Suami pergi Singapura sehari sebelum PKP 18 Mac dan isteri pula mengandung ketika itu. Isteri akhirnya dedahkan punca suami dia tidak pulang walaupun ada Peraturan Ulang Alik Berkala

Uncategorized

SUDAH lebih daripada lapan bulan sejak Ezatul Hani yang menetap di Johor bertemu dengan suaminya, Umarul Nazim.Umarul pergi ke Singapura sehari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan pada 18 Mac lalu dan tidak dapat pulang ke Malaysia disebabkan pintu sempadan ditutup.

Lelaki berusia 26 tahun itu bekerja sebagai penyelia di sebuah syarikat pembuatan di Singapura dan kebiasaannya akan berulang-alik dari Johor ke Singapura meskipun adakalanya akan pulang sekali dalam dua minggu. Ezatul dan Umarul berkahwin hampir dua tahun lalu.Pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan yang baharu berusia sebulan ketika kali terakhir dia ke Singapura. Bayi itu kini berusia sembilan bulan.

“Saya sedang berpantang ketika suami pergi ke Singapura. Pada awalnya, kami fikir ia hanya akan berkekalan selama dua minggu. Tapi sekarang, anak kami pun sudah berusia sembilan bulan,” kata Ezatul, 26, yang bertugas sebagai juruaudit dalaman di Skudai.Pasangan itu berkahwin hampir dua tahun lalu.

“Kami tidak pernah berpisah sebegitu lama. Sudah tentu saya berasa sedih, saya sedang berpantang dan anak pun baru berusia sebulan dan tidak dapat bertemu bapanya. Tapi keluarga banyak memberi sokongan sepanjang tempoh ini,” katanya. Ezatul dan Umarul sudah 9 bulan tidak bertemu.

Selain anak perempuannya, Ezatul juga perlu menggalas tanggungjawab menjaga Amanda Norsyfiq, enam tahun, memandangkan ibu bapanya juga bekerja di tempat sama dengan suaminya di Singapura.Sebelum ini, kanak-kanak itu tinggal bersama penjaga namun disebabkan tempoh perpisahan yang terlalu lama, Ezatul dengan rela membawa pulang Amanda untuk tinggal bersamanya.

Daripada dua minggu sehingga kini sudah hampir setahun, seperti Ezatul dan Umarul mereka menanti dengan penuh harapan untuk disatukan semula sebagai sebuah keluarga.Sementara itu, Ezatul memberitahu terdapat ramai rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan tidak dapat pulang ke Malaysia meskipun kerajaan kedua-dua negara telah menetapkan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA).

Pekerja hanya perlu buat permohonan kepada Kementerian Sumber Manusia, tetapi jumlah yang boleh memohon setiap hari dihadkan.Suami Ezatul, Umarul Nazim (kiri), bapa Amanda, Norsyfiq dan suami kepada kakak Ezatul, Jasman kini berada di Singapura dan masih belum dapat pulang ke Malaysia.

Selain itu, mereka perlu menanggung kos ujian Covid-19 ketika memasuki Malaysia.Sekiranya mereka kembali ke Singapura untuk bekerja, mereka perlu menjalani kuarantin selama tujuh hari dan kos perlu ditanggung sendiri dan ia boleh menjadi sangat mahal.

“Sesetengah majikan tidak membenarkan pekerja kembali ke Malaysia atas pelbagai alasan,” jelasnya.Bagaimanapun Umarul bersyukur kerana syarikatnya menyediakan tempat tinggal selama enam bulan dan kini dia bersama ibu bapa Amanda menyewa bilik di sebuah rumah.

Tular Di India. Suami Ini Sanggup Bohong Isteri Kononnya Terkena Virus COVID19. Lebih Mengejutkan Apabila Terbongkar Rahsia Sebenar Di Sebalik Kata Kata Suaminya Itu

Covid-19 memang menaktkan. Tak ada siapa siapa dalam dunia ni (yang waras) nak diri mereka dijangkiti virus Covid-19. Tapi, lain pula cerita dekat India di mana seorang suami menggunakan Covid-19 sebagai alasan untuk tinggalkan isterinya.Menurut Khaleej Times, lelaki berusia 28 tahun itu berasal dari Navi, Mumbai dan telah menghilangkan diri pada 24 Julai lepas. Selepas keluar dari rumah, lelaki itu telah hubungi isterinya dan maklumkan yang dia telah dijangkiti Covid-19 dan ‘tak ada harapan’ untuk hidup lagi.

Belum sempat isterinya bertanya lebih lanjut, lelaki itu terus tutupkan panggilan telefon tersebut. Siapa tak risau kalau orang yang kita sayang tiba-tiba macam itu kan? Apatah lagi dia dijangkiti virus yang membawa ke arah pemergian. Itulah perasan isteri lelaki terbabit yang terus hubungi abangnya untuk meminta bantuan kerana risaukan suami. Mereka kemudian hubungi pihak polis dan buat laporan tentang orang hilang.

Pihak polis menjadi buntu apabila mereka menemukan motor, helmet, beg dan kunci di sebatang jalan dekat Sektor 17, Vashi namun suaminya tidak berjaya ditemui.Menurut polis yang mengendalikan kes kehilangan itu, satu kertas siasatan telah dibuka dan pihak polis tetap terus cuba menjejaki lelaki berkenaan. Lokasi telefon bimbit dan rakaman CCTV di kawasan motornya dijumpai telah diperiksa namun polis tetap tidak berjaya menemuinya.

Selepas siasatan lebih mendalam dijalankan, polis mendapat maklumat bahawa lelaki itu telah cuba hubungi nombor helpline polis sebanyak dua kali pada malam dia menghilangkan diri. Pihak berkuasa kemudian mengesyaki lelaki tersebut menjadi sasaran jnyh.

Tapi, semuanya terbongkar apabila polis mendapat maklumat bahawa lelaki berkenaan mempunyai teman wanita dan berjaya menjumpainya. Selama sebulan cuba menjejakinya, polis akhirnya menjumpai lelaki tersebut di rumah teman wanitanya di Indore, kira-kira 582 kilometer dari rumah isterinya.Dia kemudian dibawa pulang ke Mumbai pada 15 September lepas. Tidak dinyatakan apa yang berlaku antara dia dan isterinya selepas kejadian tersebut namun kisah lelaki itu menjadi tular di media tempatan.-ctto

Kena Pulau Dengan Ahli Keluarga Lepas Disahkan Positif COVID19. Sampaikan Dia Terpaksa Berbohong Tak Pernah Berjumpa Dengan Kontak Rapat Gara Gara Tak Mahu Buat Swab Test

Terbaru, salah seorang pesakit Covid-19, luah rasa sedih dan kecewa apabila dipulaukan oleh ‘contact’ rapat selepas dia disahkan dijangkiti wabak itu. Menurutnya, masing-masing menyalahkan dirinya dan sanggup berbohong tidak mahu melakukan pemeriksaan ‘swab test’ bagi memastikan mereka tidak dijangkiti. Orang macam ini pun ada ke?

Suruh berbohong.Tiada siapa di antara kita nak kena jangkitan COVID-19 ni. Tidak seorang pun nak. Bahkan kita sedaya upaya menjaga keselamatan dan kebersihan diri. Facemask selalu dipakai, amalkan penjarakkan, tidak bersalaman, namun tetap kena juga. Mungkin jangkitan melalui tombol pintu, punat lif, wang, pam minyak dan apa saja yang memungkinkan.

Individu ini meluahkan perasaan kepada cikgu ini selepas tidak tahan dipulaukan oleh keluarga sendiri gara-gara mempunyai positif Covid-19. Pada awalnya dia mengalami simptom Covid-19 dan melakukan pemeriksaan dengan cepat. Namun selepas mendapat keputusan positif, rata-rata orang di sekelingnya menyalahkan dirinya.

Sanggup lari dari tanggugjawab.Tolong jangan marah mereka. Tolong jangan mak1 hamun. Mereka tak nak pun kena. Mereka cuma tidak bernasib baik sahaja. Mungkin esok lusa kita pula yang kena. Tiada siapa tahu.Jika ada kenalan kita, saudara kita, ahli keluarga kita positif COVID-19, dan kita ada kontak rapat dengan mereka, tolong jujur. Jangan lari, buatlah swab test. Dan tolong jangan salahkan mereka. Tiada siapa mahu terkena sakit ini. Tiada siapa.Lebih teruk apabila mereka tidak mahu melakukan ujian ini bagi memastikan bebas daripada wabak ini. Individu ini luah rasa kecewa dan terkilan dengan ‘contact’ rapatnya yang tidak bertanggungjawab memutuskan rangkaian Covid-19.Sumber : Mohd Fadli Salleh

Adik Kepada Jururawat Ini Sanggup Dedahkan Kakaknya Yang Merupakan Frontliner Namun Dipandang Rendah Pula Oleh Masyarakat. Satu Hari Sampai Nak Isi Minyak Pun Ada Yang Buat Andaian

Hakikatnya,menjadi anggota barisan hadapan atau frontliners merupakan tugasan yang amat mencabar fizikal dan mntl. Mereka terpaksa memakai sut peralatan perlindungan diri (PPE) selama berjam jam dan terpaksa menahan peluh dan lapar demi mengelak daripada terkena jangkitan virus COVID19. Namun,pengrbanan mereka seolah olah tidak dihargai apabila wujud segelintir masyarakat yang berfikian negatif dan meletakkan satu strereotype kepada mereka.

Kisah 1. Seorang lelaki di Twitter, berkongsi beberapa screensh0t status WhatsApp kakaknya yang meIuahkan perasaan apabila masyarakat memandang serong terhadap mereka. Kakaknya terpaksa berhadapan dengan beberapa situasi yang sukar apabila  memakai pakaian seragam jururawat. Tidak berakhir di situ, kakaknya turut dimarah ketika hendak mengisi minyak dengan alasan ‘pembawa kuman’.

Awak yakin?Tambahan pula, kakaknya turut ‘memerli’ tindakan segelintir masyarakat yang berfikiran bahawa kuman itu datang dari hspital. Baju harian yang kita pakai belum tentu bersih, ada hati nak kut0k ‘frontliners’ ni.Jangan risau!Tidak berakhir di situ, kakaknya turut menjelaskan perkara yang sebenar supaya masyarakat tidak keIiru akan pakaian seragam yang dipakai oleh mereka. Bagi menguruskan kes-kes yang berkaitan virus C0vid-19, mereka akan memakai satu sut khas PPE dan mengikut setiap SOP yang telah ditetapkan bagi mengelakkan daripada terjangkit dengan pnykit itu.Common s3nse please!Sumber: BangJam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *