Damansara, Sungai Buloh), Sepang (Dengkil, Labu, Sepang).”Selain itu, daerah Gombak(Batu) dan Hulu Langat (Kajang),” katanya.

Kenyataan yang dikeluarkan itu turut memaklumkan Selangor mencatatkan 5,754 jumlah keseluruhan wabak koronavirus (Covid-19) setakat ini.Semalam, Malaysia mencatatkan semula kenaikan dengan 30.2% kes aktif yang perlu dirawat.

Terkini Ds Ismail Sabri Tampil Bersuara Lantang Dedahkan PKPB Dilaksanakan Di Seluruh Semenanjung Selama 4 Minggu Kecuali 3 Negeri Ni.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di seluruh negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan selama selama 4 minggu bermula 9 November hingga 6 Disember 2020. Menurut Menteri Kanan Keselamatan Malaysia,

Datuk Ismail Sabri dalam sidang media hari ini, bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor serta Sabah secara automatiknya PKPB disambung sehingga 6 Disember 2020. Jelasnya lagi, semasa PKPB berlangsung, rakyat tidak dibenarkan untuk merentas daerah seperti SOP sebelum ini.Sumber: Sidang Media MKN

Kes Semalam Naik Mendadak. Terkini Ikea Damansara Ditutup Sementara Waktu Gara Gara Salah Sorang Pekerja Disahkan Positif Covid 19. Rupa Rupanya Ini Punca.

Pusat perabot dan kelengkapan rumah terkenal, IKEA Damansara akan menutup operasinya buat sementara mulai hari ini. Perkara itu disahkan oleh pihak pengurusan IKEA sendiri selepas seorang pekerja separuh masanya didapai positif Covid-19.

Dalam pada itu, pihak pengurusan IKEA Damansara telah mendapat maklumat berkenaan pada 6 November lalu dimana seorang pekerja separuh masa mereka didapati positif Covid-19 dan sedang menjalani rawatan. Kali terakhir pekerja berkenaan bertugas adalah pada 30 Oktober 2020.

Penutupan sementara pusat beli-belah berkuatkuasa hari ini bagi memberi ruang untuk kerja-kerja sanitasi dan pembersihan dilakukan. IKEA Damansara akan kembali beroperasi seperti biasa mulai hari Ahad 8 November 2020.

Niat Balik Sebab Nak Ziarah Keluarga Tapi Benda Lain Yang Jadi. Terkini Jururawat Jadi Punca 4 Orang Positif Covid 19 Di Kelantan Termasuk Bayi Yang Berusia 22 Hari.

Terpisah akibat pandemik ini ternyata merupakan satu pengalaman yang perit buat semua orang. Jadi apabila diberikan peluang, tentu sekali ramai yang akan mengambil kesempatan untuk bersama dengan orang yang tersayang bagi menghilangkan rindu yang terbuku.

Tapi siapa sangka niat untuk menziarah ahli keluarga di kampung bertukar menjadi buruk. Kejadian yang berlaku di Kelantan ternyata tidak pernah dibayangkan sesiapa apabila seorang jururawat dengan tidak sengaja telah menjangkiti virus Covid-19 kepada ahli keluarganya termasuk seorang bayi dan seorang warga emas.

Wanita itu yang pulang ke kampungnya pada Oktober di Kuala Balah, Jeli bersama seorang lagi rakannya. Walaubagaimanapun, jururawat itu hanya disahkan positif dengan virus Covid-19 apabila dia pulang ke Selangor. Seorang bayi yang berusia 22 hari yang merupakan anak saudara kepada wanita itu turut dijangkiti selain, neneknya yang berusia 75 tahun.

Macam mana la agaknya bayi tu kena test, mesti sakit… Jururawat yang bekerja di hospital swasta itu dikatakan menziarahi neneknya sebelum pulang ke Selangor lapor Harian Metro.

Dua lagi ‘sasaran’ virus itu adalah ibu dan adik kepada jururawat tersebut. Penemuan itu menyebabkan sebanyak 70 ujian saringan telah dijalankan kepada semua kontak rapat. “Sehingga kini pihak kami sudah melakukan sebanyak 70 saringan terhadap kontak rapat terhadap kes ini dan kita berharap keputusan yang akan keluar dalam tempoh terdekat ini adalah negatif,”

“Kita sudah lakukan ujian saringan kontak rapat di kalangan ahli keluarga selain turut memantau pergerakan ahli keluarga yang dijangkiti – Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Dr Zaini Hussin. Diharapkan tak ada lah pihak yang menunding jari. Tiada siapa mahu dijangkiti virus ini, jadi sama-samalah kita jaga kita okay!

Terkini Dr Zubaidi Ahmad Bongkarkan Punca Penularan Pandemik Covid 19 Yang Melibatkan Kehidupan Seharian Masyarakat Kini Dan Ini Tips Yang Dikongsikan

SHAH ALAM – Cara hidup dan pemakanan masyarakat hari ini menjadi punca berlakunya penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, kata pengamal perubatan am, Dr Zubaidi Ahmad. Menurut beliau, sikap sambil lewa orang ramai dalam hal itu memberi kesan kepada kesihatan masyarakat sekeliling.

“Masyarakat hari ini melakukan perubahan kelakuan apabila sudah ramai mula membela haiwan-haiwan yang tidak sepatutnya dibela seperti biawak, ular dan sebagainya yang dikhuatiri mempunyai kuman yang boleh memberi kesan kepada kehidupan kita. “Begitu juga dengan pemakanan di mana ada dalam kalangan masyarakat mencuba makanan eksotik sedangkan kita tahu ada dalam kalangan haiwan ini berisiko kepada kesihatan.

“Jadi tidak hairanlah sekiranya wabak Covid-19 boleh menular di seluruh negara dan sehingga kini belum ada vaksin ditemui untuk menyembuhkan penyakit itu,” katanya di sini semalam. Berikutan itu, Dr Zubaidi berkata, pemilihan makanan yang halal serta bernutrisi tinggi penting dalam kehidupan seharian.

“Dalam Islam sendiri kita sememangnya perlu memakan makanan halal selain mempunyai nutrisi yang tinggi. Kita juga perlu memilih makan yang tidak berlebihan iaitu makanan yang memberi tenaga dan merawat tubuh kita. “Islam juga menitikberatkan soal kebersihan dan dalam amalan seharian kita. Kita sudah terapkan perkara itu melalui wuduk. Lima kali sehari kita membasuh tangan ketika mengambil wuduk untuk menunaikan solat fardu. Selain itu kita turut digalakkan berpuasa dan tidur yang mencukupi bagi meningkatkan daya ketahanan.

“Amalan spiritual seperti bersedekah juga perlu diamalkan. Ada kajian membuktikan manusia yang mengamalkan aktiviti spiritual itu, kadar kesembuhan penyakit lebih tinggi daripada mereka yang tidak mengamalkan amalan itu. Malah sebagai orang Islam, kita perlu meletakkan kebergantungan kita kepada ALLAH SWT agar sentiasa dilindungi,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat, Persatuan Doktor Islam Malaysia (Perdim) berkata, kawalan pergerakan penduduk di zon merah kes positif Covid-19 perlu diperketatkan bagi mengekang penularan wabak itu di kawasan lain. Ujar beliau, total lockdown atau perintah berkvrung lebih praktikal supaya pihak keselamatan dapat fokus kepada sesuatu kawasan dan penugasan pengawalan yang lebih spesifik.

“Ini adalah pandangan peribadi saya apabila ada jangkitan penyakit berlaku di zon merah, kerajaan perlu perketatkan lagi langkah-langkah keselamatan. Tidak ada aktiviti keluar masuk dibenarkan di kawasan berkenaan bagi mengekang penularan Covid-19,” katanya.- SINARHARIAN

Terkini Dr Noor Hisham minta semua orang duduk di rumah dalam satu tempoh ini jika tidak mahu sesuatu ini terjadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, meminta rakyat terus berada di rumah jika tidak ada urusan penting di luar dalam tempoh dua minggu ini bagi memutuskan rantaian COVID-19 dengan lebih berkesan. “Kalau kita tiada urusan penting di luar, kalau boleh duduk di rumah untuk tempoh dua minggu, kalau kita boleh duduk di rumah untuk tempoh dua minggu kita boleh memutuskan penularan COVID-19.

“Kalau kita terpaksa keluar daripada rumah pastikan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP), pakai pelitup muka, amalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter dan kerap mencuci tangan,” katanya. Mesej itu dinyatakan oleh beliau setiap kali sidang media harian kementerian dan dalam bentuk video dalam media sosial bagi mengingatkan rakyat supaya patuh kepada SOP dan bersama-sama melandaikan lengkuk jangkitan dalam gelombang ketiga ini.

Beliau berkata orang ramai perlu mengamalkan 3C iaitu elakkan berada di tempat sesak dan sempit serta berbual dalam jarak dekat. “Itulah vaksin yang kita ada, sekarang ini kita tidak ada vaksin, kita tiada ubat tetapi kita boleh elakkan dijangkiti kalau kita patuh pada SOP yang diketengahkan,” katanya. Katanya isu utama pada masa ini adalah ketidakpatuhan kepada SOP dan semua pihak harus sama-sama menjaga diri, keluarga, masyarakat dan negara.- BHONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *