Dikhabarkan turut terbang ke negeri Sabah untuk laksanakan satu misi ini. Ardell Aryana dedah dia menangis selepas dia terpaksa tinggalkan orang tersayang sehinggakan meraih perhatian ramai

artis

Melihatkan situasi COVID-19 di Sabah semakin membimbangkan dengan peningkatan kes baharu mendadak, pelakon Ardell Aryana dikhabarkan turut terbang ke negeri Sabah untuk misi bantuan kemanusiaan.Menerusi perkongsian di Instagram suaminya, pelakon Nadzmi Adhwa turut memuat naik video Ardell mengucapkan selamat tinggal kepada anak dan suami sebelum berangkat ke Sabah.

Nadzmi turut memohon para peminat dan warganet mendoakan agar isterinya pergi dan pulang dalam keadaan selamat serta dilindungi sepanjang keberadaannya di Sabah.Melihat Ardell menangis sebak ketika memeluk cium anak mereka, Nadzmi berkata dia terpaksa menahan air mata di hadapan isterinya tercinta.Diruangan komen, rata-rata warganet turut mendoakan segala urusan Ardell disana akan dipermudahkan dan berada dalam keadaan selamat sepanjang menjalankan misi di sana.

Jalani Operasi Major Selama 11 Jam. Nadzmi Adhwa Mohon Orang Ramai Doakan Ibunya Dan Agar Operaasi Tersebut Berjalan Dengan Lancar Dn Bebas Daripada Sebarang Masalah

Pelakon, Nadzmi Adhwa, menerusi sebuah posting di Instagram memberitahu, ibunya kini dimasukkan ke hospital bagi menjalani satu operasi awal pagi tadi.Menurut Nadzmi, dia berharap agar operasi tersebut berjalan dengan lancar dan ibunya itu bebas daripada sebarang masalah.“Salam semua. Minta jasa baik kalian doakan ibu saya akan masuk ke bilik operasi pada pagi ini untuk major operation.“Semoga Allah berikan kekuatan, ketenangan dan kelapangan hatinya, hapuskan segala sakitnya dan dipermudahkan segala urusannya.“Angah sayang mak ! Jumpa lagi 11 jam ya Kami semua tunggu mak,” tulisnya.

Difahamkan prosedur operasitersebut bakal berjalan selama 11 jam.Menerusi ruangan IG story pula , suami kepada pelakon, Ardell Aryana itu turut dilihat berkongsi suasana di hospital sebelum ibunya dimasukkan ke dalam bilik operasi. Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dah rakan artis mendoakan semoga segala urusan sewaktu operasi dipermudahkan.Malah, mereka turut berharap agar ibu kepada Nadzmi itu lekas sembuh seperti sedia kala.Sumber: Instagram Nadzmi Adhwa

Ardell Aryana alami pendrhan teruk selepas bersalin – “Umi munth sampai pngsan, turun drah banyak”

Keadaan Ardell sangat lemah selepas melahirkan cahaya mata pertama.PELAKON Ardell Aryana mengalami pengeluaran cecair merah yang teruk sehingga menyebabkan dia mntah tanpa henti selepas melahirkan cahaya mata pertama pada Jumaat lalu.Perkara itu dikongsikan di laman sosial milik anak mereka @babyahwardell yang dipercayai ditulis oleh suaminya pelakon Nadzmi Adhwa.”Hari ke-3 baru dapat merasa dalam dakapan umi. Selepas saja selamat melahirkan saya, umi mntah terus pngsan sampai keesokkan harinya.

“Umi cuba bangun, jururawat mandikan umi mntah lagi kemudian umi pngsan terus dalam tandas sebab umi turun banyak drah tapi umi tetap juga kuat.”Alhamdulillah hari ini (Ahad) umi saya dah semakin kuat, tak pngsan lagi. Dapat duduk dalam dakapan umi sekejap semalam dan pagi tadi. Semoga cepat sembuh umi. Baby dan abie doakan,” katanya.

Rata-rata warganet meluahkan rasa syukur dan mendoakan agar Ardell cepat sembuh serta dipermudahkan segala urusan.Ardell dan Nadzmi sambut kelahiran bayi sulung mereka pada Jumaat lalu.Pada Jumaat lalu, Nadzmi berkongsi berita gembira apabila selamat menimang cahaya mata sulung selepas isterinya itu mnhn kesakitan selama 16 jam.Bagaimanapun, sehingga kini, pasangan tersebut masih merahsiakan jantina bayi pertama mereka.Ardell dan Nadzmi berkahwin dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Seri Kembangan, Selangor pada 1 September tahun lalu.-mstar

Hamil 6 bulan… Ardell Aryana dinasihatkan bawa kerusi roda, dikhuatiri pngsan walaupun sedang duduk

MENGHITUNG hari menantikan kelahiran cahaya mata pertama, pelakon Nadzmi Adhwa berkongsi keadaan isterinya, Ardell Aryana yang sedang sarat hamil tujuh bulan.Nadzmi berkata biarpun doktor menasihati Ardell menggunakan kerusi roda berikutan dikhuatiri pngsan pada bila-bila masa namun isterinya itu tetap berdgil.Bagaimanapun, Nadzmi tetap memberi sokongan kepada isterinya yang gemar mencabar diri untuk berjalan lebih dua kilometer dalam masa satu hari.Nadzmi berkongsi video memperlihatkan Ardell sedang duduk berehat kepenatan.“Doktor kata bila-bila masa saja dia boleh pngsan walaupun waktu sedang duduk. Doktor suruh bawa kerusi roda kalau keluar tapi deg1l.

Come on sayang awak boleh buat. Dia selalu cabar diri dia jalan kaki dua kilometer lebih sehari kuat betul semangat dia ini tapi tak tercapai.”Tak apa sayang cuba lagi, cuba lagi dan cuba lagi! Awak boleh! Awak salah seorang wanita paling kuat yang saya pernah jumpa sejak kita jadi kawan baik beberapa tahun lalu,” katanya.Nadzmi turut memuat naik video yang memperlihatkan Ardell sedang duduk berehat di ruang barangan elektrik di sebuah pusat membeli-belah.

Rata-rata warganet berharap Ardell mendengar nasihat doktor agar tidak memudaratkan diri serta bayi dalam kandungannya.Selain itu, ada juga segelintir warganet yang berkongsi pengalaman mereka mengalami masalah yang sama ketika sedang sarat mengandung.”Kalau memudaratkan untuk ibu dan bayi, ada baiknya ikut nasihat doktor ya Ardell. Apa-apa pun korang lebih tahu keadaan diri masing-masing.

“Harap terus kuat dik… jaga kesihatan tu, ikut nasihat doktor. Moga Allah kurniakan kekuatan, ketabahan dan kesihatan yang baik buatmu dalam apa juga keadaan.Ardell dan Nadzmi bakal timang cahaya mata pertama tidak lama lagi.“Ya. Saya pernah pngsan masa kandungan empat bulan. Jatuh hmpap troli lebam habis badan. Setiap kali nak pitam, saya mesti terus terduduk takut nak berdiri,” komen warganet.

Menerusi laporan mStar pada 20 Disember tahun lalu, Nadzmi berkongsi berita gembira isterinya sedang hamil empat bulan.Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 1 September tahun lalu di kediaman keluarga belah perempuan di Seri Kembangan, Selangor.-mstar

Terlalu pan1k, Ardell rasa seperti tak mahu kahwin

KUALA LUMPUR: “Kalau ikutkan hati, saya memang nak lari sebelum perkahwinan berlangsung.”Demikian kata pelakon, Ardell Aryana, yang menjadi bualan ramai rentetan reaksinya yang terketar-ketar ketika suaminya, Nadzmi Adhwa, hendak menyarungkan cincin ke jari manis pada majlis pernikahan mereka, 1 September lalu.

Reaksinya pada hari bahagia mereka itu mengundang pelbagai maklum balas warganet, dengan sebahagiannya mengkritik konon ia dibuat-buat, manakala sesetengahnya berasakan ia sangat ‘comel’.Ardell atau nama penuhnya Nurul Hidayah Mohd Amin menjelaskan, reaksinya bukan dibuat-buat, sebaliknya dia memang berdepan masalah kemurungan dan kebimbangan melmpau, hingga diserang pan1k.

“Ketika akad dilafazkan, saya rasa kehidupan ini berubah sepenuhnya. Pelbagai perkara berlegar di fikiran, saat itu. Saya macam tidak percaya sudah menjadi isteri orang.“Saya memang ada masalah kebimbangan dan kemurungan teruk. Saya tidak boleh berdepan dengan ramai orang. Ia membuatkan saya berasa takut. Waktu itu, saya sendiri jadi keliru apabila gementar. Saya tak pasti sama ada nak marah atau sebaliknya.

“Sebelum akad nikah, saya menggeletar ketika bersiap. Ketika itu, saya memang rasa seperti tidak mahu kahwin sahaja. Saya sendiri tidak boleh membayangkan, bagaimana kalau serangan panik melanda ketika atas pelamin? Ternyata, saya memang sangat panik,” katanya.Ujar Ardell, masyarakat tidak tahu apa sebenarnya berlaku, namun dengan cepat membuat telahan sendiri.

“Ada orang cop saya sebagai ‘minah gig1l’, sakit parkinson dan c4cat. Tidak kurang juga yang menyentuh isu malam pertama. Jujur, saya memang tertekan dengan semua itu.“Hanya selepas dua hari kami bernikah, baru saya memberanikan diri untuk keluar rumah. Itupun selepas dipujuk suami,” katanya.Kata Ardell, dugaan diterimanya tidak terhenti setakat di situ.

“Lebih memritkan, ketika bersetuju untuk keluar makan di sebuah premis di Shah Alam, ada sekumpulan orang merakamkan kami berdua dari dalam kereta menggunakan telefon bimbit, sambil ketawa. Sampai begitu sekali sikap sesetengah manusia,” katanya.Sementara itu, Nadzmi mengakui kasihan dan sedih melihat nasib isterinya yang dipersendakan.“Dalam kegembiraan mendirikan masjid, saya sedih apabila hal sebegini terjadi. Jujurnya, saya tidak tak rela apabila isteri dihiina.“Dia bersedih beberapa hari selepas kami berkahwin. Bagi kami, apabila dipersenda dan ditertawakan, ia bukan perkara kelakar. Malah, ia menyerlahkan sikap bvli siber dalam kalangan masyarakat kita,” kata Nadzmi.

Nadzmi menambah, mereka tidak pernah berniat untuk mencipta cerita sensasi sebegitu.“Ketika di pelamin, saya cuba mengawal keadaan isteri yang panik. Apabila tenang, baru saya sarungkan cincin ke jari manisnya dengan perlahan-lahan.“Memang ada jurugambar dan wartawan meminta kami memberikan pelbagai gaya, termasuk mencium dahi untuk mendapatkan gambar cantik. Tetapi, kami masih tebal dengan sikap malu, sekalipun hubungan sudah halal.“Hakikatnya, mungkin ada yang tak faham, isteri begitu gementar. Apapun, terima kasih kepada semua yang mendoakan kami berdua. Kami juga mengucapkan Alhamdulillah bagi yang bercakap sebaliknya,” kata Nadzmi.-bh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *