Baru kongsi rahsia cara Noh ubah dia ke arah yang lebih baik. Ternyata perkongsian yang dibuat oleh Mizz Nina membuatkan ramai tersentuh dengan sikap yang ditunjukkan oleh Noh

artis

Bak kata orang, jangan terlalu menilai seseorang itu berdasarkan dari masa lepas dan luaran mereka, kerana setiap insan boleh berubah kearah kebaikan, kadang-kadang jauh lebih baik daripada kita.Misalnya Mizz Nina, ketika dia kongsikan penghijrahannya kepada Neelofa dalam satu program, kisah penyanyi yang terkenal dengan lagu What You Waiting For ini diolah semula oleh seorang warganet yang menyentuh hati ramai warganet.

Noh tegur pasal solat masa dating.Katanya, penghijrahannya terdetik sejak dia mengenali Noh Hujan, seorang yang kita tengok akan  all out diatas pentas ini seorang yang jaga solat 5 waktu.Semasa mereka bercinta, setiap kali keluar Noh akan berhenti untuk solat.Nina macam terkejut bila Noh tanya,“Awak tak solat ke? Jomla solat”“Saya tak bawa telekung.”“Eh takpe, pakaila telekung surau”Mungkin disini ada yang tahu bagaimana penampilan Mizz Nina sebelum ini. Malah, ketika mereka sudah berkahwin Noh ada tanya kepada Mizz Nina mengenai hal aurat (tudung).

“Noh ada tanya pasal tudung. Noh kata, dia tanya sebab tanggungjawab dia sebagai suami, awak nak pakai atau tak, terpulang.”Pada waktu itu, Mizz Nina tersentak dan hanya jawab bahawa dirinya masih belum bersedia. Namun, semenjak abangnya sudah pergi buat selamanya Mizz Nina menceritakan bahawa dirinya rasa ‘ditmpar oleh takdir’.Pada waktu itulah dia merasakan pemergian itu ada satu perkara yang nyata.“Bagus, kan Noh. Untung Nina dapat Noh. Dan. Noh pula tak judge. Anis percaya mesti Noh selalu doakan Nina. Sekarang, Miss Nina dah jadi addicted dengan kelas² agama dan AlQuran.”Perkongsian ini telah meraih lebih daripada 4,000 perkongsian di Facebook dan ramai yang tersentuh apabila terbaca kisah mereka ini.Malah ada yang memuji tindakan Noh yang begitu ‘santai’ dalam membimbing Mizz Nina.

Mizz Nina reda jika auratnya masih jadi tontonan umum… “Dah minta YouTube buang video-video lama”

ISTERI kepada penyanyi Noh Salleh iaitu Mizz Nina memberitahu dia sudah menghubungi pihak YouTube untuk menghapuskan video-videonya di platform itu ketika bergiat aktif dalam bidang seni.Mizz Nina atau nama sebenarnya Syazrina Azman, 38, berkata dia menganggap ada hikmah disebalik apa yang berlaku dan reda jika video tersebut masih dapat ditonton umum.

“Saya cuba menghubungi pihak YouTube untuk minta buang video-video muzik saya sebelum ini. Tapi malangnya tidak berjaya.”Tapi saya anggap saja mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku,” kata Mizz Nina kepada mStar.Mizz Nina anggap ada hikmah disebalik apa yang .Mizz Nina ditemui ketika majlis sidang media dan upacara menandatangani perjanjian usahasama antara IntoTaqwa & AMAL (Malaysia Airlines Berhad) di Avenue K, Kuala Lumpur pada baru-baru ini.Penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Around The World ini mengambil keputusan untuk memakai hijab pada 2013 dan kehidupannya berubah semenjak penghijrahan tersebut.

Dalam pada itu, Mizz Nina menjelaskan dia tidak mempunyai hasrat untuk kembali dalam bidang nyanyian semenjak sudah berhijrah ke arah yang lebih baik.Menurut Mizz Nina, dia mahu lebih memberi tumpuan kepada kerja amal dan dalam pada masa yang sama juga ada menyimpan hasrat untuk menerbitkan buku.

Mizz Nina tidak berminat untuk menyanyi semula.“Sekarang ini memang saya dah tak minat pun nak menyanyi nak buat persembahan. Perasaan tu dah tak ada dan walaupun di rumah atau dalam bilik air pun tak ada.”Sebenarnya sebelum saya berhijrah ini pun, saya dah rasa malas nak buat persembahan. Tapi saya sangat berminat dalam meluahkan perasaan dan berkongsi pendapat menerusi penulisan.”Saya suka menulis dan berkongsi di laman sosial. Saya memang ada perancangan untuk terbitkan buku tapi tak berkesempatan untuk menyiapkan lagi,” ujarnya.Sebelum ini, Mizz ini pernah berkata keputusannya untuk melakukan penghijrahan besar dalam hidupnya bukan sesuatu perkara yang mudah

Kalau dulu menyanyi, kini mengaji… Mizz Nina lebih tenang tanpa fikir kerjaya seni

ISTERI kepada penyanyi Noh Salleh iaitu Mizz Nina kini mempunyai minat dan tujuan baharu dalam kehidupannya tanpa memikirkan lagi kerjaya seni.Mizz Nina atau Syazrina Azman, 37, berkata dia mahu mempelajari, memahami dan melaksanakan ajaran dalam Al-Quran dan Sunnah yang menjadikannya lebih tenang.”Saya ada minat baru dan tujuan dalam hidup saya. Belajar, memahami dan melaksanakan Quran dan Sunnah.”Dakwah, kasih sayang untuk manusia dan kemanusiaan. Ia memberikan saya ketenangan sebenar dan kepuasan dalam hati,” tulis Mizz Nina.

Antara soalan rawak daripada pengikut Mizz Nina di laman sosial.Mizz Nina menjawab soalan rawak pengikut di laman Instagram yang bertanyakan mengapa dia tidak lagi menyanyi.Jika sebelum ini boleh dikatakan setiap hari Mizz Nina menghabiskan masa dengan menyanyi namun kehidupannya kini digantikan dengan membaca Al-Quran dan menghadiri kelas mengaji.Sementara itu, penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Around The World ini juga mendapat pertanyaan mengenai bagaimana dia boleh sentiasa berfikiran positif.Menurutnya, dia hanya memerlukan Allah, Al-Quran dan Sunnah bersamanya untuk kekal bermotivasi biarpun perlu menempuh pelbagai dugaan.

Mizz Nina.“Mempunyai Allah, Al-Quran dan Sunnah bersama saya merupakan semua yang saya perlukan untuk kekal bermotivasi, kalau dunia menentang saya.”DIA (Allah) adalah pencipta tujuh syurga dan bumi dan semuanya, tiada yang lain sebelumNya dan selepasNya.”DIA yang memelihara, menyediakan, melindungi, kita, kenapa perlu saya bimbang? Mempunyai iman dan tawakal pada Allah adalah kunci,” katanya.Mizz Nina mula memakai hijab pada 2013 dan kehidupannya turut berubah semenjak penghijrahan tersebut.Menerusi laporan mStar Online pada 16 Jun tahun lalu, Mizz Nina berkata memilih untuk melakukan penghijrahan besar dalam hidup bukan sesuatu perkara mudah.

Mizz Nina Bertudung Selepas Bergelar Hajah

PETALING JAYA: Penyanyi Mizz Nina mengesahkan yang dia kini sudah pun berhijab selepas pulang daripada menunaikan Haji di Mekah pada Jumaat lalu bersama suaminya vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, 29.Pegawai perhubungan awam penyanyi wanita itu, Joe Saiful, berkata, Nina atau nama sebenarnya Syazrina Azman, 33, bagaimanapun memberitahu dia masih belum bersedia untuk bertemu atau menjawab sebarang persoalan media mengenai perubahan imejnya itu.

“Buat masa ini Nina masih lagi belum bersedia bertemu media untuk bercakap tentang imej barunya itu.”Tetapi dia telah mengesahkan pada saya bahawa buat masa ini dia memang sudah pun bertudung,” katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Isnin.Tambah Joe, Nina memerlukan sedikit masa untuk tampil kepada media serta khalayak dengan imej yang bersesuaian.”Nina seorang yang sangat peka dengan imejnya sebagai selebriti dan apabila sudah berhijab, Nina sedang mencari imej yang bersesuaian sebelum tampil di khalayak.”Dalam pada itu, banyak juga perubahan yang harus dilakukan dalam karier muziknya. Sebab itu dia perlukan masa. Diharap semua pihak dapat memahami situasinya,” tutur Joe.Miz Nina juga merupakan anak kepada Pengerusi Kumpulan AmBank Malaysia, Tan Sri Azman Hashim,

Kongsi Gambar Ala ‘Baby Bump’, Ini Penjelasan Mizz Nina

Selebriti Mizz Nina menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengikutnya di Instagram selepas memuat naik sekeping foto yang memaparkan dirinya seolah-olah sedang berbadan dua.Dalam entri yang dimuat naik tengah hari tadi, isteri kepada penyanyi Noh Salleh itu menunjukkan dirinya dalam persalinan biru muda dengan bahagian perut kelihatan seakan-akan baby bump.Ekoran perkongsian itu, ruangan komen dibanjiri ucapan tahniah dalam kalangan warganet yang menyangkakan pemilik nama sebenar Shazrina Azman, 40,  itu sudah berbadan dua.”Nampak baby bump, sangat comel. Tahniah Mizz Nina dan Noh.”Jika betul apa yang saya fikirkan sekarang, alhamdulillah, saya sangat gembira.

“Kak Nina, adakah awak mengandung? Awak sentiasa ada dalam dia saya di mana saya selalu berharap satu hari anda akan menjadi ibu. Akhirnya!,” tulis sebahagian warganet Begitupun, Mizz Nina yang menyedari posting tersebut menerima respons ucapan tahniah ‘luar biasa’ daripada pengikutnya kemudian melakukan suntingan pada bahagian kapsyen beberapa minit kemudian.Katanya, buat masa sekarang dia masih belum lagi mengandung seperti yang disangkakan umum.”Masya-Allah, saya senang hati melihat ucapan anda semua. Begitupun, saya belum mengandung lagi. Ameen! Terima kasih untuk doa anda semua.”Mungkin inilah masanya untuk saya kurangkan berat badan,” katanya yang menjelaskan situasi sebenar.Mizz Nina mendirikan rumah tangga dengan Noh pada 1 Julai 2011. Sehingga kini, pasangan itu belum dikurniakan cahaya mata lagi. Begitupun, sebelum ini, Mizz Nina dilaporkan pernah menjalani rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *